Posts about: ESP SHAKLEE



Perasan tak setiap set cadangan nutrisi Shaklee pasti ada Protein ESP? Anda tahu kenapa? Sebab protein ni perkara asas untuk badan kita, asas maksudnya bahan yang kukuh, utama dan tersangat penting, takde bahan asas means tak jadilah apa yang sepatutnya jadi dan berfungsi. Analoginya begini.


Jika ingin rumah yang kukuh, stabil dan tahan lama, tengoklah pada kualiti bahan asas yang membinanya iaitu simen. Begitu juga dengan badan kita. Jika ingin badan yang sihat, kuat dan berupaya melawan penyakit, tengoklah pada bahan yang membina sel iaitu protein. Badan kita tercipta daripada sel-sel yang kemudiannya membentuk seorang manusia. Kuat sel itu, maka kuatlah manusia yang dilahirkan. Lemah sel itu, maka lemahlah manusia itu melainkan dia berusaha untuk memulihkan keadaan badannya selepas itu.

PERLUNYA MEMILIH PROTEIN BERKUALITI CEMERLANG

Contoh protein cemerlang ialah telur ayam, susu lembu, I daging lembu, ayam itik, ikan, kacang soya dan sebagainya.

Namun awas, protein cemerlang tidak semestinya cemerlang kerana kandungan lemak, purina dan fosforus yang ada dalam protein haiwan boleh menyebabkan asid urik serum, lemak darah dan fosforus darah meningkat. Akibatnya kita boleh mendapat penyakit lain pula seperti penyakit ginjal, arteriosklerosis, penyakit kardiovaskular dan cerebrovaskular!

Jadi, adakah itu boleh dinamakan protein cemerlang sekiranya pengambilannya akan membawa bersama masalah yang lain pula? Sudah tentu tidak!

PROTEIN SOYA PROTEIN YANG BENAR-BENAR BERKUALITI & PALING LENGKAP
🍄satu-satunya protein tumbuhan yang mengandungi asid amino yang lengkap
🍄dikenali sebagai "daging lembu di ladang"
tetapi tanpa lemak dan kurang kalori
🍄sangat perlu untuk bina dan baiki sel badan


PROTEIN SOYA TERASING
🍄hanya protein berkualiti tinggi (lemak, kolestrol, laktosa, purina dan sebagainya dah diasingkan daripada kacang soya)
🍄diproses dengan teknologi canggih untuk hasilkan protein kecil yang betul-betul mudah dihadam dan diserap oleh badan

ASID AMINO DALAM PROTEIN SOYA TERASING
🍄mencapai 90% lengkap seperti asid amino manusia
🍄mudah diserap oleh badan dan kadar kebergunaannya sangat tinggi

UJIAN KLINIKAL PROTEINS SOYA TERASING
🍄tidak mengandungi kolestrol dan lemak tepu
🍄meningkatkan fungsi jantung

Jadi tak perlu pening, keliru, dilema nak pilih sumber protein yang mana satu. Protein tumbuhan daripada kacang soya terasing jauh lebih baik daripada minum susu (protein haiwan).


Ika lampirkan test energy ke atas sumber daging dan tumbuh-tumbuhan ni supaya uols dapat bezakan betapa pentingnya apa yang kita makan.





Ini adalah contoh energy field dari sepotong daging dan separuh epal. Dengan teknik fotografi Kirlian, jurufoto dapat rakamkan detik indah ini. Dan energy dari manusia pun kita dapat lihat sepertimana gambar diatas. Apa maknanya? Makanan berasaskan tumbuhan lebih banyak energi dan manfaat untuk manusia, berbanding haiwan.

Mata manusia tak dapat tangkap energy field ni. Kalau dapat tangkap nanti ingat alien pula. Itulah hikmahnya. Kredit untuk Dr. Rizal Bakar sharing tentang energy ni.


Apa perkaitannya dengan nutrisi kita ambil? Tentulah banyak perkaitan sebab apa yang kita makan menentukan bagaimana tahap kesihatan dan energi kita.


Sebab tu bila proses detox dibuat, badan kita dah buang banyak toksin yang selama ni menghalang dan mengurangkan daya tenaga kita. So the best thing to do bila detox kita replace dengan nutrisi yang berkualiti seperti protein dari tumbuh-tumbuhan seperti ESP berasaskan kacang soya NON-GMO ni, sebab kandungan Glisemik Indexnya rendah dan sangat bagus untuk tubuh badan. Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 48g protein setiap hari untuk orang dewasa. So cadangan untuk ambil ESP ni hanya 1 scoop sahaja (12g) dan selebihnya sumber protein lain dipenuhi dengan menu pemakanan anda seharian. Simple kan?So dah tahu kenapa sumber protein wajib ada dalam menu seharian tambah lagi dalam setiap set cadangan nutrisi Shaklee?



PROMOSI ESP NOVEMBER 2019
Bulan November ni Shaklee menawarkan ESP Shaklee dengan harga menjimatkan. Dengan pembelian twinpack atau beli 6 dengan percuma 1 tong ESP, anda berpeluang mendapatkan Tumbler Shaklee. 


Yang nak join #jomdetoxjutawan, batch 19.0 pun dah dibuka sekarang, untuk tahu bagaimana program ni dijalankan boleh whatsapp Ika untuk join group PREVIEW SECARA PERCUMA, dan wajib untuk yang join program ni ambil salah satu set detox pilihan sama ada set GOLD atau PREMIUM. 





Jom order online. Boleh klik kat bawah untuk directly online order. Klik-klik, bayar. Nak register ahli pun boleh, boleh whatsapp Ika untuk details.


Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk order online.



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly




WhatsApp: 013-3392721
Email: nuratikahmat@gmail.com

Personal FB:Atikah Mat
FB Fanpage: Projek Detox, Mommy Daily
Instagram: supplementhouze, projek detox


Kalau sebut tentang protein ramai yang pastinya terfikir akan daging, ayam, telur, dan sebagainya. Tapi tahukah anda sumber protein juga terdapat dari sumber tumbuh-tumbuhan? Protein yang baik dan berkualiti akan memberi nutrient yang bagus untuk tubuh badan kita malah meningkatkan kesihatan diri, namun sumber protein yang sebaliknya akan menjadi punca penyakit untuk tubuh badan kita. 



Tubuh badan kita sendiri terdiri hampir 70% protein. Protein ni macam asas paling basiclah untuk badan kita berfungsi sebaiknya. Fungsi protein sendiri berkait dengan hampir keseluruhan aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Sel darah, sel kulit, kuku, rambut, organ badan sememangnya terdiri dari protein dan protein membolehkan kita bergerak dengan aktif, membahagikan oksigen ke seluruh tubuh, membekukan darah bila kita cedera, melawan infeksi, mengangkut zat masuk dan keluar dari sel, mengendalikan reaksi kimia, dan sebagainya. 

Molekul protein sendiri terbuat dari rantai asam amino. Tubuh kita mencerna protein yang kita dapat dari makanan, mengubahnya menjadi asam amino yang kemudian diserap ke dalam aliran darah. Sel kita kemudian menggunakan asam amino ini untuk menghasilkan protein spesifik yang kita perlukan sesuai untuk fungsi masing-masing.

Sebab tu bila kita ada masalah kesihatan, perhatikan simptom dan signal yang badan bagi contohnya keletihan melampau, kulit kusam, kuku rapuh, rambut kerap gugur dan sebagainya, itu antara salah satu vitamin mineral dalam tubuh badan kita tak mencukupi terutama protein sebab protein ni bahan asas untuk badan kita. 

Antara 7 manfaat protein yang paling popular adalah:-



1. Awet Muda

Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

2. Baik untuk Hormon

Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk Prostat

Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaanya mengekang pertumbuhan dan perebakan del kanser. Ia memusnahkan radikal bebas didalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser.
Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.


4. Meremajakan Kulit

Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal Tenaga

Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan.

6. Membaiki Pigmentasi

Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki Memori

Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


So macam mana nak tahu protein yang kita ambil tu baik dan berkualiti dan membantu meningkatkan kesihatan dan bukan protein yang memudaratkan?

Pilih protein berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding sumber haiwan. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO (yakni kacang yang tidak diubahsuai secara genetik) berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.

ESP Shaklee diiktiraf di seluruh dunia kerana ia diuji secara klinikal & kualiti protein yang tinggi serta diperbuat daripada tumbuhan yang ditanam secara organik. 1kg ESP = 30kg soya asli. 





Indeks Glisemik (GI) menunjukkan kesan makanan ke atas gula darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik” manakala untuk Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah, paras gula darah kekal stabil,membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang yang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat dan mengekalkan kesihatan jangka panjang.*


* Produk-produk ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.




ESP Mixed Soy Protein Isolate Powder

Kod Produk: 11003 (850 grams / 30 hidangan)





Saranan penggunaan:
Campurkan 28g atau 3 sudu besar serbuk ESP dengan segelas susu, jus, air atau minuman kegemaran anda.
Pilihan: Tambahkan buah dan kisar.


PROMOSI ESP NOVEMBER 2019
Bulan November ni Shaklee menawarkan ESP Shaklee dengan harga menjimatkan. Dengan pembelian twinpack atau beli 6 dengan percuma 1 tong ESP, anda berpeluang mendapatkan Tumbler Shaklee. Jom order online. Boleh klik kat bawah untuk directly online order. Klik-klik, bayar. Nak register ahli pun boleh, boleh whatsapp Ika untuk details.


Boleh klik ESELL ORDER NOW untuk order online.



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly



WhatsApp: 013-3392721
Email: nuratikahmat@gmail.com
Add FB Ika: untuk kenal Ika lebih dekat @Atikah Mat
Klik Like Fanpage Ika: Mommy Daily untuk mengetahui banyak tips dan info serta  Rahsia Hamil Pantang untuk diskaun hebat dan info percuma tentang produk Shaklee dengan lebih details!


Ya Allah..
Terima kasih kerana di saat ini anak-anak ku sihat, suami ku sihat, ibubapa dan adik-beradik ku sihat. Pelihara lah kami dari sebarang musibah dan malapetaka.
Ini doa saya pada sujud kedua setiap waktu solat.
Tiba-tiba kemarin, jam 7.55am, berdebar jantung bila dapat mesej Whatsapp daripada cikgu di sekolah anak-anak.
“Abraham Daniel sakit perut di sekolah. Dia cakap, tidak tahan sakit”.
Sebenarnya, memang dari subuh lagi dia buat muka murung. Dan, dia paling takut mau bagitau dia sakit perut. Sebab, saya selalu ugut dorang begini.



“Makan sampai habis. Kalau nda habis, jangan mengadu sakit perut”.
Subuh tu saya memang rasa something’s wrong.
“Kenapa daniel?”.
Dia pegang perut.
“Sakit perut?”.
Saya tanya.
Dia angguk.
“Aiii.. Macamana boleh sakit perut? Semalam kan ada makan?”
“Ntah. Tadi lepas mandi, tiba-tiba sakit”.
“Masuk angin lah tu. Semalam daniel tidur nda pakai selimut kan?”
“Panas bah”.
Ya betul. Semalam tidak sejuk, sebab abah dorang tutup air-con. Tapi, tidak lah juga terlampau panas.
Well.. anak-anak saya ni. Pakai air-con atau tidak, memang dorang suka tidur buka baju.
“It’s okay. Kasi habis breakfast. Nanti okay lah tu”.
Dia pun makan bread yang sudah terhidang. Memang saya perasan, dia nda berselera makan macam biasa. Tapi, nda sangka pula sampai ke sekolah pun dia masih sakit perut. Biasanya, jumpa kawan, terus hilang semua sakit. Hihi..
So.. lepas cikgu inform begitu, saya terus bersiap ambil dia di sekolah. Bibir dia agak pucat, mungkin sebab baru lepas muntah.
Saya yakin, bukan keracunan makanan. Sebab adik dia, Aysha okay saja, padahal dorang makan menu sama. Kami semua makan menu yang sama.
Balik rumah. Dia mandi dan tukar baju. Terus melekat depan tv, main mine-craft.
Geram juga tengok perangai begitu, tapi.. nda sampai hati juga mau marah. Mudah-mudahan game tu boleh buat dia lupa sakit perut. Konon laa..
Tengahari, saya masak bubur ayam, dia makan berselera.
Malam. Saya hidang nasi, sayur dan ayam goreng. Dia tidak mau. Mau nasi saja.
“Kenapa?”
Dia pegang perut lagi.
“Sakit lagi?”
Dia angguk.
Nda boleh jadi ni. Orang sakit perut, mesti lah makan. Kalau nda, makin sakit lah perut tu.
“Minum ESP”. Abah dia bersuara.
Daniel buat muka. Saya tau, dia memang nda suka rasa ESP.
“Daniel nda payah makan lah. Minum ESP saja. Okay?”.
Saya pujuk.
Dia angguk, lemah.
Saya bancuh 1.5-sudu ESP dalam 200ml air suam. Dia telan. Terus berlari pegi toilet.
“Buekkkk!!!”
Hahahaha.. Punya lah dia nda suka rasa ESP tu. Saya nda marah, sebab dia buek buek saja, tapi tiada apa yang keluar, ESP tu sudah selamat masuk dalam perut dia.
Akhirnya, habis juga 200ml ESP dengan 8kali teguk dan 8kali buekkk. Puas hati. Esok pagi, Insya-Allah sihat.
“Pegi tidur. Pakai selimut”.
Esok subuh, lepas mandi, saya tanya.
“Masih sakit perut?”
“Nda”.
“Ada kentut kah semalam?”
“Ada!! Punya main bau kentut saya ummi”.
Hahaha... Sudah agak. Gastrik, minum ESP, confirm kentut kentut.
Alhamdulillah.. Terima kasih, Ya Allah.. kerana di saat ini anak-anak ku sedang sihat.

Kredit:Jutawan Golden Loudge

Ika suka sangat ESP ni disebabkan manfaat yang Ika dapat hasil daripada mengamalkan ESP ni. So Ika nak recommend pula kepada ibu-ibu di luar sana kenapa anda juga patut cuba ESP ni. Yelah kalau tak cuba macam mana nak rasa macam mana yang Ika rasa ye tak? Alang2 tengah promosi ESP beli 6 percuma 1 ni, masa ni lah peluang terbaik untuk cuba sambil berjimat cermat, atau terus rembat dua tong ESP dengan harga menawan hari ni.




1. Kecantikan ESP baik diamalkan sebab ia kaya dengan protein yang merupakan nutrien penting yang menggalakkan pemeliharaan sel kulit, kuku dan rambut. Bila kulit, kuku dan rambut sihat, kecantikan diri akan lebih terserlah. Sejak amalkan ESP Ika perasan kulit muka Ika lebih sihat, glowing dan nampak bermaya. Takdelah kusam je kan. Kulit pun rasa lebih lembut.



2. Awet Muda ESP diperbuat daripada soya non-GMO iaitu soya yang tak diubahsuai secara genetik. Seperti yang kita tau soya memang tinggi khasiat. Tapi kalau soya GMO, ditakuti ada kesan sampingan jangka masa panjang. So antara khasiat soya ialah baik untuk mengawal keseimbangan hormon wanita. Orang perempuan ni kejap period la, fasa subur la, masuk fasa tak subur, lepas tu menopause pula. Jadi keseimbangan hormon boleh melambatkan tanda2 penuaan daripada berlaku. Bila usia dah masuk 30 series ni saya perasan dah mula ada bintik2 hitam pada kulit muka. Tapi sejak amal ESP bintik2 hitam ni kurang dan warna kulit lebih bermaya dan sekata. Ika sangat takut kalau dah mula ada jeragat. Ika tak nak lah nampak tua daripada usia sebenar. Ika nak cantik dan sihat disamping suami dan anak-anak.


3. Energy Booster Ika seorang surirumah yang bekerja daripada rumah sambil jaga anak sendiri. Actually it’s a tough job sebab kerja non-stopped tak pernah habis! Memang penat sangat mental dan fizikal melayan anak-anak dan uruskan rumah tangga. Bila amal ESP ika perasan Ika rasa lebih bertenaga dan tak mudah lapar. Selalunya Ika minum waktu brunch. Dan selalunya waktu tu lah Ika manusia paling kalut dalam rumah ni. Mana nak setelkan kerja-kerja depan laptop, memasak, basuh kain, sidai kain, uruskan si kecil, hantar anak ehhh banyak lagi lah. Memang terkejar2. Jadi bila kita rasa bertenaga dan tak rasa lapar tu, kita boleh buat kerja dengan lebih tenang, fokus, sabar dan produktif,.

4. Maintain Sihat  Tubuh kita ni terdiri daripada unit yang paling asas iaitu sel. Sel2 yang bercantum ni lah yang membentuk organ, otot, sendi dan sebagainya sampailah badan kita jadi macam yang kita tengok dalam cermin tu. Bila sel kita sihat, tubuh kita pun akan sihat. Jadi ESP ni dapat bekalkan nutrien penting yang diperlukan oleh sel iaitu protein. Protein adalah makanan terbaik untuk sel! Bagi saya sangat penting untuk kita pelihara tubuh dan kesihatan yang kita ada sekarang. Kalau kereta kita kena service setiap beberapa bulan. Badan kita pun sepatutnya kena sentiasa service tau! Kalau kereta rosak masih ada spare part. Kalau badan rosak mana nak cari? Ika nak sihat sebab masih ramai perlukan khidmat Ika as a wife and mom  terutamanya anak2, suami dan keluarga.



5. Nak Kurus! Bila usia makin meningkat ni metabolisme badan makin berkurang. Mungkin juga sebab Ika dah makin kurang exercise secara konsisten so ini pun menyumbang juga. Walaupun surirumah ni kita tak dapat nak duduk diam dan sentiasa bergerak buat kerja rumah, tapi sebenarnya adalah penting untuk kita sentiasa bersenam untuk pastikan metabolisme badan sentiasa cergas. 

Diperingkat usia macam ni nak kata Ika makan banyak sangat pun tak. Tapi bila metabolisme badan kurang, memang badan mudah sangat nak gain weight. Tapi nak lose weight tu susah! Jadi Ika minum ESP untuk kawal berat badan. Biasa Ika minum sebelum ambil heavy meals untuk kekalkan tenaga, kekalkan rasa kenyang berpanjangan, dapatkan nutrien sihat untuk tubuh tapi dalam masa sama tak perlu nak pantang makan. Ika tetap boleh makan nasi but of courselah dalam portion seimbang.


ESP sesuai digabungkan dengan mana-mana vitamin kegemaran, nak kurus, kesuburan, kecantikan kulit, berpantang, menyusu, kehamilan, energy booster dan banyak lagi. Contohnya kalau nak cantik, gabungkan dengan Vitamin C, kalau nak kurus gabungkan dengan Lecithin! Kecuali untuk orang yang tak sesuai ambil makanan berasaskan soya disebabkan allergy ataupun penyakit tertentu, tak bolehlah ambil ESP 🙂



6. Menyusu- Haa, lagi satu bila menyusukan anak, memang double letih, lupa nak makan, memacam hallah. Bila penat apa semua mudah mood rosak. ESP ni sangat bantu Ika kenyangkan anak dengan cepat, jadi anak yang nombor empat ni kurang mengempeng, carikk Ika masa nak tidur je sebab dah start makan macam orang lain makan. Mak-mak menyusu memang tak boleh stress, terlampau penat sebab boleh jadi satu faktor susu badan drop. Protein yang berkualiti akan hasilkan susu badan yang berkualiti. Percayalah.


7. Hamil/TTC- Ada mommy yang nak tambah bilangan anak sempena tahun 2019 ni kan, tapi dah banyak ikhtiar lain tapi tak berkesan, boleh cuba ESP tambah lagi untuk mommy yang ada sejarah keguguran. ESP ni memang bagus untuk rahim ok, kuatkan rahim, ramai dah pengguna ESP yang keguguran cuba ESP tak lama kemudian hamil lagi dengna kandungan yang kuat dan sihat hasil amalan penjagaan pemakanan dan suplemen yang bagus.



So mommy dah tahu kan sebab kenapa mommy perlukan ESP ni kan? Grab masa promo ni tahu, mommy akan rasa berbaloi sangat. Yang tak tahu atau baru mula nak bersuplemen, Ika recommended sangat grab promo WELNESS STARTER PACK sebab set ni lengkap untuk semua vitamin asas untuk keperluan tubuh badan.



Rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 






ESP merupakan salah 1 produk dari SHAKLEE yang sangat laris, restock je abis, restock je SOLD OUT, kan macam Pisang Goreng Panas! Nak tahu kenapa?  Meh kita go through 5 sebab ESP selalu SOLD OUT tambah masa PROMO.

Supplement berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya terbaik dalam pasaran supplement kesihatan zaman ini.
Apa Bezanya ESP Dengan Susu Soya di Pasaran ? 

1. Soya non-GMO

Shaklee menggunakan soya non-GMO. Ianya tidak dihasilkan secara genetik atau dalam erti kata lain, tidak diubah daripada keadaan asalnya. Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). 

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee di dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti. 

Menurut saintis dari Brazil, Dr.Louis, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan ke dalam sel tumbuhan. Jadi, penghasilan soya secara genetik sebenarnya TIDAK DIJAMIN KESELAMATANNYA. Dan kos menghasilkan soya genetik ini adalah LEBIH MURAH berbanding non-GMO soya!

Oleh itu, kebanyakan syarikat pengeluar minuman berasaskan soya memilih untuk menghasilkan minuman soya secara genetik. Sebab itu juga, harga ESP Shaklee adalah lebih tinggi daripada yang lain. Ini kerana proses penghasilan ESP Shaklee bukanlah mudah!


2. Mengandungi 9 Asid Amino Penting

Salah satu ciri yang paling berharga kacang soya adalah bahawa ia adalah protein yang lengkap dan memberi SEMUA 9 asid amino penting. Badan memerlukan ini sehari untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, dan enzim. 


WALAU BAGAIMANAPUN, tidak semua kacang soya adalah sama. Kualiti dan amino kandungan asid akan berbeza-beza berdasarkan keadaan tanah, dan berkembang dan menuai keadaan berubah-ubah. Jika satu asid amino penting hilang, sistem imun boleh tertekan 30%, dan banyak fungsi badan yang penting ditangguhkan atau dihentikan. 


Oleh itu, adalah penting bahawa setiap kelompok kacang soya diperiksa untuk kandungan asid amino jika kita mahu bergantung kepada isolat soya itu menyediakan bekalan yang DIJAMIN daripada sembilan asid amino penting. Dan ESP Shaklee ada menyediakan semua sembilan asid amino penting.


3. Pembersihan Menggunakan Air Bukan Alkohol

Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Ia akan memusnahkan kandungan isoflavon sehingga 88%! Sedangkan isoflavon itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara, prostat, paru-paru, usus dan kanser umum lain kerana peranannya dalam mempengaruhi metabolisma hormon reproduksi dan aktiviti biologi.

Berbeza dengan soya dalam ESP Shaklee, ianya dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavin genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

4. Dihasilkan Pada Suhu Yang Rendah

Penghasilan ESP Shaklee dibuat pada suhu yang rendah. Asid amino adalah sangat sensitif kepada haba. Dalam beberapa kajian, protein memasak telah ditunjukkan untuk memusnahkan sehingga 50% daripada beberapa Asid Amino. Jika seorang individu secara konsisten menggunakan diet yang kurang dalam semua asid amino penting, boleh menyebabkan perkembangan otak dan hormon, atau lain-lain pembangunan tisu badan yang tidak mencukupi.

5. Penyingkiran Bahan Anti-Tyrosine / Anti-Growth 

Orang Asia yang memakan soya dalam jumlah yang besar selama bertahun-tahun, telah mengetahui bahawa soya mentah mengandungi bahan “anti-growth”, “anti-tyrosine”. Kekurangan tyrosine akan menyebabkan tekanan darah yang rendah, suhu badan yang rendah, dan restless leg syndrome (RLS). 

Oleh itu, orang Asia sentiasa memasak makanan soya mereka secara sederhana untuk menyahaktifkan bahan “anti-tyrosine/anti-growth”. 


ESP Shaklee melalui proses mengekstrak yang membuang bahan ini, tetapi dalam masa yang sama menyimpan soya dalam bentuk yang mentah untuk mengekalkan tahap tertinggi AMINO ASID dan isoflavon, yang sangat sensitif terhadap haba.


PERLU KE KITA AMALKAN PROTEIN ?

Yes!!!! sangat perlu dan sangat penting. Protein ni asas kepada badan kita. Bila badan kurang protein, pembentukan sel tak kan sempurna, Tissue badan rosak, seterusnya organ badan pun akan affected.

Macam tu jugak dengan protein. Bila badan dapat protein yang cukup, makanya terjagalah setiap organ yang ada dalam badan kita. Bila semua organ berfungsi baik, risiko terkena kanser pun sangat rendah ! Nauzubillah...mintak jauhla dari kite semua dari penyakit merbahaya ni...



Patutlah ESP Shaklee ni menjadi pilihan ramai. Ada banyak kelebihan rupanya .ESP Shaklee kaya dengan protein dan protein adalah bahan utama dalam pembentukan organ dan tisu tubuh yang sihat. Nak dapatkan ESP dengan harga menjimatkan sempena promo klik ESELL ORDER NOW.



rujuk cara order online disini atau boleh whatsapp Ika directly untuk sebarang pertanyaan atau saranan suplemen sesuai. 




A Better You Today. Theme by STS.