Hari Bemula Lagi dan Lagi

Entah bagaimana nak mula. tapi tetap juga nak buat satu catatan khas untuk perjalanan yang tough bagi aku, actually dah berbulan flip dan flop macam ni, proses nak turunkan berat badan really make me so stress. Lagi stress bila asyik nak naik penimbang padahal nothing pun yang berubah. Lagi menyakitkan hati adalah, lepas tu diri sendiri frust,bebel kat diri sendiri, sadis tau. Just cari something yang boleh exciting me via share with writing like this, maybe boleh kasi semangat kat diri sendiri. Maybe. Entahlah. Tak pernah pula rasa stress cemni bila bab nak turunkan berat, sebab memang rasa eager sangat dah feeling nak kurangkan berat tu, tapi hasil tak seperti diharapkan. Bukan takde knowledge, bukan takde group, bukan takde support, it's just about myself. Nafsu sendiri yang banyak menang. Nafsu nak makan tak boleh nak lawan. Ni tentang berperang dengan diri sendiri.




Yes, really, aku memang ketagih bab manis-manis ni, bukan air manis tapi kalah kat kuih muih, kalah kat habit suka cicah biskut dengan kopi kosong. Bab air manis boleh sangat cut terus, tapi bab habit yang dua ni, memang I nangis. Dia macam sehari still okay, masuk hari kedua my mind terus rasa tak keruan, datang bayangan, feel nak buat aktiviti cicah biskut tu. Tahap berat sungguh noh, betullah orang kata motivasi nak turunkan berat badan ni bukan kaleng-kaleng mencabar. Ada orang macam-macam push factor yang buat diorang bergerak, jalankan mission, kata-kata body shaming, putus cinta, memang nak pakai baju cutting cantik, dapat result kesihatan mengecewakan, bermacam lagilah.Semua tu jadi motivation untuk depa teruskan buat. Aku?Entahlah.


photo source:https://blog.journey.cloud

Akuu masih mencari motivasi sendiri untuk buat, banyak yang kalah dengan nafsu sendirilah. Tapi tetap juga nak teruskan even ada hari boleh buat, ada hari separuh jalan. Perjuangan yang tak mudah. Rasa entahlah, aku tak tahu macam mana journey setiap orang yang berjaya setiap hari mengharungi kehendak dan keinginan dalam hati tambah bab makan. I love food so much. Cant you feel me? Tak semudah yang terzahir kat media sosial, in reality nak hadap proses it really tough. Atau ianya hanya pemikiran daku, yang dah setting ianya susah dan sukar. Nak start boleh, yang paling sukar, konsisten. Yes konsisten.




Hujung minggu lagilah, bila outing banyak makan luar, tak order rasa rugi pula, tak selalu dapat datang tempat makan yang special, atau tak pernah sampai kat tempat makan tu. owhhh, it really hard kan?howwwwww.....tambah orang belanja kita makan, how not to appreciate that. Actually, walaupun memang nampak banyak ayat alasan and escape myself, tapi itulah hakikatnya. Tak hari-hari, certain day and weekend i have to face it dan ia sangat tak mudah, berlawan-lawan kat dalam tu, nak makan ke tidak?




So hari pertama even not, i declare berpisah dengan penimbang berat buat sementara waktu, sebab itulah antara salah satu benda yang buat i sangat sangat stress. Mudah keje kita, insyaallah berat ideal pasni sebab takde penimbang dah nak tengok sepanjang journey, wakaka. Dan i declare juga, this is my progress writing for my own effort, my healthy food eating journey, eatclean, IFLK, whatever it takes, just go through jelah upside down my emotion lalui semua ni. Petite size person like me, dengan pre obese BMi memang teruk sangat noh rupanya, sekali tengok macam penguin jalan, sekali tengok macam okay aje. Allah, make me patience to do this, orang kata umur nak 40 ni makin payah nak weigh loss asbab metabolism makin berkurang, energy mudah drain and so on lah, not that scared me so much melainkan semangat sendiri je yang turun naik, not about others, it me! apapun just wish myself goodluck, be tough and patience and.........buang penimbang dari pandangan mata setiap hari<penyakit naik penimbang>. Last view sebelum berpisah dengan benda yang menyakitkan hati daku. Average berat flip flop,kadang turun, tapi banyakmaintainlah, sobs.





Old version
Tinggi 153cm
Berat terkini 71.4kg
Berat Ideal 53kg
Berat nak buang 17.1kg