Posts about: SUSU IBU

ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu

Dalam banyak keadaan, anda tidak memerlukan suplemen untuk banyakkan susu. Ini kerana susu banyak adalah disebabkan permintaan (demand) yang banyak. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu akan bertambah.

Jadi apa perlunya suplemen untuk ibu menyusu?

Betul, suplemen tidak perlu untuk ibu menyusu, tetapi ibu menyusu masih perlukan suplemen untuk:
  • Jadikan susu berkualiti agar bayi mendapat khasiat nutrisi sepenuhnya
  • Menjaga kesihatan ibu
  • Memberikan tenaga kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu
  • Memberikan perasaan gembira kepada ibu agar mudah menghasilkan susu
Analogi sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu produk memerlukan segala keperluan yang lengkap untuk membolehkan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapka, kurang sesuatu bahan atau barang maka hasilnya juga terjejas begitu juga susu ibu, jika tubuh badan ibu sendiri ytak cukup nutrisi susu yang dihasilkan ibu mungkin tidak cukup nutrisi yang diperlukan si anak yang menyusu, kerana apa yang ibu makan atau amalkan, itulah anak yang akan dapat. Maka kepeeluan suplemen bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri seperti jika ibu menyusu mengalami keguguran rambut yang teruk, keletihan yang melampau semasa tempoh penyusuan anak, itu adalah tanda-tanda dari tubuh si ibu yang memerlukan nutrisi yang lengkap supaya gejala tersebut dapat diatasi. Ada juga ibu yang menyusu mengalami keadaan kulit muka yang terlalu kusam akibat nutrien yang diperlukan tubuh tidak mencukupi. 

Suplemen yang bagaimana? Anda boleh merujuk kepada set penyusuan, banyak juga saya tuliskan sebelum ini.

Mengapa ESP Shaklee Penting Untuk Ibu Menyusu


1. ESP Shaklee Memberi Tenaga Kepada Ibu Menyusu

ESP Shaklee membantu memberikan tenaga berpanjangan disebabkan ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah. Aktiviti penyusuan menyebabkan kalori dibakar sekitar 200-500 kalori sehari. Sekiranya ibu menyusu tidak makan secukupnya bagi memenuhi keperluan kalori harian mereka, ini akan menjadi penyebab keletihan di kalangan ibu menyusu. Menyusukan anak memerlukan tenaga dan kalori yang banyak bagi seorang ibu.
Aktiviti menyusu membakar kalori ibu, justeru ibu akan mengalami keletihan dan kurang tenaga jika tidak mengambil pemakanan rendah indeks glisemik

ESP Shaklee dengan indeks glisemik yang rendah iaitu sekitar 39, membantu ibu menyusu mendapat tenaga berpanjangan. Bagaimana indeks glisemik memberikan kesan ini?

Memahami bagaimana indeks glisemik makanan memberi kesan tahap tenaga anda boleh membantu anda sentiasa alert dan fokus sepanjang hari. Tubuh manusia menghadamkan dan metabolisme makanan dengan indeks glisemik rendah secara perlahan-lahan. Dengan itu ia menyediakan jumlah tenaga berterusan untuk tubuh.

Bagi makanan dengan indeks glisemik yang tinggi pula, makanan mudah dihadamkan dan karbohidrat akan tersedia untuk otot gunakannya dengan segera. Sebab itu selepas kita makan nasi (indeks glisemik tinggi), kita akan mudah rasa lapar sebab karbohidrat telah digunakan dengan segera.
Graf menunjukkan tenaga selepas hidangan nasi (garis hitam) menjunam meyebabkan rasa lapar yang cepat, sebaliknya ESP menunjukkan graf yang lebih stabil dari segi pelepasan tenaga

2. Memberikan khasiat protein dan kalsium

Dengan pengambilan ESP Shaklee, secara tidak langsung ibu menyusu boleh mencukupkan keperluan protein harian mereka. Protein membantu dalam pembentukan sel dan merupakan kandungan yang penting dalam susu ibu. Protein juga adalah blok bangunan untuk pertumbuhan bayi.
ESP Shaklee menyediakan khasiat protein dan kalsium dalam hidangannya

Susu yang mengandungi protein yang sempurna seperti ESP Shaklee adalah baik untuk bayi. ESP Shaklee bukanlah untuk memperbanyakkan susu semata-mata, tetapi ia merupakan suatu bonus kepada ibu untuk menghasilkan susu yang mencukupi kepada bayi.

Pengambilan ESP Shaklee adalah untuk mengisi kekurangan sumber nutrisi yang tidak diambil oleh ibu di dalam pemakanan setiap hari. Menurut Ohio State University, ibu menyusu harus mengambil 71gm protein setiap hari.

1 hidangan ESP Shaklee pula menyediakan 14gm protein sihat kepada badan. Kalau ibu menyusu memerlukan 71gm protein, ini bermakna ibu menyusu boleh mengambil ESP Shaklee sehingga 4 hidangan sehari. Selebihnya ibu menyusu boleh mengambil protein daripada pemakanan seharian.
3. Kulit Ibu Menyusu Lebih Gebu dan Cantik dengan ESP Shaklee

Ini merupakan satu bonus kepada ibu menyusu. Di samping menggunakan ESP sebagai makanan tambahan, ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih gebu, halus dan cerah berbanding sebelumnya.
ESP Shaklee menjadikan kulit ibu menyusu lebih cantik dan gebu

Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baru. Setiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan. Protein juga merupakan bahan utama yang digunakan untuk menggantikan sel-sel rosak / mati. Sebab itu ibu menyusu akan mendapati kulit mereka lebih segar dan cantik selepas pengambilan ESP.


Kesimpulan

Selain mengamalkan ESP Shaklee, ibu menyusu perlu mengamalkan teknik penyusuan yang betul, pengambilan air yang mencukupi dan jadual pam susu yang konsisten bagi menyokong kejayaan penyusuan ibu. Ibu menyusu perlu memahami konsep supply and demand, jauhkan tekanan perasaan (stress) dan dapatkan sokongan ahli keluarga terdekat terutama suami. InsyaAllah anda mampu melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun dan ini adalah terbaik untuk anak anda.


Terus dapat complete satu set. Suggestion #BestSellerSet ni untuk yang ❤️ KULIT CANTIK
❤️ HAMIL/PANTANG/MENYUSU(suggested add ostematrix/alfalfa) ❤️ TENAGA /MOMMY YANG BERPUASA (suggested add performance drink)
❤️ NAK SLIM/KURANGKAN BERAT BADAN
❤️ TINGKATKAN KESIHATAN
❤️ SESUAI LELAKI/WANITA DEWASA


Sempena 25 tahun Shaklee di Malaysia, bulan ni promo terbaik anda berpeluang untuk #BestSellerSet dan #vivavivixset dengan harga yang lebih menjimatkan dengan kos penghantaran Percuma, Percuma Daftar ahli dan PERCUMA beg Shaklee ala Gucci. Wahh mana nak dapat, selain tu anda berpeluang menjana pendapatan mulai sekarang. Be own your business at home. Guna, kongsi dan bina. A-z kami sediakan bahan, group support dan banyak lagi.


Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu perahan perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah. Kenangan pahit manis Ika semasa anak pertama, stok susu rosak akibat ketiadaan eletrik selama 2 hari, stok susu pula banyak, sudahnya hampir dua besen besar yang mengandungi 12oz setiap plastik stok susu semua terpaksa dibuang, menangis oii tengok susu sebegitu banyak kena buang, bukan senang nak kumpul buat stok, sebab perahan susu tu berpakej tak cukup tidur, bengkak susu, letih penat dan semuanya berkumpul dalam satu dalam setiap satu plastik tu. Tulah dipanggil ujian, kadang nak ajar supaya kita tak putus asa dan lebih kental. Masa tu pula terbaca kisah pemandu pesawat tentera wanita yang gigih buat stok susu ibu even duduk kat atas awan, uiii lagi gigih kalau baca geng berkerjaya buat stok susu, punya usaha diorang nak anak dapat susu ibu tu,so yang pernah cuba menyusu badan gagal buat kali pertama, insyaallah next journey usaha lebih lagi. So nak simpan perahan susu ibu ni kena tahu teknik yang betul supaya stok yang kita buat tak terbazir dan dapat dimanfaatkan oleh anak susuan sepenuhnya.


A Untuk menyimpan susu ibu, pilih bekas yang disteril dan boleh ditutup dengan rapat. Biar pun begitu bekas kaca dan palstik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan dengan lebih lama.

B Jika memilih plastik penyimpan susu ibu pula, pastikan ia tebal atau bahgian luarnya dibuat dengan nilon. 

C Bekas kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu ibu kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik,jika disimpan didalamnya. Pilihan kedua terbaik adalah plastik tebal dan keras yang mempunyai penutup yang kedap udara yang ketat yang mudah digunakan.

D Jangan sesekali menggunakan plastik aiskrim untuk menyimpan susu ibu kerana ianya tidak bersih dan boleh merosakkan kualiti susu ibu kerana kebiasaan tahap kualiti plastik aiskrim biasanya nipis dan standard piawaian keselamatan plastik mungkin tidak selamat.

E Penggunaan bekas penyimpanan susu ibu yang berwarnatidak digalakkan kerana dibimbangkan sebahagian daripada pewarnanya boleh luntur dan meresapi susu ibu.

F Pastikan setiap bekas penyimpanan telahdibersihkan disterilkandan dikeringkandengan sempurna sebelum digunakan.

G Susu ibu boleh bertahan selama empat jam dalam suhu bilik (tidak melebihi 25oC)

H Susu ibu boleh bertahan tiga hingga lima hari didalam peti ais bersuhu 4o C atau lebih rendah. Walaubagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais diMalaysia adalah berat kerana sering digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah, anda digalakkan menyimpan bahan-bahan mentah, anda digalakkan menyimpannya tidak melebihi 24jam.

I Dalam peti sejuk beku bersuhu -20oC yang tidak mempunayi kitar nyah bek, susu ibu boleh bertahan antara enam hingga 12bulan. Walaupun begitu, anda disarankan menyimpan untuk tempoh tiga ke enam bulan, jika peti suhu peti sejuk beku diset tidak melebihi negatif 18oc.

J Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku boleh disimpan sehingga 24jam sahaja.

K Simpan susu ibu dibahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu kerana jika ia disimpan dihadapan, kualiti susu ibu mudah terjejas dengan perubahan suhu sewaktu anda membuka dan menutup peti sejuk.

L Anda boleh mencampurkan susu yang baryu diperah dengan susubeku jika ia didinginkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam dan jumlahnya kurang daripada jumalh susu yang telah beku.

M Sebaik-baiknya buat peraturan bahawa susu yang disimpan dibahagian bawah peti sejuk adalah bekalan bayi sepanjang anda bekerja keesokan hari, manakala susu yang disimpan dibahagian beku merupakan stok perahan susu ibu. 

N Susu segar mengandungi lebih banyak ciri perlindungan berbanding susu sejuk beku. Jadi anda perlu menyediakan 60% susu segar dan 40% susu beku daripada jumlah stok susu beku daripada jumlah stok susu ibu perahan yang diperlukan bayi sepanjang ansa meninggalkannya dibawah jagaan penagsuh atau taska.

O Anda perlu sentiasa melabel susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian gunakan susu yang mula diperah terlebih dahulu (first in, first out). 

P Jiak anak anda ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar bekas penyimpan susu ibu anda tidak bercampurdengan bekas kanak-kanak lain.

Q Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk sekali penyusuan untuk satu bekas. Contohnya2-4 oz sahaja bagi setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

R Susu ibu yang telah dipananskanperlu dihabiskan dalam tempoh satu atau dua jam. Jika bayi tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, ianya perlu dibuang.

S Susu perahan dikatakan basi jika bau dan rasanya masam seperti santan basi.

T Jangan sesekali panaskan susu melebihi suhu 40oC agar sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan.

U Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sama juga halnya bagi susu yang sudah dipanas, tidak boleh diulang panas. 

V Jangan isi penuh bekas penyimpanan susu ibu, tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan susu mengembang ketika ia didalam proses pembekuan.

W Susu Ibu hendaklah disejukkan jika ia belum mahu digunakan dalam tempoh masa empat hingga enam jam selepas diperah.

X Jika anda menggunakan beg pendingin untuk menyimpan susu ibu ketika ditempat kerja, pastikan pek ais yang digunakan mencukupi. Sebaik-baiknya kurangkan kekerapan membuka beg tersebut.

Y Anda tidak digalakkan untuk membekukan susu ketika berada ditempat kerja kerana ia perlu kekal beku sebelum anda memasukkannya kedalam peti sejuk beku bila tiba dirumah.

Z Jika stok susu ibu perahan melebihi tempoh hayat simpanan jangan sesekali berasa sayang untuk membuangnya.

ESP Shaklee adalah dari kacang soya non-Gmo iaitu tanpa modifikasi genetik dan ianya sangat baik untuk kesihatan tambahan lagi untuk ibu yang menyusu, sepanjang pengalaman Ika consume ESP ni antara yang paling banyak Ika rasa adalah 

1. minum ESP  boleh banyakkan susu

Penah dengar tak, minum soya boleh banyakkan susu? So dengan minum ESP yg diperbuat daripada soya, memang jadi milkbooster  susu pun jadi pekat, takdelah bila anak menyusu tak sampai sejam mencari pula, biasanya kalau dah sekali menyusu memang anak akan tidur kekenyangan dan puas bila menyusu.

2. Minum ESP ni mengenyangkan

Biase la ibu menyusu ni asyik lapar je. Bila lapar mulalah mencari macam-macam untuk dikunyah, lepas tu berat naik, lepas tu frust, lepas tu salahkan susu badan sedangkan proses menyusukan anak ni membakar kalori yang sangat banyak iaitu sebanyak 500kcl untuk setiap kali tempoh menyusu, banyak tu, so kalau berat naik jangan disalahkan aktiviti menyusu tu, tapi aktiviti mengunyah tanpa batasan dan makanan yang tidak sihat. Bila minum ESP ni perut rasa lebih kenyang dan berpanjangan, dan bila protein cukup nafsu makan pun dapat dikekang terutamanya terhadap makananyang manis-manis.

3. ESP bantu cantikkan kulit

Ade orang yg memang kulit dia cantik..untungla kan..hehe..tapi kite yg kulit x berapa cantik ni memang suka la nk minum esp sebab boleh cantikkan kulit. Kulit pun rase lebih halus, tapi yang lebih best kulit rasa lebih sihatlah, kalau dah memang azali kulut sawo matang, terimalah seadanya, insyaallah kalau cukup protein kulit akan lebih sihat.

4. Esp menghilangkan strecth mark

Haa, yang ni memang terbukti sebab mengandungkan anak keempat doktor-doktor pakat puji parut ceaser anak sulung dulu cantik sangat tak macam kena jahit, strecthmark pun dapat diatasi dan berkurangan hasil dari consume ESP ni.ESP bantu hasilkan sel baru yg lebih berkualiti n boleh kurangkan stretch mark kite tu.

5. ESP ni buat badan mak-mak menyusu tak menggeleber dan lebih ideal

Tahu tak kenapa ESP ni ramai orang gemarkannya?sebab salah satu manfaat dari orang yang amalkan ESP ni dapat effect kurus dan badan lebih langsing. Beza sangat kalau menyusu tak ambil ESP dengan ambil, rasa penat dan letih pun dapat diatasi dengan mengambil ESP setiap pagi atau sebelum makan tengahari. Biasa malam-malam nak tidur pun mak menyusu ni dia lapar, maka ESP ni pilihan lebih baik berbanding burger atau snacking makanan berat dan junkfood. Anak pun dapat nutrisi padu dari ESP.

Selain ESP banyak lagi yang terbaik untuk mama sepanjang tempoh penyusuan, untuk menyokong proses penyusuan yang lancar dan mencapai matlamat sehingga dapat menyusukan anak selama 2tahun, pemakanan yang sihat haruslah diamalkan juga pengambilan makanan tambahan dapat melengkapkan nutrisi yang lompang akibat cara dan kaedah penyimpanan dan masakan dalam pemakanan harian. 

Baca : Kami tak jual susu


TESTIMONI ESP DARI IBU MENYUSU






Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 



Untuk mommy yang menyusu buat pertama kali bila payu dara bengkak adalah perkara positif iaitu anda sedang menghasilkan susu untuk bayi anda. Masalah bengkak susu disebabkan hormon lacta(hormon susu) yang banyak dihasilkan pada waktu tengah malam hingga ke subuh. Betullah, pengalaman Ika menyusukan anak pertama memang Harraz tak nak menyusu badan, so memang Ika buat pumping je untuk stok. Struggle sangat, setiap dua ke tiga jam setiap hari sepanjang pantang dan habis pantang Ika bangun setiap malam, memang tak miss. Tapi hasil pam waktu awal pagi hingga ke subuh tak pernah mengecewakan, 12oz pasti dapat. Tapi itulah sebab tak tahan kepenatan, Ika hanya mampu susukan Harraz hanya 6bulan pertama sahaja secara eksklusif. Banyak juga kesilapan sendiri yang Ika belajar sepanjang tempoh penyusuan kali pertama menyusukan badan untuk anak termasuk buat anak confuse sehingga menolak untuk direct feeding. Silap juga tak directly jumpa pakar laktasi masa tu untuk atasi terus masalah keliru puting, disebabkan Ika perkenalkan puting botol susu kat Harraz sejak dalam NICU, tapi tak mengapalah selepas itu memang Ika buat terbaik untuk melunaskan hak anak menyusu selama 2 tahun, Alhamdulillah. 

So kali ni nak share tips untuk mak-mak yang berniat nak menyusukan anak tambah lagi yang niat untuk menyusukan penuh selama 2 tahun. Journey ni tak mudah tapi kalau mama buat persediaan fizikal, mental dan emosi, insyaallah semua smooth, Allah akan permudahkan segala urusan, percayalah. Biasanya apabila sudah terjadi bengkak susu, cara mengepam payudara tidak dapat menyelesaikan masalah. Seolah-olah saluran susu itu tersumbat hingga menyebabkan susu yang dipam tak dapat dikeluarkan. Hanya hisapan langsung dari bayi sahaja yang dapat menghilangkan bengkak susu. Yang ni pun benar sangat, sebab masa anak kedua susu terlampau banyak, jadi anak berhenti menyusu sebab dah kenyang, tapi susu banyak lagi, masa tu silap Ika tak pam terus selepas anak berhenti menghisap sudahnya demam empat hari nak settlekan bengkak susu tu. Sakitnya Allah je yang tahu, serba tak kena kalau kena bengkak susu ni. Jika mama alami perkara yang sama ketika proses menyusukan bayi, cuba amalkan petua berikut untuk kurangkan sakit:-


Kredit:Katherinerosman.com
1. Pakai lah coli menyusu yang memberi sokongan, termasuk pada waktu malam, pastikan coli yang di pakai tidak terlalu ketat dan benar-benar padan. 


2. Susukan bayi anda dengan kerap iaitu dua atau tiga jam sekali walaupun terpaksa mengejutkan bayi anda dari tidur. Pastikan bayi anda menyusu kedua-dua belah payudara pada setiap penyusuan. Cuma pastikan sebelah yang pertama tadi telah dihisap sepenuhnya sebelum beralih kesebelah lagi. Pada sesi penyusuan berikutnya mulakan dengan sebelah payudara terakhir yang dihisap. 


3. Mungkin sukar untuk bayi melekap pada payudara apabila aerola sangat keras. Untuk memastikan bayi melekap dengan betul perah dengan tangan atau pam susu keluar sehingga aerola menjadi lembut. 


4. Satu cara untuk memudahkan susu keluar dengan lancar adalah dengan meletakkan tuala panas did ada ataupun mandi dengan air suam sebelum memerah. Air suam mendian itu sendiri mungkin boleh menyebabkan susu keluar dengan sendirinya dan dapat membuatkan aerola lembut, mungkin ini mengambil masa tapi jangan putus asa mencuba. 


5. Semasa bayi sedang menyusu, urut payudara yang sedang dihisapnya perlahan-lahan, ini dapat membantu pengaliran susu dengan lebih lancar dan urutan melegakan sedikit ketegangan dan ketidakselesaan pada payudara.


6. Jika pyudara terlalu penuh dengan sus, menggunakan pam sekali-sekala untuk mengeluarkan susu adalah elok dan tidak memburukkan keadaan. Penghasilan susu yang berlebihan hanya akan berlaku jika si ibu mengepam lebih daripada keperluan bayinya sedangkan bayi itu sudah menyusu dengan baik. 


7. Menyikat payudarayang bengkak(sikat yang menghala ke puting)Lakukan berulangkali dan pengaliran susu akan kembali lancar juga pastikan bayi anda menyusu secara langsung pada waktu tersebut.


8. Daun kubis yang segar juga dapat membantu melegakan kesakitan, walaupun tiada bukti untuk menyokongnya. Ambil daun kubis dan tekapkan pada payudara yang sakit. Daun kubis itu mungkin ada kesan penyejuk tetapi tidak dapat mengubati penyebab sebenar payudara bengkak iaitu susu tidak dikeluarkan dari payudara dengan efisyen. Buat sekali sekala sahaja kerana kekerapan jika diamalkan akan menyebabkan susu kering.


9. Ambil cuka makan dan campur dengan air didalam piring. Ambil kapas, celup dan sapu pada seseliling payudara. Jangan sampai terkena bahagian puting. lakukakn setiap hari sehingga tiada lagi masalah bengkak susu.


10. Ambil beberapa helai daun sirih dan disapu dengan minyak zaitun dipermukaan hadapan. Layur daun sirih tersebut diatas tudung periuk. Tekap pada payudara bila daun agak-agak suam selain melancarkan pengeluaran susu ia juga mengurangkan rasa sakit bengkak susu. Jika anda tidak tahan sakit ambillah paracetemol atas nasihat doktor. 


Selain dari ikut petua di atas, anda boleh amalkan supplement Shaklee iaitu Lecithin.


Bagaimana Lecithin Mengatasi Bengkak Susu


>>Menurut Doktor Jack Newman, lecithin membantu mengatasi dan menghalang pengulangan duktus susu tersumbat mungkin kerana Lecithin mengurangkan kelikatan susu, dengan cara mengurangkan peratusan asid lemak politaktepu di dalam susu.
>>Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan sakit berkurangan, boleh kurangkan os lecithin diambil.


Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu
>>Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
>>Membantu memecahkan lemak yang berlebihankepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
>>Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
>>Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak





Khusus untuk bayi dalam kandungan mahupun bayi yang menyusu susu ibu atau jua bayi yang mendapat khasiat DHA/EPA:




>>Perkembangan dan kefungsian otak bayi (daya mental); 
>>Perkembangan dan kefungsian mata (daya visual);
>>Perkembangan dan kefungsian saraf pusat;
>>Meningkatkan keupayaan kognitif bayi;
>>Meningkatkan tingkah laku neuro bayi;
>>Lebih tinggi DHA dalam susu ibu, lebih menyerlah keupayaan fungsi kognitif bayi pada umur yang masih mentah;
>>American Journal of Clinical Nutrition keluaran Julai baru-baru ini, menunjukkan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengambil suplemen DHA sekurang-kurangnya empat bulan menyusu susu ibu, boleh mencapai kepintaran psychomotor (seperti penyelarasan dan menyusun atur) seawal umur 2 setengah tahun; dan
>>Mencegah autisme, hiperaktif &neurasthenia. (jika ada sejarah dalam keluarga, contohnya: >>Boleh la masukkan nutrien minyak ikan (DHA/EPA) sebagai langkah awal pencegahannya)


Khasiat untuk ibu dan individu lain: 


>>Mengurangkan risiko sakit jantung dan yang berkaitan kolesterol;
>>kesihatan kardiovaskular;
>>penyakit berkaitan saluran darah, tekanan darah, paras trigliseride;
>>kesihatan otak;
>>untuk mata yang sihat; 
>>sendi (arthritis/gout);
>>tekanan (anti-stress);
>>insomnia;
>>sistem imun;
>>meningkatkan fokus;
>>memperbaiki pendengaran;
>>meredakan migran;
>>kesihatan paru-paru;
>>kanser;
>>penyakit berkaitan hati; 
>>memecahkan lemak degil; serta 
>>mengimbangi hormon semasa PMS dan 
kulit licin!!!.

See banyak sangatkan kebaikan Lecithin dan OmegaGuard untuk ibu-ibu terutama yang menyusu badan. 


Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 
A Better You Today. Theme by STS.