ANAK GASTRIK, JANGAN PANIK Langkau ke kandungan utama

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

ANAK GASTRIK, JANGAN PANIK


Ya Allah..
Terima kasih kerana di saat ini anak-anak ku sihat, suami ku sihat, ibubapa dan adik-beradik ku sihat. Pelihara lah kami dari sebarang musibah dan malapetaka.
Ini doa saya pada sujud kedua setiap waktu solat.
Tiba-tiba kemarin, jam 7.55am, berdebar jantung bila dapat mesej Whatsapp daripada cikgu di sekolah anak-anak.
“Abraham Daniel sakit perut di sekolah. Dia cakap, tidak tahan sakit”.
Sebenarnya, memang dari subuh lagi dia buat muka murung. Dan, dia paling takut mau bagitau dia sakit perut. Sebab, saya selalu ugut dorang begini.



“Makan sampai habis. Kalau nda habis, jangan mengadu sakit perut”.
Subuh tu saya memang rasa something’s wrong.
“Kenapa daniel?”.
Dia pegang perut.
“Sakit perut?”.
Saya tanya.
Dia angguk.
“Aiii.. Macamana boleh sakit perut? Semalam kan ada makan?”
“Ntah. Tadi lepas mandi, tiba-tiba sakit”.
“Masuk angin lah tu. Semalam daniel tidur nda pakai selimut kan?”
“Panas bah”.
Ya betul. Semalam tidak sejuk, sebab abah dorang tutup air-con. Tapi, tidak lah juga terlampau panas.
Well.. anak-anak saya ni. Pakai air-con atau tidak, memang dorang suka tidur buka baju.
“It’s okay. Kasi habis breakfast. Nanti okay lah tu”.
Dia pun makan bread yang sudah terhidang. Memang saya perasan, dia nda berselera makan macam biasa. Tapi, nda sangka pula sampai ke sekolah pun dia masih sakit perut. Biasanya, jumpa kawan, terus hilang semua sakit. Hihi..
So.. lepas cikgu inform begitu, saya terus bersiap ambil dia di sekolah. Bibir dia agak pucat, mungkin sebab baru lepas muntah.
Saya yakin, bukan keracunan makanan. Sebab adik dia, Aysha okay saja, padahal dorang makan menu sama. Kami semua makan menu yang sama.
Balik rumah. Dia mandi dan tukar baju. Terus melekat depan tv, main mine-craft.
Geram juga tengok perangai begitu, tapi.. nda sampai hati juga mau marah. Mudah-mudahan game tu boleh buat dia lupa sakit perut. Konon laa..
Tengahari, saya masak bubur ayam, dia makan berselera.
Malam. Saya hidang nasi, sayur dan ayam goreng. Dia tidak mau. Mau nasi saja.
“Kenapa?”
Dia pegang perut lagi.
“Sakit lagi?”
Dia angguk.
Nda boleh jadi ni. Orang sakit perut, mesti lah makan. Kalau nda, makin sakit lah perut tu.
“Minum ESP”. Abah dia bersuara.
Daniel buat muka. Saya tau, dia memang nda suka rasa ESP.
“Daniel nda payah makan lah. Minum ESP saja. Okay?”.
Saya pujuk.
Dia angguk, lemah.
Saya bancuh 1.5-sudu ESP dalam 200ml air suam. Dia telan. Terus berlari pegi toilet.
“Buekkkk!!!”
Hahahaha.. Punya lah dia nda suka rasa ESP tu. Saya nda marah, sebab dia buek buek saja, tapi tiada apa yang keluar, ESP tu sudah selamat masuk dalam perut dia.
Akhirnya, habis juga 200ml ESP dengan 8kali teguk dan 8kali buekkk. Puas hati. Esok pagi, Insya-Allah sihat.
“Pegi tidur. Pakai selimut”.
Esok subuh, lepas mandi, saya tanya.
“Masih sakit perut?”
“Nda”.
“Ada kentut kah semalam?”
“Ada!! Punya main bau kentut saya ummi”.
Hahaha... Sudah agak. Gastrik, minum ESP, confirm kentut kentut.
Alhamdulillah.. Terima kasih, Ya Allah.. kerana di saat ini anak-anak ku sedang sihat.

Kredit:Jutawan Golden Loudge

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

PROMOSI FEBRUARI SEMPENA TINGKATKAN IMUNISASI DIRI

Date 2.2.2020 nombor Cantik betul kan... Siapa yang buat Majlis Perkahwinan tarikh ini...memang bertuah untuk mereka.  Dikesempatan ini baru boleh update Promosi Shaklee Februari 2020Promosi bulan FEB! 🔥TINGKATKAN IMUN DAN PERLINDUGAN TUBUH DARI PENYAKIT BERJANGKIT!🔥 ✅ ZINC - Beli 1 Percuma 1 ✅ COQTROL - Beli 3 Off 10% ✅ TWIN PACK PROMOTION  ❤Vitamin C sustained released - kuatkan antibodi , tenaga dan kecantikan  ❤Garlic - Antibiotik semulajadi  ❤Performance Drink - kekalkan air dalam badan / elak hidrasi ❤Mealshake - Multivitamin untuk kanak2 bentuk minuman  ❤Vitalea - Multivitamin utk kanak2 bentuk tablet ✅ RADIANCE C & E - Percuma bila Beli Set Youth Skincare dalam nilai RM700!  .... yeay TQ SHAKLEE 👏🏻👏🏻 Promosi ni semua untuk kuatkan IMUN  Pandai shaklee nak kita educate orang ramai  Jaga kesihatan since banyak penyakit berjangkit nii.... 😷 Jom siapa nak harga PROMO + D...

Khasiat Minyak Ikan

Asid lemak mega-3 mempunyai manfaat kesihatan yang mengagumkan — termasuk melindungi kesihatan jantung anda. Asid ini didapati secara semula jadi dalam makanan seperti ikan, kerang dan beberapa minyak sayuran. Anda juga boleh mengambilnya sebagai pil tambahan. Dengan banyak suplemen omega-3 yang berbeza di pasaran, mungkin sukar untuk mengetahui yang mana satu yang terbaik — untuk kesihatan anda dan juga untuk alam sekitar. Sebagai contoh, perkara terakhir yang anda mahu ialah membeli suplemen hanya untuk mengetahui minyak telah menjadi tengik. Dan ramai pengguna bimbang tentang pilihan suplemen mereka yang menyumbang kepada penangkapan ikan berlebihan dan kebimbangan alam sekitar yang lain. Jadi sertai kami sambil kami meneroka cara memilih suplemen omega-3 terbaik. Apakah Omega-3? Asid lemak omega-3 (atau ringkasnya omega-3) ialah sejenis lemak sihat yang terdapat dalam ikan berminyak dan kerang serta dalam minyak sayuran, kacang dan biji tertentu. Terdapat 3 jenis asid lemak omega-3...