Posts about: HEALTHY DETOX AND WEIGHT

Ehemm, betullah tu. Berdetox bukan semata-mata untuk kurus, dan detox juga buat anda bukan setakat kurus. Ika percaya sebab Ika dah lalui proses detox berulang kali. Best buat detox ni, paling rajin kena buat detox ni sebulan sekali, paling malas 6 bulan sekali. Nak flush toksin, nak sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat, kena detox. Tahukah anda sel-sel tubuh badan kita punya 120hari tempoh untuk berfungsi lepas tu ia mati, dan diganti pula dengan sel-sel yang baru. Sebab tu kalau kita buat diet ke, eat clean ke, detox ke, please istiqamah hingga ke waktu yang sesuai. Nak support penghasilan sel-sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat jaga tempoh ni betul-betul. If makan suplemen, konsisten dalam tempoh ni at least untuk menuai hasil.




Bukan sesaja ye tempoh hari tu. Actually itu adalah tempoh terbaik untuk minda, tubuh badan klita buat setting baru dalam rutin harian kita. Badan kita ni ada memori tau. So nak ubah setting baru, memang kena jaga gut juga.


 10 SEBAB DETOX BUKAN SEMATA UNTUK KURUS

1. HALAU TOKSIN dari Badan
Toksin ni umpama RACUN dalam badan. Toksin ini boleh datang dari pelbagai sumber; pencemaran air dan udara, makanan yang mengandungi sisa racun perosak, bahan pengawet serta bahan kimia dan logam berat. Makanan yang kita ambil mungkin sudah menyerap toksin semasa hidupnya. Jadi badan kitalah yang kena tapis toksin ini. Pendedahan terlalu lama pada toksin yang gagal dibuang secara semulajadi oleh organ detok badan boleh mengganggu penyerapan nutrisi, menurunkan metabolisme badan, kita jadi mudah stress, hilang fokus, cepat penat, merendahkan sistem imun dan jadi punca penyakit lain. Toksin yang gagal dibuang oleh organ detox boleh berkumpul di tisu dan sel dalam badan termasuklah di otak. SEBAB itu kita kena DETOKS, bukan takut untuk DETOKS.

2. Dapat Elak Penyakit SERIUS
Toksin dari persekitaran boleh membawa pada penyakit KANSER, sakit jantung, strok dan banyak lagi. Mujur badan kita ada sistem detoks semulajadi untuk menapis bahan merbahaya ini. Namun, akibat dari sentiasa dibebani dengan bahan yang perlu ditapis, makan tak berhenti dan tinggi kolestrol, pencemaran yang semakin teruk, organ detoks menjadi kurang efisyen. Untuk membantu organ detokfikasi kembali efisyen dan melakukan kerja yang sepatutnya dilaksanakan secara semulajadi, DETOKS adalah jawapannya.

3. Dapat Tingkatkan Sistem Imun yang semakin LEMAH
Bila sistem imun asyik berkompromi dan tidak kental lagi, kita jadi mudah dijangkiti selsema dan mengganggu kualiti hidup dan produktiviti kerja juga. DETOKS secara berkala dapat bantu menguatkan kembali fungsi sistem imun dan melawan jangkitan penyakit.

4. Boleh TURUN BERAT Badan!
Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan???Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

5. Nampak lebih MUDA
Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging' . Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.
Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E dan tonik Vivix tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!

6. Bantu HIDUP lebih INDAH
Ha? Bagaimana Detox membantu??? Alkisahnya, badan kita gagal berfungsi ditahap MAKSIMUM dan TERBAIK bila badan banyak toksin mengakibatkan kita boleh SAKIT sendi, pening kepala, penghadaman tak ok (susah dan tak regular membuang), susah nak tidur dan kepenatan. Jadi, bila kita buat DETOKS, kesan baik darinya lebih mudah membuang / penghadaman lebih baik, kurang stress, badan lebih ringan dan bertenaga dan ingatan lebih kuat.. Ha..Kan Hidup Lebih INDAH begitu !

7. Meningkatkan TENAGA!
Selepas detoks, kita akan mendapat kualiti TIDUR yang lebik baik dan kekuatan mental, fizikal dan emosi diperbaiki ! Cubalah kalau nak rasa sendiri !

8. Kulit Lebih CANTIK dan BERSERI
Ramai yang mengalami kulit kusam dan berjerawat akibat dari diet yang tidak teratur juga dari persekitan yang banyak toksin. Ini beri kesan pada kesihatan kulit luar dan dalam buat wajah TIDAK CANTIK. Detoks yang betul, berjaya membuang toksin jadi jadi punca masalah kulit dan membantu meningkatkkan kesihatan kulit, mengurangkan jerawat, menguatkan akar rambut dan kuku dan wajah lebih berseri!

9. Mental dan EMOSI yang lebih JELAS
Ramai juga yang kata blur dan berserabut bila banyak kerja perlu dilakukan. Dengan DETOKS, sistem badan kita lebih stabil di mana mental dan emosi boleh bertindak dengan seiring dan tenang. Kita lebih fokus, kurang blur dan berserabut. Jadi membantu kita buat keputusan yang tepat, analisis yang lebih baik dan melihat dari perspektif berbeza.

10. Mengembalikan keSTABILan sistem badan (RESET)
Sistem badan kita iaitu penghadaman, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama untuk kesihatan optimum. Namun, bila badan banyak toksin yang berlebihan, kita pula asyik memberi makanan yang tidak berkualiti dan tidak DETOKS, maka sistem jadi tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan baik.
Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pasa asal ( reset ) dan berfungsi dengan lebih baik.


Sebab tulah detox ni bukan matlamat untuk kurus je, tapi menyeluruh kesannya. Yang pernah buat detox pasti merasa berbaloi. Ada yang nak detox tapi tak tahu bagaimana untuk mula? Bagaimana menu makannya? Apa yang boleh dan tidak untuk detox? Jom sertai program #JomdetoxJutawan. Proven result kerana lebih 800 peserta sudah menyertai program kami dan berpuas hati dengan hasilnya. Berminat? Whatsapp Ika untuk booking slot. 



Perumpamaan yang tengah trending sekarang ni, kihkih. Ada betulnya, ramainya dan majoritinya kelautlah kalau bab diet. Tahu kenapa?Haa ni nak bagitahu kenapa orang ramai fail diet. Biasa dalam fasa diet memang permulaan diet, berat akan turun, ada yang turun perlahan-lahan, ada yang turun drastik ada yang langsung tak bergerak turun beratnya. Situ jugaklah jarum penimbang, makan sikit ke, tak makan langsung ke. Kat sini semua rasa down sebab takde perubahan atau perubahan tak banyak. Perjalanan nak turun berat ni satu proses tarbiah jugak sebenarnya untuk bentuk diri kita seperti yang kita nak. Perut kita terjaga insyaallah mindset kita juga terjaga. Tahukah anda perut adalah otak kedua manusia, sebab tu kena jaga perut. Perut punca segala penyakit. So the best thing tentang #JomDetoxjutawan ni bukan bahagian usus perut je kita tingkatkan kesihatan, tapi secara menyeluruh.


Yang mana berniat nak menurunksn berat badan, wajib dan mesti lalui proses detox dulu. Sebab utama kita nak proses penurunan berat badan berjalan dengan lancar dan tak berlaku stagnant process dan yo-yo effect. Kurus lepas tu naik balik dengan mudah, so yang nilah melibatkan proses detox yang sangat penting untuk memastikan kesan tersebut tak berlaku. 



zaman moden kini, banyak sumber asli yang dah tercemar. Dan yang inilah yang masuk ke dalam badan kita melalui makanan, minuman dan udara. Udara yang kita sedut sudah tidak bersih lagi dengan asap rokok, asap kenderaan, asap industri dan sebagainya.  Makanan dan minuman yang kita ambil, kita fikir ia adalah makanan sihat tetapi sebenarnya ada bahan kimia.

Semua ini akan mengumpulkan toksin di dalam badan kita. Dan ia bukan perkara yang senang untuk membuangnya. Bayangkan, kita sudah hidup berpuluh-puluh tahun. Berapa banyak agaknya toksin dah terkumpul dalam badan kita. Toksin inilah yang membawa penyakit kepada badan kita samada penyakit biasa maupun penyakit kronik. Jadi untuk kekal sihat dan jauh daripada penyakit, kita perlu membuang toksin yang terkumpul dalam badan kita ni.

Untuk itu, kita perlu melalui satu proses yang dipanggil Detox. Proses ini ialah kita meninggalkan segala tabiat biasa kita memakan makanan yang tercemar dengan bahan kimia. Untuk proses detox biasanya mereka hanya memakan sayur-sayuran hijau yang tidak tercemar dengan bahan kimia, meminum jus sayuran dan buahan hijau, dan meminum air yang berunsur alkali sahaja. Apa yang paling penting ialah jauhi daripada “packed product” . Lebih elok lagi sekiranya proses ini dilakukan di tempat yang tidak tercemar udaranya semestinya mustahilkan? Musim jerebu lagi plak, memang tak boleh tidak kita memang sedut udara tercemar.



Kenapa kena detox dulu, sebab toksin yang terlalu banyak dalam tubuh menyebabkan nutrien yang kita ambil tidak dapat diserap badan. Tambah lagi kalau yang mula nak berjinak dengan suplemen, sebaiknya detox dulu supaya penyerapan nutrisi dari suplemen efektif. Ada kes, Ika akan ingat bila-bila sebab one of customer Shaklee ambil suplemen even Vivix pun dia dah ambil tapi dia cakap tak puas hati dan tak berbaloi sebab  kesan lambat, tak ketara macam yang orang lain dapat. Masa tu, the best suggestion dia stop semua suplemen kecuali suplemen yang detox seperti DTX Complex, Alfalfa, Peppermint ginger, Herblax ambil untuk buat detox dulu. Lepas sebulan proses full detox baru teruskan suplemen lain dan jaga pemakanan.


Actually apa yang customer tu rungutkan sama seperti yang Ika alami, sebab Ika ingat Ika join Challenge makan vitamin C, tapi seriously Ika tak dapat macam orang lain dapat. Muka tetap kusam, nampak letih dan tak bermaya. So masa tu Ika buat detox, Ika buat mild detox dulu, nak tengok jadi ke tak. Ika konsisten tigab benda je masa buat mild detox tu hanya ambil DTX Complex, Herblax dan Alfalfa. Honestly tulah proses detox pertama kali dalam hidup Ika, sangat terkejut dengan hasil pembuangan kali pertama lepas ambil DTX complex, keluar lapisan hitam nipis-nipis, Allah scary sangat, Ika teruskan mild detox tu selama 2 bulan berterusan. Wallah, memang amazing rasa berbeza lepas buat detox. Dari situlah kepercayaan Ika terhadap Shaklee makin kuat.


So, yang tak pernah buat detox, buatlah!Badan kita tak rugi, entah berapa puluh tahun dah kumpul toksin, tambah lagi zaman makanan viral, semua main taruk makan. Kesian kat tubuh badan kita. nak tahu bila kita kena start detox?

So yang nak mula detox, jom join program detox #JomDetoxJutawan . Kita dah buka batch 16.0 untuk booking slot. Boleh pilih pakej mana yang uols nak. Meh contact Ika 




Whatsapp Ika: 013-3392721
SID an User since 2014




DETOX Untuk permulaan baharu yang sihat.









Mulakan langkah baharu dan dapatkan kelebihan detoksifikasi daripada sistem penghadaman yang sihat, tampilkan kulit yang sihat berseri, tubuh yang mantap dan cantik. Diperbuat daripada adunan sinergi herba lembut dan nutrien lain, set ini membantu untuk menyokong proses detoksifikasi harian anda secara semula jadi harian.

Mengapa Perlu Detox?
Setiap hari, badan kita terdedah kepada toksin dari persekitaran, pemakanan yang tidak sihat, dan tekanan hidup. Pendedahan yang kerap dan berterusan melemahkan keupayaan semulajadi badan untuk menyingkirkan toksin. Ia menyebabkan berlakunya pengumpulan toksin yang boleh membawa kepada pelbagai penyakit. Oleh itu, amalan detox secara berkala adalah penting untuk kesihatan.

7 Manfaat Detox:
  • Menurunkan Berat Badan
  • Kolon Lebih Sihat
  • Meningkatkan Tenaga
  • Mengawal Nafsu Makan
  • Kulit Lebih Cantik
  • Menguatkan Sistem Imun
  • Tidur Lebih Lena




Terokai dunia baharu dengan bentuk tubuh yang ideal.

Makan dengan bijak, Shake dengan sihat. Tahukah anda, di antara sepuluh azam yang sering dibuat adalah untuk mengurangkan berat dan mengekalkan berat tersebut. Jika anda ingin menurunkan berat anda dengan berkesan, inilah caranya. Cinch® Shake Mix adalah minuman yang lazat, pantas dan berkhasiat untuk anda. Ia membekalkan nutrien seumpama satu hidangan, tetapi rasanya enak seperti pemanis mulut.*


Tahukan Anda? 
Leusina membantu mengekalkan otot untuk mencapai berat badan sihat.


Keistimewaan Shaklee

Kaya dengan protein dan kalsium.

Mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6 gram setiap sajian.

Makanan tanpa kolesterol.











Cinch® Tea Mix
Minuman yang menyegarkan
Kod Produk: 11008 (28 pek)


Lupakan kopi dan minuman manis. Ini cara yang selamat dan semula jadi untuk menceriakan hari anda dan menukar saiz pakaian anda. Campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar anda sentiasa segar dan cergas. Nikmatinya pada bila-bila masa, panas atau sejuk.*


Keistimewaan Shaklee

Mengandungi taurina, ia dikaji secara meluas untuk meningkatkan kepekaan dan tenaga.
Pek mudah untuk satu hidangan.
Bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.


Nutritional Facts

Saiz Hidangan: 1 Pek (1.7 g)
Hidangan Setiap Bekas : 128
A Better You Today. Theme by STS.