Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Setiap kali nak kurangkan berat badan,risau bab makan bila tukar menu, sebab tak menarik, tak sedap, progress nak capai goals terbantut tengah jalan. Boleh ke makan sambal masa diet ye? Risau takut sebab utama gagalkan misi kes makan sambal. Betul dan salah, kalau makan sambal, nasi makin bertambah, makanya makan sambal lada memang gagalkan misi anda, namun betul jika anda makan sambal yang resepinya diolah lebih sihat, maka proses berat turun berat badan mungkin akan lebih efektif. Timbul persoalan, betul ke makanan atau sambal lada boleh turunkan berat lebih efektif? Mana taknya dah makan tu kalau berpeluh-peluh dahi, seluruh badan, mesti bakar kalori dan lemak sekali. Memang betul, kajian ada mengatakan kesan capsaicin yang meningkatkan penggunaan tenaga dan sedikit sebanyak dapat membakar lemak. Tetapi, hanyalah dalam jumlah yang kecil. Pembakaran lemak hanya efektif melalui aktiviti fizikal iaitu pergerakan badan, bukan mulut je yang kuat mengunyah. Nak maka...