Tarikh 28 Oktober 2018 semalam satu achievement yang sangat mengujakan buat Ika semalam sebab dapat join seminar yang julung kali diadakan. Gabungan mantap 7 master hebat bernaung dibawah group #MCC satu pengalaman dan aura luarbiasa Ika dapat.




Sebelum decide untuk join seminar ni risau jugak suami tak bagi tapi alhamdulillah semalam Ika syukur sangat suami support dan sanggup jaga anak-anak sementara Ika join seminar. Alhamdulillah walaupun pagi too ragaman from kids tapi tu biasalah, sempat sampai sebelum program bermula.







Sampai tu register dapat 1 pen 1 kertas dan 1 bebola kecil. Terus masuk bilik untuk start. Anak-anak? Insyaallah they will be okey with their father. Start program mean 100% focus for this seminar. Speaker pertama which is my upline myself masters Zura with RAS topic refresh back my first session seminar dulu, tapi tetap jugak buat air mata berjurai-jurai. Second session with topic RAS tetap power.






Next leader yang mengembara hampir seluruh dunia and always amaze me, Master Lyna Noh, nampak macam takde apa-apa topik tapi sangat mind blowing session. Rupanya masalah selama ni punyalah nampak kecil tapi kalau dok lama pegangnya sangatlah teruk dan buruk kesannya. Bila diluahkan rupanya ramai dan kebanyakan semua orang punya masalah yang sama tapi elok je kita nasihatkan dia cara penyelesaian. Nampak kelakar tapi kesannya wow. 




Another topic yang best tentulah yang paling dekat dihati, we learn from our kids. Kita pun bermula sebagai bayi, setiap bayi ada achievement masing-masing dan setiap bayi, anak ada keperluan dan kehendak yang berbeza. Begitulah kita semua manusia. Sungguh kita semua belajar antara satu sama lain, bila kita memahami apa yang orang lain perlukan the other process smooth dan dipermudahkan.





Sharing from master Herny from medical line pun boleh tahan best. Memandangkan Shaklee ni too famous amous so i get the point and will go through like her did, yeah, she is antisupplement at first and that me too. Until the world change, and people too, they change too. So i get clearly how to deal with this people after this. Yeah, pengalaman tu memang mahal dan pengalaman tu jugalah bagi pelajaran terbaik buat kita. 





Sharing from Master Raja pun sangatlah buat Ika bersyukur dan terkesan at least i'm not too late to start invest for my own life and healthy. Ya, duit banyak pun tiada guna jika kesihatan kita terkorban, alhamdulillah Ika sedar benda ni dari awal tentang perkara ni, kerana semuanya perlu seiring. The most important dapat pengajaran penting, jangan pernah kedekut untuk invest on your own healthy. Ada je ramai orang kedekut dan rasa tak perlu untuk habiskan duit untuk kesihatan diri until diuji. Kadang too much learning from others tapi selagi tak kena kat kita selagi tu lah kita pandang ringan. Itu Ika pun macam tu dulu. Dengan sharing Master Raja menguatkan lagi i'm really on the right track for my lifetime career, insyaallah, amin. 



Apapun seminar #MCC kali ni sangatlah hebat dan awesome dengan sharing yang best, berbaloi sangat datang dari perak semata-mata seminar ni, ada yang dari JB, kelantan, Penang, Kedah. Semua masih teruja dan aura masing-masing pun masih meluap-luap. Adakah akan ada lagi next seminar seperti ini? No one will know, tapi yang bawah naungan #MCC sangat bertuah, syukur alhamdulillah, i'm the one. So nak join #MCC? Nak berbisnes tiada mentor, meh whatsapp Ika. Hanya di #MCC. 




This is my upline yang sangat komited dan tak pernah putus asa give the best and positive momentum. Learn much from them, and love them so much yang sentiasa bagi guide and cheers me up to achive my goals. 


Love xoxo
IKA
iVictory Bussiness Leader. 





Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.


1KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU

Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

2LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)

3KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN


untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN

5BEBAS GLUTEN


Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6BUKAN GMO

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7TERBIODEGRADASI

Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
Sumber : website Shaklee Malaysia

Jaga-jaga Jika Ada 5 Tanda Ini, Itulah Punca Mati Putik Buat Mak-mak Fobia ‘Bersama’ Suami


Kalau lelaki ada masalah batin yang dipanggil mati pucuk, perempuan pun boleh alaminya. Cuma istilahnya Mati Putik. Secara saintifik dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD).


Jaga-jaga bila wanita alami 5 tanda ini. Antaranya mak-mak sukar klimaks semasa hubungan intim, manakala ibu lepas bersalin akan hadapi sukar dapat zuriat. Ini perkongsian dari Ummi Syatirah, bidan muda yang dikenali Kak Bidan Sempoi Sabah.


5 Tanda Wanita Alami Mati Putik

1. Berat badan melebihi berat idealatau obesiti.

2. Mudah beremosi, panas baran, mood tak stabil, tiada keinginan bersama pasangan. Seks diumpamakan seperti ubat. Diambil apabila perlu. Jika tiada kepentingan akan ditinggalkan.

3. Ada sejarah gastrik dan senggugut. Gagal kawal waktu makan dan makan makanan sejuk dan berangin, misalnya terung dan kacang bendi.

4. Sangat sukar klimaks ketika bersama suami.

5. Ibu bersalin normal atau pembedahan lalu alami sembelit, keputihan dan angin yang banyak dalam perut.


Kenapa Mati Putik Terjadi, Ini 4 Sebabnya
1. Gangguan Urat Saraf Dalam Pengaliran Darah Ke Faraj
Yang mengakibatkan tidak menegang ketika dirangsang. Misalnya, walaupun suami telah melakukan rangsangan pada titik rangsangan pada puting dan klitoris sebelah kiri lebih 30 minit, isteri masih juga belum klimaks.


Klimaks berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan akan dirasai. Ketika ini, hormon endorfin dikeluarkan dari dalam badan. Mereka yang alami mati putik, jarang sekali merasai kenikmatan klimaks.



2. Angin Gastrik Terlalu Banyak Dalam Perut
Angin yang dibiar terlalu lama dalam badan akan sebabkan tekanan kepada seluruh organ sekitar seperti rahim dan vagina.
Sebab itu, mereka yang alami gastrik mudah senggugut. Pesakit gastrik yang teruk pun berpotensi. Begitu juga mereka yang ada banyak angin di kawasan perut dan rahim, biji-biji angin boleh berada di kawasan bibir luar faraj (labia majora).



3. Masalah Saraf
Wanita yang sensitif dengan suhu persekitaran yang sejuk. Bila bersama dalam bilik berhawa dingin, isteri jadi tak selesa dan sukar klimaks. Isteri yang biasa tidur dalam bilik bersuhu sejuk juga mudah alami mati putik.



4. Tidak Dirawat Ketika Berpantang
Ketika bersalin normal, bukaan servks membesar hingga 10cm, otot vagina mengecut dan ia memberi tekanan pada otot di sekitarnya. Otot yang tercedera beri kesan pada saraf.

Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, ia akan alami kesukaran untuk klimaks semasa bersama pasangan dan akhirnya menyebabkan mati putik.

Wanita bersalin secara pembedahan juga boleh alami jika angin dalam perut dan rahim tak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak dalam perut boleh sebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah punca sukarnya klimaks dan mati putik.




Sebab Itu Kena Rawat, Bahaya Jika Dibiarkan : Boleh fobia untuk bersama pasangan, kerana aktiviti seks yang menyakitkan akibat ketiadaan cecair yang dirembes disebabkan tiada keghairahan.



Amalkan Sendiri Cara Mencegah
√    Rehat secukupnya
√    Jaga waktu makan; terutama sarapan pagi
√    Kawal stress
√    Jadualkan masa bersama keluarga
√    Dapatkan waktu ‘me’ time sendiri
√    Bertangas
√    Bertungku
√    Rendaman vagina, bagus untuk memberi rangsangan semula kepada alat sulit wanita



Buat Sendiri Masker Vagina Di Rumah
100 gram serbuk inai
50 gram serbuk manjakani
Sedikit air mawar


Caranya
Gaulkan semua sekali
Jadikan masker dan sapu di kawasan intim wanita sebelum tidur.
Biarkan 20 minit. Bilas.
Manfaat
Ia membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan tingkatkan sensitiviti zon erotik.


Jika Masih Gagal Dirawat : Berjumpalah perawat untuk kenal pasti punca masalah sebenar.


Pengalaman Ummi Syatirah, Kak Bidan Sempoi Sabah
Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vaginanya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.


Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan anda sakit dan tidak bahagia.


Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.


Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.


Semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan ‘deep tissue massage’.


Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya.


Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin.”


Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian.


Jika Alami 5 Tanda Di Atas, Segera..
Nasihat saya buat semua wanita, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut masalah anda. Kekalkanlah institusi kekeluargaan dengan kasih-sayang dan ilmu.
Perkongsian ilmu adalah dapatan ilmu perawatan daripada guru saya sendiri, Puan Sarifa Redzuan dan juga suami saya sendiri, Ustaz Lokman Mohamed.
Kredit: Kak Bidan Sempoi Sabah


Suplemen Cadangan untuk Mati Putik


Vivix

Mengandungi antioksida yang tinggi untuk membantu badan yang kurang bertenaga kembali bertenaga. Vivix ini berperanan memperbaiki sel yang lemah disebabkan faktor umur dan bebanan kerja banyak, memberikan tenaga semula.

Vivix juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Penting peredaran darah kita ini yang mana akan membangkitkan semula nafsu.

Vitamin E

Ini dipanggil vitamin cinta. Memang boleh membantu untuk menaikkan keinginan isteri dan juga mood untuk bersama dengan suami.

Selain itu, vitamin E memang melancarkan peredaran darah dan oksigen dan secara tidak langsung kulit akan lebih cantik.

Alfalfa

Perapat wanita tetapi jamu ya. Kandungan daun alfalfa itu bagus bertindak untuk anjalkan kembali otot-otot di bahagian vagina. Bagi rapat semula.

Dan alfalfa sangat bagus untuk hilangkan keputihan wanita.

GLA Complex

Ini dikategorikan sebagai teman baik wanita la. GLA ini membantu untuk stabilkan hormon wanita kita terutamanya lepas bersalin. Memang wanita lepas bersalin dan juga menyusu badan, hormone akan kucar kacir. Itu yang menyebabkan nafsu dan emosi pun tidak stabil kan.

So GLA membantu sekali untuk hubungan dengan suami.

Empat jenis produk ini adalah VITAMIN bukanya jamu ataupun pil penguat tenaga badan ya. Vitamin ataupun suplemen ini membantu dari segi kestabilan hormone dan juga dalaman kita wanita.


Ramai mommy ambil enteng tentang persediaan untuk bersalin dan berpantang. Katanya, insyaalllah semua akan ok. Realitinya ramai ibu baru mengalami stress dan hampir meroyan akibat persediaan yang diambil ringan ketika berpantang. Percaya atau tidak, sembelit, sakit seluruh tubuh, tidak cukup tidur, keletihan melampau, lambat makan, anak kurang tidur dan asyik meragam adalah punca-punca yang bakal menyebabkan mommy hampir meroyan jika tidak dikawal dan diatasi dengan segera. Tips elak meroyan ini khas untuk bakal mommy dan berkali-kali jadi mommy sebagai panduan untuk elak risiko meroyan.

1. Pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan ketika  mengandung lagi.

2. Pastikan anda dapat bantuan dari suami. Ahli keluarga yang lain untuk beri sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin.

3. Dapatkan pembantu rumah/pantang. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda masih lemah.

4. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar dihalaman rumah dan jangan hanya berada didalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.

5. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring dikatil tanpa memikirkan apa-apa jua perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.

6. Pengambilan nutrisi lengkap. Pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas. Elakkan diri daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Langkah ini membantu tahap gula dalam badan anda menurun. Malah makanan seimbang dapat menghindarkan diri anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.

7. Lakukan senaman ringan
Senaman ringan membantu anda lebih cergas secara mental dan fizikal. Cukup berjalan-jalan sekitar halaman rumah atau kerap berjalan didalam rumah, dapat membantu kelancaran pengaliran darah dalam tubuh semestinya.

8.Bersikap realistik
Ketika dalam tempoh jagaan selepas bersalin, anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa sama belajar mengurus bayi dengan betul. Namun, jangan bebankan diri dengan perkara  yang sukar dilakukan. Apa yang penting anda serono menikmati waktu pantang.

"Terdapat satu kajian yang dijalankan mendapati wujud kesan positif ibu melakukan urutan dan bertungku di dua minggu pertama selepas bersalin. Apatah lagi ibu berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan sepanjang rutin urutan dan bertungku dijalankan. Hal ini secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kemurungan yang mungkin ada."



Mommy yang masih mencari-cari set pantang terbaik pilih set Shaklee kerana nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi amat penting. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan anda, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan anda di samping memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Double meaning sangat tajuk ni kalau kat belah suami kan. Terus datang syak wasangka isteri, hehe. Namun orang baru dalam hidup suami tak lain tak bukan zuriat hasil cinta kalian.
Dalam suasana baru menerima kehadiran  orang baru, percayalah suami pun dalam keadaan teruja, tak percaya. Berikan masa padanya untuk membiasakan suasana baru untuk turut sama mengurus anak kecil. Namun segelintir suami tidak memahami perjuangan seorang isteri setelah kelahiran anak. 

Apa yang suami boleh lakukan sejurus menerima cahaya mata adalah:-

1.Fahami keadaan dan situasi
Selepas bayi lahir tentunya isteri anda banyak kewajipan yang perlu dilunaskan. Menyusukan si kecil sahaja sudah mengambil sebahagian besar masa isteri. Fahamilah situasi ini dan redalah semua ini dilakukan demi zuriat yang baru lahir.

2. Bantu isteri menguruskan sikecil
Percayalah suami, pertolongan anda dalam menguruskan sikecil amat dihargai isteri. Jika berasa kekok bantu isteri menguruskan rumah dan anak-anak lain dengan mencuci pakaian, menyediakan makanan dan melayan karenah anak.

3. Sayangi sikecil
Apabila anda menunjukkan kasih sayang pada sikecil isteri anda juga tentu akan gembira. Menyayangi si kecil bermakna menyayanginya juga. Peruntukan masa sedikit untuk melayan sikecil selepas balik kerja membuatkan anda dihargai isteri.

4. Letakkan prioriti anda kepada isteri dan anak
Selepas mempunyai anak, rumahtangga kini menjadi keutamaan dalam kehidupan anda. Buang perangai anda yang lama seperti suka menghabiskan masa dengan rakan atau lebih mengutamakan hobi. Kini anda punya ahli keluarga dan ada tanggungjawab baru yang memerlukan kerjasama dan perhatian anda.

5.Beri Hadiah pada isteri
Hadiah seringkali menjadi penambat sanubari yang paling berkesan. Apa kata hadiahkan sesuatu kepada isteri untuk menunjukkan anda masih menyayanginya dan mencintainya. Hadiah tidak semestinya mahal. Cukup sekadar tanda ingatan ikhlas.


Nahh, simple sangat menghargai isteri anda tambah lagi jika sudah mula menggalas tugas sebagai ibu. Apakat hadiahkan juga set suplemen untuk menyokong isteri dari luar dan dalam. Katakan "sayang, abang ada belikan suplemen untuk ayang sebab nampak ayang letih sangat sejak ada baby ni. Abang hanya mampu hadiahkan kesihatan buat ayang, sebab abang nak ayang sentiasa happy, sihat dan bertenaga even sibuk uruskan anak kecil kita."



Aww, sweet bersemut gitu. Set Daily Essential atau Energy for Life sangat sesuai untuk ibu menguruskan rumahtangga. 

Meroyan merupakan istilah umum orang melayu terhadap perubahan emosi selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan rumahtangga dan perhubungan suami isteri.


Ramai mommy tak menyedari tempoh berpantang iaitu sejurus selepas bersalin adalah amat penting dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tak diatasi dengan sewajarnya wanita tersebut mungkin menderita seumur hidup.


Dianggarkan sehingga 85% wanita alami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun begitu kebanyakannya hanya mengalami pada tahap ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan.
Selebihnya ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan. Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan dalam 3 kategori.


Postpartum Blues
Masalah perubahan emosi yang normal dan tak serius. Masalah yang kerap berlaku selepas bersalin. Perubahan ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun, ia akan berkurangan selepas lebih dari 10hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti biasa.


"Dikalangan 1000 orang ibu yang melahirkan satu hingga dua orang boleh diserang psikosis."


Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu mendapat rawatan doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Difahamkan masalah ini boleh berlaku dikalangansatu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun10 hingga 20 peratus dikalangan ibu yang hamil.


Masalah kemurungan ini kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas kelahiran anak. Kemurungan juga boleh terjadi kepada ibu yang kematian anak dalam kandungan atau keguguran. 

Awas mommy simptom meroyan boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ambil tahu apa keperluan mommy ketika berpantang. Nantikan Tips untuk elak meroyan di next entri.


Postpartum Psikosis
Juga dipanggil gila merotan adalah tahap paling teruk kerana boleh melibatkan halusinasi dan delusi. Bermula dari perasaan tidak tenang, sentiasa resah, ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan kata-kata yang sukar diterima akal. Emosi selalu berubah, sedih melampu dan sering menangis atau marah tanpa sebab.

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu. Jadi ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen supaya anda tidak tertipu.


-pengecutan otot rahim akan bergerak dari bahagian atas ke bawah pangkal rahim
-kesakitan mungkin boleh bermula dari bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya.
-ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sengungut ketika haid.
-jika anda berjalan sakit akan terasa lebih kuat.
-tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim.




Jika didapati kontraksi yang dialami adalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda ketika itu duduk atau berbaring. Lazimnya lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat.



Beringatlah bahawa kontraksi sebenar adalah tetap, semakin lama semakin sakit dan semakin kerap dan ia banyak tertumpu dibahagian pelvis anda.
A Better You Today. Theme by STS.