A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel OMEGAGUARD SHAKLEE

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

SELAMAT TINGGAL PNEUMONIA

Iqbal anak kedua saya. Semasa baru lahir saya perasan nafasnya berbunyi kuat macam ada yang tersekat - tak macam Kakak Iman dulu. Naluri ibu saya rasa ada sesuatu tak kena walaupun masa tu doktor kata tiada masalah. Ketika berumur 9bulan Iqbal di diagnose Pnuemonia. Saya masih ingat saya membawa Iqbal ke bilik X-Ray dan mendapati paru-paru sebelah kiri penuh kahak. Doktor sedut sampai penuh tiub dan bertukar ke tiub kedua sampai keluar darah. Masa tu kesian sangat dekat Iqbal. Dia terpaksa ditahan diwad tapi suami berkeras tidak mahu. Sudahnya kami mesti mematuhi betul-betul jadual antibiotik. Masatu suami saya bercuti seminggu untuk menjaga anak. Ia tidak berhenti setakat itu. Iqbal sering ada masalah pernafasan, cepat selsema, berhingus dan berkahak. Sehingga berminggu-minggu. Bayangkan kami beli mesin nebuliser dirumah untuk mudahkan neb bila Iqbal sesak nafas. Bermacam-macam nasal spray kami pernah cuba. Bila usianya cecah setahun, saya konsisten 2...