KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan.


Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia.

Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes.


Makanan Manis Punca Obesiti

Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman sekarang. Salah satunya adalah pengambilan makanan berlebihan terutama makanan manis.


Makanan yang tinggi kandungan gula dan berkarbohidrat akan meningkatkan paras gula dan hormon insulin di dalam darah. Sekiranya lebih banyak makanan bergula diambil, semakin banyak insulin akan dirembeskan untuk menstabilkan paras gula.


Lama-kelamaan, paras gula ini akan menjadi tidak stabil. Seseorang itu akan menjadi lesu, kurang bertenaga dan sentiasa teringin makanan manis untuk meningkatkan tenaga. Akhirnya, berat badan akan naik sehingga terjadinya obesiti yang membawa pelbagai penyakit.

Makan Banyak, Kurang Bersenam, Kalori Menjadi Lemak

Obesiti ada kaitan dengan nilai tenaga yang diperoleh daripada makanan iaitu kalori. Seorang lelaki yang aktif memerlukan sekurang-kurang 2500 kalori setiap hari untuk kekal sihat dan cergas manakala seorang wanita memerlukan 2000 kalori setiap hari.


Nilai kalori ini boleh mempengaruhi berat badan seseorang. Jika anda mahu menurunkan berat badan, kurangkan kalori makanan dan bersenam untuk membakar kalori. Sekiranya mahu tambah berat badan, tambahkan kalori makanan dan buat senaman berat.Tetapi masalah berlaku apabila kebanyakan orang gemar makan berlebihan dan jarang melakukan senaman. Tabiat ini akan menyebabkan badan cepat naik dan boleh menjadi obesiti sekiranya tidak dibendung.


Orang yang ada berat berlebihan ini memang suka makan walaupun perut tidak lapar. Mereka juga pasif dan sanggup duduk berjam-jam tanpa melakukan kerja-kerja berat. Akhirnya, kalori di dalam makanan yang tidak digunakan ditukarkan kepada lemak dan disimpan di bahagian-bahagian badan seperti perut, pinggang dan lengan.

Gemuk Berlebihan Sebab Genetik?

Ramai menganggap tiada gunanya menurunkan berat badan hanya kerana percaya “ini penyakit keturunan” atau “dah memang genetik aku.”Sebenarnya ia tidak benar. Walaupun ada kes-kes tertentu yang mendorong seseorang mengalami obesiti disebabkan genetik seperti sindrom Prader-Willi, namun tidak ada sebab untuk menyalahkan sejarah ahli keluarga yang ada badan gemuk berlebihan.


Anda mungkin mewarisi tabiat makan berlebihan daripada ibu atau ayah anda dan ini menyebabkan anda obes tapi ianya boleh diubah.Kebanyakan punca obesiti adalah kerana faktor luaran seperti pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup yang tidak sihat.Obesiti tidak berlaku dalam sehari dua. Ia berlaku sedikit demi sedikit akibat pemilihan makanan yang kurang berzat dan gaya hidup yang tidak sihat.


Kredit:Aafiyat.com


Jika situasi ini di biarkan berterusan, boleh agak tak bagaimana masyarakat dan generasi hadapan bagaimana? Pernahkah kita terfikir, semakin bertambah dan canggih hospital dibina, semakin ramai orang bertambah sakit, dan meningkat tahun demi tahun. Buatlah hospital setiap daerah pun, canggihlah tara mana pun kalau awareness dikalangan masyarakat tak ditingkatkan isu ini akan berlarutan.




Punca tak selesai, punca tak takde solusi hasilnya wal balik wal asal. Pepatah 'mencegah lebih baik dari merawat' dah tenggelam dek trending makan. Semua tersedar dan terbukak mata bila dah mengadap sakitnya. Dah terantuk baru nak tergadah. Selalunya macam tu lah. Masa tu lah kalut cari suplemen nak baiki kerosakan yang dah berlaku.




Masa ni nak kata terlambat pun ye, nak reversed to normal banyak pengorbanan yang tak sanggup orang lalui sebab selama ni dalam zon selesa dok makan sedap, tetiba kena pantang itu ini, mananya nak dek tekak dan lidah kan?eh,bebel macam mak nenek je plak. Hehee, tapi betullah cemtu. Pastu nak plak kesan cepat bila merawat. Eh! Eh! Elok tanam terus orang cemni, eh! Eh! Jangan marah noo, macam tu lah agaknya doktor kat hospital stress layan jenis yang cemni, ekeke.


So yang nak detox version #JomdetoxJutawan boleh contact Ika. 

Yang dah ada tanda-tanda tubuh bertoksik tu better ambil langkah untuk detox. Detox nyahkan toksin dalam tubuh badan secara sihat dan selamat. Kalau yang terkena penyakit kronik nak buat detox boleh tapii get advise from doctors first ok. Tambah plak yang dah ambil medicine dari doktor. Always ask second opinions for your doctors ok. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...