Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Masyaallah Tabarakallah semalam 15 oktober berakhir sudah Jutawan Blog Contest - 30 hari tajuk. Ika sebenarnya memang teruja nak join contest ni, satu sebab Ika nak bina habit baru update blog setiap hari, rasa macam mustahil. Tapi tak sangka boleh je buat rupanya. Kedua sebab Ika join contest of course hadiahnya menarik, kang ku cakap takde sebab just suka-suka, macam menipu sangat, siapa tak suka reward kan? Wakakka. Ketiga, of course Ika just compete dengan diri sendiri je sebenarnya, not others. Apa yang Ika belajar dari blog contest ni, struggle tu memang real, nak siapkan satu entri ya ampun macam hape je sebab ni bukan entri personal bukan main sedap taip je, kena ada fakta dan knowledge, Ika tak suka main copy paste sebijik-sebijik even ada kredit, Ika suka ayat Ika sendiri dalam setiap entri kerana itu dari hati Ika sendiri, alhamdulillah Ya Rasyid Ya Alim kerana kurniakan ilham yang tak putus-putus, nikmat apa lagi yang didustakan. Ya Syakur Ika syukur sangat m...