Susu ibu umpama titisan emas buat anak kecil kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran anak-anak. Ketahuilah susu ibu sangat unik dan merupakan minuman penuh azimat yang dapat Melindungi bayi dari sebarang jangkitan penyakit. Menurut pakar Laktasi Marjinah Badli, susu ibu adalah makanan semulajadi yang dikhususkan untuk bayi. Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi kkhasita yang cukup untuk tumbesaran seorang anak. Ikuti panduan ini supaya anda dapat memberi Penyusuan Susu ibu dengan lebih baik.

1. Ada kala anda mengalami masalah ketika menyusu seperti susu ibu tidak mencukupi. Teruskan memberi susu ibu kepada bayi anda dan jangan mencampurkan susu ibu dengan susu formula.

2. Amalkan pemakanan yang berkhasiat dengan diet yang seimbang, amalkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kerap minum air. Air adalah komponen penting dalam penghasilan susu ibu. Amalkan minum air selepas sebelum dan selepas sesi Penyusuan ibu Sekurang-kurangnya dengan segelas air kosong, jus atau susu.

3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu ketika dalam pantang.

4. Biasanya susu ibu banyak pada waktu malam. Untuk mengelakkan bengkak susu perah susu ibu tiga hingga empat jam sekali.

5. Untuk mengelak bengkak setiap kali sesi Penyusuan bayi berakhir, ibu harus lah mengosongkan payudara dengan teknik perahan tangan supaya tada sisa susu tertinggal yang boleh menyebabkan bengkak susu berlaku.

6. Tuam dengan air suam untuk Mengurangkan rasa bengkak payudara. Secara tradisional boleh menggunakan beberapa kelopak kobis yang ditekup pada payudara untuk menyejukkannya.

7. Bagi mengelakkan putting payudara terluka pastikan bayi me lakukan hisapan yang betul iaitu pada keseluruhan aerola payudara. Payudara luka disebabkan cara lekapan salah. Bayi hanya menghisap di bahagian putting payudara yang mana akan menyebabkan sakit dan luka dan kadang-kadang nampak berdarah. 

8. Pastikan bayi anda menghisap payudara 15 minit hingga 20minit atau setengah jam untuk setiap sebelah bahagian payudara bagi memastikan simanja anda kenyang. 

9. Bayi akan terlena dan me lepaskan payudara dari mulut ya jika ia sudah kenyang. 

10. Sebaik sahaja akhir berpantang, anda digalakkan mula membuat simpan perahan susu ibu sebagai satu persediaan awal untuk kembali bekerja. Elak buat perahan sebulan pertama kerana ia akan mengganggu rhythm penghasilan susu. 

11. Lakukan perahan susu simpanan susu ibu secara berkala selepas tempoh penyusuan direct feeding setelah sebulan. Jangan sesekali stress dan kecewa dengan hasil perahan permulaan. 

12. Kekalkan pemakanan seimbang ketika tempoh penyusuan badan dan perahan simpanan ibu. Penting untuk mengelak bayi mengalami kembung perut dan cirit birit. 

13. Semasa bekerja, rancang jadual perahan susu ibu secara berkala sama ada 3 atau 4 jam sekali untuk mengekalkan penghasilan susu ibu. Konsisten dengan masa perahan kerana ianya mempengaruhi penghasilan dan boleh menyebabkan bengkak susu berlaku jika jadual perahan tidak konsisten. 

14. Latih bayi memberi susu perahan dengan menggunakan sudu atau cawan kecil. 

15. Adalah lebih baik orang lain memberi susu perahan kepada bayi anda pada awal pengenalan kerana kebiasaannya bayi akan menolak jika ibu berada disisi bayi. 

16. Elak memperkenalkan puting botol susu dalam tempoh berpantang kerana bayi akan mengalami kekeliruan dengan puti susu ibu. 

17. Pengasuh bayi perlu tahu cara menyimpan, memberi susu perahan dengan betul kepada bayi anda. Bagi memudahkannya, tulis nota untuk dia membaca dan mengingati cara-cara mrnyimpan dan guna susu perahan. 

18. Beritahu kepada pengasuh jangan memberi air suam, susu formula atau makanan lain kepada bayi anda selain susu perahan. 


Tips Penyusuan  susu bayi baru lahir/normal/bayi pra matang

19. Sebaik sahaja bayi di lahirkan, walaupun masih didalam bilik bersalin, segera berikan susu ibu kepada bayi. Hisapan susu ibu yang pertama ini amat berkhasiat untuk bayi yang baru lahir. Sejam pertama penting untuk merangsang penghasilan susu ibu. 

20. Bagi bayi yang di lahirkan normal, teruskan memberikan susu ibu kepadanya. Kolostrum yang berwarna kuning yang kaya dengan antibodi amat diperlukan oleh bayi anda. 

21. Bagaimana pun bagi bayi pramatang yang mempunyai sistem imuniti amat lemah beri lah susu ibu yang baru di perah kerana kandungan antibodi sama dengan usia bayi yang pramatang. Hanya susu ibu yang sama sejajar dengan usia bayi. 

22. Hantar lah susu perahan dan lawat lah setiap hari bayi anda kerana selain susu bayi pramatang memerlukan belaian dan sentuhan ibu. 

23. Jangan dibekukan susu perahan kerana susu yang dibekukan tidak sesuai dengan bayi pramatang. 

24. Cuba dapatkan bahagian yang lebih berlemak pada susu ibu(biasanya perahan susu ibu selepas 10minit pertama) untuk bayi anda. 

25. Simpan susu dalam bekas mengikut keperluannya. Contoh jika bayi minum 10ml maka simpan 10ml.

26.Tukar susu lebihan dalam peti sejuk wad dengan susu baru setiap kali anda melawat bayi untuk menghantar susu. Bayi pramatang memerlukan susu segar untuk membina sistem imun dalam badannya. 

27.Selain itu, memberi susu perahan, lakukan sentuhan, urutan, belaian mesra akan membuat bayi anda lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya semasa berada dalam inkubator. 


Menyusu bayi kembar
28. Bersedia secara fizikal dan mental untuk menerima kehadiran bayi(atau lebih) serentak. Ia mengelak daripada timbul 'masalah tidak cukup susu'. 

29. Menyusu sekerap mungkin antara 8 hingga 12jam dalam tempoh 24jam. Anda boleh menyusu kedua-duanya serentak pada masa yang sama atau secara bergilir mengikut keselesaan ibu. 

30. Susukan bayi sebelum dia menangis. Jika anda menyusu bayi seorang demi seorang aturkan masa menyusu supaya si kembar tidak menangis ketika yang seorang lagi sedang menyusu. 

31. Banyakkan berehat. Perlu rehat untuk Mengurangkan stress kerana ia akan mengganggu penghasilan susu. Ibu boleh tidur apabila bayi tidur. Suami harus memainkan peranan membantu menguruskan perkara-perkara lain sementara ibu menumpukan kepada menguruskan bayi. 

32. Sediakan susu perahan yang banyak kerana untuk bayi kembar semestinya keperluannya sekali ganda jika dibandingkan dengan seorang bayi sahaja. Bersedialah dengan memerah seawal sebulan selepas bayi lahir atau dengan menumpukan sisa hisapan anak selepas sesi Penyusuan untuk kosong kan payudara. Mula rancang sesi perahan untuk berapa jam sekali setiap hari sepanjang 24jam. Penting kerana dapat elak ibu dalam keadaan stress untuk meengumpul stok susu perahan sebelum anda mula bekerja. Simpan stok dalam setiap bekas untuk sekali minum sahaja contoh 4ml bagi setiap plastik supaya susu perahan tidak terbazir. 

Kebaikan Susu Ibu
33. Susu ibu mengandungi bahan pencegah penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit yang mampu melindungi bayi daripada kebanyakan penyakit seperti serangan virus berbahaya. Terutamanya dalam kolostrum susu yang akan keluar pada hari pertama hingga hari ketiga kelahiran. 

34. Penyusuan Susu ibu juga boleh Mengurangkan risiko alahan. 

35. Susu ibu mempunyai kandungan yang mencukupi mengikut suhu persekitaran. 

36. Menggalakan pertumbuhan normal pada bayi. 

37. Penghadaman yang mudah kerana susu ibu diciptakan untuk sistem percernaan manusia. 

38. Mengelakkan berlakunya kekurangan nutrien kerana susu ibu adalah makanan lengkap untuk bayi baru lahir hingga umur 2 tahun selaras dengan apa yang terkandung dalam Al-Quran. 

39. Dapat mengekang masalah ortodontik dan kerosakan gigi kerana Penyusuan ibu tidak melibatkan putting tiruan dan kandungan gula berlebihan. 

40. Penyusuan ibu kepada bayi memberikan perkembangan intelek dan IQ yang lebih tinggi. 

41. Penyusuan Susu meningkatkan rembesan hormon oxytocin juga membantu mempercepatkan proses pengecutan rahim ibu. 

42. Boleh Mengurangkan risiko tu pah darah kepada ibu selepas bersalin dan aliran keluar darah nifas lebih singkat. 

43. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari pada ibu. 

44. Mengeratkan hubungan dan ikatan antara ibu dan anak menerusi sentuhan kulit ke kulit dan eye contact semasa proses Penyusuan secara semulajadi. 

45. Penyusuan Susu ibu menjimatkan masa penyediaan susu dan kos. 

46. Ia mudah dan tidak memerlukan penyediaan yang rumit serta si ibu dapat dan bayi selesa dalam Posisi Penyusuan yang diamalkan. 

47. Penyusuan Susu ibu secara ekslusif pada tiga hingga enam bulan pertama akan membantu menjarakkan kelahiran. 

48. Penyusuan Susu ibu juga dapat mengelakkan bengkak payudara pada ibu sejurus selepas proses kelahiran berlaku. 

49. Anak yang menyusu susu ibu tidak mempunyai risiko tinggi untuk menghadapi penyakit seperti diabetes, paru-paru berair dan jangkitan pada telinga. 

50. Penyusuan Susu ibu juga boleh mengelakkan jangkitan bakteria pada usus bayi yang boleh mengakibatkan cirit birit atau muntah. 

51. Susu ibu mempunyai kandungan protein yang tinggi dan mudah diserap dan digunakan sepenuhnya oleh si manja. 

52. Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi di tentukan oleh ya sendiri. Bayi akan menyusu apabila lapar dan berhenti sendiri setelah kenyang seiring dengan pertambahan usianya. 

53. Penyusuan Susu ibu kepada bayi secara psikologinya menjadikan emosi ibu lebih tenang dan damai. 


A Better You Today. Theme by STS.