A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

STRETCHMARKS MIMPI NGERI MAMA

Mengandung memang best, tapi pengorbanan si ibu sememangnya tidak ternilai. Hilang segala kecantikan tubuh badan selepas proses hamil dan bersalin adalah perkara normal akibat perubahan hormon sepanjang mengandung dan bersalin. Namun kita sering keliru selulit dan strecthmarks adakah perkara yang sama?Tidak sama sekali. Ianya berbeza. Selulit adalah penumpukan lemak yang berlebihan pada jaringan kulit sehingga permukaan kulit menjadi kasar yang menyerupai kulit jeruk. Garis-garis pecah di kawasan tersebut berlaku disebabkan oleh pengumpulan toksin yang memusnahkan kolagen pada lapisan kulit sehingga menyebabkan lapisan darah kurang lancar. Selulit sering berlaku pada kawasan peha, punggung, ketiak dan sekitar perut kerana di kawasan ini mudah berlaku regangan kulit. Manakala Stretch Mark pula tanda parut yang berupa garisan putih atau kemerahan yang memanjang dengan polar yang tidak teratur. kebiasaanya stretch mark berlaku pada wanita yang hamil akibat regangan kulit yang men...

PILIHAN DAN FIKIRAN MENENTUKAN KEHIDUPAN

Masyaallah terjumpa artikel hebat dari Prof Muhaya, Ika wajib share supaya ramai yang dapat manfaat dari penulisan ni, sebabnya ramai antara kita masih terkongkong dalam pemikiran yang sempit, negatif dan terlampau takut dan tidak yakin bertempat. Ika baca banyak buku tentang rezeki tapi Masyaallah sentapnya bila dijentik ayat-ayat yang sangat tepat tapi kebanyakan kita ego untuk menerima hakikat diri, sebab kita rasa kita dah tahu. Soalan yang paling Ika sangat terkesan, bila ditanya seorang ustaz, untuk apa kita solat? Kenapa kita sujud setiap hari?Soalan bukan sekadar persoalan, tapi bila dikupas mendalam menitis air mata. Betullah kadang tahap keyakinan kita kat Allah ni setakat mana? Kita kena refleks diri sendiri. Betul-betul yakinkah, atau ada was-was, atau takut-takut? Kehidupan yang positif, tenang dan bahagia itu sebenarnya datang dari solat kita. Allahu.  SEMUA orang mahukan hasil kehidupan yang baik/positif; hidup dalam tenang, bahagia, sihat dan memiliki wa...

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI

Nampak macam limau biasa, tapi bila dicarigali banyak manfaat yang kita dapat dari limau kasturi ni. 1. Ubat batuk limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih 2. Ubat demam Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit. 3. Ubat ketiak Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang. 4. Ubat pening kepala Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut. Air limau kasturi juga sangat baik untuk ibu hamil yang mabuk dan alahan, minum air suam perahan limau kasturi sangat membantu mommy lega dan hilang ras...

SEMBELIT MIMPI NGERI MAMA BERPANTANG

Ika rasalah pengalaman sembelit ni semua orang pernah alami, lagi-lagi makan tak ingat dunia. Ada jugak yang jenis membuang 3 hari sekali, seminggu sekali. Actually tak normal jika kita membuang dalam jarak yang terlalu lama, kerana normalnya proses menyahtoksin berlaku setiap hari. Penting sebab badan kita akan menjadi berasid bila terlalu lama menyimpan sisa toksin yang boleh menjadi punca kepada sebarang penyakit.  Masih segar dalam ingatan Ika selesai bersalin anak nombor dua, pada hari Ika nak discaj doktor nak check balik jahitan kat bawah tu dengan menyeluk, adoii nak sebut pun ngerii wehh, beraturlah yang mana boleh discaj hari tu, seorang kakak ni sempat mengadu dia tak boleh berak lagi, malah buasir dia dah keluar. Allah, kesian sangat Ika dengar sambungnya lagi dia ada masalah sembelit bermula dari awal kandungan sampailah bersalin, bila hampir bersalin dan sarat sembelit makin teruk hingga terjadi buasir. Kesian sangat cerita akak tu, sampai nak buat kerja apa ...

HIPERTENSI KETIKA HAMIL

SEKIRANYA anda pernah mendengar bahawa tekanan darah tinggi berbahaya pada jantung, otak mahupun buah pinggang, anda juga harus berwaspada sekiranya merancang untuk hamil. Ini kerana salah satu ancaman kesihatan paling serius dan kerap berlaku sepanjang tempoh kehamilan ialah tekanan darah tinggi atau juga dikenali sebagai hipertensi.Sehubungan itu, pemeriksaan berkala penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran. Ketua Jabatan Pertumbuhan dan Pembangunan Manusia dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi (O&G), Universiti Putra Malaysia - Hospital Kuala Lumpur (UPM-HKL), Prof. Madya Dr. Noraihan Mohd. Nordin berkata, pemeriksaan berkala yang dilakukan sepanjang tempoh kehamilan adalah untuk mengesan sama ada wanita terbabit menghidap hipertensi atau sebaliknya. Ini kerana hipertensi yang tidak terkawal atau dibiarkan tanpa rawatan boleh menimbulkan pelbagai komplikasi. ` `Komplikasi y...

UMUR BERAPA MAMA HAMIL?

Usia ternyata mempengaruhi peratusan untuk berjaya hamil. Pada usia muda, jika ada kesempatan dan rezeki hamil saat umur sudah meningkat atau  saat sudah berumur punya risiko tersendiri. Dari segi kesihatan dan keadaan fizikal, usia muda juga sangat menyokong kehamilan Anda. Tapi anda yang hamil lewat usia, usah bimbang dan risau kerana teknologi masa kini, peningkatan dan pelbagai prosuk kesihatan semakin banyak dipasaran dapat menyokong kehamilan anda dengan nasihat doktor berterusan, insyaallah kehamilan dapat di teruskan sehingga 9 bulan penuh. Tengok antara artis yang sudah berumur seperti Che Ta, tanbpa sebarang masalah. tengok cara pemakanannya dah gaya hidupnya.  Kehamilan ni antara perkara misteri sebab semua yang melalui tempoh kehamilan tanpa mengira usia. Ada nenek yang umur 70 tahun, 90 tahun mengandung tanpa masalah even dalam Al-Quran pun kisah Nabi Zakaria dan isterinya tentang hamil lewat usia,semuanya tak mustahilkan. Masalah ketika hamil tu semua ora...