7 MANFAAT PROTEIN YANG POPULAR


Kalau sebut tentang protein ramai yang pastinya terfikir akan daging, ayam, telur, dan sebagainya. Tapi tahukah anda sumber protein juga terdapat dari sumber tumbuh-tumbuhan? Protein yang baik dan berkualiti akan memberi nutrient yang bagus untuk tubuh badan kita malah meningkatkan kesihatan diri, namun sumber protein yang sebaliknya akan menjadi punca penyakit untuk tubuh badan kita. 



Tubuh badan kita sendiri terdiri hampir 70% protein. Protein ni macam asas paling basiclah untuk badan kita berfungsi sebaiknya. Fungsi protein sendiri berkait dengan hampir keseluruhan aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Sel darah, sel kulit, kuku, rambut, organ badan sememangnya terdiri dari protein dan protein membolehkan kita bergerak dengan aktif, membahagikan oksigen ke seluruh tubuh, membekukan darah bila kita cedera, melawan infeksi, mengangkut zat masuk dan keluar dari sel, mengendalikan reaksi kimia, dan sebagainya. 

Molekul protein sendiri terbuat dari rantai asam amino. Tubuh kita mencerna protein yang kita dapat dari makanan, mengubahnya menjadi asam amino yang kemudian diserap ke dalam aliran darah. Sel kita kemudian menggunakan asam amino ini untuk menghasilkan protein spesifik yang kita perlukan sesuai untuk fungsi masing-masing.

Sebab tu bila kita ada masalah kesihatan, perhatikan simptom dan signal yang badan bagi contohnya keletihan melampau, kulit kusam, kuku rapuh, rambut kerap gugur dan sebagainya, itu antara salah satu vitamin mineral dalam tubuh badan kita tak mencukupi terutama protein sebab protein ni bahan asas untuk badan kita. 

Antara 7 manfaat protein yang paling popular adalah:-



1. Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaanya mengekang pertumbuhan dan perebakan del kanser. Ia memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.
Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


4. Meremajakan Kulit

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

6. Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


So macam mana nak tahu protein yang kita ambil tu baik dan berkualiti dan membantu meningkatkan kesihatan dan bukan protein yang memudaratkan?