Posts about: antioksidan

Pagi tadi dapat testimoni fresh dari group sharing dari pengguna Shaklee, sebelum ni dia ambil GLA Complex dan alhamdulillah mengandung, tapi kulitnya sepanjang mengandung jadi sensitif, banyak jerawat naik. Jerawat naik ni antara faktornya adalah ketidakstabilan hormon dalam badan, yes masa mengandung memang hormon akan haywire sebabnya nak besarkan bayi selama 9 bulan dalam rahim sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan cukup. Selepas pantang this customer ambil vivix dan collagen untuk mengatasi masalah kulit muka yang teruk. Ramai juga yang tanya dan cakap mesti berbotol vivix dan berkotak-kotak kolagen kena habiskan nak dapatkan hasil sebegitu rupa. tapi customer ni hanya ambil 1 botol dan 1 kotak kolagen sahaja untuk dapatkan kulit yang sihat dan bersih dari jerawat. Wow sangatkan? Anda pun boleh juga dapat kulit sihat seperti pengguna Shaklee ni. 



Antioksidan yang berkualiti pasti hasilnya juga berbaloi, seperti yang diketahui vivix antara top selling produk, walaupun ramai in doubt dengan vivix, overclaimlah, tapi yang menggunakan produk ni pasti tahu dan merasai sendiri akan manfaat dari 1 sudu sehari setiap hari. Apatah lagi digabungkan dengan kolagen yang terbukti antara salah satu produk kolagen yang dihasilkan dari sumber marin iaitu sisik ikan merah laut dalam memang meletuplah hasilnya. Macam kita belajarlah, yang hanya dengar akan lupa, yang baca akan ingat, yang tulis akan faham, begitulah juga bab vivix dan kolagen serta produk Shaklee ni, yang amalkan memang akan dapat merasa manfaatnya. 

Baca :Antioksidan untuk kulit cantik

Umur yang semakin meningkat menyebabkan banyak faktor dalaman dan nutrisi yang badan perlukan lebih dari keperluan biasa. Dengan faktor luaran pencemaran udara, pemakanan tidak seimbang, kurangnya minum air yang mencukupi, stress,tidak cukup tidur semua faktor tersebut bergabung akan menyebabkan badan mengalami penuaan pramatang dan juga risiko untuk mendapat sebarang gejala penyakit juga tinggi. fokuskan untuk sihatkan kulit, insyaallah cantiknya akan dapat sekali. Macam kolagen tu ramai kaitkan dengan kulit cantik, tapi dalam padanya banyak manfaat lain jika diamalkan iaitu meningkatkan kesihatan sendi, ligamen, otot-otot. 

Makanlah produk apapun, keywordnya konsisten. Ada je jenis orang yang suka bertukar-tukar produk tak sempat pun dapat hasil, terus tukar yang lain, kalau boleh pakai hari tu, hari tu jugak nak dapat hasil kulit bertukar cingg cingg licin cantik putih berseri woww!Memang tak dapatlah deknon. Even ubat gigi pemutih tu pun kena sental setiap hari lama-lama baru nampak kesannya, kikii. Kita semua bukan tak mampu, tapi kita limitkan diri dan takut nak cuba. Macam Ika dululah kes banyak sangat dengar-dengar pasal Shaklee ni, nak baca pasal produk pun skeptikal dah sebab yang sumbat dalam otak ni banyak sangat dari dengar-dengar. Alih-alih dah cuba, 6 tahun setia guna, giteww. 

Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 



Kandungan antioksidan dalam berbagai produk perawatan kulit memang mudah sekali untuk di cari sekarang ni. Dari cleanser hingga krim mata dan juga pelbagai skincare lain. Sebenarnya adakah anda tahu banyaknya manfaat antioksidan untuk kulit?


Antara makanan yang kaya dengan Antioksidan

Kandungan antioksidan di dalam produk penjagaan kulit pasti mempunyai tujuan khusus, iaitu melindungi kulit dari efek radikal bebas. Jom kita ketahui manfaat terperinci dari bahan yang tinggi antioksidan, pasti anda teruja dan selepas ini wajiblah set penjagaan kulit anda bertukar ke bahan yang lebih bagus iaitu tinggi kandungan antioksidan.


1. Meratakan warna kulit

Kulit wajah memang mempunyai warna yang rata, namun ianya cenderung berubah dibeberapa bahagian akibat terdedah kepada sinar matahari, pertambahan usia, atau bekas jerawat. Warna kulit yang tidak rata biasanya akan menyebabkan kita kurang merasa yakin disebabkan wajah adalah perkara pertama yang orang pandang, betul tak?


Jika masalah itu membuat anda kurang berkeyakinan, mulalah mencari solusi dengan memakai skincare yang memiliki kandungan antioksidan seperti vitamin C, niacinamide, atau green tea. Ketiga kandungan tersebut sudah terbukti memiliki kemampuan yang bagus untuk mencerahkan dan meratakan warna kulit wajah.


2. Mengatasi masalah jerawat

Radikal bebas biasanya menyebabkan kerosakan pada kulit, salah satu akibatnya adalah munculnya jerawat. Dengan menggunakan skincare yang memiliki kandungan antioksidan, akan mencegah bahan kimia dalam produk penjagaan kulit yang menyebabkan jerawat. Selain mencegah pembentukan jerawat, antioksidan juga membantu menghilangkan bekas jerawat kerana kemampuannya dalam memperbaiki struktur kulit.


3. Meminimakan kerosakan kulit

Kulit terdedah dengan sinar UV memang mempunyai manfaat baik untuk kulit. Namun, kalau berlebihan dapat menimbulkan kerosakan pada kulit, seperti terbakar, kering, dan mula timbul garis halus dimuka. Untuk mengatasi perkara ini memerlukan antioksidan yang dapat menstimulasi peredaran darah dalam kulit sehingga pembaharuan sel akan berlaku lebih cepat. Resveratrol merupakan jenis antioksidan yang biasa ditemukan dalam anggur merah. Kandungan ini dipercaya mampu melindungi kulit dari sinar UV. Tak hanya itu, antioksidan dari vitamin C dan E juga dapat mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari.



4. Anti Inflamasi

Jika kulit anda sudah mengalami inflamasi atau keradangan luaran kulit rentan dan mengalami beberapa masalah kulit seperti breakout, jeragat, dan kusam. Inflamasi merupakan salah satu musuh utama kulit. Biasanya keadaan ini disebabkan oleh faktor dalaman, makanan yang di ambil, stress, merokok, dan gaya hidup tidak sihat dan sebagainya. Selain dalaman, masalah kulit ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor luaran, seperti terdedah dengan sinaran UV dan pencemaran udara.


5. Mengurangkan kerutan/garis halus

Salah satu manfaat antioksidan untuk kulit adalah mengurangkan kerutan atau garis halus disebabkan faktor usia, pemakanan dan faktor lain. Kandungan antioksidan mudah diperoleh dan digunakan dalam produk skincare yang di label dengan anti aging.

Antioksidan dipercayai mampu memperbaiki struktur kulit, sehingga kulit akan menjadi baik dan nampak lebih muda. Jenis antioksidan yang berkesan mengatasi masalah kerutan dan garis halus adalah vitamin E, coffee berry, dan resveratrol.



Selain itu antioksidan sangat bermanfaat untuk memelihara keanjalan kulit dan kekuatannya agar kulit tampak kenyal dan muda. Dengan penggunaan krim antioksidan yang dapat menyerap ke lapisan dalam kulit, antioksidan tersebut dapat menetralkan radikal bebas dan meningkatkan penghasilan kolagen. Oleh itu, penghasilan kolagen yang efektif dapat menjadi salah satu cara untuk menganjalkan kulit.


Pilih lah skincare yang kaya dengan Antioksidan seperti Youth Skincare dan amalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Antioksidan juga suplemen terbaik dan berkualiti. 









Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?

Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah

Klik untuk Beli ResV/Youth Skincare Shaklee

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement
Shaklee PERAK TAPAH/BIDOR



A Better You Today. Theme by STS.