Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Jika anda berasa letih selepas makan, jangan risau: Mengantuk selepas makan adalah perkara biasa, naming adakalanya menjengkelkan jika kita berada ditempat kerja. Berikut adalah beberapa cara untuk berasa lebih berjaga-jaga selepas makan. Pernahkah anda merasakan keperluan untuk tidur sebentar sebaik sahaja anda selesai makan? Kita semua kebanyakannya mengalami keadaan tersebut, berada mahukan bantal setelah perut kenyang menyantap menu nasi Kansas daun pisang. Namun kadangkala, makan spaghetti pun boleh membuatkan seseorang mahu baring sebentar untuk tidur bagi menghilangkan rasa mengantuk selepas makan. Betulkan? Walaupun pelik keinginan tidur siang selepas makan, ternyata mengantuk selepas makan tengah hari adalah perkara biasa, dengan alasan saintifik di sebaliknya. Tetapi jika kelesuan membuat anda cemas atau malu, atau menghalang produktiviti anda, terdapat langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan keadaan tersebut dengan mengubah atau mengurangkan hidangan makan teng...