Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.


1KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU

Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

2LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)

3KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN


untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN

5BEBAS GLUTEN


Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6BUKAN GMO

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7TERBIODEGRADASI

Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
Sumber : website Shaklee Malaysia
A Better You Today. Theme by STS.