5 SEBAB MAMA PERLUKAN OSTEMATRIX

Yang bergelar mama atau yang dah umur 30 tahun ke atas single or not, please ambil ostematrix ni, sebab apa tau? Kita punya badan pada umur 25 tahun keatas sebenarnya badan dah stagnant dah pertumbuhan tulang, masa ni graf untuk tulang akan jatuh menjunam jika kalsium tidak diambil mengikut keperluan.

Sebab tu sebelum ni ada yang buat test bone density, umur 26tahun tahu-tahu tahap kesihatan tulang dah osteoporosis. Kerapuhan tulang ibarat macam span buruk yang berlubang-lubang tu, mudah patah dan sangat rapuh. So yang sama menyusukan anak macam Ika ni memang bab kesihatan tulang kena jagalah. Ika memang bukan penggemar susu, hanya farm fresh je boleh telan, yang lain cannot go, so alternatif terbaik ambil ostematrix sebab sumber sayuran pun takdelah banyak sangat Ika ambil untuk harian.

Nak tahu 5 sebab mama perlukan ostematrix?

Bila ada anak tambah lagi kita menyusukan badan KITA TAK CUKUP TIDUR. Betul tak? Kadang kita qada tidur balik pun rasa penat tu tak boleh ganti balik sebab tetap badan rasa tak cukup tidur. Haa mama nak tidur lena wajib ambil ostematrix ni. Ika since konsisten ambil ostematrix ni memang takde masalah tidur. Rasa dapat tidur yang cukup even bangun kerap susukan anak sebab Ika dapat ENOUGH DEEP SLEEP.

Kedua sebab mama perlukan ostematrix adalah LENGUH DAN SAKIT BADAN. Menguruskan rumahtangga dengan rutin harian yang tak habis-habis memang memenatkan tambah lagi nak layan karenah anak-anak kan? Sakit belakang akibat duduk dalam posisi sama dalam tempoh agak lama bila menyusukan anak atau lipat ke dan sebagainya, so ostematrix ni sangat membantu Ika hilangkan lenguh badan.


Ketiga, orang kata surirumah ni pemalaskan? Sebenarnya ye jugak, almaklum duduk dalam rumah je, tak pergi memana, hakikatnya dalam rumah pun kita dapat melangkah 10,000langkah. Gi mari(jalan-jalan) dalam rumah, masuk keluar dapur, masuk keluar tandas uii lenguh kaki jangan cakap. Silap hari bulan memang boleh jengg krengg betis akibat gi mari dalam rumah saja. Contoh macam Ika sendiri, anak kecil 3 orang still pakai pampers paling koman dan minima sorang berak 3 kali setiap hari darab 3 orang, so sembilan kali keluar masuk tandas basuh berak depa. Uiii jenuh, tak lagi kira masuk keluar dapur. So makan ostematrix memang cegah Ika jeng krengg bahagian betislah. Ingat lagi dulu peristiwa nyeri dalam tulang masa mengandung Haddad tiap-tiap malam tak boleh tidur sakit dalam tulang. Memang tobatku insaf sampai sekarang.


Keempat of course ostematrix ni bantu kita lawas. Nak tahu sistem penghadaman kita bagus dan baik, kita membuang setiap awal pagi. Tu memang petanda usus kita sihat dan baik. So mommy yang ada masalah sembelit bersambung-sambung dari masa mengandung hingga habis pantang pun dia punya sembelit dan aktiviti pembuangan tertunda-tunda means bukan setiap hari, haa mulalah ambil ostematrix ni sebab magnesium dalam ostematrix ni bagus untuk otot-otot usus dan lembutkan najis.


Kelima kenapa mama perlukan ostematrix? Of course ostematrix adalah vitamin dan mineral yang badan perlukan at least 1000mg setiap hari tambah lagi kalau mama tak suka ambil susu. Tak cukup kalsium ok je, boleh je buat kerja? Ya ka? Jangan abaikan signal badan sendiri bila gigi mudah sakit atau berdarah, rambut makin kerap dan banyak gugur, badan mula sakit sakit dan lenguh yang berpanjangan tak hilang-hilang even mengurut simptom datang balik, tu antara tanda badan bagi signal kalsium magnesium yang diperlukan untuk badan berfungsi dengan baik mula terganggu. Then mama memang perlukan ostematrix. Nak cukupkan 1000mg setiap hari mama kena makan berapa kg bayam dah Ika lupa. Tapi uols boleh refer sini camne nak cukupkan 1000mg kalsium magnesium setiap hari.



So OSTEMATRIX ni special sangat sebab tentulah jumlah mineral yang kita dah diseragamkan dalam bentuk tablet. Memang dah confirm telan uols dapat mg yang diperlukan tubuh badan. Beza dengan realfood sebab kita tak tahu banyak mana kalsium yang wujud dalam makanan tu setelah dimasak (hilang zat akibat cara masak). 

Antara MANFAAT OSTEMATRIX:-


🔹Menguatkan tulang - Menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia ( ricket dewasa ), eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat

🔹 Memperbaiki kekejangan dan kebas kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas kebas, kekejangan, sakit sendi dan artritis.

🔹 Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf - malah menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stres. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam


🔹 Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000gm kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil

🔹   Memperbaiki hiperaktiviti perut dan sakit gastrik

🔹 Vitamin D - Didapati mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk untuk meningkatkan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaiki periodontal. Vegetarian, yang kurang terdedah pada matahari, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak kanak perlu mengambil vitamin D.


So make sure uols dapatkan nutrien pembina badan yang semulajadi semestinya OSTEMATRIX sebab kalsium brand lain tak sure ada ke tak kandungan yang sama macam Shaklee ni. Always safe and green and always work. 

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.