Memandangkan banyaknya luahan mommy yang jalani pembedahan/ceaser untuk kelahiran anak ada yang luka merah, berair, bernanah, terbuka balik. Ika nak share pengalaman dan tips yang cepat sembuhkan luka pembedahan. Actually Ika pun tak pernah terbayang dalam fikiran yang Ika kena lahirkan anak secara pembedahan. Apapun Ika anggap itu pun satu rezeki.Dalam seminggu duduk wad tu sempatlah belek-belek buku dan bacalah juga komplikasi yang kebanyakan ibu-ibu hamil bila bersalin termasuk tengok jugak gambar mommy kena ceaser. Seriauu nengoknya tak sangka seminggu lepas tu, betul-betul kena toreh. So mommy yang dah lalui siri pembedahan beberapa kali pun, tetap juga kena berjaga-jaga dan sentiasa ambil tahu apa yang bakal ketika alami selepas pembedahan, sebab pengalaman setiap kali bersalin tentu berbeza walaupun dengan cara sama.


Ini antara tips yang Ika amalkan untuk hadapi sebelum dan selepas pembedahan bersalin:-



1. Antara yang Ika teliti, sebelum turun ke hospital untuk ke labor room dan seterusnya masuk ke emergency operate room, Ika makan secukupnya.Sebab balik je dari Hospital KL sampai rumah mak ayah tengah malam, pagi esok tu kena segera ke HUSM. So, mak sediakan nasi lauk hati lembu goreng, 2 biji telur masak separuh, 7 biji kurma, air zam-zam.Mak cakap kena standbylah kot kena paksa beranak ke hape, at least ada tenaga nak lalui proses bersalin. Alhamdulillah, nasib baik ada selera, semua licin ku telan. Maknanya nak beranak ni, mommy kena cukup nutrisi untuk bagi tenaga kat badan. Sebab bila sedar dari pembedahan memang tak boleh makan terus, meloya akibat kesan bius.



2. Biasa hari kedua atau ketiga selepas tiub air kencing dibuang, nak tak nak kena bangunlah. Takkan nak kencing atas katil weii. So masa ni kena belajar struggle lawan rasa sakit. Cuba naikkan sikit tempat baring, dan tongkatkan lengan dan siku untuk turunkan kaki ke bawah, pijak lantai. Masa ni iols menangis tak berlagu, nak turun duduk atas wheelchair je pun, rasa macam kena jalan 500meter kekdahnya. So kalau dah berjaya bangun kali pertama tu kira syabaslah, insyaallah kali kedua dan ketiga lebih mudah. Yang penting KENA RAJIN BERGERAK selepas hari ketiga dan seterusnya selepas pembedahan.



3. LAP KERING ATAU ANGINKAN TEMPAT LUKA. Biasa mak-mak ceaser takut nak mandi, takut kena luka. Ika balun je mandi sebab dah tanya doktor boleh mandi tak. Doktor cakap boleh, sebab dia dah sembur dengan something yang waterproof kat luka. So kena air pun takde masalah. Kena lap biar betul-betul kering dan bila berpeluh ke apa cepat-cepat keringkan balik. Atau biarkan kawasan luka tu dibiar terbuka kena angin. Aishh kalau kat rumah, bilik sendiri bolehlah buat cemni, kalau duduk kat rumah ruang terbuka, rumah mak mertua jangan dibuat, heheh.



4. ELAK BATUK, KETAWA BERLEBIHAN. BERSIN KENA/WAJIB PEGANG TEMPAT LUKA. Ni doktor sendiri pesan, mulanya bunyi cam kelakar, tapi bila kau balik dan kakak kau buat lawak dan kau nak tergelak, haa macam nak terburai isi perut. Oo, patutlah doktor pesan macam tu. Bersin pun kena sopan santun, kalau tak mahunya terbukak balik tempat jahit, huuu. Seramm.



5. Balik rumah, nak mandi, membuang, menyusu anak satu kesukaran yang lain plak tambah plak kalau mommy sembelit. Alhamdulillah, doktor dah pesan awal-awal kena KERAP MINUM AIR.
Sebab apa? Sebab badan kita memang perlukan air yang cukup untuk lancarkan prngaliran darah, dan cegah sembelit.



6. Masa ni Ika tak tahu sangat kebaikan dan manfaat penuh minyak ikan. Yang Ika tahu minyak ikan ni sangat baik untuk bayi pramatang, untuk naikkan berat badannya. So lepas kelahiran anak, balik rumah tu memang Ika AMALKAN PENGAMBILAN MINYAK IKAN. Tak sangka rupanya minyak ikan ni memang baik untuk luka, sebab ianya bersifat anti-radang dan dapat cegah pembentukan darah beku.



7. Doktor pesan kat Ika ambil vitamin C dan makan oren sunkist atau buah-buahan yang bersumberkan vitamin C. Masa tu sebab tak kenal Shaklee lagi Ika just beli kat farmasi je sama dengan minyak ikan. Seingatnya brand 21-st Century yang 1000mg tu Ika telan, 2 bijik plak tu ku telan setiap hari. Masyaallah, nasib takde apa-apa jadik overdose ke hape, sebab situ tulis ambil 1-2 dose. Maka kutelan dua terus. Alhamdulillah memang betullah vitamin C bantu luka luar dalam dengan sekata dan cepat. Within two weeks Ika dah boleh jalan macam biasa sebab hari-hari bergerak berjalan ke NICU. Dalam tak sedar pergerakan yang kerap tu bantu sangat luka cepat sembuh. ELAK AMBIL PATI GAMAT/HARUAN dalam tempoh dua ke tiga bulan pembedahan.



8. MAKAN MENU LENGKAP. Serius, masa Ika berpantang ceaser ni, heaven sangat aihh bab makan, takde pantang-pantang. Hari kedua balik rumah mak hidang makan daging ayam ikan apa semua, cuma ikan tu mak pilihlah elak yang buat gatal kat luka. So bila sumber protein cukup, sumber sayur pun mak sediakan, Ika memang bertenaga masa berpantang bedah. Sembelit tu jarang-jarang adalah sekali dua jadi. Lagi heaven tak berbengkung, tak berurut, tungku pun ikut sedap je time rajin ku buat. Tapi mendapatlah lepas tu, ekekek.



9. Redha dan bersyukur. Kadang apa yang kita lalui kita kesal dan asyiklah dok persoal diri kenapa kena bersalin ikut tingkap. Korang takyahlah sesakkan fikiran uols dengan benda berfaedah ni. Redha dan bersyukur kita selamat melahirkan anak, ibu selamat anak selamat. So fokus kita untuk diri sendiri dan anak je. Jangan sibukkan kepala dengan makcik bawang. Kang tak pasal kita termenung tak habis-habis. Insyaallah bila fikiran dan diri kita gembira, kita hargai diri sendiri.




Enjoy moment pantang ye mommy. So itu jelah pengalaman dan tips ceaser dari Ika. Lain orang lain pengalamannya. Maybe ada yang lebih kurang sama atau berbeza, it's ok, ambil yang bermanfaat saja untuk ikutan. So, good luck for mommy yang bakal berjuang dilabour room ok. Moga Allah permudahkan semua urusan mommy❤️.


Mommy yang nak cepatkan luka ceaser baik, kurangkan rasa ngilu dekat kawasan czer and bagi tenaga dekat mak mak sepanjang berpantang boleh cuba VIVIX, Ika suggest VIVIX sebab senang nak consume 1-2 sudu sehari makan je. Macam mana VIVIX ni bertindak? Basically, Vivix ni tinggi kandungan antioksidan dan resveratrol yang bertanggungjawab untuk melindungi sel. Bila sel kita dalam keadaan sihat, sistem dalam badan dapat berfungsi dengan baik. So, proses penyembuhan lepas bersalin juga dapat berjalan dengan baik. Selain itu, Vivix juga bagus untuk tambah tenaga. Dalam bahasa mudahnya, tenaga kita ni dihasilkan melalui mitochondria (dalam sel).Bila semakin banyak mitochondria terhasil, semakin banyak tenaga boleh dihasilkan. Hasilnya, badan kita rasa lebih cergas , lebih bertenaga, lebih fresh! Bonus sekali, badan pun mudah untuk turun berat badan.



Bulan ni PROMO VIVIX TWINPACK, valid promo hingga 28 Februari 2019, so mommy yang bakal berpantang tahun depan bolehlah standby vivix awal-awal. nak pilih Wellness Set pun boleh complete set sama seperti Set Berpantang cuma yang specialnya ada vitamin tambahan special untuk mommy, klik kat bawah untuk Order Online Esell, klik-klik je dan buat payment online, settle.Selepas order Ika akan consult sebaiknya ok.
  





 atau boleh whatsapp Ika directly ok.



Malas betul nak whatsapp seller. Kadang Ika pun lalui situasi macam tu. Kadang kita nak klik klik, add kat shopping cart aje, senang, buat payment online. settle! Tunggu barang sampai aja depan rumahtangga.




Alhamdulillah, kini Shaklee maju setapak lagi dengan memperkenalkan eSell untuk memudahkan para peminat shaklee mendapatkan produk shaklee dengan mudah dan cepat. 


Actually benda ni dah lama pun, Ika je baru nak update kat belog ni, so uols boleh shopping directly online terus, klik klik bayar terus tanpa melalui Ika. 

Wah! Macam best dan menarik je kan. Jawapan nya memang lah sangat menarik. 



Apa itu eSell?



eSell ialah Ordering Online System yang membolehkan para peminat Shaklee membeli terus pembelian menerusi online dari laptop, pc atau smartphone. 


Semua transaksi pembelian hanya sah melalui penggunaan kad kredit atau kad debit. Sangat mudah dan pantas tanpa perlu menghubungi pengedar Shaklee lagi.



Bagaimanakah modus operandi eSell ini?



Mudah sahaja. Lebih kurang sama macam pembelian Online di Lazada. Semua pun pasti dah pernah Shopping di Lazada kan kan kan...



Ok, jom kita mulakan. Contoh nya anda nak beli SET YOUTH PROMO Contohnya.





1. Ini lah dia Button esell yang biasanya di letakkan di hujung entry. Klik saja di Order Now itu.








2. Kemudian anda akan di bawa ke page seperti ini. Kalau anda perhati kan ia menggunakan adress "https" iaitu ia lebih 'secret' dan selamat. Jadi tiada keraguan. 




Pilih bahasa dan klik "agree" dan klik "Teruskan".






3. Masukkan segala data yang di perlukan. Ini adalah untuk tujuan pengeposan. Selepas siap, klik "Teruskan". Ye lah kan.. kalau tak di masukkan alamat, bagaimana pula pihak Shaklee nak hantar. Hehe






4. Anda akan nampak kesemua detail Youth Skincare yang terdapat dalam set pilihan. Contohnya kalau anda nak beli Set Youth Starter Pack just klik kat table pilihan tu atau nak beli loose item pun boleh klik produk yang anda nak. Tentukan kuantiti dan bahagian tepi yang bertanda ✓, pastikan adalah yang anda mahu. Lihat pada Total, dan click "Checkout"




5. Selepas itu anda akan nampak seperti ini. Pastikan Nama, alamat dan produk yang di pilih adalah betul kemudian klik "teruskan untuk bayaran"





6. Masukkan maklumat pembayaran. Anda boleh pilih untuk guna kad kredit atau kad debit. Kemudian ikut arahan proses pembayaran bank anda. Selepas selesai jangan lupa print resit atau screen shot resit untuk simpanan anda.






Selepas selesai membuat pembayaran anda akan dapat mesej Terima Kasih dari Shaklee.



Di email juga akan di beri notis Terima Kasih dan juga invoice pembelian anda.


Mudah kan? Jadi jom beli Shaklee dengan Happy. Selepas anda beli, saya akan terus hubungi anda untuk berikan konsultasi dan jadual makan yang berkesan untuk anda.



Klik "Shaklee esell Order Now" untuk terus buat pembelian produk Shaklee anda secara Online.












Atau, jika anda ada sebarang persoalan dan perlukan bantuan segera, klik wassap Ika untuk terus personal wassap'.





x

Ika pernah terbaca artikel seorang ibu hamil yang kulit mukanya breakout teruk semasa hamil disebabkan perubahan hormon. Ika pasti ramai ibu hamil yang alami perkara sama kan? Mommy tu siap mukanya dari putih berseri jadi hitam kusam dan naik jerawat menggerutu. Kesian sangat, sebab memang masa hamil hormon badan kita berubah drastik, dari muka licin gebus tak mustahil jadi berkawah disebabkan hormon yang berubah ni untuk menyesuaikan fisiologi badan untuk sesuaikan dengan kehadiran bayi dalam kandungan.






Kini mommy tak payah risau dah muka breakout bila hamil, sebab ada Youth Skincare satu formulasi menggunakan teknologi terkini berasaskan vegan 100% okeiii. Youth Skincare ni wajib untuk semua mommy tau, tak kira hamil ke tidak, sebab ianya bebas dari 1500 bahan kimia. So tak payah risau kerana ianya selamat untuk kandungan, maklumlah apa yang kita pakai kat kulit ianya menyerap hingga ke dalam tubuh, that's why pentingnya pilih skincare yang selamat dan semestinya bebas Paraben.



Youth Skincare ni memang dijamin selamat untuk ibu hamil sebab selain bebas paraben dan hydroquinone, so memang takde ragu-ragu dah nak sapu kat kulit. Even nampak sapu kat kulit je, yang kita sapu tu boleh meresap ke dalam darah tau. So Youth skincare nih, even Gluten pun takde sebagai bahan kandungannya, so sesiap yang sensitif sangat dengan Gluten, haa apalagi jom guna Youth.



Kenapa mommy preggy wajib guna Youth Skincare nih? Sebab memang Youth seratus peratus dari tumbuhan, tumbuhan yang digunakan pulak semuanya PREMIUM, dan separuh darinya berpaten. Separuh lagi pending paten. Maknanya apa? maknanya takde skincare lain yang boleh tiru sama bahan kandungannya, cari kat drugstore confirmlah takde, heheh.




So, sekarang ni semepena YEAR END SALE! Shaklee bermurah hati buat sale super awesome dengan offer best untuk Fullset Youth Skincare.


Apa korang dapat untuk PROMO YOUTH FULL SET ni?
 Cleanser (tahan 4 bulan)
 Toner (tahan 5 bulan)
 Serum (tahan 6 bulan)
 Moisturizer Sunblock (tahan 5 bulan)
 Night Cream (tahan 5 bulan)


Nampak kan tahan lama YOUTH ni? Product memang pekat concentrated so pakai sikit je cukup 😊
Lepas tu Shaklee bermurah hati lagi nak bagi banyak benda FREE ni!


🎁 FREE Youth Radiance C+E bernilai RM412.50!
🎁 FREE Membership bernilai RM75
🎁 FREE Consultation
🎁 Postage Included bernilai RM10
🎁 Cashback RM46+
Radiance yang dapat FREE tu memang power sangat, boleh bantu pudarkan jeragat parut semua. 




Jom gunakan Youth Skincare tanpa was-was! Since kita dah ada alternatif yang jauh lebih baik dan selamat, lebih baik kita tukar kepada pilihan yang lebih baik kan? Nak order online terus pun boleh aje, klik aje  ORDER ONLINE NOW dan isi maklumat, serta produk Youth Skincare yang berkenaan okess, nak loose item atau starter set atau fulltime boleh pilih. Nak DAFTAR AHLI whatsapp Ika directly for fast respon.




Kebanyakan wanita masa kini begitu menitikberatkan kecantikan dan kesihatan kulit dan wajah. Sudah tentu mereka mengamalkan penjagaannya seawal usia remaja lagi. selain penjagaan dalaman, penjagaan luaran dengan skincare terpilih kini ramai mula alert dengan apa yang mereka pakai. walaupun lambakan produk timbangkilo bersepah dipasaran, wanita yang bijak mula meneliti segala bahan dalam skincare mereka sebelum mengamalkan penjagaan kulit muka supaya lebih selamat untuk keselamatan.

Hampir setahun pelancaran produk Youth Skincare di pasaran, ia menjadi kegilaan dan pilihan pengguna rata-rata kini. Kebanyakan pengguna Youth Skincare mengakui menggemari rangkain produk Youth kerana ia 100% vegan dan berasaskan tumbuh-tumbuhan.



Ini antara pengakuan seorang jurusolek terkenal, "saya merasakan produk ini sangat bagus kerana selamat untuk digunakan tanpa ragu-ragu dan juga kerana ianya sangat eco-friendly! So jom kita tengok apa yang special sangat Youth Skincare nih, sampai awal pelancarannnya dulu, hampir beribu stok habis dalam masa seminggu sahaja. Kini seempena YES!SALE END 2018, Shaklee bermurah hati beri harga istimewa seperti waktu awal pelancarannya dulu. best ke best? Confirm best.





APA KEISTIMEWAAN YOUTH SKINCARE?


Keberkesanan YOUTH dibuktikan melalui Kajian Klinikal. Ujian klinikal ni direka oleh World-Class Skin Expert dengan menggunakan Skin Age Index yang mana ia mengkaji kehadiran tanda-tanda penuaan melalui data klinikal.


Salah satu kajian dibuat adalah ke atas kedutan wajah (wrinkles). Skin Age Index ni mengukur sehingga kedalaman dan kepanjangan kedut tu, fuhhh.. sampai detail macam tu hokey.


Tanda-tanda penuaan yang dikaji adalah seperti:-
>>Kedutan dan garis-garis halus
>>Saiz pori-pori
>>Tona kulit
>>Kelembutan kulit
>>Tekstur kulit
>>Pigmentasi
>>Seri kulit
>>Kekenduran kulit


Result menunjukkan 100% daripada wanita yang mengikuti kajian ni terbukti kulitnya menjadi lebih muda berbanding sebelumnya, hanya dalam tempoh 7 hari sahaja dan 2/3 wanita berjaya menjadikan kulit lebih muda 10 tahun dari usia sebenar.













Inilah salah satu faktor permintaan luarbiasa Youth Skincare disebabkan keberkesannya yang cepat dan sangat berkesan, malah ianya sangat sesuai untuk ibu hamil. Hubungi Ika untuk details produk Youth ni, sesuai untuk semua jenis kulit dan umur. Jumpa Ika di next entry untuk ketahui apa Youth Skincare ni okeh. 


Follow IG : @beyouthyou

Tarikh 28 Oktober 2018 semalam satu achievement yang sangat mengujakan buat Ika semalam sebab dapat join seminar yang julung kali diadakan. Gabungan mantap 7 master hebat bernaung dibawah group #MCC satu pengalaman dan aura luarbiasa Ika dapat.




Sebelum decide untuk join seminar ni risau jugak suami tak bagi tapi alhamdulillah semalam Ika syukur sangat suami support dan sanggup jaga anak-anak sementara Ika join seminar. Alhamdulillah walaupun pagi too ragaman from kids tapi tu biasalah, sempat sampai sebelum program bermula.







Sampai tu register dapat 1 pen 1 kertas dan 1 bebola kecil. Terus masuk bilik untuk start. Anak-anak? Insyaallah they will be okey with their father. Start program mean 100% focus for this seminar. Speaker pertama which is my upline myself masters Zura with RAS topic refresh back my first session seminar dulu, tapi tetap jugak buat air mata berjurai-jurai. Second session with topic RAS tetap power.






Next leader yang mengembara hampir seluruh dunia and always amaze me, Master Lyna Noh, nampak macam takde apa-apa topik tapi sangat mind blowing session. Rupanya masalah selama ni punyalah nampak kecil tapi kalau dok lama pegangnya sangatlah teruk dan buruk kesannya. Bila diluahkan rupanya ramai dan kebanyakan semua orang punya masalah yang sama tapi elok je kita nasihatkan dia cara penyelesaian. Nampak kelakar tapi kesannya wow. 




Another topic yang best tentulah yang paling dekat dihati, we learn from our kids. Kita pun bermula sebagai bayi, setiap bayi ada achievement masing-masing dan setiap bayi, anak ada keperluan dan kehendak yang berbeza. Begitulah kita semua manusia. Sungguh kita semua belajar antara satu sama lain, bila kita memahami apa yang orang lain perlukan the other process smooth dan dipermudahkan.





Sharing from master Herny from medical line pun boleh tahan best. Memandangkan Shaklee ni too famous amous so i get the point and will go through like her did, yeah, she is antisupplement at first and that me too. Until the world change, and people too, they change too. So i get clearly how to deal with this people after this. Yeah, pengalaman tu memang mahal dan pengalaman tu jugalah bagi pelajaran terbaik buat kita. 





Sharing from Master Raja pun sangatlah buat Ika bersyukur dan terkesan at least i'm not too late to start invest for my own life and healthy. Ya, duit banyak pun tiada guna jika kesihatan kita terkorban, alhamdulillah Ika sedar benda ni dari awal tentang perkara ni, kerana semuanya perlu seiring. The most important dapat pengajaran penting, jangan pernah kedekut untuk invest on your own healthy. Ada je ramai orang kedekut dan rasa tak perlu untuk habiskan duit untuk kesihatan diri until diuji. Kadang too much learning from others tapi selagi tak kena kat kita selagi tu lah kita pandang ringan. Itu Ika pun macam tu dulu. Dengan sharing Master Raja menguatkan lagi i'm really on the right track for my lifetime career, insyaallah, amin. 



Apapun seminar #MCC kali ni sangatlah hebat dan awesome dengan sharing yang best, berbaloi sangat datang dari perak semata-mata seminar ni, ada yang dari JB, kelantan, Penang, Kedah. Semua masih teruja dan aura masing-masing pun masih meluap-luap. Adakah akan ada lagi next seminar seperti ini? No one will know, tapi yang bawah naungan #MCC sangat bertuah, syukur alhamdulillah, i'm the one. So nak join #MCC? Nak berbisnes tiada mentor, meh whatsapp Ika. Hanya di #MCC. 




This is my upline yang sangat komited dan tak pernah putus asa give the best and positive momentum. Learn much from them, and love them so much yang sentiasa bagi guide and cheers me up to achive my goals. 


Love xoxo
IKA
iVictory Bussiness Leader. 





Produk yang selamat datangnya daripada bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang kami gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan kami tegaskan bahawa standard kami tiada tandingan.

Bahan-bahan untuk produk kami dipilih secara teliti untuk memenuhi standard prestasi dan penyaringan yang tinggi. Malah, standard ketulenan kami adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk kami adalah selamat.

Apabila anda fikirkan “Shaklee”, fikirkan “Tulen”.


1KAMI MENYARING LEBIH 350 BAHAN CEMAR, RACUN SERANGGA DAN BENDASING UNTUK SETIAP BAHAN BOTANI BAHARU

Selain itu, kami turut menyaring untuk bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi dan pencemaran mikrob.

2LEBIH DARIPADA 250 UJIAN RACUN SERANGGA DILAKUKAN, MELEBIHI SYARAT UNITED STATES PHARMACOPEIA (USP)

3KAMI MELAKUKAN LEBIH 100,000 UJIAN KUALITI SETIAP TAHUN


untuk memastikan produk kami selamat digunakan oleh anda dan keluarga anda.

4TIADA TAMBAHAN PENGAWET, PEMANIS ATAU PERASA TIRUAN

5BEBAS GLUTEN


Produk kami Bebas Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan gluten dan sensitif-gluten. Dengan produk bebas gluten, kami mahu anda memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6BUKAN GMO

Produk Shaklee adalah bebas GMO dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (Identity Preserved Program (IPP)), pendekatan paling dipercayai untuk memastikan produk kami kekal Bukan- GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7TERBIODEGRADASI

Berpegang pada prinsip selamat, handal dan mesra alam, produk Get Clean Home Care kami adalah Terbiodegradasi yang tidak mengandungi fosfat, nitrat atau borat. Kami menjadikannya satu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8KAMI TIDAK MELAKUKAN UJIAN KE ATAS HAIWAN
Sumber : website Shaklee Malaysia

Jaga-jaga Jika Ada 5 Tanda Ini, Itulah Punca Mati Putik Buat Mak-mak Fobia ‘Bersama’ Suami


Kalau lelaki ada masalah batin yang dipanggil mati pucuk, perempuan pun boleh alaminya. Cuma istilahnya Mati Putik. Secara saintifik dikenali sebagai Female Sexual Dysfunction (FSD).


Jaga-jaga bila wanita alami 5 tanda ini. Antaranya mak-mak sukar klimaks semasa hubungan intim, manakala ibu lepas bersalin akan hadapi sukar dapat zuriat. Ini perkongsian dari Ummi Syatirah, bidan muda yang dikenali Kak Bidan Sempoi Sabah.


5 Tanda Wanita Alami Mati Putik

1. Berat badan melebihi berat idealatau obesiti.

2. Mudah beremosi, panas baran, mood tak stabil, tiada keinginan bersama pasangan. Seks diumpamakan seperti ubat. Diambil apabila perlu. Jika tiada kepentingan akan ditinggalkan.

3. Ada sejarah gastrik dan senggugut. Gagal kawal waktu makan dan makan makanan sejuk dan berangin, misalnya terung dan kacang bendi.

4. Sangat sukar klimaks ketika bersama suami.

5. Ibu bersalin normal atau pembedahan lalu alami sembelit, keputihan dan angin yang banyak dalam perut.


Kenapa Mati Putik Terjadi, Ini 4 Sebabnya
1. Gangguan Urat Saraf Dalam Pengaliran Darah Ke Faraj
Yang mengakibatkan tidak menegang ketika dirangsang. Misalnya, walaupun suami telah melakukan rangsangan pada titik rangsangan pada puting dan klitoris sebelah kiri lebih 30 minit, isteri masih juga belum klimaks.


Klimaks berlaku apabila otot sekitar vagina, punggung, pinggang hingga kaki mengejang dan satu perasaan nikmat kepuasan akan dirasai. Ketika ini, hormon endorfin dikeluarkan dari dalam badan. Mereka yang alami mati putik, jarang sekali merasai kenikmatan klimaks.



2. Angin Gastrik Terlalu Banyak Dalam Perut
Angin yang dibiar terlalu lama dalam badan akan sebabkan tekanan kepada seluruh organ sekitar seperti rahim dan vagina.
Sebab itu, mereka yang alami gastrik mudah senggugut. Pesakit gastrik yang teruk pun berpotensi. Begitu juga mereka yang ada banyak angin di kawasan perut dan rahim, biji-biji angin boleh berada di kawasan bibir luar faraj (labia majora).



3. Masalah Saraf
Wanita yang sensitif dengan suhu persekitaran yang sejuk. Bila bersama dalam bilik berhawa dingin, isteri jadi tak selesa dan sukar klimaks. Isteri yang biasa tidur dalam bilik bersuhu sejuk juga mudah alami mati putik.



4. Tidak Dirawat Ketika Berpantang
Ketika bersalin normal, bukaan servks membesar hingga 10cm, otot vagina mengecut dan ia memberi tekanan pada otot di sekitarnya. Otot yang tercedera beri kesan pada saraf.

Apabila saraf sekitar vagina kurang berfungsi, ia akan alami kesukaran untuk klimaks semasa bersama pasangan dan akhirnya menyebabkan mati putik.

Wanita bersalin secara pembedahan juga boleh alami jika angin dalam perut dan rahim tak dikeluarkan dengan sebaiknya. Angin yang berkumpul terlalu banyak dalam perut boleh sebabkan pengumpulan angin di sekitar vagina. Angin sekitar vagina inilah punca sukarnya klimaks dan mati putik.




Sebab Itu Kena Rawat, Bahaya Jika Dibiarkan : Boleh fobia untuk bersama pasangan, kerana aktiviti seks yang menyakitkan akibat ketiadaan cecair yang dirembes disebabkan tiada keghairahan.



Amalkan Sendiri Cara Mencegah
√    Rehat secukupnya
√    Jaga waktu makan; terutama sarapan pagi
√    Kawal stress
√    Jadualkan masa bersama keluarga
√    Dapatkan waktu ‘me’ time sendiri
√    Bertangas
√    Bertungku
√    Rendaman vagina, bagus untuk memberi rangsangan semula kepada alat sulit wanita



Buat Sendiri Masker Vagina Di Rumah
100 gram serbuk inai
50 gram serbuk manjakani
Sedikit air mawar


Caranya
Gaulkan semua sekali
Jadikan masker dan sapu di kawasan intim wanita sebelum tidur.
Biarkan 20 minit. Bilas.
Manfaat
Ia membantu melancarkan perjalanan darah di sekitar bahagian intim wanita dan tingkatkan sensitiviti zon erotik.


Jika Masih Gagal Dirawat : Berjumpalah perawat untuk kenal pasti punca masalah sebenar.


Pengalaman Ummi Syatirah, Kak Bidan Sempoi Sabah
Pengalaman saya, mereka yang mati putik ini, vaginanya sejuk dan longgar, mengalami keputihan, dan terlalu banyak biji-biji angin. Maka, satu rawatan khas vagina perlu dijalani.


Mati Putik sebenarnya bukan sahaja menyerang golongan berumur. Mati putik boleh terjadi seawal adanya gastrik. Perut yang buncit dan wajah yang kusam kurang keceriaan menggambarkan anda sakit dan tidak bahagia.


Penjagaan diri dan alat kelamin perlulah bermula seawal perkahwinan. Mati putik yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah kepada rumah tangga. Apabila tiada kesepakatan antara suami isteri, maka di situlah lahirnya sebuah penceraian.


Tiga tahun lepas saya pernah merawat seorang wanita yang ada masalah mati putik. Beliau hampir bercerai. Beliau datang berjumpa saya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan.


Semasa saya ingin memulakan urutan, ototnya sangat-sangat keras dan walaupun tekanan yang paling ringan dikenakan, beliau terus menjerit sakit. Urutan seakan usapan pun beliau sudah menjerit, belum lagi urutan ‘deep tissue massage’.


Ianya menggambarkan bahawa otot seluruh badannya sangat stress. Seluruh otot mengeras. Saya terpaksa menghentikan urutan dan terus menyoalnya.


Beliau berterus-terang kepada saya bahawa beliau tidak pernah langsung mendapatkan sebarang rawatan tradisional selepas sahaja bersalin.”


Beliau mempunyai dua orang anak berumur 10 tahun dan 8 tahun. Rupanya mati putik ini di tahap yang paling bahaya ialah mereka langsung tidak boleh disentuh, hatta kain yang terkena pada badan pun dirasakan sakit. Jadi, bagaimanakah suami hendak menyentuh isteri? Di sinilah bermula sebuah perceraian.


Jika Alami 5 Tanda Di Atas, Segera..
Nasihat saya buat semua wanita, jika anda mengalami tanda-tanda di atas, segeralah mendapatkan rawatan yang bersesuaian mengikut masalah anda. Kekalkanlah institusi kekeluargaan dengan kasih-sayang dan ilmu.
Perkongsian ilmu adalah dapatan ilmu perawatan daripada guru saya sendiri, Puan Sarifa Redzuan dan juga suami saya sendiri, Ustaz Lokman Mohamed.
Kredit: Kak Bidan Sempoi Sabah


Suplemen Cadangan untuk Mati Putik


Vivix

Mengandungi antioksida yang tinggi untuk membantu badan yang kurang bertenaga kembali bertenaga. Vivix ini berperanan memperbaiki sel yang lemah disebabkan faktor umur dan bebanan kerja banyak, memberikan tenaga semula.

Vivix juga melancarkan peredaran darah ke seluruh badan. Penting peredaran darah kita ini yang mana akan membangkitkan semula nafsu.

Vitamin E

Ini dipanggil vitamin cinta. Memang boleh membantu untuk menaikkan keinginan isteri dan juga mood untuk bersama dengan suami.

Selain itu, vitamin E memang melancarkan peredaran darah dan oksigen dan secara tidak langsung kulit akan lebih cantik.

Alfalfa

Perapat wanita tetapi jamu ya. Kandungan daun alfalfa itu bagus bertindak untuk anjalkan kembali otot-otot di bahagian vagina. Bagi rapat semula.

Dan alfalfa sangat bagus untuk hilangkan keputihan wanita.

GLA Complex

Ini dikategorikan sebagai teman baik wanita la. GLA ini membantu untuk stabilkan hormon wanita kita terutamanya lepas bersalin. Memang wanita lepas bersalin dan juga menyusu badan, hormone akan kucar kacir. Itu yang menyebabkan nafsu dan emosi pun tidak stabil kan.

So GLA membantu sekali untuk hubungan dengan suami.

Empat jenis produk ini adalah VITAMIN bukanya jamu ataupun pil penguat tenaga badan ya. Vitamin ataupun suplemen ini membantu dari segi kestabilan hormone dan juga dalaman kita wanita.


A Better You Today. Theme by STS.