Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Bila alahan dalam tempoh mengandung, bukan sahaja ia mematikan selera si ibu, malah jika dibiarkan berlarutan mungkin akan membawa risiko yang boleh menjejaskan perkembangan. Ada cara untuk mengatasi alahan supaya ibu masih mendapat nutrisi yang secukupnya untuk menyokong perkembangan bayi. 1. Makanan Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supay perut tidak kosong walaupun mommy tak lapar. Makan sedikit dalam tempoh 2 ke 3 jam. -Makan apa saja yang mommy mahu tapi elakkan makanan pedas. -Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang masak. -Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia yang boleh meredakan perut yang terasa sebu atau tidak selesa. Elakkan ambil kaffein dan merokok. 2. Minuman Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari. -Elakkan minum semasa makan, sebaiknya minum dan selepas makan. -pengambilan air perahan limau atau halia dalam air kosong dapat mengurangk...