A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 6, 2019

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

TANDA ANEMIA KETIKA HAMIL

Pernah tak mommy dari berbaring, nak bangun berdiri rasa nak rebah atau nak jatuh, rasa pandangan malap tak malap cemtu? Atau dari duduk tetiba bangun rasa terhuyung-hayang. Haa, hati-hati tau mommy, tu antara tanda kita ada darah rendah. Tambah lagi mommy preggy kena alert betullah dengan benda macam ni sebab sangat merbahaya untuk mommy dan baby ok. Rasa letih, tidak sihat, emosi mudah terganggu dan tubuh lemah sering berlaku pada kebanyakan wanita mengandung dan ramai menganggapnya perkara normal hingga tidak diberikan perhatian serius. Mereka mengabaikan gejala yang dialami kerana menganggap semua itu kesan perubahan hormon dalam badan, namun sebenarnya masalah terbabit boleh menandakan gangguan yang lebih serius iaitu anemia atau kekurangan sel darah merah akibat tidak mendapat zat besi secukupnya. Anemia atau kurang darah adalah suatu keadaan apabila jumlah sel darah merah (hemoglobin) berada di bawah paras normal. Hemoglobin yang terkandung di dalam sel ...

SOKONGAN SUAMI KETIKA HAMIL

Ika pernah tau masa mengandung anak sulung menangis je kerjanya, setiap malam bantal tidur basah, air mata menjejes takde pepasal, takde kes apa-apa. Suami lambat jawab soalan pun sensitif bagai, suami tidur awal dari kita menangis, suami makan tak habis menangis, part merajuk jenuh nak senaraikan. Patutlah anak sulung daku cengeii sikit perangai, menurun maknya masa mengandung, huu. Ada benarnya mommy kena jaga peel perangai masa preggy ni kan? tapi tu lah hormon tengah kacau bilau kan, hehee. Bagi sesetengah suami, seorang wanita sudah cukup ‘complicated’ dan sukar difahami, terutamanya apabila datang bulan. Cepat marah, meroyan tak tentu pasal. Tapi, itu baru seminggu. Apabila mereka hamil, dapatkah anda bayangkan ‘roller coaster’ itu selama 9 bulan? CEPAT MARAH? CEPAT PENAT? Tentu anda pernah mendengar amaran-amaran bahawa orang mengandung ni tak elok ditegur sesuka hati. Perubahan hormon menjadikan emosi mereka sangat sensitif dan kadangkala bermacam-macam benda...

MAMA BOLEH HAMIL LAGI WALAUPUN PERNAH MENGALAMI KEGUGURAN BERULANG

Setiap pasangan yang berkahwin sudah semestinya ingin mempunyai cahaya mata sendiri. Ada yang mudah mengandung dan ada yang sukar lekat. Namun ada pasangan yang bermasalah sering mengalami keguguran. Kandungan tidak dapat bertahan sehinggan 12 minggu dan kebanyakannya akan gugur. Kes seperti ini sangat menyentap hati kerana di kala hati gembira kerana badan sudah “berisi” tetapi pada masa yang sama, “hati sangat risau” samada kandungan mampu melepasi tahap kritikal atau tidak. Keguguran boleh jadi satu pengalaman yang menyedihkan. Selain daripada kejutan emosi bagi anda dan orang tersayang, anda mungkin dapati simptom-simptom fizikalnya sukar untuk dihadapi.  Ini bergantung kepada bila ianya berlaku.  Keguguran awal sangat kerap berlaku. Sering kali seorang wanita mengalami keguguran sebelum dia menyedari bahawa dia sedang hamil. Mungkin sebanyak tiga perempat telur disenyawakan agar gugur dalam hari-hari pertama kehamilan. Punca keguguran berulang kali ...

KENAPA SUAMI DIGALAKKAN TEMAN ISTERI CHECK UP?

Ika antara mommy yang memerlukan suami kat sisi bila check-up kandungan. Bukan sebab lemah, tapi dengan anak-anak yang lain perlukan jagaan makan sememangnya Ika memerlukan suami untuk tolong Ika jaga anak-anak ketika proses check-up. Lagi pula memang rutin ketika mengandung, suami dengan rela hati meluangkan masa untuk menemani, sebab suami cakap saat dan peluang mengandung ni tak semua orang dapat. alhamdulillah, namun ada perkara penting lain yang suami akan lalui sepanjang proses pemeriksaan ketika mommy hamil. kredit gambar:Baituljannah.com 1. BERKONGSI ILMU & PENGALAMAN BERHARGA Seorang doktor berpendapat, suami patut menemani isteri sekurang-kurangnya sekali dalam trimester pertama, sekali dalam dalam trimester kedua, dan lebih kerap dalam trimester ketiga. Temujanji pertama membantu suami menerangkan kondisi atau sejarah kesihatan keluarga dari sebelahnya. Manakala pertemuan dalam trimester kedua membolehkan suami mendengar degupan jantung, atau meli...

TEROWONG KARPUS MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN MAMA

'Bang, tolong urut tangan ni, sakitlah sampai tak boleh nak tidur!'. Urut punya urut, lega sekejap je, siap urut sakit dalam kat lengan tu datang lagi.. nyutt, nyutt sakitnya 😭 . Itulah 'terowong karpus'.Bukan sebarang terowong ni. Terowong ni siapa yang lalui, ada deritanya. Kesakitan dia tu lain macam. Tak dapat nak describe.Biasa kebanyakan preggy mommy alami 'terowong karpus'. Tak ketinggalan mommy yang dalam pantang dan menyusu badan.  # terowongkarpus   ni satu keadaan yang dikaitkan dengan kebengkakan dan peningkatan berat semasa hamil, di mana saraf utama di pergelangan tangan menjadi tertekan.  Kalau ibu menyusu lagilah mudah kena sebab tangan, lengan dok ampu anak dalam tempoh lama dan kerap. CARPAL TUNNEL SYNDROME 1. Pengenalan Sindrom terowong karpus disebabkan oleh pergerakan berulang kali tangan ataupun pergelangan tangan. Ianya boleh menjadi penyakit kronik dan sering berkait dengan kerja harian di mana tangan atau pergelangan tangan ...