Alahan Semasa Hamil Bahayakah?

Dalam kegembiraan mommy terima berita kehamilan, ada satu kemungkinan yang mommy harus bersedia menghadapi kemungkinan semasa hamil. Bukan semua orang bernasib baik dapat laui proses kehamilan smooth ja. Komplikasi ketika hamil disebabkan beberapa faktor ada kalanya sesetengah ibu hamil mengalami alahan.


Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simptom muntah-muntah, pening kepala dan perut sebu dan segalanya terasa serba tidak kena. Keadaan ini biasanya berlaku ketika mommy bangun tidur, namun ada juga yang muntah aje sepanjang masa sehingga menggangu rutin harian. Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan  oleh perubahan hormon pada badan. Ada juga yang mengatakan alahan disebabkan oleh ketidakseimbangan gula dalam badan.


Alahan semasa hamil tidak berbahaya namun ianya berisiko jika mommy tidak menangani alahan tersebut dengan sebaiknya.



Kebiasaannya, alahan yang dialami wanita mengandung dalam trimester pertama, Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan beransur hilang. Namun ada sesetengah ibu mengalami alahan sehingga kelahiran bayi. Untuk jangkamasa pendek, alahan kebanyakan tidak memudaratkan namun jika berlanjutan selama mana mengandung, ianya akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan akibat kekurangan nutrisi dalam badan, malah kesihatan ibu juga turut terjejas.


Kebanyakan ibu alahan akan mengalami Dehidrasi (kekurangan air dalam badan)Simptom dehidrasi seperti pening-pening dan teramat dahaga dan air kencing kurang dari biasa. Sekiranya mommy mengalami situasi ini, segera berjumpa doktor untuk rawatan segera, biasanya ibu akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.


Tahukah mommy, rangkaian produk Shaklee dapat membantu ibu hamil mengurangkan atau mengatasi alahan hamil. Mommy yang dah buntu dah, tak boleh nak telan serba serbi, tapi penat, takde tenaga langsung dek alahan, meh whatsaap Ika directly, Ika bantu.



Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.