Bila hamil kebanyakan self esteem mommy turut merudum akibat perubahan hormon. Ada yang kulit jadi sangat sensitive, jerawat naik berjemaah, kulit makin gelap, kusam, dan sangat kering. Sangat menyakitkan mata kan?Baru bab kulit kan, tapi disebabkan bayi dalam kandungan menjadi keutamaan, mommy boleh berkompromi malah dengan selulit diseluruh badan, kan?


Jika dibiarkan berlarutan sememangnya masalah ini berlarutan sehingga habis berpantang. Sebenarnya, masalah ini berpunca dari nutrisi yang tak mencukupi mengikut keperluan badan si ibu, kerana nutrisi ketika hamil diperlukan berganda dari kebiasaan. Mommy boleh kurangkan segala masalah dengan mencukupkan keperluan nutrisi harian sahaja! Betulkah?Iyye betul.


Ambil vitamin C setiap hari

Keperluan vitamin C dalam menu seharian jangan sesekali diabaikan lebih-lebih lagi vitamin C punya sifat anti-oksidan yang tinggi.

Badan manusia tak boleh menyimpan vitamin C dalam tubuh, maka ianya perlu diambil setiap hari. Sumber vitamin C sangat banyak, tunggu mommy ngapp je.



Vitamin B untuk bayi dan mama

Perasan tak bila start hamil asid folik  is a must. Sebenarnya sebelum hamil lagi keperluan vitamin B sangat penting, kerana urat saraf berfungsi dengan baik bila vitamin B mencukupi keperluan badan. Begitu juga vitamin B ini penting untuk bayi berkembang sempurna.

Bila vitamin B cukup, kulit pun mendapat bonus untuk kekal lembap dan sihat. Bukan susah untuk dapatkan vitamin B seharian, cuma ianya sensitive dengan suhu masakan yang akan mengurangkan nutrien.




Kekal dehidrasi.

Tahukah kebanyakan ibu mengalami kencing kotor akibat kekurangan minum air yang sedikit untuk mengelakkan berulang alik masuk ke tandas tanpa sedar ianya mengundang risiko lain.

Cukup kan minum air paling minima 1.5liter seharian. Mudah tapi tak semua mampu buat melainkan disiplin tinggi untuk ubah rutin pemakanan. Air yang cukup mengelakkan kulit dari kering.





Protein

Protein adalah sumber paling asas untuk keperluan sel kulit, kerana ianya membantu menggantikan sel yang mati, membantu membina sel baru. Sekiranya keperluan protein tidak mencukupi, kulit anggota badan paling besar mudah nampak kering,kusam dan sensitif dengan keadaan persekitaran. Sumber protein boleh diperoleh dari daging, telur etc namun protein dari tumbuhan jangan diabaikan.


Magnesium untuk kulit

Magnesium membantu anda untuk tetap fit, muda dan energik. Kurangnya kandungan mineral dapat memberi kesan buruk buat kulit. Magnesium dapat membersihkan dan mendetoksifikasi kulit. Magnesium meningkatkan hidrasi kulit yang meningkatkan produksi kolagen yang akan membuat anda awet muda.

KOPI ELAK KULIT MELEPUH 

Apabila terkena air panas , anda tentu berasa risau jika ia meninggalkan parut yang hodoh pada bahagian tubuh .Atasinya dengan menepekkan serbuk kopi serta-merta pada bahagian yang berkenaan.Selepas 10 minit ,bersihkannya .Anda akan mendapati kulit tidak melepuh .


RAWAT SEMBELIT DENGAN BIJI SAWI

Jika anda mengalami masalah sembelit ,dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi .Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya .Rebus hingga mendidih .Kemudian ,biarkan air rebusan sejuk pada suhu bilik .Tapis dan minum airnya setiap pagi dan petang sehingga sembuh.


KILATKAN CERMIN 

Cara mudah untuk membersihkan cermin ialah dengan memasukkan sesudu cuka dan sedikit air ke dalam bekas penyembur .Sembur cermin dengan air tersebut dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu .Hasilnya cermin akan bersih berkilat .



LOBAK RAHSIA KULIT TEGANG 

Bagi wanita pertengahan usia ,pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah .Bagaimana anda boleh melewatkan penuaan dengan petua ini. parut sebatang lobak merah dan satuan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur .Gaul hingga sebati lalu sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker.Biarkan sehingga kering selama 20 minit.Kemudian ,bilas dengan air suam .Amalkan selalu.



LURUS RAMBUT CARA SEMULA JADI 

Tanpa kos yang besar untuk ke salun,anda boleh meluruskan rambut dengan kaedah alami.Caranya bancuh dua biji telur dan sedikit tepung gandum sehingga menjadi pes .Lembapkan rambut dengan air dan lumurkan bancuhan pada keseluruhan rambut .Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam .Kemudian bilas bersih rambut .Lakukan dua kali seminggu .


KEDONDONG RAHSIA TUMIT CANTIK 

Untuk menghilangkan kesan rekahan pada tumit ,hiris lima biji buah kedondong dan tumbuk bersama dua sentimeter kunyit hidup hingga hancur .Letakkan bahan yang telah di tumbuk di atas daun sirih dan lipatkan .layur lipatan daun di atas api perlahan .Apabila suam-suam panas ,tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain .Lakukan sekali seminggu sahaja .


Siapa kata untuk mengekalkan kesihatan sesuatu yang payah ?
Lihat saja 7 di bawah cukup mudah sekali .


  1. MINUM SUSU SETIAP HARI 
          Waktu pagi sebelum mula beraktiviti ,minum susu bagi mendapatkan tenaga dan pilih susu rendah lemak dan kalsium tinggi . Susu mengandungi nutrien lengkap berbanding minuman yang lain.


      2. TETAPKAN MATLAMAT

           Tetapkan matlamat untuk kekalkan kesihatan . Dan pastikan terus bersemangat untuk melaksanakan .


      3.BEROLAHRAGA 
         
           Luangkan 30 minit untuk berolahraga setiap hari . Ia bagi mengekalkan keadaan tubuh agar tetap cergas .

       4.ISTIRAHAT YANG CUKUP 

            Pastikan cukup tidur iaitu di ana

tara 6 -7 jam sehari .
   
        5.KEBERSIHAN DIRI 

             Amalkan mencuci tangan dengan sabun agar sentiasa bersih lebih - lebih lagi apabila tangan sering memegang sesuatu yang kurang bersih . Pastikan mandi dengan sabun dan menggosok gigi .


        6.DIET SIHAT

             Amalkan diet dengan sempurna  . Makan antara 5 - 6 kali sehari ,tetapi dengan kuantiti yang sedikit . Kurangkan makanan garam , gula dan makanan berlemak / berminyak .


        7.KENDALIKAN STRES 

             Stres boleh mempengaruhi pola makanan yang buruk jika tidak ditangani . Sebaiknya jauhi stres serta punca yang boleh menyebabkan stres .


See, nak sihat kita yang pilih bagaimana gaya hidup kita. Perlukan makanan tambahan untuk harian anda? Tak tahu bagaimana untuk mulakan pengambilan suplemen?

Like & Follow FB pages : Rahsia Hamil Pantang Cergas
Personal FB: Atikah Mat
IG: supplementhouze

Metabolisme merupakan cara tubuh badan membakar semua kalori makanan yang dimakan.ia adalah proses kompleks yang melibatkan reaksi kimia di dalam tubuh bagi memastikan organ - organ dalaman berfungsi dengan  baik.kadar metabolisme pula ukuran kelajuan tubuh membakar kalori.

Faktor jantina , ketinggian , berat , umur , genetik, gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisme .Metabolisme ini memainkan peranan yang penting dalam pengawalan berat badan - lebih tinggi metabolisme , lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik.

Ikuti 10 tip di bawah untuk meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat badan ideal : 


AMBIL BANYAK PROTEIN 
Protein memiliki kesan 'thermic' yang tinggi .Tubuh akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini. Anda boleh mencuba Protein ESP sumber dari soya non-gmo.
SARANAN

          Masukkan sumber protein yang tidak berlemak dalam setiap hidangan. Makan antara lima hingga enam sajian kecil setiap hari dengan memasukkan protein yang tidak berlemak seperti keju rendah lemak , ikan ,kekacang ,ayam , atau mentega kacang .Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan metabolisme dan memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari.
         
          Memakan bar tenaga (energy bar) adalah cara yang baik umtuk mendapatkan tenaga segera.antara bahan - bahannya ialah mentega kacang , kekacang , buah-buahan kering yang mampu memberikan protein dan serat yang tinggi .

MINUM TEH HIJAU

          Minum teh hijau dapat meningkatkan metabolisme .minum enam hingga lapan cawan teh hijau sehari boleh meningkatkan metabolisme . Cinch Energy Tea Mix merupakan gabungan 4 jenis teh terbaik untuk membakar kalori.

JANGAN TAKUT DENGAN PERALATAN GIM

           Peralatan gim ini bagus untuk membentuk otot agar tidak mengumpulkan lemak dan dapat meningkatkan metabolisme . Dan dapat membantu memupuk tabiat yang baik serta konsistensi dalam menjalani program senaman dan kecergasan .

AMBIL OMEGA-3

            Omega-3 dapat membantu metabolisme lebih efisien, melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar.
Antara omega-3 terbaik adalah Omegaguard Shaklee kerana mengandungi 7 spectrum penuh jenis asid lemak Omega-3 semulajadi. 


GUNAKAN MINYAK ZAITUN / MINYAK KELAPA DARA 
         
             Sesetengah jenis minyak amat baik dalam penurunan berat badan . Minyak zaitun dan minyak kelapa dara mengandungi lemak sihat di dalamnya yang boleh memicukan metabolisme dan dapat membantu tubuh membakar lemak .

KURANGKAN KARBOHIDRAT 

             Ambil lebih banyak protein yang mana boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 30 peratus dalam tempoh 12 jam . Karbohidrat dan lemak hanya meningkatkan metabolisme sebanyak 4 peratus dalam tempoh  kurang dari sejam .


DETOKSIFIKASI TUBUH 

            Detoksifikasi adalah cara yang efektif untuk menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul dalam badan , dapat meningkatkan metabolisme dan memelihara kesihatan badan .Jauhi diet detoks yang ekstrem yang boleh memudaratkan kesihatan .   

             Detox cara shaklee amatlah disarankan kerana tiada kesan yoyo, dari bahan natural dan selamat.

MINUM BANYAK AIR

            Minum banyak air kerana tubuh yang dehidrasi melambatkan metabolisme serta membuar rasa lapar dan lembap.Gantikan minuman ringan dengan teh hijau . Ia memberi tenaga yang banyak .


MINUM AIR BERSAMA LEMON / LIMAU NIPIS 

           Minumlah air suam dengan campuran sebiji atau setengah biji limau jus lemon di dalamnya bersam serat . Ia meningkatkan metabolisme selain melancarkan sistem pencernaan .


MAKAN SAJIAN YANG KECIL TETAPI KERAP

            Tip ini sentiasa disarankan . Makan dalam kuantiti yang kecil , tetapi kerap setiap hari akan membantu pembakaran lemak lebih banyak.



zaman moden sekarang tak ramai ibu-ibu muda ambil cakna tentang penjagaan diri ketika pantang. Amalan pantang tradisional semacam merumitkan, ambik jalan short cut tak payahlah berpantang, bukan ada kesan apa pun! Elok je sihat..Sekarang mungkin takde memberi kesan kepada diri anda. Mungkin tidak berlaku serta merta tetapi melalui kelahiran yang banyak, usia mula meningkat, daya tenaga semakin menurun, anda mula akan terasa lenguh-lenguh dan bisa urat, sendi serta otot, sakit pinggang dan kebas tangan kaki.



Bila keadaan tersebut berlaku, kebanyakan ibu mula menjadi dingin dan lemah tenaga batin. Jangan terkejut jika ada ibu muda yang menghadapi masalah tombong akibat tidak berpantang. Berpantang hanya pilihan, tapi ianya pilihan yang tepat untuk ibu-ibu yang mahu kembali sihat dan bertenaga, serta pulih sepenuhnya setelah melalui siri melahirkan anak.



Mandian teresat/Herba antara amalan yang sering dilakukan untuk membantu menyegarkan kembali badan ibuselepas bersalin. Bukan sekadar mandian, ianya campuran beberapa jenis daun yang mengeluarkan aroma yang menyegarkan. Kalau dikampung dedaun mandian tereast mudah didapati kerana hidup liar disekeliling rumah, dikutip, dibasuh dan direbus bersama untuk dijadiakan mandian.


Campuran pelbagai daun ini herba, akar kayu ini akan membuka liang roma dan membuang kotoran yang melekatdirongga perpeluhan seterusnya merangsang sistem pengaliran oksigen, sistem pengaliran darah dan menyegarkan badan. Selain itu, keharuman aroma terapi semulajadi memberi dan memulih tenaga kepada tubuh yang kelesuan, membuang angin dalam badan,menyegarkan urat saraf, menghilangkan bau badan, mengurangkan sengal dan kebas ototsewaktu berpantang dan melancarkan pengaliran darah.



DAUN SERAI WANGI - melegakan sakit kepala dan lenguh badan


DAUN PANDAN- bau yang memberi kesan tenang


DAUN HALIA - membuang angin dan menghilangkan bau hanyir darah nifas


DAUN LIMAU PURUT - merangsang perjalanan darah


DAUN LENGKUAS - memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah


DAUN LEMPOYANG - mengurangkan bau badan


DAUN PUCUK JAMBU BATU - merawat luka, kudis atau ruam


DAUN SIRIH - mengecutkan tisu dalaman wanita, bertindak sebagai antiseptik untuk bakteria


DAUN KUNYIT - mengecutkan rahim


DAUN SENDUDUK -mengembalikan kecergasan badan
A Better You Today. Theme by STS.