MANGSA PROGRAM DETOX SHAKLEE

Detox cara Shaklee ni memang lain macam sikit penangannya, dari segi diet dan menu, Shaklee dah sediakan menu sihat selama 7 hari program bermula. Hari permulaan detox no carbo and protein macam nasi. Totally sayur ok, tukar jadik kambing jap. Tapiiii korang jangan pandang remeh Detox cara Shaklee ni, meh baca perkongsian dari geng Detox, akibat mendetoxkan diri masing-masing semua melopong akan hasilnya yang tidak terjangka. Cerita dibawah Ika kongsikan sepenuhnya dari Puan Zura Betty.



Beberapa bulan lepas kan, Shaklee lancarkan program detox. Akak pun mengada-ngadalah nak buat juga detox.

Mula-mula fikir mampu ke nak mengharungi ujian detox ni. Almaklumlah, tiga hari ok tanpa nasi. Akak ni dah lah pecinta nasi.
Tiga hari tu memang ala-ala herbivor. Hanya rumput rumpai (read: sayur) sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam tekak. Selain buah-buahan.
Hari pertama dah lah sayur hijau mentah. Kalau Khaulah boleh lah layan kan. Ni akak, memang azab lah.

Tapi akak gagahkan diri juga melalui fasa "hitam" itu. Trajis kan bunyinya. Hari berikutnya dah mula boleh ambil protein. Alhamdulillah akhirnya akak gagah melalui 7 hari berpuaka tanpa makanan jahat.

Tapi kan, setiap yang menyakitkan itu ada manisnya. Sebaik sahaja selepas akak buat detox mengikut meal plan yang dikaji dan diselidik oleh Nutrition Shaklee Dr Jamie McManus.

Akak perasan macam makin jelita. Kulit akak yang agak kusam semakin kemerah-merahan. Paling best kan perut akak yang sedia buncit kempis macam anak dara.

Lagi best, lepas detox tu bila akak makan banyak pun. Jarum penimbang macam rosak. Tak bergerak tetap kat angka tu.
Tapi yang akak nak cerita, pengalaman kawan-kawan akak yang detox ni. Mereka entah bagaimana rata-rata ramai yang "termengandung" selepas detox.
Haa yang ni mulanya akak pun tak percaya. Berkat dari tak percaya tulah tiba-tiba dengan akak pun termengandung sekali. 
Power tak power lah detox ni kan. Paling akak terharu. Alhamdulillah, ramai dari team Shaklee kami yang sebelum ni berusaha pelbagai cara untuk dapat kan baby.

Akhirnya mengandung selepas buat detox dengan Shaklee ni. Ada seorang teman berkahwin lebih 5-6 tahun. Macam-macam usaha dah dia kata. Tapi selepas detox Allah kirimkan rezeki buat mereka suami isteri.
Sorang adinda manis, penantian selama 3 tahun lebih akhirnya terjawab selepas detox.
Baru-baru ni akak dapat berita lagi dari seorang yang sangat disayangi. Allah hadiahkan kehamilan sekali lagi untuk mereka berdua.
Apa pun kita hanya berusaha kan. Tak tahu usaha kita yang mana Allah lihat dan makbulkan.

Detox Shaklee memang best dan terbukti berkesan.

Nak sambung cerita semalam. Kisah pasal akak "ter" pregnant. Sebenar nyakan, akak ingat dah nak tutup kilang. Marah orang tua-tua kalau baca ni.
Tapi sebab akak rasa masa dah untuk akak fokus pada kualiti dari kuantiti.
Tapi yelah, Allah lagi tau apa yang terbaik kan. Akak tetap juga nak salahkan Detox Shaklee. Akak rasa kalau akak tak mengada-ngada buat detox hari tu.
Kejadian seperti ini pasti tak berlaku. Eh bukan akak tak redha. Malah syukur.
Sebenarnya akak bukan keseorangan, bukan akak je mangsa. Hari ni akak nak share pengakuan mereka-mereka yang juga "mangsa" detox seperti akak. 
Master Farihah Abu Kasim, teringat bulan 6 ari tu akak mesej. Dia masih dalam keadaan terkejut. Tak sangka sebulan selepas detox dia juga menjadi mangsa. Menurut beliau bukan sahaja dia yang terkena. Malah anak buah beliau juga ramai yang mengikut jejak selepas ambil set detox. Risau populasi penduduk melimpah ruah hingga ke laut China Selatan katanya. 
Cik Puan Hayusnida Bakar pula katanya Buat detox konon-konon nak turunkan berat badan. Baru turun beberapa kilo, baru nak feeling rasa kurus, tetiba sangkut yg lain pulak. Padahal sblm tu 7 bulan dia usaha sebelum detox. Tak menjadi-jadi. Sekali detox, kurus dapat, baby pun dapat. Alhamdulillah. 
Cik Puan Ainul Fadzilah tak kurang juga, katanya. "Sama la saya pun detox shaklee punya pasal. Pregnant juga. huhuu" 
Seorang lagi rakan, Master Azrin Mohd, "Hahaha. Dua tahun TTC okay. Detox shaklee dan eat clean bulan depan nya pregnant. Aku la tu "

Yang paling saya terharu, salah seorang leader Nadia Najib, selepas 5 tahun 8 bulan berumahtangga. Puas mencuba pelbagai cara. Konsisten dengan full set detox dan set kesuburan. Alhamdulillah 3 bulan selepas itu mereka terima khabar gembira permata hati yang lama dinanti kini berada dalam kandungan. 
Apa pun, hanya ucapan syukur yang mampu akak ucapkan. Ni suku pun tak sampai sebenarnya perkongsian dari mereka yang menjadi mangsa-mangsa detox ni.


Kalau akak nak share semua memang tak cukup muka surat. Sama-sama kita doakan dipermudahkan perjalanan semua dan diberi kesihatan yang baik ok.
Cuma sekarang ni akak dok risau. Nanti trip free kami ke Jepun tinggal berapa orang je wakil ni. Sebab semua tengah sarat membawa perut dan berpantang waktu tu.


Memang tergelak besar baca perkongsian Puan Zura Betty mana taknya sebab Ika pun terjangkit sama terkenan dek program Detox Shaklee ni, jadi salah seorang "mangsa Detox". Dari kes TTC si Hawaa membawak ke adiknya Hajjar. Ingatkan nak lah merasa selim melim lepas habis sesi breastfeeding Hawaa, rupanya tak. Sangkut pulak masa program Detox sedang hangat Ika jalankan masa tu sebab badan naik mengembang masa sesi menyusukan si Hawaa. Apo nak dikato, program Detox bertukar jadi Program membuyung. 3 bulan lepas Ika dah on balik program Detox ni, sebab nak capai berat dari 62kg ke 50kg. Harapannya berjayalah ye, berjaya turun berat, kalau berjaya tangg lain pun kita bersyukur saja, hahaha.


So bersempena Sale bulan Disember ni, uols boleh grab Set Twinpack vivix, promo valid hingga 28 Februari 2019. Manakala bermula 26 Disember hingga 27 Disember uols boleh grab Twinpcak produk offer termasuk DTXcomplex dan Herblax sebab dua produk ni Ika consume sepanjang buat detox sebelum ambil Vivix untuk proses TTC, boleh book order melalui whatsapp. Yang nak grab PROMO NEW MEMBERSHIP, boleh place your order thru online shopping, klik saje icon ESELL ORDER NOW. 



  atau boleh directly whatsapp Ika {klik ikon whatsapp}


SELAMAT BERSHOPPING UOLS. TERIMA KASIH.


Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.