Panduan Untuk Hamil dari Dr. Hamid Arsyat Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Panduan Untuk Hamil dari Dr. Hamid Arsyat

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga dan penerus generasi dan sesungguhnya anak itu rezeki kurniaan Allah, ada pasangan yang cepat direzekikan anak dan ada pula yang lambat, ada yang tidak direzekikan, namun sebagai hambaNYA kita disarankan untuk berusaha. Antara perkongsian Dr Hamid Arsyat untuk cepat dan mudah hamil dengan izin-NYA jua.

1. Kahwin Awal
Ini kerana telah terbukti bahawa wanita paling subur dan produktif pada umur sebelum 20tahun. Pada usia ini, wanita belum berisiko berdepan dengan ketumbuhan seperti endometrisisdan fibroid serta beberapa jenis penyakit di dalam rahim. Jika ada jodoh jangan bertangguh walaupun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya.

2. Jumpa Doktor
Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada sengugut atau gangguan haid segera berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan rahim dan ujian.

3. Buat Rawatan
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik. Jika ada penyakit, buatlah rawatan seprti yang disyorkan doktor.


4. Hubungan intim suami isteri
Ada pasangan yang telah berkahwin selama enam tahun, tetapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Pastikan anda mampu buat hubungan sesual yang sempurna dan memuaskan. Jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan berkahwin, berjumpalah pakar untuk nasihat dan rawatan.

5. Kitaran Haid
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur isitu 28-30hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulasi ialah pada hari ke-14jika pusingan 28hari dan subur hari ke-16 jika pusingan 30hari.Waktu subur dapat dikesan oleh catatan suhu BBT(basal Body Temprature) dan ovulation test kit.


Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj apabila bersetubuh pada waktu subur. Kepit paha dan alas bantal dibawah pinggul selama dua hingga empat jam atau terus tidur.

6. Baca doa
 Hubungan Seksual dilakukan berselang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Ini kerana kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam. Bacalah doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi daripada gangguan syaitan.

7. Jangan Stress
Jika berpeluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur. Ketenangan jiwa dan lapangfikiran perlu ada pada suami dan isteri. Ia sangat untuk menjayakan kehamilan. Bersenamlah selama 30minit sehari sama adadengan berjalan kaki, joging, kayuh basikal, rumah. Buatlah senaman Yoga . Tai Chi atau deep breathing exercise. Sementara mulut dan hati sentiasa berzikir dan mengingati dan memuji Allah SWT. Bacalah Al-Quransekurang-kurangnya dua hingga tiga halaman setiap hari. Belajar menahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokosi.

8. Kawal Berat badan
Kegemukan dan lebih berat badan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur dan ovulasi.

9. Diet yang Baik.
pemakanan yang berkhasiat  dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% peratus makanan adalah daripada bahan-bahan segar dan mentah iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhi gula dan manisan, makanan segera dan proses serta jajan.

10. Suplemen
Makan suplemen seperti  multivitamin, vitamin E dan C, asid folik. Untuk suami makanlah selenium dan zink.

11. Prosedur-prosedur ujian
Prosedur ini menghasilkan kehamilan. X-Ray, HSG iaitu prosedur untuk membuka saluran falopian yang sukar mengandung dengan menggunakan sinaran-Xyang mana menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan. Begitu juga dengan prosedur D&C Dilation dan Curratage dan hy drotubation. Rawatan IUI iaitu menyuntik benih suami juga menghasilkan 10-30 peratus kehamilan. Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya. IVF dan ICSI begitu juga hasilnya iaitu 30peratus kehamilan tapi melibatkan kos yang tinggi sekitar RM15-20 ribu.

Manakala pembedahan-pembedahan laparoscopy/minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai masalah penyakit seperti cyst, fibroids, endometriosis, saluran tersumbat dan prosedur pembedahan lain menghasilkan 50-60 peratus kehamilan dalam jangka masa panjang. Sesungguhnya ikhtiar dan usaha perlu dilakukan jika pasangan suami isteri mahu mempunyai zuriat. Jangan lekas putus asa dan teruskan berdoa dari mendapat rahmat Allah.


Perasan tak Ika BOLDkan tiga perkara kat atas senarai untuk mudah hamil iaitu, KAWAL BERAT BADAN, DIET YANG BAIK DAN SUPLEMEN. Kenapa? sebelum pergi ke senarai akhir, iaitu usaha terakhir dengan melakukan pelbagai prosedur dan ujian, usahakan tiga perkara tersebut dahulu , jika tiada result barulah consider untuk lalui prosedur yang dicadangkan.


Yang punya berat badan berlebihan, Ika cadangkan sertai program #JomdetoxJutawan kerana ramai proof living group kami berjaya kawal berat badan, ubah cara pemakanan dan seterusnya berjaya hamil. Proses TTC menjadi sangat mudah sebab kebanyakan peserta dah tahu step untuk mendapatkan nutrisi lengkap, penting untuk persediaan hamil. 




Dengan nutrisi yang lengkap juga membantu bakal ibu membuat persediaan untuk badan lalui proses kehamilan yang panjang dengan gembira dan sihat.




Perhatian: Produk ini tidak bertujuan untuk dianogsis, merawat, mengubati, dan mencegah sebarang penyakit

Untuk info lanjut dan pembelian produk Shaklee boleh hubungi Ika di
---------------------------------------------------------------
Your Most Wanted SID -Atikah Mat
ID NO. - 1174323 
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, Atikah Mat
atau follow IG saya @supplementhouze 
atau email di nuratikahmat@gmail.com
atau sms (wa) +6013-3392721 

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...