A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel JOM DETOX JUTAWAN

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

BERAKHIR SUDAH CONTEST MENULIS SETIAP HARI

Masyaallah Tabarakallah semalam 15 oktober berakhir sudah Jutawan Blog Contest - 30 hari tajuk. Ika sebenarnya memang teruja nak join contest ni, satu sebab Ika nak bina habit baru update blog setiap hari, rasa macam mustahil. Tapi tak sangka boleh je buat rupanya. Kedua sebab Ika join contest of course hadiahnya menarik, kang ku cakap takde sebab just suka-suka, macam menipu sangat, siapa tak suka reward kan? Wakakka. Ketiga, of course Ika just compete dengan diri sendiri je sebenarnya, not others.  Apa yang Ika belajar dari blog contest ni, struggle tu memang real, nak siapkan satu entri ya ampun macam hape je sebab ni bukan entri personal bukan main sedap taip je, kena ada fakta dan knowledge, Ika tak suka main copy paste sebijik-sebijik even ada kredit, Ika suka ayat Ika sendiri dalam setiap entri kerana itu dari hati Ika sendiri, alhamdulillah Ya Rasyid Ya Alim kerana kurniakan ilham yang tak putus-putus, nikmat apa lagi yang didustakan. Ya Syakur Ika syukur sangat m...

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Bayangkan dalam sebuah rumah ada seorang tukang kemas dan 5 orang yang tukang semak rumah. 3 orang anak dan suami isteri.  Sepanjang hari bila semua orang ada di rumah, akan bersepah dalam sekejapan waktu. Kemas satu tempat, tempat lain bersepah. Baru habis kemas 20 minit, habis berterabur kembali tak sampai 5 minit. Puas lah seorang tukang kemas ini mengemas rumah tapi tak dapat kemas kemas juga rumah. Apabila suami isteri pergi kerja dan anak anak pergi ke sekolah, baru lah tukang kemas dapat mengemas rumah dengan rapi. Begitulah juga sel dalam badan kita yang ada tukang kemas tersendiri yang akan keluarkan bahan perkumuhan metabolisma sel (waste material). Bila tuan punya badan sentiasa makan, sel badan tidak dapat melakukan pembersihan sel secara efisien. Contohnya; orang yang bangun tengah malam untuk makan! Sel perlu melakukan proses pembersihan ini kerana bahan buangan yang terlampau banyak dalam sel, akan menyebabkan sel menjadi tidak sihat dan tidak dapat berfung...

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia. Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes. Makanan Manis Punca Obesiti Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman ...

APA YANG TAK BEST BILA GEMUK

Ika tak cakap orang lain, ni Ika nak cerita pengalaman Ika bila berat badan naik. Atau BMI dah lebih dari normal. Ika selepas kelahiran anak kedua, ya ampun berat badan naik macam kena pam, muka macam belon dah. Breastfeed dah satu hal, ambik plak perancang, memang effect teruk kat berat badan, selera makan jangan bilang. Setiap masa mengunyah je kejeku. Kalau tak mengunyah, makan. Kalau tak makan, mengidam pulak. Pastu laki plak jenis layan, apa nak makan dia cari, sampaikan setiap kali hujung minggu tu jadi episod jalan-jalan cari makan. Apalah nasib, sudahnya berat masa tu lebih kurang berat masa mengandung balik. Sadis.  Masa tu masalah paling besar adalah BAJU. Ye semua baju jadi sendat, ketat, padat so dari saiz XS tetiba bertukar XXL maka kenalah beli baju baru yang lain. Masalah takde baju nak pakai tu rasa semua orang alami ye dak, tiap-tiap pagi nak kerja, nak keluar jalan haa sindrom takde baju jadilah. Yang ni masalah memang kau kena beli baju lain, kes semua ...

DETOX BUKAN SEKADAR UNTUK KURUS

Ehemm, betullah tu. Berdetox bukan semata-mata untuk kurus, dan detox juga buat anda bukan setakat kurus. Ika percaya sebab Ika dah lalui proses detox berulang kali. Best buat detox ni, paling rajin kena buat detox ni sebulan sekali, paling malas 6 bulan sekali. Nak flush toksin, nak sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat, kena detox. Tahukah anda sel-sel tubuh badan kita punya 120hari tempoh untuk berfungsi lepas tu ia mati, dan diganti pula dengan sel-sel yang baru. Sebab tu kalau kita buat diet ke, eat clean ke, detox ke, please istiqamah hingga ke waktu yang sesuai. Nak support penghasilan sel-sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat jaga tempoh ni betul-betul. If makan suplemen, konsisten dalam tempoh ni at least untuk menuai hasil. Bukan sesaja ye tempoh hari tu. Actually itu adalah tempoh terbaik untuk minda, tubuh badan klita buat setting baru dalam rutin harian kita. Badan kita ni ada memori tau. So nak ubah setting baru, memang kena jaga gut juga. ...

NAK KURUS KENA DETOX DULU.

Perumpamaan yang tengah trending sekarang ni, kihkih. Ada betulnya, ramainya dan majoritinya kelautlah kalau bab diet. Tahu kenapa?Haa ni nak bagitahu kenapa orang ramai fail diet. Biasa dalam fasa diet memang permulaan diet, berat akan turun, ada yang turun perlahan-lahan, ada yang turun drastik ada yang langsung tak bergerak turun beratnya. Situ jugaklah jarum penimbang, makan sikit ke, tak makan langsung ke. Kat sini semua rasa down sebab takde perubahan atau perubahan tak banyak. Perjalanan nak turun berat ni satu proses tarbiah jugak sebenarnya untuk bentuk diri kita seperti yang kita nak. Perut kita terjaga insyaallah mindset kita juga terjaga. Tahukah anda perut adalah otak kedua manusia, sebab tu kena jaga perut. Perut punca segala penyakit. So the best thing tentang #JomDetoxjutawan ni bukan bahagian usus perut je kita tingkatkan kesihatan, tapi secara menyeluruh. Yang mana berniat nak menurunksn berat badan, wajib dan mesti lalui proses detox dulu. Sebab utama ki...