A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 5, 2018

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Awas, Simptom meroyan!

Meroyan merupakan istilah umum orang melayu terhadap perubahan emosi selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan rumahtangga dan perhubungan suami isteri. Ramai mommy tak menyedari tempoh berpantang iaitu sejurus selepas bersalin adalah amat penting dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tak diatasi dengan sewajarnya wanita tersebut mungkin menderita seumur hidup. Dianggarkan sehingga 85% wanita alami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun begitu kebanyakannya hanya mengalami pada tahap ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan. Selebihnya ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan. Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan dalam 3 kategori. Postpartum Blues Masalah perubahan emosi yang normal dan tak serius. Masalah yang kerap berlaku selepas bersalin. Perubahan ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun, ia akan be...

Kontraksi sebenar vs kontraksi palsu

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu. Jadi ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen supaya anda tidak tertipu. - pengecutan otot rahim akan bergerak dari bahagian atas ke bawah pangkal rahim -kesakitan mungkin boleh bermula dari bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya. -ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sengungut ketika haid. -jika anda berjalan sakit akan terasa lebih kuat. -tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim. Jika didapati kontraksi yang dialami adalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda ketika itu duduk atau berbaring. Lazimnya lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana pang...

Tips Atasi rasa sakit bersalin

Orang kata kontraksi nak bersalin sakitnya ya ampunnn, boleh tahan sakitnya. betul ke? Bagi Ika pengalaman sebanyak 4 kali bersalin, kontraksi sebelum kelahiran boleh diatasi dengan cara pernafasan yang betul. Sejujurnya antara kontraksi bersalin vs jahitan episotomi, Ika lebih gerun dengan episod menjahit tuttt. In my next birth insyaallah jika berpeluang lagi, nak natural birth tanpa koyakan,amin. Apapun mommy, ni antara tips untuk atasi sakit bersalin atau ketika kontraksi berlangsung. Insyaallah sangat membantu. 1. Banyakkan membaca ayat suci  Al-quran atau berselawat keatas Rasullah SAW bagi yang beragam islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus AS ketika berada didalam perut ikan paus yang bermaksud. 2. Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal. 3. Apabila kontraksi menyerang, tarik sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit ber...

Waktu Bersalin sudah tiba, apa ibu perlu tahu?

Kontraksi awal satu tanda awal yang mommy bakal bersalin. Jangan panik! Apabila tiba masanya otot rahim mula mengecut bermula dari atas rahim hingga merebak kepangkal rahim. Ia akan berlaku berulang kali secara kerap. Sebelum kontraksi sebenar berlakuanda akan melalui proses yang sama pada minggu-minggu terkakhir kehamilan tanpa disedari. Proses itu adalah normal kerana memastikan kedudukan rahim, pangkal rahim dan dan bukaan faraj adalah seiring agar bayi berupaya turun dan keluar lancar semasa proses kelahiran. Sakit kontraksi berpunca dari pengecutan rahim berkala. Kekerapan pengecutan rahim menyebabkan otot-otot rahim kekurangan bekalan oksigen yang mencetuskan rasa sakit didalam otot itu sendiri. Tekanan keatas kompleks saraf yang tersepit diantara dua struktir bertulang yang keras iaitu kepala dan tulang pelvis anda akan menimbulkan rasa sakit disemua bahagian tubuh.  Kesakitan yang dialami berterusan dan bertambah kuat sehingga bukaan pangkal rahim menegan...

Fahami perubahan fizikal kala hamil

Sakit belakang Sering peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi didalam rahim semakin berkurang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. Oleh sebab itu anda mudah berasa sakit belakang. Sakit pinggang Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh pinggang. Walau bagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai Sciatia lebih kerap berlaku ditrimester akhir kehamilan kerana rahim semakin mengembang manakala tulang belakang semakin membengkok. Rambut berminyak Akibat peningkatan hormon progesterone, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkan ia lebih berminyak jika dibandingkan keadaan sebelum hamil. Kebas tangan Lapisan dipergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf dibahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome. Mata rabun Kandungan air yangvterlalu banyak dibahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara t...

Cara Atasi Alahan Hamil

Bila alahan dalam tempoh mengandung, bukan sahaja ia mematikan selera si ibu, malah jika dibiarkan berlarutan mungkin akan membawa risiko yang boleh menjejaskan perkembangan. Ada cara untuk mengatasi alahan supaya ibu masih mendapat nutrisi yang secukupnya untuk menyokong perkembangan bayi. 1. Makanan Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supay perut tidak kosong walaupun mommy tak lapar. Makan sedikit dalam tempoh 2 ke 3 jam. -Makan apa saja yang mommy mahu tapi elakkan makanan pedas. -Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang masak. -Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia yang boleh meredakan perut yang terasa sebu atau tidak selesa. Elakkan ambil kaffein dan merokok. 2. Minuman Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari. -Elakkan minum semasa makan, sebaiknya minum dan selepas makan. -pengambilan air perahan limau atau halia dalam air kosong dapat mengurangk...

Kebaikan Imbasan Ultra

Seronokkan dapat melihat keadaan fizikal baby kita seperti kaki, tangan, kepala, hidung, mulut. Sungguh comel dan mengujakan! Ditambah pula dengupan jantung baby kita dengar dengan jelas, bayi menguap, amalah ada mnommy yang beruntung dapat piece dari anak, hahah. itulah kecanggihan teknologi terkini menggunakan imbasan ultra bunyi, malah sekarang ianya banyak jenis. Sekarang mommy dah ada pilihan untuk buat imbasan ultrasound bermula dari yang basic iaitu 2D (dua dimensi) imej hitam putih yang mana ianya menerangkan perkembangan bayi, dan 2D 'Details Scan' ultrasound boleh mengesan fizikal kecacatan bayisehingga dapat memberi maklumat tentang kecacatan bayi sehingga 70% hingga 80% kecuali kecacatan kromosom. Imbasan 3D pula gabungan 2D menghasilkan gambar fetus yang kelihatan seolah-olah hidup yang menghasilkan gambar statik, rupa luaran bayi anda. Imbasan 4D pula pengimbasan secara langsung(video). Melalui kaedah ini pergerakan bayi dalam kandungan lebih jelas seperti...

Alahan Semasa Hamil Bahayakah?

Dalam kegembiraan mommy terima berita kehamilan, ada satu kemungkinan yang mommy harus bersedia menghadapi kemungkinan semasa hamil. Bukan semua orang bernasib baik dapat laui proses kehamilan smooth ja. Komplikasi ketika hamil disebabkan beberapa faktor ada kalanya sesetengah ibu hamil mengalami alahan. Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan simptom muntah-muntah, pening kepala dan perut sebu dan segalanya terasa serba tidak kena. Keadaan ini biasanya berlaku ketika mommy bangun tidur, namun ada juga yang muntah aje sepanjang masa sehingga menggangu rutin harian. Kebanyakan wanita hamil mengalami alahan disebabkan  oleh perubahan hormon pada badan. Ada juga yang mengatakan alahan disebabkan oleh ketidakseimbangan gula dalam badan. Alahan semasa hamil tidak berbahaya namun ianya berisiko jika mommy tidak menangani alahan tersebut dengan sebaiknya. Kebiasaannya, alahan yang dialami wanita mengandung dalam trimester pertama, Apabila usia kandungan mencecah tr...

Tahi Lalat Luar Biasa Petanda Kanser Kulit

Ramai antara kita yang mengabaikan kewujudan bintik hitam atau tahi lalat yang banyak pada tubuh .Tanpa kita sedar ia sebenarnya mungkin menjadi petanda penyakit serius iaitu kanser kulit . Melanoma adalah sejenis kanser kulit paling serius . Ia terbentuk di dalam sel - sel (melanosit) yang menghasilkan melanin iaitu pigmen yang memberikan warna pada kulit . Penyebab sebenar melanoma tidak begitu jelas tetapi pendedahan kepada radiasi ultraungu (UV) daripada cahaya matahari atau lampu dan katil menggelapkan kulit meningkatkan risiko untuk mendapat melanoma . Melanoma kelihatan meningkat pada wanita terutamanya yang berumur bawah 40 tahun . GEJALA      Melanoma boleh terbentuk pada sebarang tempat tubuh . ia kerap terbentuk pada kawasan yang terdedah pada cahaya matahari , belakang tubuh , kaki , lengan , muka . Melanoma tersembunyi lebih biasa berlaku pada mereka yang berkulit gelap . Gejala - gejala dan tanda-tanda melanoma adalah : perubahan dalam tahi la...

Cara Sihat Tambah Berat Badan

Masalah berat badan bukan sahaja tertumpu pada berat badan berlebihan,tetapi berat badan berkurangan juga dikategorikan sebagai masalah berat badan .Ada cara sihat untuk menambah berat badan di samping mendapatkan nutrisi yang di perlukan tubuh secukupnya.Ikuti tip menambah berat badan secara sihat : AMBIL KARBOHIDRAT  Tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga .Jika ingin manaikkan berat badan ,anda perlu mengambil karbohidrat mencukupi. Karbohidrat sihat boleh didapati darpada beras merah,roti dan bijirin dari gandum penuh.Gandum merupakan sumber serat dan nutrisi .Makan ketika sarapan dan pilih yang bebas gula atau hanya mengandungi sedikit gula. PROTEIN  Tubuh memerlukan protein untuk pembentukan otot ,struktur organ dan menjaga fungsi sistem imunisasi tubuh .Pilih dengan cermat sumber protein sihat .Anda boleh dapatkan dari daging ,ikan ,ayam dan kekacang .Pilih daging segar dan hindari daging olahan . LEMAK Lemak diperlukan tubuh sebagai cadanga...

11 Tips dan Selamat Tinggal Dagu Berlapis!

Ada dua kebencian para wanita dengan fizikal bila dagu berlapis. Satu ianya menandakan kita sudah termasuk dalam golongan yang punya masalah berat badan dan keduanya ia merosakkan penampilan diri. Iye kan? Bila disebut dalam bahasa kita 'dagu berlapis' tapi bila disebut dengan bahasa sains "Double chin", sungguh mengjengkelkan dan menyakitkan hati bukan? kerana dagu berlapis bermakna lebihan lemak yang terkumpul antara dagu dan leher. Dagu berlapis sememangnya menyakitkan mata memandang kerana buat wajah lebih lebar dan tampak pelik. Bagi kita perempuan ni, bahagian dagu berlapis memanglah boleh disorok dengan anak tudung atau inner neck, tapi sampai bila. PUNCA amalan pemakanan yang tidak sihat menyebabkan lebihan lemak dalam badan terkumpul di bahagian dagu ada sesetengah pihak mengatakan kekerapan tidur siang dalam jangka masa yang panjang turut menyumbang kepada masalah ini. cara duduk dan cara berjalan  yang salah juga boleh menyebabkan dagu berlapis. ...

Promosi Shaklee Ogos 2018

PROMO SEPANJANG BULAN OGOS 2018 Ogos sempena bulan kemerdekaan ni, Shaklee menawarkan tawaran wajib grab dan of course, mommy yang bakal berpantang tu, offer bulan ni special for you. ye, awaklerr mak buyong comells tu. Jom grab promo best ni, from top to toe  💓   SET BERPANTANG : BELI FULLSET BERPANTANG DAPAT FREE "WHY I LOVE SHAKLEE BAG" FULLSET BERPANTANG - - ESP - VITAMIN C - ALFALFA - OMEGA GUARD - VITALEA IRON - OSTEMATRIX - B COMPLEX  SHAKLEE BABY SET BUY 1  GET FREE 1 SET 💓   VIVIX : BUY 2 LESS 5% BUY 6 FREE 1 💓   ALFALFA COMPLEX : BUY 3 LESS 5% 💓   YOUTH SKINCARE : BUY REPAIR AND MAINTAIN SET OR INTENSIVE TREATMENT AND REPAIR SET "FREE FACIAL CLEANSE & FIRM DEVICE" Nak order jangan malu segan, direct whatsapp Ika ye.

Ibu Bapa Yang Merokok, Anak Dapat Penyakit

Biasanya dalam keluarga yang merokok hanyalah suami atau bapa yakni kaum lelaki .Namun ketika ini kaum wanita juga tidak ketinggalan mengikuti jejak yang kurang sihat tanpa menyedari tindakan tersebut sebenarnya menambah risiko  kesihatan kepada ahli keluarga .Ikuti ulasan tentang masalah ini. Zurina dan dahlan merupakan perokok tegar .Setiap hari mereka pasti merokok.Menurut zurina ,perbuatan merokok bermula sewaktu bersekolah lagi.Justeru tabiat merokok sukar dibuang.Dahlan memulakan aktiviti merokok sewaktu di alam universiti.Dan zurina dia juga pernah cuba berhenti merokok namun gagal. Banyak kali juga mereka mencuba untuk berhenti merokok namun ketagihan itu sukar untuk hilang .zurina pernah bertanyakan hal ini kepada doktor dan dia diberitahu bahwa rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti heroin dan kokain . Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan .Ketagihan bermaksud tubuh kita mengeluarkan bahan tertentu yang boleh mengha...

Berpantang Rumah Mak atau Mertua

Ini isu panas dan hangat dikalangan mommy kan? Sedih jugak baca luahan mommy yang terpaksa berpantang tanpa kerelaan dirumah mertua disebabkan desakan suami, atau dalam keterpaksaan. Kebanyakan isu yang timbul adalah ketidakselesaan bila berpantang tambah lagi kalau ada biras dan ipar duai didalam rumah tersebut. Keselesaanlah faktor utama yang paling penting bila nak berpantang. Kita selesa nak tidur baring bila-bila masa. Kita selesa bila-bila nak masuk keluar dapur. Kita selesa nak menyusukan anak bila-bila masa. Kita selesa nak makan bila-bila masa. Kita boleh sesuka hati kita nak buat apa ikut keselesaan diri kita bila duduk rumah mak sendiri berbanding mertua. Kadang kita tak nak menyusahkan mak mertua dan paling nak jaga adalah hati mak dan mak mertua. Kita tak nak menyusahkan mak-mak yang makin dimamah usia. Tapi bila bab pantang, semua dalam dilema kalau suami masuk campur guna kuasa veto tanpa bertanya dahulu kepada isteri akan kemahuan bila berpa...