Cara Atasi Alahan Hamil

Bila alahan dalam tempoh mengandung, bukan sahaja ia mematikan selera si ibu, malah jika dibiarkan berlarutan mungkin akan membawa risiko yang boleh menjejaskan perkembangan.
Ada cara untuk mengatasi alahan supaya ibu masih mendapat nutrisi yang secukupnya untuk menyokong perkembangan bayi.



1. Makanan Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supay perut tidak kosong walaupun mommy tak lapar. Makan sedikit dalam tempoh 2 ke 3 jam.
-Makan apa saja yang mommy mahu tapi elakkan makanan pedas.
-Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang masak.
-Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia yang boleh meredakan perut yang terasa sebu atau tidak selesa. Elakkan ambil kaffein dan merokok.
2. Minuman Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
-Elakkan minum semasa makan, sebaiknya minum dan selepas makan.
-pengambilan air perahan limau atau halia dalam air kosong dapat mengurangkan rasa mual.
3. Rutin Harian Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan.
-Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, mommy akan kerap rasa letih dan mengantuk.
-Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik.
-Jangan gosok gigi sebaik sahaja selepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.