99% dari kalsium pada tubuh kita dijumpai dalam tulang dan gigi. Ia merupakan zat penting dalam diet manusia. Apabila kita makan makanan berkalsium hanya 20-40% kalsium sahaja yang akan diserap ke dalam tubuh kita.
Penyerapan kalsium banyak bergantung kepada keadaan usus yang sihat serta kehadiran vitamin B12, D, C dan fosforus. Ini menyebabkan terjadinya keadaan seseorang mempunyai kurang kalsium meskipun memakan makanan berkalsium tinggi, kalsium juga mudah dikeluarkan dalam air kencing
1. Kejang otot. Gejala ini bisa dikatakan sebagai akibat kekurangan kalsium, dalam gejala awal ini biasanya otot akan terasa sakit, terutama di bagian peha, lengan, dan ketiak saat digunakan bergerak atau beraktiviti luar.
2. Tulang tidak kuat.kalsium ialah nutrisi utama untuk tulang, kerana komponen utama pembentukan tulang adalah kalsium.
Sekiranya anda tidak mendapat cukup kalsium dari makanan maka akan anda memiliki risiko besar mengalami osteoporosis terutama di usia yang kian meningkat.
Saat tubuh kita kekurangan kalsium maka tubuh akan mengambil kalsium dari tulang, gigi atau organ lain. Hal ini menyebabkan tulang menjadi lebih rapuh dan kehilangan kekuatannya.
3. Mudah dijangkiti virus. Kalsium membantu melindungi tubuh dari serangan virus dan bakterai jahat. Sehingga jika anda mengalami kekurangan mineral ini maka tubuh akan menjadi lebih senang dijangkiti penyakit terutama penyakit yang diakibatkan oleh virus dan bakteria seperti flu, dan hepatitis.
4. Mengakibatkan kejang. Gejala yang paling akut hipokalsemia adalah kejang. Kerana kalsium diperlukan tubuh untuk fungsi neurologis dan pengembangan, kekurangan kalsium dalam darah juga dapat menyebabkan kerosakan pada otak.
Gejala hipokalsemia ini biasanya sangat sulit dikesan terutama pada bayi. Sebab itu ibu mengandung dan menyusukan digalakkan untuk mengambil kalsium secukupnya.
5. Insomnia. Jika anda tergolong orang yang sukar untuk tidur mungkin anda termasuk diantara orang yang mengalami kekurangan kalsium. Di atas sudah dijelaskan bahawa salah satu manfaat kalsium adalah mengoptimakan fungsi saraf, sehingga saat tubuh anda tidak mendapatkan cukup kalsium maka beberapa organ penting seperti jantung juga bisa terganggu sehingga menyebabkan susah tidur
6. Gangguan fungsi saraf.kekurangan kalsium dapat menyebabkan melemahnya otot dan degupan jantung yang tidak teratur. Hipokalsemia (rendahnya tingkat kalsium dalam darah) dapat menyebabkan kebas atau mati rasa pada jari-jari.
7. Kekurangan kalsium juga dapat mengakibatkan tekanan darah rendah dan gagal jantung berfungsi dengan baik.
Berikut adalah jumlah keperluan kalsium harian yang perlu di ambil bagi setiap lapisan umur

Cukupkah kadar pengambilan kalsium anda setiap hari???
