A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 6, 2019

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Bayangkan dalam sebuah rumah ada seorang tukang kemas dan 5 orang yang tukang semak rumah. 3 orang anak dan suami isteri.  Sepanjang hari bila semua orang ada di rumah, akan bersepah dalam sekejapan waktu. Kemas satu tempat, tempat lain bersepah. Baru habis kemas 20 minit, habis berterabur kembali tak sampai 5 minit. Puas lah seorang tukang kemas ini mengemas rumah tapi tak dapat kemas kemas juga rumah. Apabila suami isteri pergi kerja dan anak anak pergi ke sekolah, baru lah tukang kemas dapat mengemas rumah dengan rapi. Begitulah juga sel dalam badan kita yang ada tukang kemas tersendiri yang akan keluarkan bahan perkumuhan metabolisma sel (waste material). Bila tuan punya badan sentiasa makan, sel badan tidak dapat melakukan pembersihan sel secara efisien. Contohnya; orang yang bangun tengah malam untuk makan! Sel perlu melakukan proses pembersihan ini kerana bahan buangan yang terlampau banyak dalam sel, akan menyebabkan sel menjadi tidak sihat dan tidak dapat berfung...

BEKERJA TAPI NAK BUAT BISNES? BOLEH KE?

Kadang Ika sebagai surirumah malu dengan diri sendiri sebab Ika perasan dari dulu ada sejenis orang walau dah kerja dia berniaga lagi. Pelik sekali fikir, gaji dah ada, apa lagi yang nak?  Since Ika terjebak dengan Shaklee barulah Ika faham. Kita memang patut berniaga tak kira kita surirumah ke, dah bekerja ke, even kita dah kaya pun, berniagalah! Sebab apa? Tu sunnah Rasul S.A.W, Rasul kita. Tiada alasan untuk kita tak berniaga kan?  Ika teringat kisah upline Ika sibuk bekerja pun masih bekerja. Handle anak lagi, handle bisnes lagi. MasyaAllah memang terkagum dengan semangat diorang ni, moga Ika pun tertanam sikap sebegitu, betapa hebatnya usaha dan attitude orang bekerja dan berniaga ni. My super upline punya story lagi hebat, bekas peguam Ika ingat cerita nya, my super upline ni everyday akan bangun pukul 2 pagi untuk fokus bisnes Shaklee sebab untuk masa lain selain memenuhi tuntutan kerjaya sebagai peguam, urusan rumahtangga dan anak-anak tetap berjalan. ...

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia. Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes. Makanan Manis Punca Obesiti Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman ...

KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES

Actually banyak reason sebenarnya kenapa surirumah wajib buat bisnes. Ika tak nak sebut dan cerita tentang takut suami meninggal ke, suami tinggalkan sebab semua tu benda yang bukan dalam kawalan kita. Macam yang trending sekarang, bagi Ika benda yang dia cakap tu betul tapi semua tu bukan dalam kawalan kita seperti mati dan bab hati ni sebab Allah jua yang membolak balikkan hati manusia kan. So dari perspektif Ika kenapa surirumah wajib buat bisnes sebab diri sendiri. Kenapa sebab diri sendiri?sebab bisnes adalah tarbiah yang sangat baik untuk diri sendiri. Untuk ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Untuk lebih dekatkan kita kat Allah. Kenapa? Kalau tak bisnes tak dekat dengan Allah ke? Tak maksud Ika bila buat bisnes ni kebergantungan kita kat Allah 100%. So kebaikan tu datang kat diri kita balik. Belajar dan baiki diri melalui bisnes.  Bisnes adalah Sunnah Rasul dan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan? Tahu kenapa? kalau yang kerja makan gaji ni memang k...

JAGALAH HATI JANGAN KAU KOTORI

Teringat plak nasyid baca tajuk tu kan, hihih. Ika percaya semua orang tahu bab jaga hati ni. Tapi bagaimana kita nak jaga. Banyak caranya, secara spiritual bersepah ceramah bagitahu macam mana kita nak jaga hati ni. Tapi secara fizikalnya tak ramai yang alert dan ambil tahu. Jumpa Allah seksok pun, Allah nilai HATI kita. Kita memang bawa pulang kat Allah sekeping HATI untuk dinilai atas segala apa yang kita lakukan. Ironikah? Bukankah Allah nilai amalan kita, ibadah kita?. Ye, tapi back to basic kita buat ibadah dengan ikhlas ke? Camne nak tahu sebab tak nampak nilai ikhlas tu. Kita tegur orang ikhlas ke, tak tahu sebab tak nampak, takde ukuran ikhlas tu. Ikhlas tu datang dari hati. Sebab tu, kita kena jaga HATI. Bukan setakat secara rohani dan spiritual tapi secara fizikal. Tahu risiko hati yang rosak dan berlemak akibat tangan kita sendiri. Ye, nanti datanglah segala kerosakan yang membawa keburukan kepada batang tubuh badan kita ni. Tapi macam mana nak jaga...

APA YANG TAK BEST BILA GEMUK

Ika tak cakap orang lain, ni Ika nak cerita pengalaman Ika bila berat badan naik. Atau BMI dah lebih dari normal. Ika selepas kelahiran anak kedua, ya ampun berat badan naik macam kena pam, muka macam belon dah. Breastfeed dah satu hal, ambik plak perancang, memang effect teruk kat berat badan, selera makan jangan bilang. Setiap masa mengunyah je kejeku. Kalau tak mengunyah, makan. Kalau tak makan, mengidam pulak. Pastu laki plak jenis layan, apa nak makan dia cari, sampaikan setiap kali hujung minggu tu jadi episod jalan-jalan cari makan. Apalah nasib, sudahnya berat masa tu lebih kurang berat masa mengandung balik. Sadis.  Masa tu masalah paling besar adalah BAJU. Ye semua baju jadi sendat, ketat, padat so dari saiz XS tetiba bertukar XXL maka kenalah beli baju baru yang lain. Masalah takde baju nak pakai tu rasa semua orang alami ye dak, tiap-tiap pagi nak kerja, nak keluar jalan haa sindrom takde baju jadilah. Yang ni masalah memang kau kena beli baju lain, kes semua ...

BIG WHY BUAT SHAKLEE

Ika masa memula orang tanya Big Why Ika kenapa nak buat Shaklee dulu, kononnya nak duit. Yelah tapi push pun diri Ika sungguh buat Shaklee. Then senarai lagi sebab anak-anak BIG WHY Ika buat Shaklee. Then Ika hadir MCC tahun lepas, yang ni memang mind blowing sangat. Sebab dari situ Ika pun sebenarnya tak boleh state apa benda BIG WHY Ika buat Shaklee nih, haha. Yang tahu Ika buat je, patut dah lama dah give up. Tapi entah lah kenapa, terus stay jugak kongsi tentang Shaklee, tentang kesihatan sebab Ika suka. Suka bila baca feedback customer "Ika alhamdullillah dah tak sembelit dah berak"  "Ika, best makan Alfalfa tu, suami pun suka, bau badan dah normal"  "Ika, terima kasih anak dah selera makan"  Nak cerita pun dari hati sebab Ika pun suka sangat bila customer Ika share effect positif hasil dari bershaklee, macam ada satu peristiwa memang Ika sorang customer ni nak ikhtiar hamil, masa Ika suggestlah set subur dan doakan moga dia ...

MALAYSIA JUARA NEGARA PALING GEMUK DI ASIA

Mengejutkan? Takpun, sebenarnya isu ni dah lama pun berlaku, namun tahun demi tahun isu ni makin meningkat. Sebab apa? KESEDARAN takde, atau tahap sedar diri tu tak tinggi. Lekk, lekk pislah! Makan jelah time selera ni. Dah sakit baru kita pantang, giteww, ayat-ayat sedapkan nafsu makan. Takpe lepas ni kita diet. Rugilah tak menikmati nikmat makan time ada makanan cemni. Sudahnya masa sakit pun dah tak guna dah nak pantang, yelah lidah dah biasa makan sedap. Ingat boleh nak pantang tetiberr, sangguplah plak telan ubat kes kaki mula denyut-denyut tanda gout, mulalah gula dalam darah tinggi, kerap naik darah, mulalah start ambil ubat sebab dah macam-macam yang datang. Tak nampak punca utama "OBESITI" tulah datangnya semua simptom sakit dan menyambut penyakit-penyakit kronik lain. “Statistik yang diperoleh melalui Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2015 menunjukkan Malaysia telah menjadi sebuah negara obes di mana seorang dalam dua ...