Posts about: BAHAYA ASAP ROKOK




Biasanya dalam keluarga yang merokok hanyalah suami atau bapa yakni kaum lelaki .Namun ketika ini kaum wanita juga tidak ketinggalan mengikuti jejak yang kurang sihat tanpa menyedari tindakan tersebut sebenarnya menambah risiko  kesihatan kepada ahli keluarga .Ikuti ulasan tentang masalah ini.


Zurina dan dahlan merupakan perokok tegar .Setiap hari mereka pasti merokok.Menurut zurina ,perbuatan merokok bermula sewaktu bersekolah lagi.Justeru tabiat merokok sukar dibuang.Dahlan memulakan aktiviti merokok sewaktu di alam universiti.Dan zurina dia juga pernah cuba berhenti merokok namun gagal.

Banyak kali juga mereka mencuba untuk berhenti merokok namun ketagihan itu sukar untuk hilang .zurina pernah bertanyakan hal ini kepada doktor dan dia diberitahu bahwa rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti heroin dan kokain .
Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan .Ketagihan bermaksud tubuh kita mengeluarkan bahan tertentu yang boleh menghasilkan kesan seolah-olah rasa seronok atau segar.kesan seronok dan segar ini merupakan fenomena rangsangan akibat bahan kimia yang terhasil.

Apabila seseorang tidak merokok dia mula berasa khayal akibat kehadiran bahan perangsang kimia.Bahan perangsang kimia memberi rasa segar pada tubuh badan membuatkan dia berasa aktif.Namun sebenarnya perasaan itu hanyalah sementara sahaja .
Apabila rokok yang dipengang habis disedut , rasa nyaman mula berganti dengan rasa resah tak menentu .Ini membuatkan seseorang itu terpaksa menyalakan sebatang rokok lagi.Kadang-kala tidak ingat berapa batang rokok yang sudah dinyalakan .
Bagi zurina kesan dari rokok yang terlalu banyak ini kerap kali membuatkan dia batuk-batuk namun untuk berhenti dia tidak boleh.Apabila disahkan hamil zurina bertekad mahu berhenti merokok.

Pada bulan pertama dia berasa sukar namun apabila mengenangkan bayi dalam kandungan amat memerlukan perhatian rapi dia cuba juga untuk berhenti .Sepanjangkehamilan dia tidak merokok.Kandungan sihat dan dia selamat melahirkan .
Setelah anak berusia 4 tahun ,zurina kembali dengan tabiat merokok.perasan mahu meerokok itu bagaikan tidak surut-surutdalam jiwanya .Dia berasa amat risau kerana seorang kawan memberitahu bahawa anaknya tergolong dalam perokok pasif .

Kisah sebegini sudah biasa buat kita semua kan? Kesedaran tentang bahaya merokok dipandang remeh, tiada usaha gigih buat si bapa yang bergelar ayah. Sangat menyedihkan.



Perokok pasif bermakna seseorang itu tidak merokok tetapi menghidu asap rokok daripadamorang lain.Apabila anaknya di masukkan ke hospital kerana demam dan mempunyai komplikasi paru-paru,zarina mula sedar bahawa kata-kata sahabatnya adalah benar.Dahlan juga menyesali perbuatan merokok yang mengakibatkan penyakit anaknya . Bagi membolehkan mereka berhenti merokok mengikuti kaunseling khas di sebuah klinik.

BAHAN BERACUN

Sebenarnya tar dan nikotin dalam rokok bukan sahaja akan memberikan kesan buruk kepada paru -paru anda,malah ia mengakibatkan kulit berkedut dan kendur .Setiap kali anda menghisap sebatang rokok ,bahan-bahan kimia merbahaya tersebut akan memusnahkan kaplilari darah halus yang mengelakkan oksigen dan nutrien dalam darah menghampiri kulit anda .Daripada 4000 jenis bahan beracun dalam asap rokok , yang biasa dikenali adalah seperti berikut :


  • Tar - bahan untuk membuat jalan raya 
  • Ammonia - bahan dalam pencuci lantai 
  • Napthylamine - ubat gegat 
  • Arsenik - racun anai-anai 
  • Nikton - bahan yang boleh mendatangkan ketagihan 
  • Kadmium - terdapat dalam bateri 
  • DDT - ubat nyamuk
  • Formaldehyde - bahan untuk mengawet mayat 
  • Butane - gas yang boleh membunuh 
  • Methanol - bahan pembakar untuk roket 
  • Hydrogen cyanide - racun
  • Toluene - bahan pelarut 
  • Karbon monoksida - gas beracun 
PENYAKIT DIKAITKAN DENGAN ROKOK 

Apakah penyakit yang membawa maut dan dikaitkan dengan tabiat merokok?


  • Penyakit saluran pernafasan : lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru :lebih 10-15 kali ganda 
  • Barah payudara: lebih 11 kali ganda 
  • Barah hidung dan tekak :lebih 5-15 kali ganda 
  • Barah mulut: lebih 3-15 kali ganda 
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda 
  • Sakit jantung : lebih 1.5-3 kali ganda 
  • Barah buah pinggang : lebih 1.5-3 kali ganda 
  • Ulser perut : lebih 2 kali ganda 
  • Angin ahmar : lebih 2-3 kali ganda 


BAHAYA PENGHIDU ASAP ROKOK

Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok , asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :


  • 2 kali ganda nikotin 
  • 3 kali ganda tar 
  • 5 kali ganda karbon monoksida 
  • 50 kali ganda bahan kimia merbahaya

Shaklee punya solusi untuk para perokok tegar. Vivix antara tonik terbaik Shaklee Vivix mengandungi antioksidan yang sangat tinggi (6000 ORAC) dan berupaya membantu mengeluarkan nikotin dari dalam darah dengan cepat.




A Better You Today. Theme by STS.