Kandungan antioksidan dalam berbagai produk perawatan kulit memang mudah sekali untuk di cari sekarang ni. Dari cleanser hingga krim mata dan juga pelbagai skincare lain. Sebenarnya adakah anda tahu banyaknya manfaat antioksidan untuk kulit?


Antara makanan yang kaya dengan Antioksidan

Kandungan antioksidan di dalam produk penjagaan kulit pasti mempunyai tujuan khusus, iaitu melindungi kulit dari efek radikal bebas. Jom kita ketahui manfaat terperinci dari bahan yang tinggi antioksidan, pasti anda teruja dan selepas ini wajiblah set penjagaan kulit anda bertukar ke bahan yang lebih bagus iaitu tinggi kandungan antioksidan.


1. Meratakan warna kulit

Kulit wajah memang mempunyai warna yang rata, namun ianya cenderung berubah dibeberapa bahagian akibat terdedah kepada sinar matahari, pertambahan usia, atau bekas jerawat. Warna kulit yang tidak rata biasanya akan menyebabkan kita kurang merasa yakin disebabkan wajah adalah perkara pertama yang orang pandang, betul tak?


Jika masalah itu membuat anda kurang berkeyakinan, mulalah mencari solusi dengan memakai skincare yang memiliki kandungan antioksidan seperti vitamin C, niacinamide, atau green tea. Ketiga kandungan tersebut sudah terbukti memiliki kemampuan yang bagus untuk mencerahkan dan meratakan warna kulit wajah.


2. Mengatasi masalah jerawat

Radikal bebas biasanya menyebabkan kerosakan pada kulit, salah satu akibatnya adalah munculnya jerawat. Dengan menggunakan skincare yang memiliki kandungan antioksidan, akan mencegah bahan kimia dalam produk penjagaan kulit yang menyebabkan jerawat. Selain mencegah pembentukan jerawat, antioksidan juga membantu menghilangkan bekas jerawat kerana kemampuannya dalam memperbaiki struktur kulit.


3. Meminimakan kerosakan kulit

Kulit terdedah dengan sinar UV memang mempunyai manfaat baik untuk kulit. Namun, kalau berlebihan dapat menimbulkan kerosakan pada kulit, seperti terbakar, kering, dan mula timbul garis halus dimuka. Untuk mengatasi perkara ini memerlukan antioksidan yang dapat menstimulasi peredaran darah dalam kulit sehingga pembaharuan sel akan berlaku lebih cepat. Resveratrol merupakan jenis antioksidan yang biasa ditemukan dalam anggur merah. Kandungan ini dipercaya mampu melindungi kulit dari sinar UV. Tak hanya itu, antioksidan dari vitamin C dan E juga dapat mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari.



4. Anti Inflamasi

Jika kulit anda sudah mengalami inflamasi atau keradangan luaran kulit rentan dan mengalami beberapa masalah kulit seperti breakout, jeragat, dan kusam. Inflamasi merupakan salah satu musuh utama kulit. Biasanya keadaan ini disebabkan oleh faktor dalaman, makanan yang di ambil, stress, merokok, dan gaya hidup tidak sihat dan sebagainya. Selain dalaman, masalah kulit ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor luaran, seperti terdedah dengan sinaran UV dan pencemaran udara.


5. Mengurangkan kerutan/garis halus

Salah satu manfaat antioksidan untuk kulit adalah mengurangkan kerutan atau garis halus disebabkan faktor usia, pemakanan dan faktor lain. Kandungan antioksidan mudah diperoleh dan digunakan dalam produk skincare yang di label dengan anti aging.

Antioksidan dipercayai mampu memperbaiki struktur kulit, sehingga kulit akan menjadi baik dan nampak lebih muda. Jenis antioksidan yang berkesan mengatasi masalah kerutan dan garis halus adalah vitamin E, coffee berry, dan resveratrol.



Selain itu antioksidan sangat bermanfaat untuk memelihara keanjalan kulit dan kekuatannya agar kulit tampak kenyal dan muda. Dengan penggunaan krim antioksidan yang dapat menyerap ke lapisan dalam kulit, antioksidan tersebut dapat menetralkan radikal bebas dan meningkatkan penghasilan kolagen. Oleh itu, penghasilan kolagen yang efektif dapat menjadi salah satu cara untuk menganjalkan kulit.


Pilih lah skincare yang kaya dengan Antioksidan seperti Youth Skincare dan amalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Antioksidan juga suplemen terbaik dan berkualiti. 









Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?

Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah

Klik untuk Beli ResV/Youth Skincare Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement
Shaklee PERAK TAPAH/BIDOR



KEBAIKAN POLIFENOL DALAM SEBIJI KAPSUL LEMBUT





ResV adalah formula saintifik untuk menyokong kesihatan umum dan mengekalkan keremajaan serta hidup yang lebih bersemangat.
>>Semula Jadi
>>Kemajuan Saintifik
>>Disokong Oleh 6 Paten
>>Mengandungi Spektrum Polifenol Yang Luas
>>Buatan Amerika Syarikat
>>Bersertifikat Halal
>>Kuasa Alam, Dilancarkan Oleh Sains


Kemajuan Saintifik
Pembangunan bertahun-tahun bersama saintis-saintis dan penyelidikan canggih secara global berjaya menghasilkan ResV - formula penemuan saintifik yang direka untuk menyokong kesihatan anda, secara semulajadi.





Disokong Oleh 6 Paten
Shaklee menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan segala kebaikan polifenol dalam ResV supaya anda boleh menikmati kandungan nutrisi dan manfaatnya secara sepenuhnya.





Pertanian Secara Berterusan
Shaklee komited kepada piawaian yang tinggi dalam pertanian mesra alam dan berterusan supaya anda boleh menikmati nutrien yang bermanfaat dengan kepekatan tinggi sepanjang tahun.






Campuran Proprietari Semula Jadi
ResV mengandungi campuran proprietari, bahan ramuan botani semula jadi yang dipilih dengan teliti dan menawarkan spektrum polifenol yang luas untuk mengekalkan kesihatan yang baik, dari alam semula jadi kepada anda.





Anggur Muscadine



Mengandungi sifat antioksidan dan kepekatan tinggi asid elagik dan elagitanin, sejenis polifenol yang terkenal.




Japanese Knotweed



Mengandungi polifenol utama yang dipanggil resveratrol, ditunjukkan mempunyai banyak manfaat kesihatan yang positif.




Lobak Ungu



Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan antioksidan yang kuat untuk kesihatan yang baik.




Chebulic Myrobalan (Buah Kaduka)



Juga dikenali sebagai “Raja Ayurveda”, ia menawarkan manfaat terapeutik yang luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid galik dan asid elagik.




Buah Delima



Penuh dengan nutrien penting termasuklah elagitanin, asid elagik dan flavonoid.




Anggur Hitam



Kaya dengan nutrien dan penuh dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.




Hampas Anggur dan Anggur Merah



Mengandungi paras polifenol yang tinggi seperti proantocyanidin di mana ia menawarkan kuasa antioksidan yang hebat.


APA ITU POLIFENOL?


Polifenol adalah bahan semula jadi yang didapati dalam buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran. Ia memberikan buah-buahan, buah beri dan sayur-sayuran warna yang terang dengan kepelbagaian warna. Polifenol telah dikaji secara meluas dan mendapat reputasi yang baik dalam industri kesihatan.


DOS HARIAN BAGI
KEBAIKAN BOTANI
Kedua-dua Vivix® dan ResV menawarkan pelbagai manfaat kesihatan. Dari siang hingga ke malam, nikmati hidup sepenuhnya dengan tenaga dan kecergasan. Jalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih bersemangat.


HIDUP PENUH BERSEMANGAT DAN BERTENAGA DENGAN POLIFENOL


Kajian santifik menunjukkan bahawa amalan diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan, bagi jangka masa panjang memberikan perlindungan terhadap risiko kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegeneratif.


Kulit Sihat
Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan2.




Peredaran Darah Yang Sihat
Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).




Tahap Gula Darah Yang Sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.




Menyokong Detoks Yang Berkesan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati9 dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.




Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.




Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan Otot
Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.




Perkembangan Sel Yang Sihat
Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.




Memelihara dan Menyokong Kesihatan Sendi
Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.

Bagaimana Nak Beli ResV?

Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah

Klik untuk Beli ResV Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement
Shaklee PERAK TAPAH/BIDOR


A Better You Today. Theme by STS.