A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel KEHAMILAN

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Panduan Untuk Hamil dari Dr. Hamid Arsyat

Setiap pasangan suami isteri pasti menginginkan zuriat sebagai penyeri rumah tangga dan penerus generasi dan sesungguhnya anak itu rezeki kurniaan Allah, ada pasangan yang cepat direzekikan anak dan ada pula yang lambat, ada yang tidak direzekikan, namun sebagai hambaNYA kita disarankan untuk berusaha. Antara perkongsian Dr Hamid Arsyat untuk cepat dan mudah hamil dengan izin-NYA jua. 1. Kahwin Awal Ini kerana telah terbukti bahawa wanita paling subur dan produktif pada umur sebelum 20tahun . Pada usia ini, wanita belum berisiko berdepan dengan ketumbuhan seperti endometrisisdan fibroid serta beberapa jenis penyakit di dalam rahim. Jika ada jodoh jangan bertangguh walaupun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya. 2. Jumpa Doktor Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada sengugut atau gangguan haid segera berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan rahim dan ujian. 3. Buat Rawatan Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik....

Kontraksi sebenar vs kontraksi palsu

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu. Jadi ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen supaya anda tidak tertipu. - pengecutan otot rahim akan bergerak dari bahagian atas ke bawah pangkal rahim -kesakitan mungkin boleh bermula dari bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya. -ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sengungut ketika haid. -jika anda berjalan sakit akan terasa lebih kuat. -tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim. Jika didapati kontraksi yang dialami adalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda ketika itu duduk atau berbaring. Lazimnya lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana pang...

Tips Atasi rasa sakit bersalin

Orang kata kontraksi nak bersalin sakitnya ya ampunnn, boleh tahan sakitnya. betul ke? Bagi Ika pengalaman sebanyak 4 kali bersalin, kontraksi sebelum kelahiran boleh diatasi dengan cara pernafasan yang betul. Sejujurnya antara kontraksi bersalin vs jahitan episotomi, Ika lebih gerun dengan episod menjahit tuttt. In my next birth insyaallah jika berpeluang lagi, nak natural birth tanpa koyakan,amin. Apapun mommy, ni antara tips untuk atasi sakit bersalin atau ketika kontraksi berlangsung. Insyaallah sangat membantu. 1. Banyakkan membaca ayat suci  Al-quran atau berselawat keatas Rasullah SAW bagi yang beragam islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus AS ketika berada didalam perut ikan paus yang bermaksud. 2. Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal. 3. Apabila kontraksi menyerang, tarik sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit ber...

Fahami perubahan fizikal kala hamil

Sakit belakang Sering peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi didalam rahim semakin berkurang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. Oleh sebab itu anda mudah berasa sakit belakang. Sakit pinggang Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh pinggang. Walau bagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai Sciatia lebih kerap berlaku ditrimester akhir kehamilan kerana rahim semakin mengembang manakala tulang belakang semakin membengkok. Rambut berminyak Akibat peningkatan hormon progesterone, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkan ia lebih berminyak jika dibandingkan keadaan sebelum hamil. Kebas tangan Lapisan dipergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf dibahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome. Mata rabun Kandungan air yangvterlalu banyak dibahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara t...

Cara Atasi Alahan Hamil

Bila alahan dalam tempoh mengandung, bukan sahaja ia mematikan selera si ibu, malah jika dibiarkan berlarutan mungkin akan membawa risiko yang boleh menjejaskan perkembangan. Ada cara untuk mengatasi alahan supaya ibu masih mendapat nutrisi yang secukupnya untuk menyokong perkembangan bayi. 1. Makanan Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supay perut tidak kosong walaupun mommy tak lapar. Makan sedikit dalam tempoh 2 ke 3 jam. -Makan apa saja yang mommy mahu tapi elakkan makanan pedas. -Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang masak. -Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia yang boleh meredakan perut yang terasa sebu atau tidak selesa. Elakkan ambil kaffein dan merokok. 2. Minuman Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari. -Elakkan minum semasa makan, sebaiknya minum dan selepas makan. -pengambilan air perahan limau atau halia dalam air kosong dapat mengurangk...