Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza. Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...
Apabila hamil, semua ibu akan rasa bahagia bila kesihatan dalam keadaan yang baik, sekaligus membuang rasa bimbang jika ada penyakit yang menyerang sepanjang hamil.
Namun, akibat perubahan horman, diabetes semasa hamil masih boleh terjadi. Ia dianggap normal. Tapi ibu perlu kawal cara pengambilan makanan supaya kesihatan dalam keadaan baik.
Apatah lagi, kehamilan mempengaruhi kadar gula dalam darah hingga mengakibatkan peningkatan kadar gula yang menyebabkan diabetes semasa hamil akibat perubahan metobolisme endokrin dan karbohidrat.
Bahkan, ada kesan yang bahaya jika ada diabetes semasa hamil terutama pada bayi dalam kandungan .
Risiko pada ibu yang mengalami diabetes semasa hamil
- Praeklampsia (sindrom tekanan darah tinggi/ peningkatan kadar protein dalam darah)
- Kelahiran pramatang
- Cairan ketuban berlebihan
- Jangkitan saluran kencing
- Jangkitan keputihan pada vagina
Risiko pada janin
- Perkembangan janin terlewat
- Bayi bersaiz besar ketika dilahirkan (makrosomia)
- Peningkatan bilirubin yang membuatkan bayi demam kuning
- Sindrom gangguan pernafasan kerana lebihan insulin.
- Kekurangan glukosa dan kalsium
- Kelainan jantung
- Bayi mengalami masalah kelainan neurologik dan psikologik
Namun begitu, risiko yang disebutkan tadi hanyalah kemungkinan yang boleh terjadi pada ibu dan bayi yang dikandung. Tetapi ada baiknya jika ingin hamil, kawal cara pemakanan dan kadar gula dalam darah anda.
Ciri-ciri ibu mengalami diabetes semasa hamil
- Kerap buang air kecil, cepat rasa lapar dan kehausan setiap masa.
- Berat badan menurun
- Cepat berasa letih.
- Jangkitan kulit atau luka susah nak sembuh
- Penglihatan kabur
- Kadar gula tinggi dalam air kencing
Namun, jika ia berlaku diluar kawalan ibu, ini yang boleh anda lakukan
- Membuat pemeriksaan rutin kepada doktor O&G bagi memastikan kandungan dalam keadaan yang baik dan paras gula dikawal sempurna.
- Sentiasa berfikiran positif dan perasaan yang bahagia bila sedang berbadan dua supaya bayi dalam kandungan turut rasa seronok dan riang ketika dalam rahim ibu.
- Lakukan senaman ringan supaya badan tetap cergas.
- Tingkatkan ibadah sebagai satu kewajipan yang tak harus dilupakan untuk memberikan aura positif buat ibu dan bayi.
Kredit Artikel: theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Liza P. Arjanto. Artikel ini mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Suplemen Shaklee membantu Ibu Hamil Yang Menghidapi Kencing Manis Semasa Hamil
kandungan Glisemik Indeks yang rendah boleh menggantikan karbohidrat dalam diet seharian dan akan memecahkan makanan lebih perlahan dan mengawal peningkatan kadar gula di dalam darah. Protein soya adalah antara karbohidrat yang baik untuk menghidap kencing manis ketika hamil.
Untuk metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan. Menukarkan glukosa berlebihan di dalam darah kepada tenaga.
Kandungan zinc dalam vitalea berfungsi menurunkan paras glukosa dalam darah dan bantu pembentukan insulin yang baru. Mengandungi Chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.
Kekurangan magnesium semasa hamil adalah salah satu punca terkena kencing manis. Sumber kalsium, magnesium dan vitamin D yang dapat mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis. Magnesium meningkatkan kadar rembesan insulin dan mengurangkan rintangan insulin.
Memperbaiki kadar toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi dalam salur darah akan merendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya jika terkumpul banyak…
Jikalau ibu-ibu menghidap kencing manis semasa hamil..silalah ambil langkah-langkah untuk mengawalnya…Kerana kencing manis semasa hamil ini boleh memberi risiko dan membahayakan keadaan ibu dan bayi..
Boleh dapatkan Set Ibu Hamil Shaklee untuk mencegah dan mengelak daripada kencing manis semasa hamil. Sangat Recommended dan pilihan ramai ibu, kesannya sangat memuaskan hati dan ramai mengakui tahap kesihatan bertambah lebih baik selepas mengamalkan set ini.
So yang nak shopping online terus boleh klik ESELL ORDER NOW kat bawah. klik, isi maklumat, pilih produk/set yang diinginkan, buat payment through online okei, senang. nanti uols akan dapat mesej tentang shipping dan invoice selepas membuat pembelian.
Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai.
Ulasan
Catat Ulasan