A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Kulit Cantik

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Manfaat Antioksidan untuk Kulit Cantik

Kandungan antioksidan dalam berbagai produk perawatan kulit memang mudah sekali untuk di cari sekarang ni. Dari cleanser hingga krim mata dan juga pelbagai skincare lain. Sebenarnya adakah anda tahu banyaknya manfaat antioksidan untuk kulit? Antara makanan yang kaya dengan Antioksidan Kandungan antioksidan di dalam produk penjagaan kulit pasti mempunyai tujuan khusus, iaitu melindungi kulit dari efek radikal bebas. Jom kita ketahui manfaat terperinci dari bahan yang tinggi antioksidan, pasti anda teruja dan selepas ini wajiblah set penjagaan kulit anda bertukar ke bahan yang lebih bagus iaitu tinggi kandungan antioksidan. 1. Meratakan warna kulit Kulit wajah memang mempunyai warna yang rata, namun ianya cenderung berubah dibeberapa bahagian akibat terdedah kepada sinar matahari, pertambahan usia, atau bekas jerawat. Warna kulit yang tidak rata biasanya akan menyebabkan kita kurang merasa yakin disebabkan wajah adalah perkara pertama yang orang pandang, betul tak? Jika masalah itu membu...