MALAYSIA JUARA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA

Mengejutkan? Takpun, sebenarnya isu ni dah lama pun berlaku, namun tahun demi tahun isu ni makin meningkat. Sebab apa? KESEDARAN takde, atau tahap sedar diri tu tak tinggi. Lekk, lekk pislah! Makan jelah time selera ni. Dah sakit baru kita pantang, giteww, ayat-ayat sedapkan nafsu makan. Takpe lepas ni kita diet. Rugilah tak menikmati nikmat makan time ada makanan cemni. Sudahnya masa sakit pun dah tak guna dah nak pantang, yelah lidah dah biasa makan sedap. Ingat boleh nak pantang tetiberr, sangguplah plak telan ubat kes kaki mula denyut-denyut tanda gout, mulalah gula dalam darah tinggi, kerap naik darah, mulalah start ambil ubat sebab dah macam-macam yang datang. Tak nampak punca utama "OBESITI" tulah datangnya semua simptom sakit dan menyambut penyakit-penyakit kronik lain.







“Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan Malaysia telah menjadi sebuah negara obes di mana seorang dalam dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan atau obes.

“Ini sekaligus menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara paling gemuk di Asia, dengan jangkaan populasi yang berlebihan berat badan sebanyak 33 peratus dan obesiti sebanyak 18 peratus,” katanya.

Kajian Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) Malaysia juga menunjukkan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak negara ini adalah kedua tertinggi di Asia selepas Brunei.


Menurut Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menyatakan, 17.5 peratus orang dewasa berumur 18 tahun ke atas dalam negara menghidap kencing manis. Daripada itu, Malaysia berada di tempat keempat tertinggi penghidap diabetes di Asia.
Komplikasi berkaitan diabetes, termasuk penyakit kardiovaskular, penyakit buah pinggang, neuropati dan buta adalah penyebab utama peningkatan kematian dalam kalangan penghidap diabetes, serta menyebabkan beban ekonomi semakin berat pada sistem penjagaan kesihatan negara.




Sekarang dah tahun 2019 pun dan alhamdulillah memang negara Malaysia masih bertahan sebagai Juara Obesiti. Habis apa yang peliknya? Takde yang pelik pun, cuma yang paling menakutkan ianya akan menjadi situasi normal sebab kita cuba menormalisasikan obesiti ni biasa. Contoh je, tengok budak obes pun rasa comel cute, tengok orang muda obes pun rasa biasa-biasa, lama kelamaan situasi ni akan terbiasalah kan? 

So bila dah mendapat semua penyakit kronik, maka kos ubatan pun makin meningkat kerajaan perlu tanggung. Kat hospital tu ubat tak free, sebab tax payer dah bayarkan sebab tu nampak 'free', sudahnya tu yang makin sakit bertambah-tambah sebab kesedaran kurang, ubat pun senang nak dapat sebab 'free' in perspective patient jadi nothing change. Kalau dah kena kencing manis, kena makan seumur hiduplah ubatan. Takde penawar. Are you serious? Ramai kot yang dah diabetes, boleh pulih bila guna rawatan semulajadi. Obesiti pun ada caranya, kawal nafsu makan sendiri. Yang ni tiada orang lain boleh ubah melainkan diri sendiri. Kau pergilah program kurus itu ini, tapi tindakan pun tiada, ubah habit diri pun malas, takdelah hasil.