Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Ya Allah.. Terima kasih kerana di saat ini anak-anak ku sihat, suami ku sihat, ibubapa dan adik-beradik ku sihat. Pelihara lah kami dari sebarang musibah dan malapetaka. Ini doa saya pada sujud kedua setiap waktu solat. Tiba-tiba kemarin, jam 7.55am, berdebar jantung bila dapat mesej Whatsapp daripada cikgu di sekolah anak-anak. “Abraham Daniel sakit perut di sekolah. Dia cakap, tidak tahan sakit”. Sebenarnya, memang dari subuh lagi dia buat muka murung. Dan, dia paling takut mau bagitau dia sakit perut. Sebab, saya selalu ugut dorang begini. “Makan sampai habis. Kalau nda habis, jangan mengadu sakit perut”. Subuh tu saya memang rasa something’s wrong. “Kenapa daniel?”. Dia pegang perut. “Sakit perut?”. Saya tanya. Dia angguk. “Aiii.. Macamana boleh sakit perut? Semalam kan ada makan?” “Ntah. Tadi lepas mandi, tiba-tiba sakit”. “Masuk angin lah tu. Semalam daniel tidur nda pakai selimut kan?” “Panas bah”. Ya betul. Semalam tidak sejuk, sebab ...