UMUR 30AN MASA TERBAIK RAWAT DIRI Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

UMUR 30AN MASA TERBAIK RAWAT DIRI


Umur 30 tahun biasanya disebut usia mencabar, kerana mulai saat itu seluruh tubuh secara perlahan akan mulai kehilangan kekuatan. Beberapa orang mungkin akan mengalami kerutan-kerutan halus di sekitar mata, kulit mulai lebih kendur dan nampak kedutan, metabolisme menurun, lemak sukar hilang, dan masalah-masalah lainnya. Hal tersebut adalah sesuatu yang normal dan fitrah terjadi. Bahkan, para ahli kesihatan menekankan kita untuk mula memeriksa diri jika sudah memasuki umur 30an, kerana mulai umur itu, kita akan mulai merasakan kesan dari apa yang kita lakukan di masa muda.

Ramai juga yang kata umur 30an adalah umur wanita kelihatan cantik dan anggun.Kajian terbaru mendedahkan, wanita mencapai tahap kecantikan paling sempurna pada usia 31 tahun. Wanita di luar sana jangan risau kalau usia dah masuk 3 siri!Kajian ke atas dua ribu lelaki dan wanita di Britain mendapati, kecantikan seseorang wanita itu bukan hanya dari paras rupa tetapi juga personaliti dan penampilan. Sebanyak 70 peratus responden mentafsirkan wanita kelihatan cantik apabila mereka berkeyakinan atau memperlihatkan tahap keyakinan diri yang tinggi.


Ada betulnya!Namun kecantikan dan keyakinan diri itu datang dari tubuh badan yang sihat secara fizikal, mental dan emosi JIKA anda mula cakna segala keperluan tubuh badan sebelum umur 30an menjengah, kerana kesan ketika itu adalah hasil daripada usaha yang dilakukan sejak awal supaya tubuh badan tampil sihat, cergas dan cantik dikala usia 30an. Benarkan? Tiada magis dan tiadalah hasil jika tiada usaha kearah itu. Pengalaman Ika sendiri pun masa umur 28 tahun baru datang kesedaran akan kesihatan diri. Antara usaha yang boleh anda mulakan sekarang adalah


Minum Air Yang Mencukupi
Simple tapi ramai yang tak mampu buat dan amalkan. Betul tak? Semudah minum pada awal pagi selepas bangun tidur dapat membuatkan wajah anda awet muda, malah mengamalkan mengambil air selepas bangun dari tidur membantu organ-organ tubuh anda berfungsi dengan lebih baik kerana tubuh kita 90% terdiri daripada air. Maka pastikan anda mengambil air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan cubalah cukupkan sehingga 2-3 liter air sehari.


Aplikasikan sunblock
Sebuah study menunjukkan bahawa hampir 80% munculnya tanda-tanda penuaan pada seseorang disebabkan oleh paparan sinar UV. Tidak hanya itu, paparan sinar matahari juga dapat menyebabkan munculnya bintik-bintik hitam dan garis halus. Jangan tunggu sampai usia Anda memasuki usia 30 tahun, rajinlah mengenakan sunblock mulai dari sekarang.


Waktu tidur yang cukup
Kurangnya waktu tidur akan mempercepat proses penuaan dan kerusakan kulit yang tidak bisa disembunyikan menggunakan makeup. Waktu tidur yang kurang akan melemahkan kemampuan kulit untuk memperbaiki dirinya sendiri di malam hari.
Anda disarankan untuk tidur selama tujuh sampai sembilan jam dalam sehari dan diusahakan sebelum jam 11 malam.


Makan makanan yang padat bergizi
Makan makanan yang bergizi adalah cara terbaik untuk membuat kulit menua dengan lebih baik. Anda disarankan untuk memperbanyak makanan dengan kandungan vitamin B12, vitamin D, dan vitamin C, multivitamin dan sebagainya.


Contohnya Kalsium, semua orang perlukan kalsium yang cukup tambah lagi bila berlaku peningkatan usia. Jangan tunggu umur 30an baru nak ambil tahu dan consume kalsium tambahan. Semasa talk Program Shaklee baru-baru one of nutritioust bagitahu seorang wanita yang berumur 26 tahun datang buat bone test dekat branch. Melihat penampilan wanita tersebut nampak sihat, cantik dan segak. Once test bone dibuat, hasilnya sangat mengejutkan kerana paras kalsium dalam tubuh wanita tersebut ditahap osteoporosis. Masyallah sangat mengejutkan dan menakutkan bukan?Osteoporosis ialah penyakit kronik yang boleh menyebabkan tubuh menjadi lemah apabila ketumpatan tulang berkurangan.
Tulang menjadi kropos dan rapuh seterusnya rangka menjadi lemah hingga risiko keretakan tulang meningkat secara berganda. Lebih menakutkan, kehilangan ketumpatan tulang berlaku secara senyap tetapi progresif, lazimnya tanpa sebarang simptom hingga kejadian tulang patah buat pertama kali berlaku. Kebiasaannya kawasan tulang yang terjejas teruk dan mudah patah akibat osteoporosis adalah pada bahagian pinggul, tulang belakang dan pergelangan tangan.


Contoh lain adalah kolagen dalam tubuh badan. Kolagen adalah protein yang paling umum ditemukan dalam tubuh, umumnya ditemukan dalam tendon, lemak, dan ligamen, di antara tempat-tempat lain. Kolagen membantu bahagian-bahagian tubuh kita untuk bekerja dan berfungsi, dan sangat penting untuk kekuatan struktur tulang kita. Ketika kadar kolagen sihat, sel-sel yang mengandungi kolagen nampak kuat dan awet muda.
Elastin adalah jenis protein lain dalam tubuh. Elastin ditemukan di tempat-tempat dalam tubuh yang berkontraksi, seperti arteri dan paru-paru. Elastin dan kolagen keduanya merupakan protein yang ditemukan di kulit. Mereka bekerja bersama untuk memberi kulit tekstur dan bentuknya. Kulit dengan kadar kolagen dan elastin yang sihat dapat menimbulkan kesan kulit lebih muda dan lebih kuat. Pengeluaran kolagen mulai menurun bila muncul penuaan. Biasanya bermula dari usia 25-an hingga 30-an. Namun, keadaan setiap orang berbeza-beza. Seiring bertambahnya usia, akan ada penurunan proses pembentukan kolagen. Seiring pengeluaran kolagen yang mula berkurang, struktur sel mulai kehilangan kekuatannya. Akibatnya, kulit mulai menjadi rapuh atau sensitif, kurang elastik, dan kedutan muka mulai muncul. 


Begitulah peri pentingnya nutrisi dalam kehidupan seharian. Jangan tunggu ia berlaku dahulu, cegah adalah lebih baik dari merawat ketika mana tubuh kita masih mampu menyerap nutrien dan nutrisi dengan lebih baik.




CANTIK DAN AWET MUDA CARA SHAKLEE

Set Aura Seri
Radiant Set
Kod Produk: 00P412

Untuk wanita di setiap peringkat umur.
Serlahkan seri dari dalaman dan luaran.


Sustained Release Vita-C PlusTM

Vitamin C semula jadi untuk kesihatan gigi, gusi, tulang, kolagen dan hampir kesemua elemen yang membentuk tubuh badan kita.*
MAL13085068NC


OmegaGuardTM

Membekalkan spektrum luas tujuh asid lemak penting omega-3 bergred farmaseutikal dan dilengkapi dengan proses penyulingan proprietari molekul tiga peringkat.*
MAL12015013NC



Vita-Lea® Iron Formula

Memberikan 28 vitamin penting dan mineral utama untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan optimum.*
MAL07081506XC


B-Complex

Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.*
MAL12035068NCZ


Collagen Plus Powder

Diformulasi dengan Kolagen Sisik Ikan Laut (Ikan Merah) dan ditambah dengan Vitamin C dan Vitamin B untuk menyokong kulit yang lebih tegang, untuk tampil lebih muda dan kekal jelita.*
MAL18106012NCR
KKLIU 0559/2019


ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.
Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.*
Nota: Jumlah protein soya yang disyorkan untuk memberikan kesan penurunan terhadap kolesterol darah adalah 25g sehari.


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
Ini adalah iklan produk suplemen.




So yang nak shopping online terus boleh klik ESELL ORDER NOW kat bawah. klik, isi maklumat, pilih produk/set yang diinginkan, buat payment through online okei, senang. nanti uols akan dapat mesej tentang shipping dan invoice selepas membuat pembelian. 



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...