DETOX BUKAN SEKADAR UNTUK KURUS

Ehemm, betullah tu. Berdetox bukan semata-mata untuk kurus, dan detox juga buat anda bukan setakat kurus. Ika percaya sebab Ika dah lalui proses detox berulang kali. Best buat detox ni, paling rajin kena buat detox ni sebulan sekali, paling malas 6 bulan sekali. Nak flush toksin, nak sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat, kena detox. Tahukah anda sel-sel tubuh badan kita punya 120hari tempoh untuk berfungsi lepas tu ia mati, dan diganti pula dengan sel-sel yang baru. Sebab tu kalau kita buat diet ke, eat clean ke, detox ke, please istiqamah hingga ke waktu yang sesuai. Nak support penghasilan sel-sel tubuh badan yang terhasil lebih sihat jaga tempoh ni betul-betul. If makan suplemen, konsisten dalam tempoh ni at least untuk menuai hasil.




Bukan sesaja ye tempoh hari tu. Actually itu adalah tempoh terbaik untuk minda, tubuh badan klita buat setting baru dalam rutin harian kita. Badan kita ni ada memori tau. So nak ubah setting baru, memang kena jaga gut juga.


 10 SEBAB DETOX BUKAN SEMATA UNTUK KURUS

1. HALAU TOKSIN dari Badan
Toksin ni umpama RACUN dalam badan. Toksin ini boleh datang dari pelbagai sumber; pencemaran air dan udara, makanan yang mengandungi sisa racun perosak, bahan pengawet serta bahan kimia dan logam berat. Makanan yang kita ambil mungkin sudah menyerap toksin semasa hidupnya. Jadi badan kitalah yang kena tapis toksin ini. Pendedahan terlalu lama pada toksin yang gagal dibuang secara semulajadi oleh organ detok badan boleh mengganggu penyerapan nutrisi, menurunkan metabolisme badan, kita jadi mudah stress, hilang fokus, cepat penat, merendahkan sistem imun dan jadi punca penyakit lain. Toksin yang gagal dibuang oleh organ detox boleh berkumpul di tisu dan sel dalam badan termasuklah di otak. SEBAB itu kita kena DETOKS, bukan takut untuk DETOKS.

2. Dapat Elak Penyakit SERIUS
Toksin dari persekitaran boleh membawa pada penyakit KANSER, sakit jantung, strok dan banyak lagi. Mujur badan kita ada sistem detoks semulajadi untuk menapis bahan merbahaya ini. Namun, akibat dari sentiasa dibebani dengan bahan yang perlu ditapis, makan tak berhenti dan tinggi kolestrol, pencemaran yang semakin teruk, organ detoks menjadi kurang efisyen. Untuk membantu organ detokfikasi kembali efisyen dan melakukan kerja yang sepatutnya dilaksanakan secara semulajadi, DETOKS adalah jawapannya.

3. Dapat Tingkatkan Sistem Imun yang semakin LEMAH
Bila sistem imun asyik berkompromi dan tidak kental lagi, kita jadi mudah dijangkiti selsema dan mengganggu kualiti hidup dan produktiviti kerja juga. DETOKS secara berkala dapat bantu menguatkan kembali fungsi sistem imun dan melawan jangkitan penyakit.

4. Boleh TURUN BERAT Badan!
Bagaimana detox boleh bantu turunkan berat badan???Sebenarnya lebihan toksin boleh jadi punca utama badan kita GAGAL MEMBAKAR LEMAK atau kurang efisyen dalam membakar lemak. Akibatnya, kita diet nak turunkan berat tapi tak jadi-jadi. Risiko penyakit bila berat berlebihan pun menjadi-jadi seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

5. Nampak lebih MUDA
Ada orang yang badan banyak TOKSIN ni, nampak LEBIH TUA dari usia atau berbanding kawan-kawan yang seusia disebabkan 'premature aging' . Makanan tak sihat memang buat orang nampak tua pun. Toksin seperti logam berat dan radikal bebas juga rupa-rupanya mempengaruhi faktor kelihatan tua (aging) ini, contohnya orang yang HISAP ROKOK atau terdedah pada pencemaran udara. Sel-sel menjadi tidak stabil akibat radikal bebas.
Bila kita buat DETOKS di mana toksin ni berjaya dikeluarkan, badan menjadi lebih mudah menyerap nutrisi seperti antioksida dan vitamin dari sumber makanan dan supplemen. ANTIOKSIDA inilah yang akan membantu melawan radikal bebas dan oksidasi di dalam badan. Jadi kalau ambil vitamin antioksida A, C, E dan tonik Vivix tapi masih tak cantik dan kelihatan muda juga, ha, silalah buat detoks!

6. Bantu HIDUP lebih INDAH
Ha? Bagaimana Detox membantu??? Alkisahnya, badan kita gagal berfungsi ditahap MAKSIMUM dan TERBAIK bila badan banyak toksin mengakibatkan kita boleh SAKIT sendi, pening kepala, penghadaman tak ok (susah dan tak regular membuang), susah nak tidur dan kepenatan. Jadi, bila kita buat DETOKS, kesan baik darinya lebih mudah membuang / penghadaman lebih baik, kurang stress, badan lebih ringan dan bertenaga dan ingatan lebih kuat.. Ha..Kan Hidup Lebih INDAH begitu !

7. Meningkatkan TENAGA!
Selepas detoks, kita akan mendapat kualiti TIDUR yang lebik baik dan kekuatan mental, fizikal dan emosi diperbaiki ! Cubalah kalau nak rasa sendiri !

8. Kulit Lebih CANTIK dan BERSERI
Ramai yang mengalami kulit kusam dan berjerawat akibat dari diet yang tidak teratur juga dari persekitan yang banyak toksin. Ini beri kesan pada kesihatan kulit luar dan dalam buat wajah TIDAK CANTIK. Detoks yang betul, berjaya membuang toksin jadi jadi punca masalah kulit dan membantu meningkatkkan kesihatan kulit, mengurangkan jerawat, menguatkan akar rambut dan kuku dan wajah lebih berseri!

9. Mental dan EMOSI yang lebih JELAS
Ramai juga yang kata blur dan berserabut bila banyak kerja perlu dilakukan. Dengan DETOKS, sistem badan kita lebih stabil di mana mental dan emosi boleh bertindak dengan seiring dan tenang. Kita lebih fokus, kurang blur dan berserabut. Jadi membantu kita buat keputusan yang tepat, analisis yang lebih baik dan melihat dari perspektif berbeza.

10. Mengembalikan keSTABILan sistem badan (RESET)
Sistem badan kita iaitu penghadaman, saraf dan hormon dicipta untuk bekerja bersama-sama untuk kesihatan optimum. Namun, bila badan banyak toksin yang berlebihan, kita pula asyik memberi makanan yang tidak berkualiti dan tidak DETOKS, maka sistem jadi tidak efisyen dan tidak boleh bekerjasama dengan baik.
Dengan DETOKS yang betul, kita membantu sistem penghadaman badan kita kembali pasa asal ( reset ) dan berfungsi dengan lebih baik.


Sebab tulah detox ni bukan matlamat untuk kurus je, tapi menyeluruh kesannya. Yang pernah buat detox pasti merasa berbaloi. Ada yang nak detox tapi tak tahu bagaimana untuk mula? Bagaimana menu makannya? Apa yang boleh dan tidak untuk detox? Jom sertai program #JomdetoxJutawan. Proven result kerana lebih 800 peserta sudah menyertai program kami dan berpuas hati dengan hasilnya. Berminat? Whatsapp Ika untuk booking slot. 

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.