Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Perasan atau tidak anda punya banyak pilihan untuk mengambil protein dalam bentuk serbuk. Masuk sajalah WATSON bahagian organic, atau COSWAY, atau anda boleh pilih serbuk protein popular dari HERBALIFE atau SHAKLEE. Kenapa serbuk protein terbaik untuk diambil? Sebab senang dan mudah disediakan serta boleh digunakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja, serbuk protein merupakan cara paling mudah untuk memastikan anda memperolehi protein yang mencukupi setiap hari. Walau bagaimanapun, dengan lambakan jenama dan pelbagai jenis protein di pasaran, yang mana satukah terbaik untuk anda? Senang je, anda amati tips ini supaya anda memilih serbuk protein yang tepat untuk tambahan dalam menu pemakanan anda dan yang penting serbuk protein yang anda ambil tidak memudaratkan malah membantu meningkatkan tahap kesihatan.
Perhatikan ciri-ciri ini di dalam Serbuk Protein Terbaik anda.
TIP 1:
DAPATKAN SOYA!
Sesuai untuk semua orang termasuk mereka yang sensitif kepada laktosa.
• Mengandungi pelbagai faedah seperti berkesan untuk mengurangkan kolesterol¹
• Pengambilan protein soya yang berterusan membantu wanita menopos menangani sindrom menopos seperti kepanasan badan.²
.• 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu vegetarian.
TIP 2
LENGKAP DENGAN 9 ASID AMINO PENTING
Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan harian 9 asid amino penting untuk:
• Fungsi badan yang optimum.
• Proses biologi seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot.
• Membaiki tisu seperti kulit, tulang dan rambut.
TIP 3
BUKAN GMO
Organisma yang diubahsuai secara genetik (GMO) adalah tumbuhan, haiwan, ataupun mikroorganisma yang genetiknya diubahsuai dengan menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan.
Pengambilan terlalu banyak makanan GMO boleh menyebabkan masalah kesihatan dalam jangka panjang. Sumber bukan GMO memastikan:
• Nutrien kekal dalam sumber makanan.
• Alternatif untuk makanan yang lebih sihat dan selamat.
TIP 4
RENDAH LEMAK
Untuk mahu mendapat faedah protein dari serbuk yang anda pilih dan bukannya lemak.
• Membantu mengekalkan jisim otot.
• Membantu mengekalkan tahap kolesterol.
• Pilih kurang daripada 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.
TIP 5
TIADA GULA PASIR TAMBAHAN
Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk meningkatkan rasa. Ambil keputusan yang betul dan katakan tidak kepada gula pasir tambahan!
• Pengambilan protein membantu memastikan anda tidak mengambil kalori yang berlebihan.
• Membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat.
TIP 6:
MEMPUNYAI INDEKS GLISEMIK YANG RENDAH
Indeks glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan terhadap paras gula darah anda. Protein dengan GI yang tinggi menyebabkan lonjakan gula darah dan mengakibatkan anda letih, mudah marah dan lapar.
Protein soya GI rendah membantu:
• Mengekalkan paras gula darah yang sihat.
• Meningkatkan rasa kenyang, menjadikan anda kenyang lebih lama.
• Mengawal dan menguruskan pengambilan makanan dan berat badan.
ISTIMEWA ESP NON-GMO SHAKLEE
Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*
* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder
Kod Produk: 11003 (850 grams / 30 hidangan)
Saranan penggunaan:
Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda.
Pilihan: Tambahkan buah dan kisar.
Ulasan
Catat Ulasan