A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2020

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

Kemurungan Postpartum Dalam kalangan Lelaki

Melihat bayi pada kali pertama selalunya sesuatu yang menggembirakan dan penuh dengan kebanggaan dan keriangan. Namun, hakikatnya ia meletihkan mental dan emosi, ini termasuklah tidur malam yang tidak mencukupi dan tangisan serta jeritan bayi untuk mendapatkan perhatian dan penjagaan. Keadaan mungkin boleh menjadi teruk dan anda mungkin berasa semakin sengsara sekiranya ianya terjadi. Anda mungkin mudah berasa jengkel dan tekanan di pejabat mungkin menyebabkan anda kerap hilang sabra dengan isteri anda. Anda mungkin menjebakkan diri anda dengan perkara negatif seperti terlibat dengan alkohol atau anda mula menyisihkan diri daripada orang lain. Satu fenomena yang semakin menjadi-jadi Kesemua tanda tersebut merujuk kepada kemurungan Postpartum kebapaan yang berlaku dikalangan lelaki. Jurnal persatuan Perubatan Amerika melaporkan bahawa kemurungan prenatal dan postpartumberlaku dalam anggaran 1 bagi setiap 10 lelaki dan angka ini meningkat tiga hingga enam bulan selepas kelahiran bayi. Na...

Sumber Kalsium Buat yang Tak Gemar Susu

Pernah jugak readers dengan keyword 'air berkalsium tinggi selain susu' sampai kat my blog..honestly me bukan peminum susu lembu apatah lagi susu kambing...bukan tak pernah try minum, dah try minum tapi xmasuk dengan tekak..rasa semacam, hehe. Tapi kalau nescafe, tak tunggu orang offer atau suruh minum, diri sendiri mencari nak minum, nak kata addicted tu takdela,tapi penggemar tu ya!bahehe, disebabkan suka minum nescafe sampaikan ada jugak google mencari resepi nescafe o ais sedap kat my blog. Disebabkan Ika bukan peminum susu, nak-nak yg fresh kecuali susu kambing fresh yang uncle kat masjid klia tu jual(setakat ni yang itu jelah boleh telan), so this habit memang mendatangkan masalah lagi-lagi kalau tengah mengandung. Dan lagi bertambah masalah bila nescafe one of my favorite sebabnya salah satu sebab punca sakit sendi-sendi adalah dari minuman nescafe. I didn't remember which artikel I read about that tapi penulis suggestkan serta merta stop drink nescafe dan sunquick d...

Pulih Cepat Selepas Bersalin Ceaser

Ramai yang bertanya macam mana nak pulihkan luka ceaser dalam tempoh yang pendek. Based on my experience, luka ceaser paling cepat pulih dalam tempoh sebulan dengan syarat jaga makan, dan aktif bergerak. Kenapa perlu aktif bergerak? sebab dengan bergerak darah kita berjalan lancar, selain jaga tempat luka dengan sebaik mungkin. Lepas mandi terus make sure tempat operate ceaser kering. Macam tak percaya hampir lapan tahun berlalu selepas kulit perut disiang, behehe...Kalau dibandingkan beranak normal dan beranak ceaser yang mana lagi ok, my answer dua-dua tak ok, dan kedua-duanya sakit. Kalau boleh kita nak bersalin, tahu-tahu anak yang dikandung lahir macam kita tidur, alih-alih esok baby dah ada sebelah, magiknya dahla tak sakit!tapi malangnya takde magik macam tu, malahan nikmat pula ya sakit bersalin, tu sebab wanita tak pernah serik, cakap je serik, perit, tulat-tulat masuk dewan bersalin balik...behehe So the best suggestion yang selalu i suggest kat kelab ibu hamil, ibu ceaser, ...

Perlukah Suplemen Untuk Banyakkan Susu?

ESP Shaklee Untuk Ibu Menyusu Dalam banyak keadaan, anda tidak memerlukan suplemen untuk banyakkan susu. Ini kerana susu banyak adalah disebabkan permintaan (demand) yang banyak. Semakin banyak bayi menyusu, semakin banyak susu akan bertambah. Jadi apa perlunya suplemen untuk ibu menyusu? Betul, suplemen tidak perlu untuk ibu menyusu, tetapi ibu menyusu masih perlukan suplemen untuk: Jadikan susu berkualiti agar bayi mendapat khasiat nutrisi sepenuhnya Menjaga kesihatan ibu Memberikan tenaga kepada ibu supaya dapat menghasilkan susu Memberikan perasaan gembira kepada ibu agar mudah menghasilkan susu Analogi sebuah kilang yang menghasilkan sesuatu produk memerlukan segala keperluan yang lengkap untuk membolehkan produk yang dihasilkan memenuhi spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapka, kurang sesuatu bahan atau barang maka hasilnya juga terjejas begitu juga susu ibu, jika tubuh badan ibu sendiri ytak cukup nutrisi susu yang dihasilkan ibu mungkin tidak cukup nutrisi yang diperlukan ...

5 Cabaran Teruskan Penyusuan

Tahniah, anda sudah berjaya menyusukan anak selama dua tahun seperti yang digalakkan dalam Islam. Kini makin rami ibu mengambil keputusan meneruskan amalan penyusuan bayi tetapi terpaksa menempuh cabaran yang datang daripada orang sekeliling. Pelbagai persoalan timbul apabila ada ibu yang mahu meneruskan amalan penyusuan ibu setelah anaknya mencegah dua tahun. Seharusnya hal sebegini tidak berlaku, malah perlu anda yakin dan percaya bahawa proses menghentikan penyusuan susu ibu perlu dilakukan secara semulajadi tanpa paksaan. Jangan lakukannya secara mengejut seperti meletakkan sesuatu di payudara sebagai satu usaha untuk merangsang si mania berhenti daripada berterusan menyusu susu ibu. Proses bercerai susu seperti ini boleh menggugat emosi anak malah pada ibu itu sendiri. Beringatlah, adalah fitrah untuk anak berpisah susu dengan ibunya apabila tiba masanya. Bagi anda yang nekad mahu meneruskan penyusuan ibu, berikut adalah soalan-soalan yang mungkin di tanya orang sekeliling. Turut ...

Komuniti yang Positif

Ika repost dari  artikel asal sepenuhnya dari blog ireach  thanks Master Lyna banyak sangat bantu kami ni in term of self development, educated on nutrition dan bisnes. Pernah jumpa masa MCC 1.0 dulu, hope in future we will meet again. Artikel ni worth reading untuk sesiapa yang too skeptical dengan suplemen sebab ni jugalah yang bersarang dalam kepala otak Ika dulu sebelum kenal Shaklee, alhamdulillah terjebak dengan Shaklee banyak educate myself untuk more concern about my health and wellbeing. Rasa berbaloi sangat kenal dan amal Shaklee since 2014 lagi. Bab haters ni tak kira dalam apa jua pasti ada, kitakah antara haters tu? Apapun tepuk dada muhasabah diri.  Kalau Shaklee the Best, Kenapa ada Haters? Ini Sebabnya... Ada satu hari, admin duduk semeja dengan #iReachFounders . Luahkan sedikit perasaan tentang Shaklee haters. Sambil bagi laporan apa yang mereka dah buat & sedikit prediction tentang langkah mereka seterusnya.  Kemudian, admin tanya, “OK ke, Shaklee ada haters macam...