A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PETUA

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Tips:13 Petua Atasi Bengkak Susu

Untuk mommy yang menyusu buat pertama kali bila payu dara bengkak adalah perkara positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan hormon lacta(hormon susu) yang banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Betullah, pengalaman Ika menyusukan anak pertama memang Harraz tak nak menyusu badan, so memang Ika buat pumping je untuk stok. Struggle sangat, setiap dua ke tiga jam setiap hari sepanjang pantang dan habis pantang Ika bangun setiap malam, memang tak miss. Tapi hasil pam waktu awal pagi hingga ke subuh tak pernah mengecewakan, 12oz pasti dapat. Tapi itulah sebab tak tahan kepenatan, Ika hanya mampu susukan Harraz hanya 6bulan pertama sahaja secara eksklusif. Banyak juga kesilapan sendiri yang Ika belajar sepanjang tempoh penyusuan kali pertama menyusukan badan untuk anak termasuk buat anak confuse sehingga menolak untuk direct feeding. Silap juga tak directly jumpa pakar laktasi masa tu untuk atasi terus masalah keliru puting...