Uishh penangan dok luar cemnilah jadinya, semalam ingat nak buat post lepas solat isyak sambil baring, sekali tak tahu bila masa aku terlelap, tahu-tahu telefon dah kat lantai tepi katil, semua penat gila dah tambah sampai tempat penginapan hujan start lebat turun, lagilah sedap tidur, kihkih terpaksa la hutang satu post settle hari ni. Bila keluar dari rumah homemade cook dengan kedai cook, tak boleh nak control, kecuali kita sendiri control dan pilih apa nak makan dan jaga portion, semalam hampir terbabas jugak aku makan merapu, tapi still alhamdulillah. Cuma part workoutlah memang tak sempat buat.
Ujian bila keluar jalan-jalan makan angin cemnilah, jumpa makanan macam tak pernah makan, sabor jelah aku. Korang yang boleh hadap, aku salute betul. Apapun cabaran-cabaran cemtulah, nak tengok how we respond. Minggu ni slowly boleh go, yang penting isnin dah start strict bab cut gula, oiii otak tu!take noted ye. Isnin ni sampai ahad depan kita puasa gula ye, 3 point penting dah settle, tinggal point buang totally gula aje, fighting!
• Berhenti gula — 7 hari
• Tingkatkan pengambilan serat — 1 minggu
• Berjalan setiap hari — 2 minggu
• Tidur awal — 6 minggu
So uols dah start belum, korang nak diet ni kalau yang memang tahap terdesak, memang 2 bulan jadi bila nak betul-betul, aku memang kalini time frame lek-lek pis aje, jenis tak boleh kena pressure terus rasa stress even diri sendiri aje pantaunya, jadi kali ni ikut pace aku aje. Aku punya pressure masa ada coach aritu bila tang upload gambar makanan everytime meals. Tu pun stress? seriously really? Iyye untuk aku cemtulah. Apapun tak kisah lah macam mana korang punya strategy, yang penting make sure jalan,in progress, takde U-turn. Dah kena hack, start balik okay.
You can always start again.
