Kandungan antioksidan dalam berbagai produk perawatan kulit memang mudah sekali untuk di cari sekarang ni. Dari cleanser hingga krim mata dan juga pelbagai skincare lain. Sebenarnya adakah anda tahu banyaknya manfaat antioksidan untuk kulit?
Kandungan antioksidan di dalam produk penjagaan kulit pasti mempunyai tujuan khusus, iaitu melindungi kulit dari efek radikal bebas. Jom kita ketahui manfaat terperinci dari bahan yang tinggi antioksidan, pasti anda teruja dan selepas ini wajiblah set penjagaan kulit anda bertukar ke bahan yang lebih bagus iaitu tinggi kandungan antioksidan.
1. Meratakan warna kulit
Kulit wajah memang mempunyai warna yang rata, namun ianya cenderung berubah dibeberapa bahagian akibat terdedah kepada sinar matahari, pertambahan usia, atau bekas jerawat. Warna kulit yang tidak rata biasanya akan menyebabkan kita kurang merasa yakin disebabkan wajah adalah perkara pertama yang orang pandang, betul tak?
Jika masalah itu membuat anda kurang berkeyakinan, mulalah mencari solusi dengan memakai skincare yang memiliki kandungan antioksidan seperti vitamin C, niacinamide, atau green tea. Ketiga kandungan tersebut sudah terbukti memiliki kemampuan yang bagus untuk mencerahkan dan meratakan warna kulit wajah.
2. Mengatasi masalah jerawat
Radikal bebas biasanya menyebabkan kerosakan pada kulit, salah satu akibatnya adalah munculnya jerawat. Dengan menggunakan skincare yang memiliki kandungan antioksidan, akan mencegah bahan kimia dalam produk penjagaan kulit yang menyebabkan jerawat. Selain mencegah pembentukan jerawat, antioksidan juga membantu menghilangkan bekas jerawat kerana kemampuannya dalam memperbaiki struktur kulit.
3. Meminimakan kerosakan kulit
Kulit terdedah dengan sinar UV memang mempunyai manfaat baik untuk kulit. Namun, kalau berlebihan dapat menimbulkan kerosakan pada kulit, seperti terbakar, kering, dan mula timbul garis halus dimuka. Untuk mengatasi perkara ini memerlukan antioksidan yang dapat menstimulasi peredaran darah dalam kulit sehingga pembaharuan sel akan berlaku lebih cepat. Resveratrol merupakan jenis antioksidan yang biasa ditemukan dalam anggur merah. Kandungan ini dipercaya mampu melindungi kulit dari sinar UV. Tak hanya itu, antioksidan dari vitamin C dan E juga dapat mencegah kerosakan kulit akibat sinar matahari.
4. Anti Inflamasi
Jika kulit anda sudah mengalami inflamasi atau keradangan luaran kulit rentan dan mengalami beberapa masalah kulit seperti breakout, jeragat, dan kusam. Inflamasi merupakan salah satu musuh utama kulit. Biasanya keadaan ini disebabkan oleh faktor dalaman, makanan yang di ambil, stress, merokok, dan gaya hidup tidak sihat dan sebagainya. Selain dalaman, masalah kulit ini juga dapat dipengaruhi oleh faktor luaran, seperti terdedah dengan sinaran UV dan pencemaran udara.
5. Mengurangkan kerutan/garis halus
Salah satu manfaat antioksidan untuk kulit adalah mengurangkan kerutan atau garis halus disebabkan faktor usia, pemakanan dan faktor lain. Kandungan antioksidan mudah diperoleh dan digunakan dalam produk skincare yang di label dengan anti aging.
Antioksidan dipercayai mampu memperbaiki struktur kulit, sehingga kulit akan menjadi baik dan nampak lebih muda. Jenis antioksidan yang berkesan mengatasi masalah kerutan dan garis halus adalah vitamin E, coffee berry, dan resveratrol.
Selain itu antioksidan sangat bermanfaat untuk memelihara keanjalan kulit dan kekuatannya agar kulit tampak kenyal dan muda. Dengan penggunaan krim antioksidan yang dapat menyerap ke lapisan dalam kulit, antioksidan tersebut dapat menetralkan radikal bebas dan meningkatkan penghasilan kolagen. Oleh itu, penghasilan kolagen yang efektif dapat menjadi salah satu cara untuk menganjalkan kulit.
Pilih lah skincare yang kaya dengan Antioksidan seperti Youth Skincare dan amalkan pemakanan sihat yang kaya dengan Antioksidan juga suplemen terbaik dan berkualiti.
Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?
Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah
Klik untuk Beli ResV/Youth Skincare Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Bagaimana Nak Beli ResV?
Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah
Klik untuk Beli ResV Shaklee
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
1. Kahwin Awal
Ini kerana telah terbukti bahawa wanita paling subur dan produktif pada umur sebelum 20tahun. Pada usia ini, wanita belum berisiko berdepan dengan ketumbuhan seperti endometrisisdan fibroid serta beberapa jenis penyakit di dalam rahim. Jika ada jodoh jangan bertangguh walaupun masih mengejar pendidikan tinggi dan kerjaya.
2. Jumpa Doktor
Lebih 80% akan hamil satu tahun selepas kahwin. Jika ada sengugut atau gangguan haid segera berjumpa doktor secepat mungkin untuk membuat pemeriksaan rahim dan ujian.
3. Buat Rawatan
Tentukan status kesihatan suami isteri dalam keadaan terbaik. Jika ada penyakit, buatlah rawatan seprti yang disyorkan doktor.
4. Hubungan intim suami isteri
Ada pasangan yang telah berkahwin selama enam tahun, tetapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Pastikan anda mampu buat hubungan sesual yang sempurna dan memuaskan. Jika masih gagal dalam tempoh 6 bulan berkahwin, berjumpalah pakar untuk nasihat dan rawatan.
5. Kitaran Haid
Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur isitu 28-30hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulasi ialah pada hari ke-14jika pusingan 28hari dan subur hari ke-16 jika pusingan 30hari.Waktu subur dapat dikesan oleh catatan suhu BBT(basal Body Temprature) dan ovulation test kit.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj apabila bersetubuh pada waktu subur. Kepit paha dan alas bantal dibawah pinggul selama dua hingga empat jam atau terus tidur.
6. Baca doa
Hubungan Seksual dilakukan berselang malam mulai hari ke-12 hingga hari ke-20. Ini kerana kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam. Bacalah doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi daripada gangguan syaitan.
7. Jangan Stress
Jika berpeluang, pergilah bercuti ditempat peranginan ketika isteri subur. Ketenangan jiwa dan lapangfikiran perlu ada pada suami dan isteri. Ia sangat untuk menjayakan kehamilan. Bersenamlah selama 30minit sehari sama adadengan berjalan kaki, joging, kayuh basikal, rumah. Buatlah senaman Yoga . Tai Chi atau deep breathing exercise. Sementara mulut dan hati sentiasa berzikir dan mengingati dan memuji Allah SWT. Bacalah Al-Quransekurang-kurangnya dua hingga tiga halaman setiap hari. Belajar menahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokosi.
8. Kawal Berat badanKegemukan dan lebih berat badan akan mengganggu hormon subur dan menghindar pematangan telur dan ovulasi.
9. Diet yang Baik.pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% peratus makanan adalah daripada bahan-bahan segar dan mentah iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Minum jus segar daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Jauhi gula dan manisan, makanan segera dan proses serta jajan.
10. SuplemenMakan suplemen seperti multivitamin, vitamin E dan C, asid folik. Untuk suami makanlah selenium dan zink.
11. Prosedur-prosedur ujian
Prosedur ini menghasilkan kehamilan. X-Ray, HSG iaitu prosedur untuk membuka saluran falopian yang sukar mengandung dengan menggunakan sinaran-Xyang mana menghasilkan kehamilan dalam 30% dalam tempoh 3-6 bulan. Begitu juga dengan prosedur D&C Dilation dan Curratage dan hy drotubation. Rawatan IUI iaitu menyuntik benih suami juga menghasilkan 10-30 peratus kehamilan. Ubat subur clomid dan ubat subur suntikan gonadotropin juga sama hasilnya. IVF dan ICSI begitu juga hasilnya iaitu 30peratus kehamilan tapi melibatkan kos yang tinggi sekitar RM15-20 ribu.
Manakala pembedahan-pembedahan laparoscopy/minilaparotomy untuk mengatasi pelbagai masalah penyakit seperti cyst, fibroids, endometriosis, saluran tersumbat dan prosedur pembedahan lain menghasilkan 50-60 peratus kehamilan dalam jangka masa panjang. Sesungguhnya ikhtiar dan usaha perlu dilakukan jika pasangan suami isteri mahu mempunyai zuriat. Jangan lekas putus asa dan teruskan berdoa dari mendapat rahmat Allah.
Perasan tak Ika BOLDkan tiga perkara kat atas senarai untuk mudah hamil iaitu, KAWAL BERAT BADAN, DIET YANG BAIK DAN SUPLEMEN. Kenapa? sebelum pergi ke senarai akhir, iaitu usaha terakhir dengan melakukan pelbagai prosedur dan ujian, usahakan tiga perkara tersebut dahulu , jika tiada result barulah consider untuk lalui prosedur yang dicadangkan.
Search