Posts about: BENGKAK SUSU

Untuk mommy yang menyusu buat pertama kali bila payu dara bengkak adalah perkara positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan hormon lacta(hormon susu) yang banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Betullah, pengalaman Ika menyusukan anak pertama memang Harraz tak nak menyusu badan, so memang Ika buat pumping je untuk stok. Struggle sangat, setiap dua ke tiga jam setiap hari sepanjang pantang dan habis pantang Ika bangun setiap malam, memang tak miss. Tapi hasil pam waktu awal pagi hingga ke subuh tak pernah mengecewakan, 12oz pasti dapat. Tapi itulah sebab tak tahan kepenatan, Ika hanya mampu susukan Harraz hanya 6bulan pertama sahaja secara eksklusif. Banyak juga kesilapan sendiri yang Ika belajar sepanjang tempoh penyusuan kali pertama menyusukan badan untuk anak termasuk buat anak confuse sehingga menolak untuk direct feeding. Silap juga tak directly jumpa pakar laktasi masa tu untuk atasi terus masalah keliru puting, disebabkan Ika perkenalkan puting botol susu kat Harraz sejak dalam NICU, tapi tak mengapalah selepas itu memang Ika buat terbaik untuk melunaskan hak anak menyusu selama 2 tahun, Alhamdulillah. 

So kali ni nak share tips untuk mak-mak yang berniat nak menyusukan anak tambah lagi yang niat untuk menyusukan penuh selama 2 tahun. Journey ni tak mudah tapi kalau mama buat persediaan fizikal, mental dan emosi, insyaallah semua smooth, Allah akan permudahkan segala urusan, percayalah. Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tak dapat dikeluarkan. Hanya hisapan langsung dari bayi sahaja yang dapat menghilangkan bengkak susu. Yang ni pun benar sangat, sebab masa anak kedua susu terlampau banyak, jadi anak berhenti menyusu sebab dah kenyang, tapi susu banyak lagi, masa tu silap Ika tak pam terus selepas anak berhenti menghisap sudahnya demam empat hari nak settlekan bengkak susu tu. Sakitnya Allah je yang tahu, serba tak kena kalau kena bengkak susu ni. Jika mama alami perkara yang sama ketika proses menyusukan bayi, cuba amalkan petua berikut untuk kurangkan sakit:-


Kredit:Katherinerosman.com
1. Pakai lah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam, pastikan coli yang di pakai tidak terlalu ketat dan benar-benar padan. 


2. Susukan bayi anda dengan kerap iaitu dua atau tiga jam sekali walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda dari tidur. Pastikan bayi anda menyusu kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum beralih kesebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya mulakan dengan sebelah payudara terakhir yang dihisap. 


3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila aerola sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga aerola menjadi lembut. 


4. Satu cara untuk memudahkan susu keluar dengan lancar adalah dengan meletakkan tuala panas did ada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mendian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat membuatkan aerola lembut, mungkin ini mengambil masa tapi jangan putus asa mencuba. 


5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan, ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan urutan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.


6. Jika pyudara terlalu penuh dengan sus, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu adalah elok dan tidak memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik. 


7. Menyikat payudarayang bengkak(sikat yang menghala ke puting)Lakukan berulangkali dan pengaliran susu akan kembali lancar juga pastikan bayi anda menyusu secara langsung pada waktu tersebut.


8. Daun kubis yang segar juga dapat membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Ambil daun kubis dan tekapkan pada payudara yang sakit. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejuk tetapi tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan dari payudara dengan efisyen. Buat sekali sekala sahaja kerana kekerapan jika diamalkan akan menyebabkan susu kering.


9. Ambil cuka makan dan campur dengan air didalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada seseliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting. lakukakn setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak susu.


10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu dengan minyak zaitun dipermukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut diatas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam selain melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak susu. Jika anda tidak tahan sakit ambillah paracetemol atas nasihat doktor. 


Selain dari ikut petua di atas, anda boleh amalkan supplement Shaklee iaitu Lecithin.


Bagaimana Lecithin Mengatasi Bengkak Susu


>>Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.
>>Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan sakit berkurangan, boleh kurangkan os lecithin diambil.


Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu
>>Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
>>Membantu memecahkan lemak yang berlebihankepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
>>Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
>>Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak





Khusus untuk bayi dalam kandungan mahupun bayi yang menyusu susu ibu atau jua bayi yang mendapat khasiat DHA/EPA:




>>Perkembangan dan kefungsian otak bayi (daya mental); 
>>Perkembangan dan kefungsian mata (daya visual);
>>Perkembangan dan kefungsian saraf pusat;
>>Meningkatkan keupayaan kognitif bayi;
>>Meningkatkan tingkah laku neuro bayi;
>>Lebih tinggi DHA dalam susu ibu, lebih menyerlah keupayaan fungsi kognitif bayi pada umur yang masih mentah;
>>American Journal of Clinical Nutrition keluaran Julai baru-baru ini, menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA sekurang-kurangnya empat bulan menyusu susu ibu, boleh mencapai kepintaran psychomotor (seperti penyelarasan dan menyusun atur) seawal umur 2 setengah tahun; dan
>>Mencegah autisme, hiperaktif &neurasthenia. (jika ada sejarah dalam keluarga, contohnya: >>Boleh la masukkan nutrien minyak ikan (DHA/EPA) sebagai langkah awal pencegahannya)


Khasiat untuk ibu dan individu lain: 


>>Mengurangkan risiko sakit jantung dan yang berkaitan kolesterol;
>>kesihatan kardiovaskular;
>>penyakit berkaitan saluran darah, tekanan darah, paras trigliseride;
>>kesihatan otak;
>>untuk mata yang sihat; 
>>sendi (arthritis/gout);
>>tekanan (anti-stress);
>>insomnia;
>>sistem imun;
>>meningkatkan fokus;
>>memperbaiki pendengaran;
>>meredakan migran;
>>kesihatan paru-paru;
>>kanser;
>>penyakit berkaitan hati; 
>>memecahkan lemak degil; serta 
>>mengimbangi hormon semasa PMS dan 
kulit licin!!!.

See banyak sangatkan kebaikan Lecithin dan OmegaGuard untuk ibu-ibu terutama yang menyusu badan. 


Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 
A Better You Today. Theme by STS.