Ika repost dari artikel asal sepenuhnya dari blog ireach thanks Master Lyna banyak sangat bantu kami ni in term of self development, educated on nutrition dan bisnes. Pernah jumpa masa MCC 1.0 dulu, hope in future we will meet again. Artikel ni worth reading untuk sesiapa yang too skeptical dengan suplemen sebab ni jugalah yang bersarang dalam kepala otak Ika dulu sebelum kenal Shaklee, alhamdulillah terjebak dengan Shaklee banyak educate myself untuk more concern about my health and wellbeing. Rasa berbaloi sangat kenal dan amal Shaklee since 2014 lagi. Bab haters ni tak kira dalam apa jua pasti ada, kitakah antara haters tu? Apapun tepuk dada muhasabah diri. 



Kalau Shaklee the Best, Kenapa ada Haters? Ini Sebabnya...



Ada satu hari, admin duduk semeja dengan #iReachFounders. Luahkan sedikit perasaan tentang Shaklee haters. Sambil bagi laporan apa yang mereka dah buat & sedikit prediction tentang langkah mereka seterusnya. 

Kemudian, admin tanya, “OK ke, Shaklee ada haters macam ni?”. 

Mereka jawab, “we should thanks them for the free marketing”. Sambil tersenyum, dengan matanya melirik tepat ke mata admin. 

Lagipun, apa yang nak dirisaukan. Shaklee memang legal & transparent dalam berurusan. 

Tapi, admin cuba provoke, “habis tu, takkan kita nak biarkan mereka macam tu saja? Seolah-olah kita mengiyakan setiap tuduhan yang mereka lontarkan!”. 

Mereka jawab selamba, “Feedback yang betul, kita ambil. Yang salah, the truth will prevail”. 

Kemudian, mereka sambung lagi, “Tak payah buat apa-apa pun. Not worth the time. Tapi kalau rasa ada masa lapang & memang dah gatal tangan, go ahead.” 

Maka lahirlah sharing kali ini tentang haters Shaklee. Sambil nak buktikan yang admin buat kerja bagus (sampai layak di sambung kontrak 😂), admin nak ambil kesempatan ini untuk tunjukkan pada dunia apa kisah disebaliknya. 

Kisah betapa pengedar Shaklee banyak bersabar selama ini. 

Tapi dah sampai masanya, expose siapa sebenarnya balachi.




#1 Salah Faham Vitamin 

Mudah untuk kita membenci, bila kita dah salah faham dan pilih untuk tidak mahu faham. Itulah asal usul Islamophobia. Itulah juga nasib yang menimpa industry pemakanan tambahan. 

Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan yang menggunakan konsep MLM. 

Salah faham kuasa dua sebegini, buat sesiapa yang malas berfikir, lebih selesa untuk berpegang pada persepsi, berbanding fakta hakiki. Jadi, suka admin nak jelaskan, beberapa salah faham tentang pemakanan tambahan. 

(1) MAKAN VITAMIN DAH TAK MAKAN NASI 

Dalam banyak-banyak, ini memang yang paling kelakar. 

Bila kawan-kawan tahu kita jual vitamin, dan kita ajak dia keluar makan, boleh dia cakap “eh, kau pun makan nasi?”. 

Mula-mula tu ingat, dia saja nak perli, “kau ni…”. Sekali, memang “eh, betul ni. Aku ingat orang yang dah makan vitamin dah tak makan nasi”. 

Tak tahu lah mana orang dapat salah faham ni. Sesiapa yang makan vitamin, sama saja makan apa yang kita makan. 

(2) MAKAN VITAMIN NAK ELAK MAKANAN SEIMBANG & SENAMAN 

Kalau tadi paling kelakar, ini pula salah faham yang paling popular. 

Mungkin selalu dengar “dah lah selalu makan fastfood, bersenam pun malas…”, buat mereka salah tafsir “kalau dah makan vitamin, tak perlu jaga makan & boleh elak bersenam”. 

Hakikatnya, vitamin tidak sesekali menggantikan makanan seimbang & senaman. Vitamin adalah pelengkap nutirisi. Nama pun pemakanan tambahan. 

Salah faham ini juga yang buat sesetengah dietition tidak setuju dengan vitamin. Mereka tidak mahu orang gunakan alasan "sudah makan vitamin" untuk tidak lagi bersenam & makan makanan seimbang. 

(3) DAH SAKIT BARU CARI VITAMIN 

Banyak yang lupa 'sihat itu nikmat'. Lebih-lebih lagi semasa muda. Kesihatan adalah priority terakhir mereka. Toyota Vios & Honda City priority pertama. Kalau ada duit lebih sikit, iPhone 8 & Samsung Galaxy 9 lebih utama. 

Masa ada duit, sibuk makan luar & minum air manis. Bila ada masalah kewangan, mula makan maggy. Tapi bila dah sakit, baru terkial-kial nak cari vitamin. Apabila dicadang vitamin apa yang diperlukan, pandai pula dia jawab “ye ke bagus vitamin ni?”. 

Air manis bergula kau togok, rokok haram kau hisap, hari-hari pula tu. Tapi bila sampai vitamin, tiba-tiba je cerdik “ye ke bagus ni”? Kan elok kalau cerdik sebelum tu lagi? 

(4) HENTIKAN VITAMIN SEBAB DAH PULIH 

Orang yang mula makan vitamin bila dah sakit, suka berhenti bila dah kembali sihat. Bagi mereka, vitamin ni ubat. Hanya sebab, rupa tablet & kapsul vitamin seakan sama dengan ubat yang dia pernah dapat. 

Apa yang terjadi, sakitnya itu datang kembali. Lenguh-lenguh badan datang semula. Kandungan gula dalam darah kembali melonjak. Paras kolestrol juga kembali mencanak. Bila dimarah doktor, baru nak sambung vitaminnya semula. 

Puncanya adalah salah faham seterusnya... 

(5) TIDAK MAHU BERGANTUNG PADA VITAMIN 

Hakikat makanan yang kita makan hari ini, makin kurang nutrisi. Nanti admin explain panjang lebar dalam point terakhir #7 tentang topik ini. Sebab itu fungsi badan mudah tergendala hingga mengakibatkan paras kolestrol & gula tinggi. 

Pengambilan vitamin yang konsisten, buat tubuh kita dibekalkan dengan nutrisi yang cukup. Ini buat badan berfungsi dengan lebih efektif. Kesannya, paras gula & kolestrol kembali ke paras normal. 

Tapi, kalau berhenti makan vitamin, badan kita kembali kurang nutrisi. Akibatnya, fungsi badan kembali kurang efektif. Itu yang buat paras gula & kolestrol kembali naik. Bukan sebab vitamin tu ada steroid ke apa. Bukan! 

Inilah beza cara ubat & vitamin bekerja. Ubat merawat simptom penyakit. Tapi vitamin, kembalikan fungsi badan agar tubuh kita cukup kuat untuk melawan penyakit. 

Sebab itu penting untuk konsisten makan vitamin. Supaya badan kita sentiasa cukup nutrisi. Buat setiap organ dalam badan kita dapat menjalankan tugasnya dengan baik. 

Lagipun, vitamin bukan ubat yang mungkin ada side effect. Sebaliknya, Shaklee dijamin 100% selamat tanpa kesan mudarat. Jadi, memang tiada sebab nak berhenti ambil vitamin. Lebih-lebih lagi vitamin Shaklee. 

(6) VITAMIN MENYEBABKAN BUAH PINGGANG ROSAK 

Ini paling popular dikalangan Doktor perubatan. Sebab, banyak kes buah pinggang pesakit bertambah teruk selepas ambil macam-macam benda pelik. Dah, siapa suruh ambil produk kesihatan hanya sebab murah atau label makanan sunnah? 

Landmark Study Shaklee membuktikan, pengguna vitamin jenama lain punya incident kencing manis paling tinggi (11%) berbanding pengguna Shaklee (3%) & yang tak makan apa-apa vitamin (8.5%). 

Kenapa pula pengguna vitamin jenama lain lebih tinggi incident kencing manis berbanding yang tak makan apa-apa vitamin? 

Kebanyakan vitamin jenama lain tidak pure & ada banyak gula. Sebab itu, paras gula pesakit yang guna produk kesihatan sebegini (alternatif berubat kononnya) naik mendadak selepas menggunakannya. 

Inilah punca sebenar, doktor perubatan geram betul dengan produk-produk kesihatan yang cuma popular di TV tapi memudaratkan pengguna in reality. 

Jadi, kalau nak makan vitamin tapi masih bencikan Shaklee, lebih baik tak makan apa-apa vitamin langsung. Sebab dah terbukti membazir kalau guna produk kesihatan lain. 

Lebih-lebih lagi produk kesihatan bancuhan belakang rumah tapi label makanan sunnah. 

(7) MASIH SIHAT TAK PERLUKAN VITAMIN 

Hakikat hidup zaman sekarang, semua orang pun perlukan vitamin. Duduk di bandar mahupun desa. Walaupun dah makan makanan seimbang mahupun terlebih cukup bersenam. 

Masih sihat & apetah lagi kalau dah sakit. Semua orang perlukan vitamin. Nak tahu kenapa? 


Dalam satu jurnal terbitan Journal of the American College of Nutrition, Prof Donald Davis dari University of Texas (university #1 di Texas), membandingkan kandungan vitamin dalam 43 jenis tanaman yang ditanam antara tahun 1950-1999. Kajiannya membuktikan, kehilangan vitamin yang sangat banyak saban tahun. 


Study oleh British Food Journal pula menunjukkan kalau datuk nenek kita makan sebiji oren, kita perlukan 8 biji untuk dapatkan jumlah vitamin yang sama. Dan itu pada tahun 1997, 20 tahun lepas! 

Ini berpunca daripada cara penanaman sekarang yang mementingkan tanaman cepat besar, dijauhi makhluk perosak, saiz lebih besar & bentuk lebih cantik, tanpa ambil peduli kandungan nutrisi di dalamnya. 

Datuk Dr Rajbans Singh; Doktor di Hospital Pantai KL, Presiden Malaysian Wellness Society dan speaker jemputan untuk topik kesihatan di Lite FM, pun kata,
“industri makanan zaman sekarang umpama peragut, yang memulangkan sebahagian duit yang dia ragut, kepada mangsa yang dia dah ragut. Mereka dah rompak semua zat dalam makanan, kemudian memulangkan hanya sebahagian daripadanya. Tapi gebang macam banyak betul nutrisi dalam makanan tersebut.”

Contohnya, telur ada banyak zat. Selepas mereka ragut semua zat, mereka pulangkan ‘DHA Omega-3’ saja. Padahal, ianya masih rendah dari jumlah zat yang sepatutnya. Tapi yang kita nampak, cuma ‘bagusnya telur ni ada DHA’. Sebab marketing gimmick pada bungkusan & iklan mereka. 

Tapi, ada juga segelintir pihak yang cuba menidakkan fakta. Katanya “aku tak makan vitamin selama ini, OK je”. Atau “aku pun menyusu juga, tiada masalah pun”. 

Pertama, maksud “OK je” yang mereka sebutkan bukan berdasarkan medical check-up pun. Sendiri rasa, sendiri agak saja. Dalam istilah medic, “placebo effect”. Tapi bukan placebo effect lepas guna sesuatu, tapi placebo effect untuk menidakkan sesuatu. 

Kedua, orang yang suka sakit untuk dapatkan MC setiap bulan, takkan tahu betapa seronok jika sihat sampai tak perlu MC sepanjang tahun. Umpama, orang yang cuma pernah naik Myvi sepanjang hidupnya, pasti takkan tahu betapa bestnya BMW. 

Kesimpulannya, 

Hanya yang salah faham, akan bencikan vitamin. Dan haters, memang sengaja tidak mahu faham.




#2 Tuduhan Overclaim 

Bila dah habis hujah nak kutuk apa, memang ini lah modal haters. Semua benda pun overclaim bagi mereka, walaupun ianya benar belaka. Sama ada dibuktikan dengan jurnal sains, mahupun disahkan benar oleh tuan punya badan. 

Sebelum itu, tuduhan overclaim ni ada dua, 


Pertama, kesan vitamin yang dianggap terlalu hebat


Kedua, 20 penyakit kritikal Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 

(1) KESAN VITAMIN YG DIANGGAP TERLALU HEBAT 

Admin faham, zaman sekarang memang banyak penipu. Lagi-lagi, penipu-penipu ini suka berselindung disebalik imej agama. Sama ada menggunakan nama arab, label makanan sunnah atau imej purdah. 

Kami di iReach pun ada pengalaman sebegini. Feb 2016, testimoni salah seorang #iReachLeaders, diciplak bulat-bulat, tapi tukar nama produk Shaklee dengan nama produk mereka; ARABIC GUM namanya. Boleh baca kisah lanjut di Testimoni diciplak 

Paling tak tahan, bila kisah penipuan mereka diviralkan, kami diarahkan untuk delete begitu saja. Mereka tidak rasa bersalah langsung menipu testimoni sebegitu. Bagi mereka, ia bukan satu kesalahan. Tetapi, satu teknik marketing yang tok guru mereka ajarkan. 

Sudah lah penipu, bodoh pula tu. Memalukan agama sungguh! 

Tapi kami di iReach; rasanya sama semua pengedar Shaklee pun, memang tak pernah diajar sebegitu. Berkali-kali mentor-mentor kami pesan “mesti jujur dalam berniaga” & “jangan sesekali menipu kerana sales semata-mata”. Bagi kami, tidak berbaloi langsung nak kejar dunia sampai menidakkan akhirat sana. 

Namun masalahnya, orang kita cuma nak ambil vitamin bila dah sakit saja. Vitamin Shaklee dijamin berkesan membekalkan nutrisi, bukan sebagai ubat. Justeru, memang tujuannya bukan untuk menyembuhkan apa-apa penyakit sekalipun. 

Namun begitu, badan kita akan berfungsi dengan lebih baik sekiranya dibekalkan dengan nutrisi yang cukup. Hanya bila badan kita berfungsi dengan baik, baru boleh lawan macam-macam penyakit. Kalau ditakdirkan sudah berpenyakit sekalipun, fungsi badan yang tip top akan mempercepatkan proses pemulihan. 

Itulah kejadian sebenar disebalik macam-macam testimoni Shaklee. Ada yang berjaya sembuh bell palsy, psoriasis makin kurang gatal, buasir makin sembuh dan macam-macam lagi lah. Vitamin Shaklee bukan ubat yang menyembuhkan, tapi vitamin yang mengembalikan fungsi badan. 

Walaupun ada macam-macam testimoni kesihatan kembali pulih, kami tetap ingatkan pengguna yang “vitamin bukan ubat”. Tak pernah lagi kami diajar “kalau orang sakit nak beli, cakap saja 'makan ubat Shaklee'”. 

Memang hakikatnya, Shaklee bukan ubat. Tapi vitamin yang disahkan selamat oleh KKM. 

(2) CERITA 20 PENYAKIT KRITIKAL 

Saat paling meruntun jiwa kami; selaku pengedar Shaklee, bila dapat panggilan “Suami saya disahkan kanser stage 4. Saya dengar, vitamin Shaklee paling bagus. Ada tak apa-apa untuk suami saya”. 

Perasaan sayu, hanya Tuhan saja yang tahu. 

Tapi kami terpaksa jawab “Ya, kak. Memang betul Shaklee ni vitamin paling bagus. Tapi Shaklee ni vitamin, bukan ubat kak”. Rasa tak mampu nak teruskan perbualan. Tapi, bila dah terdesak sebegini, pemanggil akan luahkan rasa hati betapa sedihnya dia bila tahu suaminya disahkan kanser. 

Bukan setakat kanser, malah luahan hati hampir semua 20 penyakit kritikal yang termaktub dalam Akta Ubat (Iklan) 1956 pun kami pernah terima. 

Inilah dilema kami dalam industri vitamin. 

Bila kami cadangkan vitamin ini penting & wajar diambil semasa sihat, ada segelintir ‘pakar’ yang menidakkannya. Skrip biasa yang mereka guna “asalkan jaga makan & bersenam, vitamin tak perlu”. Akibatnya, orang awam ambil fatwa tersebut untuk label semua penjual vitamin “cuma nak untung saja”. 

Tapi, bila muda-muda dah diserang penyakit kritikal, dan disahkan ‘tiada harapan’ atau ‘harapan tipis’ oleh hospital, pandai pula nak “ikhtiar dengan vitamin”. Agak terlambat nak jilat semula ludah sendiri waktu ini. 

Nak beli & makan vitamin tu memang boleh. Tapi kena ingat,
Vitamin ni bukan ubat. Patut makan masa sihat.

Ada 20 penyakit kritikal yang tertakluk dalam Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956. Namun, ia tidak semudah “tak boleh sebut 20 penyakit kritikal” saja. Antara sebabnya, 60 tahun lepas Akta Ubat termaktub, makin banyak jurnal saintifik yang membuktikan unsur-unsur tertentu boleh membantu. 

Contoh mudah Landmark Study (Usage patterns, health, and nutritional status of long-term multiple dietary supplement users: a cross-sectional study) membuktikan pengguna vitamin Shaklee punya risiko kencing manis, stroke & sakit jantung paling rendah berbanding pengguna vitamin jenama lain & yang tak makan apa-apa vitamin. 

*Landmark Study ni guna blood sample, double blind, peer reviewed & publish di high impact journal. Kalau dah tak tahu baca jurnal, jangan lah tuduh ia cuma soal selidik, ala-ala personality test atau macam main kuiz di Facebook. Staff KKM & lain-lain Health Profesional pun malu nak mengaku geng nanti. 

Yang buat jadi sedikit complicated bila ada yang makin sihat dari 20 penyakit kritikal ini selepas menggunakan Shaklee. Antaranya, masalah buah pinggang bocor. Bila mereka kongsikan kisah peribadi, ada pula yang menuduh “tak boleh cakap macam tu, itu overclaim dahtu”. Dah, ini cerita dia ke cerita kau? 

Kecil hati tuan punya badan dituduh sebegitu, sewenang-wenangnya. 

Akta Ubat 1956 termaktub zaman ‘3rd party publisher’, supaya tiada sesiapa yang menipu di sebalik success story orang lain. Tapi zaman sekarang, ada macam-macam ‘self publishing tool’. Sesiapa pun bebas kongsi kisah & pengalaman peribadi di Facebook. 

Yang jadi lebih complicated, mereka yang makin sihat dari penyakit-penyakit ini juga pengedar Shaklee yang aktif. Nak buat macam mana, hampir semua pengedar Shaklee memang pengguna tegar pun. 

Ini membuatkan sesiapa yang tidak mengenali mereka & tidak tahu apa-apa, mudah untuk menghukum “testimoni mereka adalah rekaan semata-mata demi melariskan jualan”. Walhal, ianya memang kisah benar. 

Cuma, maklumat kesihatan customer adalah data sensitif & sangat peribadi. Tak boleh nak minta & bagi sesuka hati. Lagipun, ada Akta Privacy yang perlu dipatuhi. Cara paling efektif & mudah untuk mengimbangi kedua-dua keperluan akta ini ialah, susun semula penggunaan ayat & perkataan dalam iklan saja. 

Kalau nak tahu lanjut, memang kena hubungi tuan punya badan tu sendiri. Ini realistik di Shaklee sebab testimoni-testimoni itu memang kisah benar. Lagipun, Shaklee dijamin selamat. 

Berbeza dengan macam-macam produk tempatan haram jadah. Nama produk saja sudah “teh kencing manis” atau “kopi kanser”. Siap iklan terang-terangan di Facebook Ads lagi. Lebih jahanam, semua ini dijamin tiada kajian sains, apetah lagi clinical study. Testimoni pula, banyak rekaan semata-mata. 

Pun begitu, kami tak pernah sesekali diajar untuk “dah makan vitamin, boleh tinggalkan ubat”. Malah kami sentiasa diingatkan untuk “apa-apa hal pun consult doktor dulu”. 

Cuma, admin nak tahu juga. 

Doktor perubatan yang keluarkan statement “vitamin buat buah pinggang rosak” tanpa bukti saintifik tu, boleh dituduh overclaim tak?




#3 Ego Acah2 Pakar 

Dalam banyak-banyak, slide #3 ni yang paling menghiburkan. Menghiburkan kerana, tatkala mereka rasa diri tu tere (hebat), mereka tak sedar, apa yang mereka buat hanya memalukan diri sendiri saja. 

Nak buat macam mana? Lain orang lain tahap kecerdikannya. 

Sebelum itu, ada empat golongan yang akan admin cuba jelaskan, 


Geng Asal Bukan Shaklee (ABS)


Doktor Perubatan vs Nutritionist


Dongeng Popular “Ex-Shaklee”


Keyboard Warrior Yg Ketagih Popular 

Baru baca sub-topik pun dah rasa terhibur kan? Usah buang masa, mari kita buat senaman muka. Senyum ke telinga sambil membaca. 

(1) GENG ASAL BUKAN SHAKLEE (ABS) 

5-7 tahun lepas, semasa kebanyakan Masters Coordinators hari ini baru mula berniaga Shaklee, mereka teruk dihentam tentang hal ehwal penyusuan oleh sekumpulan “pakar menyusu” masa tu. 

Propaganda utama mereka “lumrah menyusu adalah semulajadi. So, ibu menyusu tak perlukan pemakanan tambahan. Lebih-lebih lagi pemakanan tambahan Shaklee”. 

Padahal, apa yang tidak semulajadinya Shaklee ni? Kan dah dijamin 100% semulajadi. 

Ironi, orang yang mengeluarkan propaganda tersebut, menjual milk booster di kedai-kedai mereka. Pemakanan tambahan Shaklee tak boleh. Tapi pemakanan tambahan milk booster mereka tidak mengapa. Inilah double standard mereka. 

Walaupun milk booster yang dijual semestinya tiada clinical study, siap ada yang made in China lagi, mereka boleh suruh ibu menyusu untuk ambil milk booster tersebut untuk tingkatkan jumlah susu. 

Asalkan, Bukan Shaklee. 

Contoh lain, 

Peniaga Shaklee selalu dituduh “jangan menjual dengan testimoni saja”. Tapi dia punya wall penuh dengan “ha, tengok customer produk saya. Sejak guna telekung ABC solat lebih khusyuk” itu tidak mengapa. 

Asalkan, Bukan Shaklee. 

Peniaga Shaklee selalu diperli “nak beribadah jangan sebab jualan". Tapi dia share di wall “mulakan urusan dengan dhuha. Baru rezeki mudah datang” tiada apa yang salah dengannya. 

Asalkan, Bukan Shaklee. 

Admin pun tak faham, kenapa nak racist sangat dengan Shaklee? Kalau cemburukan bonus kami yang besar, kan lebih bijak kalau sertai kami saja. Betul-betul tak faham dengan geng ABS macam ni. 

(2) DOKTOR PERUBATAN vs NUTRITIONIST 

Doktor perubatan pakar & berpengalaman memang terbuka untuk menerima vitamin. Malah, memang mereka amalkan vitamin pun setiap hari. Contohnya doktor ini, & doktor ini. Yang tak berapa pakar ni yang suka melebih-lebih. 

Punyalah nak tunjuk tere, dah diberikan bukti saintifik pun masih mampu nak keraskan kepala menidakkannya. Kalau rasa pendapatnya betul, kenapa tidak buktikan dalam bentuk jurnal? Transparent & Pro. 

Ini tidak. Satu habuk jurnal pun tak pernah publish. Tapi berlagak macam “seluruh jurnal di dunia & akhirat, ana yang punya”. 

Ada banyaklah cerita bagaimana mereka ambil kesempatan atas popularity Shaklee untuk tumpang glamour. 

Enam tahun lepas, ada satu Doktor N explain panjang lebar “kenapa ibu menyusu tak perlukan vitamin”. Pengedar Shaklee pun bidas setiap satu hujah yang dilontarkan kenapa explanation beliau salah. Nak tahu apa jadi? 2017 ni masuk tahun ke-6 semua pengedar Shaklee tunggu respon beliau. 

Enam tahun senyap begitu saja. 

Contoh lain, ada pesakit yang dimasukkan ke hospital. Pesakit tersebut kemudiannya disoal apa yang dimakan sepanjang 24 jam lepas. Kebetulan, salah satunya ialah vitamin Shaklee. 

Bila ada saja perkataan “Shaklee” di situ, terus mereka fitnah Shaklee di Facebook “Shaklee ni tak bagus”, “Shaklee ni sekadar testimoni”, “aku dah cakap vitamin tak perlu”, dsb. Nasi goreng, kari ayam, kuih bangkit & milo ais yang pesakit tu telan sepanjang 24-jam tu, tidak pula diviralkan? 

Vitamin Shaklee yang dia makan pun dibawa ke makmal. Nak sahkan jika benar ada bahan yang menyebabkan penyakit. Selesai kajian makmal, vitamin Shaklee disahkan bukan punca penyakit pesakit tersebut. Tiba-tiba, semua doktor tu menyepi. 

Tiada satu pun yang say “sorry”. 

Bukan sekali, tapi berkali-kali. Kadang-kadang tu, doktor sama yang lemparkan tuduhan sebelum ini, pun nak fitnah semula. Pantang nampak “shaklee” di fail pesakit, terus viralkan di Facebook. Sudah lah langgar Akta Privacy, bila dah dibuktikan makmal yang ianya selamat, sama juga tiada “sorry”. 

Tidak beretika langsung. 

Contoh terkini, viral kes Doktor H yang keluarkan statement “supplement buat buah pinggang rosak” dengan menggambarkan ‘Shaklee lah supplement itu’. Bila pengguna Shaklee buktikan result buah pinggang normal, walaupun menggunakannya setiap hari sejak 4 tahun lepas, macam biasa, 

...Doktor tu membisu tanpa “saya sorry ya”. 

Nak delete post, orang dah viralkan. 

Mana nak sorok maruah kemaluan? 

Bukan tujuan admin nak merendah-rendahkan kerjaya doktor perubatan. Dr Forrest Shaklee pun pernah cakap “I never belittle the medical profession but we are in two separate fields of endeavor. They are trained to treat disease and I’m interested in building health”. 

Malah, doktor perubatan lah yang memiliki status sosial paling tinggi dalam masyarakat. By default, orang awam lebih mudah memenangkan mereka berbanding profession lain kalau ada apa-apa. 

Cuma, kalau nak cakap apa-apa atas capacity seorang doktor, lebih-lebih lagi di media sosial, biarlah dibuktikan secara clinical dulu. Bukan ‘clinical observation’ tau, tapi clinical study. Melainkan, memang sengaja nak malukan diri sendiri. 

Contohnya Doktor R ni pula. Boleh dia cakap atas capacity seorang doktor perubatan yang “lulus KKM tidak bermaksud tiada masalah”. Habis tu, vitamin yang Klinik Kesihatan bagi tu membahayakan ke? Dan ubat yang hospital bagi tu buat rosak buah pinggang? 

Bayangkan, kalau ada pesakit yang gunakan print screen sebegini untuk elak rawatan hospital. Dan, memang dah ada pun yang buat. Siapa yang nak bertanggungjawab? Jangan nak tuduh penjual vitamin yang suruh “jangan jumpa doktor” pula. 

Begitu bahaya bila doktor perubatan lemparkan pendapat peribadi tanpa bukti saintifik yang mengundang salah faham public. 

Untuk kes salah laku & salah guna kuasa macam ni, KKM memang pejam mata saja ke? Atau, perlu ada ‘homework ramadhan’ report kes salah laku baru KKM nak pecat & gantung lesen perubatan mereka sampai bila-bila? 

Lagi satu penyakit golongan ini, tak mahu dengar apa pun penjelasan Nutritionist. Kata mereka, “tak boleh pakai sebab bias jual vitamin”. 

Susah sangat ke nak hormat kerjaya lain sebagaimana mereka hormat profession doktor dengan tidak menuduh “doktor memang penipu sebab sengaja nak orang sakit. Kalau semua sihat, doktor tiada duit”? 

Tak boleh ke nak hadam dulu apa hujahnya? Lepas tu kalau tak setuju, bagitahu secara terperinci, bukti saintifik mana satu yang nak dibangkang sebenarnya? Bukan main blanket “vitamin tak guna”. 

Nak ego mengalahkan syaitan tu kenapa? 

(3) DONGENG POPULAR “EX-SHAKLEE” 

Ini memang cerita sensasi. Sebab, lumrah manusia sukakan “cerita dalam kelambu”. 

Dalam semua organisasi, pasti ada “bottom 10%”; sama ada staff yang paling tak perform atau dah perform tapi ada masalah attitude/disiplin yang langgar peraturan. Di sesetengah organisasi, bottom 10% ni memang akan dibuang kerja. Selain membazir gaji, buat pening kepala je kalau peram lama-lama. 

Begitu juga pengedar di Shaklee. Ada “bottom 10%” yang terdiri daripada yang suka langgar peraturan & ada juga yang memang tak perform pun. Akibatnya, yang langgar peraturan, ditamatkan keahlian. Yang tak perform pula, mula rasa terpinggir & salahkan bisnes Shaklee sebagai punca. 

Pengedar lain, OK je. 

Malangnya, cerita orang “bottom 10%” ini lebih mudah tersebar berbanding cerita pengedar “top 10%”. Biasalah, orang memang suka cerita negatif. Lebih ada perisa bila ada faktor emosi (contohnya dituduh “tak mengenang jasa” lah) & diselitkan unsur agama (contohnya “nama je solat dhuha”). 

Apa yang dia sorokkan dalam perkongsiannya, dan semestinya dirahsiakan sampai bila-bila, bagaimana dia membelakangkan ahli kumpulan dalam membuat keputusan, bagaimana dia mengaibkan ahlinya sendiri depan ahli yang lain & bagaimana dia lontarkan macam-macam fitnah tanpa usul periksa. 

Terang tang tang itu hasutan pihak ketiga. 

Maaf, tak tergamak nak meneruskannya. 

Cuma admin nak jelaskan, 


Shaklee tak pernah menjual, menghadiahkan atau sponsor produk expired. Kalau ada yang dapat produk expired, boleh laporkan ke pengurusan Shaklee. Supaya siasatan & tindakan tegas boleh diambil. 


Vitalea memang mengandungi beberapa vitamin & minerals. Tapi ada kalanya badan kita memerlukan lebih dari itu. Sebab tu disediakan macam-macam set (gabungan beberapa vitamin) untuk memudahkan pelanggan buat keputusan. Kalau pengedar tu rajin ke kelas Shaklee, pasti tahu. 


Setiap dose yang dicadangkan memang tertulis pada botol & atas nasihat nutritionist. Tapi ada pengedar yang malas ke kelas, malas membaca & malas nak libatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Di situlah lahirnya pengeder blur yang suka viralkan salah faham Shaklee tu. 

Cukuplah anda tahu bahawasanya, mereka yang tak mahu bertanya kalau tak tahu & takut laporkan ke pungurusan Shaklee kalau terdapat salah laku saja yang suka viralkan kisah Shaklee ke luar. Bagi feedback berdepan pengecut, cerita ke luar bukan main. 

Apa lagi kalau bukan untuk menagih simpati & mencari popularity? 

Do what is right, not what is popular 

(4) KEYBOARD WARRIOR YG KETAGIH POPULAR 

Cara keyboard warrior bekerja ni semudah, google apa-apa maklumat, baca dalam 10-20 artikel setiap topik, dan terus buat kesimpulan sendiri. Contohnya, artikel “detox hanya hype & membahayakan”. 

Apa yang mereka tak tahu ialah, hasil carian yang mereka jumpa tu cuma yang paling popular, bukan yang paling betul pun sebenarnya. Buktinya, Shaklee memang ada clinical study (Safety, tolerability and efficacy of a 7-day cleanse program) yang membuktikan Detox (cara Shaklee) selamat & menyihatkan. 

Google cuma bagi raw data. Perlukan akal yang bijak untuk memprosesnya. 

Pernah dengar Saintis Nobel Prize Winner cakap “saya research di Google saja”? Sebab itu, Saintis keyboard warrior takkan mampu hasilkan apa-apa. 

Itu keyboard warrior yang solehah. 

Kalau jenis maki hamun, lain pula. 

Jenis maki hamun akan korek random post mana-mana status, kemudian suka hati label “scam”. Admin boleh bayangkan, riak wajah yang konon-konon berjaya “expose”. Sure tengah kembang hidung kebanggaan “yes, aku berjaya buat expose yang orang lain tak berani/pernah buat”. 

After all, itu lah motivasi keyboard warrior. 

Apa yang admin tak dapat bayangkan ialah, wajah orang yang sama bila setiap hujah yang dilontarkannya sebelum ini, dipatahkan setiap satu. Hingga akhirnya, terbukti, mereka sebenarnya yang salah. Habis merah, blushing, kemaluan seorang diri masa tu. 

Mereka nak minta maaf? Jangan harap! 

They are so proud of being stupid. And honoured the world know about it. 

Bila dah kalah, mula lah attack peribadi. 


dah tak tahu nak kutuk produk Shaklee, mula lari menyerang pengedar. Siap PM dengan mencarut macam-macam sambil disertakan gambar lucah. 


bila diberi penjelasan ‘rujuk doktor kalau sakit’, mereka tuduh “damage control” & “sebagai lifeline” saja. Padahal, dari dulu memang sudah dinasihatkan sebegitu. 


bila tak bersetuju dengan penjelasan doktor, mula fitnah “doktor tu tidur dalam kelas, tu yang tak belajar nutrition”. Padahal, doktor memang tak belajar subjek nutrisi extensive macam graduan nutrition pun. 

Admin tengah tunggu mereka nak cakap “Saintis PhD Nobel Prize Winner ni tak boleh pakai sebab tak pakai tudung”. Tak sabar nak simpan print screen tu buat kenang-kenangan & frame di wall of shame. Bukti pejuang sains kononnya tapi kalah berdebat secara ilmiah akhirnya. 

Inilah standard keyboard warriors yang dianggap memperjuangkan sains. Sains dapat D masa sekolah agaknya. Dalam pada tu, ada juga hardcore follower yang naif menyokong mereka. Admin jangka, Matematik follower dia tu E. 

Tu yang kurang cerdik nak bezakan fakta dengan propaganda 😜. 

Admin cuma simpati pada orang umum. Mereka sangat innocent & sangat lemah untuk membezakan, mana satu viral penipu dengan mana satu yang proven science. Kebanyakkannya hanya berkiblatkan jumlah likers untuk buat keputusan. 

Tapi apa nak buat, inilah kesan sampingan Internet. Yang salah dianggap benar, hanya sebab popular. 

Dalam banyak-banyak, keyboard warrior ni yang paling suka putar belit fakta demi memanipulasi persepsi orang ramai. Tanpa sebarang responsibility & accountability, mereka manipulasi kisah geng Asal Bukan Shaklee, kisah doktor & kisah ex-Shaklee untuk sebarkan propaganda mereka. 

Admin juga simpati pada followers yang terjerat dalam perangkap mereka. Mulanya bangga tolong tokok tambah, sampai akhirnya terjebak dalam macam-macam fitnah. Bila dah jadi kes polis, baru sedar “alamak, aku dah silap share sebenarnya”. 

Apa yang keyboard warrior ni buat masa tu? 

Agak-agak, mereka nak tolong jelaskan pada anggota polis ke? Kalau dah dipecat nanti, agak-agak keyboard warrior ni nak tolong defend depan pengarah KKM ke? Nak tahu exactly apa yang keyboard warrior ni cakap? 

“dengan si penakut boleh lah” 

Tiada semangat sisterhood langsung. 

Masa diberi info, bukan main diangkat sebagai hero “doktor ini boleh percaya. lain-lain doktor mangkuk ayun saja”. Tapi bila melarat jadi apa-apa, terus dituduh “penakut”. Betul-betul “habis madu sepah dibuang”. 

Janganlah terperdaya dengan komen atau jumlah share/likers. Sebab itu semua dari fake account yang mereka sendiri cipta. Sengaja buat fake account supaya post mereka nampak meriah. 

Apapun, Shaklee cuma berminat dengan hujah sains. 

We dont hit hard, we educate with facts. 

Always



Kalau nak jadi haters Shaklee pun, biar lah dengan proven sains. Sebab kami pun nak juga tahu, apa lagi improvement yang perlu. 

Tapi jangan sesekali guna pangkat & kedudukan untuk jadi haters Shaklee. Cukup-cukuplah sekadar menjatuhkan maruah sendiri. Usah memalukan profession & organisasi sekali. Silap haribulan, boleh dibuang kerja nanti. 

Kami takkan pernah gerun atau tergugat, kalau setakat dimaki hamun. Sama ada ia datang dari entah siapa-siapa, mahupun dari yang terlebih popular. Popular atau tidak, kebenaran itulah hakikat. 

Popularity is nothing, principles are forever. 

The truth is not for everyone, but only for those who seek it.


Apapun yang hidup ini adalah pilihan, nak ambil suplemen atau tidak itu pilihan diri sendiri, nak tenang atau membenci pun pilihan sendiri, nak jadi Komuniti negatif atau positif pun pilihan sendiri, semuanya bergantung diri sendiri saja. Semua atas kesedaran sendiri, tiada paksaan dalam bersuplemen tiada paksaan untuk mengikut apa yang orang lain lakukan, dan tiada paksaan untuk orang lain ikut apa yang kita buat kita semua ada akal untuk menilai. Apapun jadilah orang bermanfaat, komuniti yang bermanfaat. Thanks to Master Lyna and her husband Master Zainul for this great article. Kesimpulannya jangan terlalu taksub dalam apa jua perkara, bersederhanalah, sama juga part vitamin ni, bersederhana ambil jika perlu okay. Life full of choices, be person full of hatred or be person of open hearted, that your choice. 


ESP Shaklee ini antara produk terlaris di Shaklee dan juga antara top seller bagi Nadia sendiri. Tiap customer yang order Shaklee dengan Ika mesti akan ada order ESP Shaklee ini juga.


Apakah ESP Shaklee ini?

Mesti ramai yang ingin tahu kan? Ada yang ingat ESP Shakleee ni susu. Kurang tepat sebenarnya. ESP Shaklee ini adalah suplemen protein. Dan protein dalam ESP Shaklee ini sangat berkualiti tinggi.

Nama panjang dia Mixed Soy Protien Isolate Powder with Vanilla Flavour . Tapi biasa kami panggil ESP.


Keistimewaan ESP Shaklee


Apa yang istimewanya dan uniknya ESP Shaklee ini ialah:

>>Mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif. Diiktiraf di seluruh dunia.
>>Shaklee hanya menggunakan kacanga soya jenis non-GMO (non-Genetically Modified Organism), tidak diubah secara genetik. Maksudnya kacang soya dia memang asli dan tiada apa-apa bahan tambahan digunakan semasa proses menanam kacang soya.
>>Ia juga diproses pada kadar suhu yang rendah.
>>Untuk mengahasilkan protein soya Shaklee, dia dicuci dengan air bagi mengekalkan isoflavones, genistein dan daidzein yang penting agar kebaikan soya diperoleh sepenuhnya.
>>Mempunyai proses pensijilan tersendiri, iaitu identity Preserved Program (IPP). IPP ini untuk memastikan kacang soya yang digunakan untuk menghasilkan ESP Shaklee bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.
>>Dalam setiap satu tin ESP Shaklee yang beratnya 850g, sernbuk ESP Shaklee dihasilkan daripada 30 kg kacang soya.
>>Membekalkan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
>>Mengandungi 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.
>>Rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
>>Mempunyai Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39. Jadi ESP Shaklee sangat sesuai untuk yang ada kencing manis.

Kenapa mesti GI rendah?

Karbohidrat dengan GI yang rendah akan memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan. Paras gula dalam darah yang rendah sangat penting kepada kesihatan dan juga penting dalam program penurunan berat badan.

Kebaikan ESP Shaklee

1. Esp untuk Kulit

  • Mengekalkan kulit muda dan sihat.
  • Memudarkan dan menghilangkan kulit berparut, bekas jerawat dan strechmark.
  • Mencerahkan kulit satu badan. Kulit lebih berseri tak kusam.
  • Menganjalkan dan menegangkan kulit termasuk payudara dan punggung.
  • Memperbaiki kulit berminyak dan juga kering.
  • Memudarkan jeragat.
  • Memulihkan kedutan pada kulit.
  • Melambatkan proses penuaan kulit.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  • Kuku juga lebih cantik dan sihat. Tak mudah patah atau berkupik kulit di sekitar.
2. ESP untuk Kesihatan

  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
  • Memperbaiki migrain dan insomnia.
  • Membantu mengurangkan paras kolesterol.
  • Merendahkan bacaan Diabetes dengan menstabilkan paras glukosa.
  • Mencegah osteoporosis, tulang reput atau rapuh. Di dalam ESP ada kandungan kalsium juga.
  • Mencegah penyakit jantung.
  • Menghalang pembentukan batu karang yang kebiasaanya dialami oleh orang lelaki.
  • Kandungan asid amino penting bagi membantu membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain.

3. ESP untuk Rambut

  • Melambatkan proses rambut yang beruban.
  • Memperbaiki dan mengawal rambut gugur. Protien dalam ESP akan membantu menguatkan rambut.

4. ESP untuk Tenaga

  • Memberi dan membekal tenaga segera kapada tubuh. Tubuh tak mudah berasa letih dan mengantuk sebaliknya berasa lebih cergas.

5. ESP untuk Lelaki

  • Memulihkan dan menjaga kesihatan fungsi prostat lelaki.

6. ESP untuk Memori

  • Membantu menguatkan memori dan ingatan serta lebih fokus.

7. ESP untuk Cegah kanser

  • Genistein yang ada di dalam kacang soya berkeupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah perebakan sel-sel kanser. Ia juga penting untuk memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Secara tidak langsung, ia membantu mecegah kanser rahim dan ovari dan prostat.

8. ESP untuk Kesuburan / Ikhtiar Hamil

  • Membantu menguatkan otot dan memelihara rahim wanita.
  • Membaikpulih sel-sel yang rosak kepada sel yang sihat untuk sistem badan yang sempurna.
  • Membantu menstabilkan hormon wanita agar lebih teratur.
  • Untuk lelaki, ia membantu menghasilkan sel sperma yang lebih berkualiti.
  • Menurunkan koelsterol tinggi kerana ia boleh menjejaskan kesuburan kerana hormon yang mematangkan telur tidak dapat dihasilkan.
  • Mengawal paras gula dalam darah. Gula tinggi boleh merosakkan sel telur yang akan membawa kepada risiko keguguran atau kecacatan janin.

9. ESP untuk Ibu Hamil/Mengandung

  • Menguatkan rahim si ibu.
  • Protein ESP penting untuk membantu dalam pembentukan otot bayi.
  • Membantu si ibu lebih cergas masa hamil.

10. ESP untuk Penyusuan

  • ESP membantu meningkatkan dan membanyakkan susu ibu. Susu ibu jadi lebih pekat dari biasa dan bayi cepat kenyang.

11. ESP untuk hormon wanita

  • ESP mengandungi kacang soya yang ada kadungan Isoflavon. Isoflavon ini baik untuk hormon wanita dan membantu memulihkannya. Ia mengeluarkan darah kotor dan menggantikan dengan protein yang diperlukan.
  • ESP juga membantu mengawal emosi yang tidak stabil semasa datang bulan atau PMS dan wanita yang menopause.

12. ESP untuk Kurus

  • Meminum ESP akan memberi anda rasa kenyang yang agak lama. Jadi ia dapat mengawal selera dan nafsu makan anda. Bila selera makan terkawal, ia memudahkan lagi proses kurus anda.


13. ESP untuk Gastrik

  • Disebabkan ESP membuatkan anda rasa kenyang, maka ia dapat membantu mencegah gastrik datang.
  • Ia juga membantu mengatasi masalah angin dan ketidakselesaan perut terutama orang gastrik.
  • Protein ESP dapat membaik pulih sel-sel di dinding perut yang rosak akibat hakisan asid gastrik. Ini boleh memperbaiki pedih ulu hati dan sakit perut apabila ada gastrik menyerang.

14. ESP untuk Puasa

  • ESP memberi tenaga jadi anda dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih baik dab cergas. Malah, ESP juga boleh dibuat minum pada waktu sahur dan dicampur dengan kurma untuk rasa lebih sedap!


Sempena 25 tahun Shaklee di Malaysia, bulan ni promo terbaik anda berpeluang untuk #BestSellerSet dan #vivavivixset dengan harga yang lebih menjimatkan dengan kos penghantaran Percuma, Percuma Daftar ahli dan PERCUMA beg Shaklee ala Gucci. Wahh mana nak dapat, selain tu anda berpeluang menjana pendapatan mulai sekarang. Be own your business at home. Guna, kongsi dan bina. A-z kami sediakan bahan, group support dan banyak lagi.


Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 

Tahukah anda bahawa kemungkinan ibu yang baru bersalin boleh hilang antara 50 hingga 100 urat rambut setiap hari?Lazimnya ibu yang berambut panjang lebih ketara mengalami masalah ini. Adakah ibu selepas bersalin berisiko mengalami kebotakan?Masalah rambut gugur adalah antara dilema yang dialami oleh ibu yang lepas bersalin. Tetapi jangan panik, kepala anda tidak akan botak, sebaliknya ia kembali normal antara masa enam ke 12 bulan selepas bersalin. Rambut gugur menjadi lumrah masalah bagi ibu yang baru melahirkan anak. Malah ada yang berpendapat mengatakan bila anak sudah pandai buat buih, ketika inilah rambut ibu akan gugur dengan banyak, mitos ini teramat popular dikalangan ibu, namun apa yang pasti keguguran rambut selepas bersalin adalah normal. Ia tiada kaitan dengan bayi yang menyembur air liur atau menyusu badan. Biasanya keguguran rambut selepas bersalin ini berlaku dalam dua hingga tiga bulan selepas bersalin.

hakikatnya rambut

mempunyai fasa pertumbuhan dan fasa rehat iaitu bila rambut kekal dikulit kepala dan akan gugur untuk memberi laluan kepada pertumbuhan rambut baru. Lazimnya masalah rambut tidak dihadapi semasa hamil kerana rembesan hormon dari uri yang menghalang keguguran rambut ketika itu. malah ada yang mendapati rambut tumbuh lebih lebat ketika itu. Bagaimanapun rambut mula gugur dengan banyak atau dua kali ganda selepas bersalin. Anda mulai risau melihat rambut gugur dengan banyak terutama ketika menggunakan syampu.

Faktor keguguran rambut selepas bersalin:

Perubahan Hormon

Hormon progestrogen dan estrogen pada wanita hamil sangat tinggi dan ia melambatkan pertumbuhan rambut. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari. Malah ketika ini, anda juga dapati rambut sedikit berkilat dan bersinar-sinar. Tetapi selepas berslain,tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk ke peringkat berehat. Ini bermakna, lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau disikat.

Tekanan

Kesibukan yang dihadapi oleh ibu perlu menguruskan bayi baru lahir memberi tekanan kepada dirinya malah, keadaan lebih meletihkan apabila ibu juga perlu bekerja. Akibatnya mengehadkan masa ibu untuk menjaga kesihatan dan kebersihan rambutnya.

Kerap Hamil dan Bersalin

Ibu yang semakin berusia dan kerap hamil beberapa kali berisiko lebih tinggi berbanding ibu muda yang mempunyai bilangan anak yang sedikit. Ia berlaku kerana tidak menjaga kebersihan rambut yang akan menyebabkan rambut gugur dengan lebih banyak.

Pemakanan

Sikap tidak mengamalkan pemakanan yang sihat boleh menyebabkan masalah keguguran rambut menjadi semakin serius. Sepatutnya masalah keguguran rambut ini akan berakhir apabila bayi mulai memasuki usia enam hingga 12bulan. Malah ada juga hanya mengalami masalah ini sekitar usia bayi tiga hingga empat bulan. Namun sekiranya keadaan berterusan sila dapatkan nasihat khidmat pakar perubatan kerana keguguran rambut selepas bersalin juga boleh jadi kerana kecelaruan hormon akibat tiroid dan juga anemia.

Lakukan


  1. Pengambilan makanan berkhasiat yang diperkaya dengan protein dan zat besi. Antaranyatelur, daging, ayam, makanan, gandum, tauge, sayuran hijau, buah-buahan segar, makanan laut, salmon, kunyit dan jintan.
  2. Jangan lakukan rawatan rambut seperti mengerinting, mewarnakan, melurus sehingga rambut kembali normal dan sihat.
  3. Memotong rambut yang panjang untuk mengelakkan rambut banyak gugur dan memudahkan juga dalam menguruskan sikecil.
  4. Pemakaian syampu yang diperkaya dengan vitamin B, lebih rendah kandungan bahan kimiaatau yang berasaskan organik.
  5. Gunakan sikat rambut kepada yang kurang memberi tekanan kepada rambutdan kulit kepala iaitu jenis lembut. Elakkan menyikat rambut ketika basah kerana struktur rambut lebih rapuh dan mudah gugur.
  6. Minum air secukupnya sekurang-kurangnya lapan gelas sehari kerana dapat membantu rambut bagi mendapatkan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut kuat dan sihat.
  7. Mengambil makanan tambahan yang mengandungi multivitamin dan mineral, zink dan protein.
  8. Boleh memotong rambut menjadi pendek dapat mengurangkan masalah rambut gugurdan mudah diuruskan.
  9. Dapatkan tidur yang mencukupi serta kurangkan tekanan dan stress.
  10. Jika rambut masih gugur dengan banyak, ia mungkin petanda postpartum thyroiditis, segera berjumpa dengan doktor untuk rawatan lanjut.

Mesti Tahu

  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut  


Jom kita list vitamin yang dapat membantu merawat rambut gugur.


B-Complex :Vitamin B-Complex mengandungi Biotin dan ia terkenal dalam menguatkan rambut serta kuku. Biotin juga membantu untuk meningkatkan kualiti elastik rambut dan dengan itu, menghalang ia daripada kerosakan. Di samping itu, Biotin boleh membuat folikel rambut anda tebal serta kuat. Malah, kebanyakan dermatologi mengesyorkan penggunaan Biotin untuk rawatan keguguran rambut. Walaupun terdapat sumber yang baik Biotin dalam makanan tertentu seperti hati atau telur, ia akan menjadi tidak praktikal untuk mendapatkan Biotin cukup daripada makanan ini dan oleh itu hasil yang terbaik akan diperolehi daripada mengambil makanan tambahan.
Niacin, yang juga dikenali sebagai vitamin B3, membantu dengan peredaran di kulit kepala dan ini membantu rambut anda tumbuh semula. Vitamin B5 juga berfungsi seperti B3 tetapi juga boleh melambatkan kunci uban anda. Asid folik atau vitamin B9 juga membantu dalam pertumbuhan rambut. Menggunakan vitamin yang baik dari keluarga B akan memberikan anda keputusan yang menakjubkan untuk rawatan kehilangan rambut anda dan berita baik adalah bahawa vitamin ini juga boleh didapati dalam beberapa makanan yang anda makan.

Vitamin E :Satu lagi vitamin yang bagus untuk rawatan keguguran rambut anda adalah vitamin E. Vitamin E terkenal kerana keupayaannya untuk melembapkan. Ia benar-benar boleh membantu kulit kering anda serta rambut. Rambut anda berasal dari kulit kepala, mempunyai kulit kepala lembap boleh bukan sahaja memperbaiki keadaan rambut anda tetapi boleh membantu mencegah kehilangan rambut. Vitamin E juga membantu edaran di seluruh badan anda dan ini termasuklah kulit kepala yang benar-benar membantu anda untuk mendapat rambut sihat.

Vitamin C :Vitamin C membantu untuk menghasilkan kolagen, gam yang memegang tisu kita bersama. Salah satu daripada gejala yang paling biasa kekurangan vitamin C adalah rambut rapuh dan mudah putus.

Zinc :Kekurangan Zinc boleh menyumbang kepada rambut gugur kerana tanpa mineral zink dan lain-lain yang berkaitan, shaf rambut anda menjadi lemah, menyebabkan kerosakan rambut dan pertumbuhan semula rambut yang sangat perlahan. Zink manfaat untuk rambut termasuk untuk pembiakan sel, pertumbuhan tisu dan pembaikan tisu yang rosak. Ia juga mengekalkan kelenjar merembeskan minyak yang melekat pada folikel rambut anda, sekali gus mengurangkan peluang mereka jatuh.



ESP : Protien sangat penting untuk menguatkan rambut dan menggalak pertumbuhan rambut. Kandungan protein ESP juga bagus untuk memperbaiki dan membina sel-sel kulit baru yang lebih sihat. Ia juga sangat membantu masalah rambut bercabang dan rapuh.
Lagi jimat jika kita mengambil vitamin dalam merawat masalah rambut gugur. Vitamin di atas bukan hanya untuk rambut tetapi juga bagus untuk kulit, kuku dan keseluruhan badan. Berbaloi kan? 

Jadi apa tunggu lagi, orang lain dah ramai yang mengambil vitamin untuk rambut dan tubuh badan yang sihat anda bila lagi?

Tetapi kenapa vitamin Shaklee? Terpulang pada anda untuk mengambil jenama apa pun, tetapi vitamin Shaklee adalah yang terbaik dan semulajadi yang sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.


Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 

Waktu kelahiran anak dalam kandungan adalah waktu yang sangat genting dan penting, semestinya waktu ini kita memerlukan sokongan daripada pasangan tersayang. Masa kini kebanyakan hospital suami digalakkan menemani isteri di bilik bersalin namun ada sesetengah suami tidak tahu peranan sendiri bila berada di dalam sana. Betullah tu, Ika salute sangat Dayah Bakar dan mama lain yang berjuang dalam bilik bersalin tanpa suami disebabkan bertugas untuk negara. Dah lah sepanjang mengandung pun tak ada, tambahlah lagi berat bila kehilangan suami selamanya dalam tempoh mengandung dan melahirkan anak, sungguhlah ujian kita semua berbeza. Kita rasa ujian kita berat, namun jika dibanding kan dengan yang lain, ujian kita tiada apa-apa, kecuali untuk membuatkan kita lebih kental mengharungi kehidupan. 

Ika masih ingat masa pertama kali masuk bilik bedah akibat emergency ceaser, menangis teruk jugak dengan suami sebelum di tolak ke dalam bilik bedah lepas sebab tak tahu keluar nanti dari bilik bedah tu keluar sebagai mama yang akan membesarkan seorang bayi atau keluar sebagai jenazah, yelah orang kata ibu bersalin ni nyawa ibarat di hujung tanduk, panjang umur alhamdulillah, tak panjang umur pun alhamdulillah sebab keduanya tetap terbaik. Apapun tentulah kita doa dapat lihat anakanda yang dikandung selama berbulan-bulan. So Ika syukur sangat dapat merasa nikmat suami teman sepanjang melahirkan anak secara normal yang lainnya, suami dapat menemani sepanjang masa menunggu kelahiran anak. So buat papa atau bakal papa walaupun dah berkali masuk bilik bersalin, ambil tahu peranan bila bersama isteri yang melalui saat-saat kelahiran. Ada yang masuk tidur, main phone, buat tak tahu, pakej teruk sekali sumpah seranah bagi kat isteri, ada je yang macam ni, nak jadi suami yang macam mana sendirilah buat pilihan. So Ika share antara peranan papa waktu genting ni apa perlu buat, antaranya:-


1. Sentiasa Berada disisinya
Pada saat ini isteri anda memerlukan anda dari segi kata-kat sokongan, semangat dan luahkan perasaan kasih sayang terhadap isteri tanda menghargai segala pengorbanan sepanjang kehamilan dan proses bersalin yang akan dilalui. Sudah tentu kata-kata sokongan dan semangat serta keyakinan memberi makna buat isteri untuk melalui saat-saat getir untuk bersalin nanti. 

2. Meredakan Kesakitan
Kehadiran anda sepanjang tempoh kontraksi dan saat kelahiran tentunya membantu isteri untuk mengatasi rasa sakit yang ditanggung walaupun dengan usapan belakang isteri ketika kontraksi berlaku. Sudah tentu isteri merasa lega dan lebih segar dan secara tidak langsung akan mengurangkan rasa sakit yang di alami. 

3. Teman Berjalan
Gambaran yang dipasarkan oleh film atau drama sememangnya tak sama dengan realiti. Proses bersalin biasanya memakan masa yang panjang dan memenatkan termasuk suami sendiri yang menemani kerana melibatkan mental dan emosi juga tenaga tambah lagi buat yang pertama kali menyambut anak sulung. Jadi penuhi masa luang anda berdua bersalin dengan berjalan-jalan diskeliling wad kerana aktiviti ini juga sedikit sebanyak membantu mempercepatkan proses kelahiran bayi. 

4. Tenang dan Fokus.
Ketika sakit bersalin biasanya isteri anda akan hilang tumpuan dan fokus, berasa gementar dan mula datang di fikiran perkara yang buruk. Semua ini boleh mendatang kan aura negatif dan memberi kesan negatif keatas proses kelahiran bayi. Peranan suami atau papa adalah dengan memberi kata semangat, berbuka perkara yang menggembirakan dan seumpamanya. Selain itu suami boleh bersama-sama baca zikir atau selawat dan mengaku kan Ayat-Ayat Suci Al-quran supaya minda emosi isteri lebih tenang dan senang. 

5.Kawal Diri
Saat menantikan melahirkan anak sangat mendebarkan. Sama seperti isteri anda juga perlu belajar mengawal diri. Sewaktu isteri mengerang kesakitan akibat kontraksi yang di alami, anda perlu bertenang dan tidak panik dalam membantu isteri mengawal kesakitan. Lakukan langkah-langkah yang anda belajar ketika kelas antenatal seperti yang telah di kongsi oleh doktor seperti kawalan pernafasan yang ternyata bagus untuk isteri yang sedang mengalami kesakitan. 

6. Jangan ambil Hati
Apabila isteri mula mengalami kontraksi, anda perlu tahu isteri akan mengalami kesakitan dalam tempoh tertentu. Saat itu emosinya mula terganggu dan tidak stabil yang menyebabkan isteri mudah marah, kerap merungut dan sebagainya. Oleh yang demikian, anda tak usahlah mengambil hati sikap isteri anda yang sementara itu. Mungkin diawal kontraksi isteri masih mampu menahan sakit denga usapan dari suami, tapi di hujung kontraksi isteri menolak untuk di sentuh malah mungkin meninggikan suara akibat menahan kesakitan, perhatikan perubahan pada isteri dan ikut sahaja. 

Cadangan persiapan sebelum Kelahiran. 

Cuti
Penting untuk suami standby cuti jika tempoh kelahiran anak yang dikandung isteri sudah menghampiri tempoh jangka an tambah lagi yang bekerja jauh dan sebagainya. Penting supaya anda tidak kelam kabut disaat kelahiran anak. 

Kereta
Pastikan kenderaan dalam keadaan baik supaya tidak menimbulkan panik jika rosak secara tiba-tiba disaat anak hendak dilahirkan. Buat pemeriksaan berskala supaya perancangan lebih lancar. 

Telefon
Gadget penting untuk suami isteri berhujung ketika dalam bilik bersalin, pastikan telefon punya Kredit dan bateri yang cukup supaya mudah untuk menghubungi masing-masing untuk mengetahui perkembangan semasa. Ada sesetengah hospital yang membenarkan suami ketika saat isteri hendak melahirkan anak sahaja, so penting lah supaya isteri tahu keberadaan suami untuk segera menemani. 

Makan OsteMatrix untuk membantu mengurangkan rasa sakit kontraksi. 
Pengalaman Ika sendiri ketika melahirkan 4 anak secara vbac dan normal, OsteMatrix sangat membantu ketegangan otot-otot, rasa smooth je masa melahirkan anak. Semestinya kalsium dan magnesium adalah nutrisi yang terbaik untuk ibu hamil kerana keperluan kedua-duanya sangat penting untuk kesihatan diri dan anak dalam kandungan.


Bagaimana Ostematrix membantu proses kelahiran bayi dan membantu Kurangkan rasa sakit?


Kalsium dan magnesium membantu dalam proses melahirkan anak. Jika magnesium dan kalsium tidak cukup, kekejangan boleh berlaku. Pada masa yang sama, gabungan kalsium dan magnesium ini membantu dalam mengecutkan rahim dan menolak bayi untuk keluar dengan lebih cepat tanpa membuatkan si ibu rasa kesakitan yang amat sangat. Ini kerana seluruh saraf badan mengalami ketenangan dan tidak stress.


Magnesium bertindak sebagai natural induce. Kalsium pula diperlukan dalam setiap otot tubuh untuk pergerakan. Apabila wanita hamil itu sedang stress apabila mengalami fasa kesakitan, digalakkan untuk mengambil Ostematrix mereliefkan muscle contraction dan membuatkan rasa mengantuk.

Seandainya paras kalsium dan magnesium rendah di semasa hampir bersalin dan melahirkan anak, proses kelahiran akan menjadi lebih panjang. Ibu mudah mengalami tekanan dan boleh menimbulkan rasa sakit yang keterlaluan. Ia akan kepenatan, dan jika tidak mampu meneruskan, kemungkinan besar kelahiran secara czer akan dilakukan secara emergency.

Jadi, Ostematrix ni adalah supplement yang sangat digalakkan untuk diamalkan semasa hamil dan semasa dekat-dekat nak tiba proses kelahiran.

Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 

Pagi tadi dapat testimoni fresh dari group sharing dari pengguna Shaklee, sebelum ni dia ambil GLA Complex dan alhamdulillah mengandung, tapi kulitnya sepanjang mengandung jadi sensitif, banyak jerawat naik. Jerawat naik ni antara faktornya adalah ketidakstabilan hormon dalam badan, yes masa mengandung memang hormon akan haywire sebabnya nak besarkan bayi selama 9 bulan dalam rahim sangat memerlukan nutrisi yang lengkap dan cukup. Selepas pantang this customer ambil vivix dan collagen untuk mengatasi masalah kulit muka yang teruk. Ramai juga yang tanya dan cakap mesti berbotol vivix dan berkotak-kotak kolagen kena habiskan nak dapatkan hasil sebegitu rupa. tapi customer ni hanya ambil 1 botol dan 1 kotak kolagen sahaja untuk dapatkan kulit yang sihat dan bersih dari jerawat. Wow sangatkan? Anda pun boleh juga dapat kulit sihat seperti pengguna Shaklee ni. 



Antioksidan yang berkualiti pasti hasilnya juga berbaloi, seperti yang diketahui vivix antara top selling produk, walaupun ramai in doubt dengan vivix, overclaimlah, tapi yang menggunakan produk ni pasti tahu dan merasai sendiri akan manfaat dari 1 sudu sehari setiap hari. Apatah lagi digabungkan dengan kolagen yang terbukti antara salah satu produk kolagen yang dihasilkan dari sumber marin iaitu sisik ikan merah laut dalam memang meletuplah hasilnya. Macam kita belajarlah, yang hanya dengar akan lupa, yang baca akan ingat, yang tulis akan faham, begitulah juga bab vivix dan kolagen serta produk Shaklee ni, yang amalkan memang akan dapat merasa manfaatnya. 

Baca :Antioksidan untuk kulit cantik

Umur yang semakin meningkat menyebabkan banyak faktor dalaman dan nutrisi yang badan perlukan lebih dari keperluan biasa. Dengan faktor luaran pencemaran udara, pemakanan tidak seimbang, kurangnya minum air yang mencukupi, stress,tidak cukup tidur semua faktor tersebut bergabung akan menyebabkan badan mengalami penuaan pramatang dan juga risiko untuk mendapat sebarang gejala penyakit juga tinggi. fokuskan untuk sihatkan kulit, insyaallah cantiknya akan dapat sekali. Macam kolagen tu ramai kaitkan dengan kulit cantik, tapi dalam padanya banyak manfaat lain jika diamalkan iaitu meningkatkan kesihatan sendi, ligamen, otot-otot. 

Makanlah produk apapun, keywordnya konsisten. Ada je jenis orang yang suka bertukar-tukar produk tak sempat pun dapat hasil, terus tukar yang lain, kalau boleh pakai hari tu, hari tu jugak nak dapat hasil kulit bertukar cingg cingg licin cantik putih berseri woww!Memang tak dapatlah deknon. Even ubat gigi pemutih tu pun kena sental setiap hari lama-lama baru nampak kesannya, kikii. Kita semua bukan tak mampu, tapi kita limitkan diri dan takut nak cuba. Macam Ika dululah kes banyak sangat dengar-dengar pasal Shaklee ni, nak baca pasal produk pun skeptikal dah sebab yang sumbat dalam otak ni banyak sangat dari dengar-dengar. Alih-alih dah cuba, 6 tahun setia guna, giteww. 

Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 



Sebelum Ika share banyak lagi artikel menarik, Ika nak ajak anda yang tak pernah berniaga, baru mula nak berniaga tapi tak tahu nak mula macam mana, nak niaga apa, tak reti dan tak pandai berniaga ertikata zero dalam bab bisnes, atau yang dah bisnes tapi penat dengan bisnes sekarang. Berita terbaik untuk anda, group kami sekarang buat freeview percuma untuk anda. Bagaimana nak sertai?Boleh ke? Kena bayar apa-apa tak?Haa, teruskan baca lagi, Ika bagitahu satu-satu.





Apa itu freeview Jutawan? Sebagai antara group yang aktif menjana pendapatan, kami juga menyediakan saluran istimewa untuk newbie yang baru nak memulakan perniagaan tak kiralah dari golongan student, yang berkerja, surirumah dan penganggur. Jangan tak tahu antara kami ada student yang masih diuniversiti dah menjana pendapatan 6angka setiap bulan, bukan kaleng-kaleng adik Nurmie ni, sangat inspired dalam group Jutawan walaupun struggle masih belajarkan dan tamatkan setiap semester, beliau buktikan dalam masa yang sama dapat capai impiannya sendiri nak bagi duit ribu-ribu kat maknya dan beli kereta idamannya walaupun tak habis belajar lagi. Ramai juga yang dah berkerjaya berhenti kerja hasil dari fokus kepada bisnes Shaklee. Ada peguam, jurutera dan surirumah sekalipun dapat upgrade kehidupan sendiri dengan lebih baik dengan mendapat pendapatan. 

Kali ni kita bawakan speaker yang berbeza. 

Main speaker tak asing lagi. Icon ibu muda yang punya jiwa kental. Master Wan Muliani. Master 8 bulan. Masih ingat lagi, waktu pertama kali beliau suara kan hasrat untuk berbisnes. 
“Akak! Saya nak extra RM200 sahaja, sebab nak buat bayar insurans”
Tapi siapa sangka kan, bulan pertama terus meroket dari nak RM200 Allah bagi RM2000 terus. 
Impact speaker pertama A'thirah Aider. Siapa sangka PKP beri hikmah besar buat beliau. Ujian hidup tak pernah jadi halangan, tapi ianya jadi tekad kuat untuk terus berusaha. 
Asbab PKP beliau kembali aktif dengan Shaklee dah terus direzekikan pendapatan 4 angka tanpa culas.

Kuncinya usaha dan usaha. So freeview dari group jutawan ni buat sharing bagaimana nak mula bisnes, apa perlu buat, nak pilih produk macam mana, bagaimana nak kenal potensi diri, bagaimana nak mula buat sharing, bagaimana nak capai target dan matlamat. 


FREEview datang lagi uols! 

Impact speaker kedua Ctnatrah Che Kamaruddin. Seorang suri rumah. Jika upline beliau ambil masa 8 bulan untuk capai ke rank Master Coordinator. 
Tapi perjalanan beliau hampir 8 tahun untuk capai ke rank Supervisor. Namun masa bukan halangan. 
Seorang surirumah yang beruntung. Suami boleh beri apa sahaja yang dia mahu. Tapi apa sebab yang menyebabkan beliau sayang kan bisnes Shaklee ni? Nak tahu? Jeng jeng jeng. 
Impact speaker yang ketiga, Rubaiyah Asan! Bekas Manager di company besar Aeon. Tinggal kan jawatan dan gaji besar hanya kerana anak-anak. 
Tapi Allah lorongkan rezeki beliau melalui Shaklee. Ada banyak cerita yang menginspirasikan dari Kak Ruby.

Nak tahu kisah-kisah mereka? Bagaimana dengan Shaklee banyak kehidupan berubah. 

Bagaimana dengan Shaklee dapat merealisasikan bukan sahaja impian diri sendiri. Tapi dapat realisasikan impian orang tersayang. 

Nak tahu lebih lanjut. Bussiness Opportunity FREEview medan kami sediakan untuk uols. 

Ianya PERCUMA. Nak ke nak jadi sebahagian ahli keluarga kami kita cerita nanti. 

Tapi lapangkan dada, bukakan minda untuk dengar dahulu kisah dari mereka. 

Nak join FREEview? Klik link di bawah sekarang. 


NAK JOIN FREEVIEW PERCUMA SEKARANG


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 

Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu perahan perlu disimpan menggunakan kaedah yang betul agar kandungan nutriennya kekal terpelihara dan tidak musnah. Kenangan pahit manis Ika semasa anak pertama, stok susu rosak akibat ketiadaan eletrik selama 2 hari, stok susu pula banyak, sudahnya hampir dua besen besar yang mengandungi 12oz setiap plastik stok susu semua terpaksa dibuang, menangis oii tengok susu sebegitu banyak kena buang, bukan senang nak kumpul buat stok, sebab perahan susu tu berpakej tak cukup tidur, bengkak susu, letih penat dan semuanya berkumpul dalam satu dalam setiap satu plastik tu. Tulah dipanggil ujian, kadang nak ajar supaya kita tak putus asa dan lebih kental. Masa tu pula terbaca kisah pemandu pesawat tentera wanita yang gigih buat stok susu ibu even duduk kat atas awan, uiii lagi gigih kalau baca geng berkerjaya buat stok susu, punya usaha diorang nak anak dapat susu ibu tu,so yang pernah cuba menyusu badan gagal buat kali pertama, insyaallah next journey usaha lebih lagi. So nak simpan perahan susu ibu ni kena tahu teknik yang betul supaya stok yang kita buat tak terbazir dan dapat dimanfaatkan oleh anak susuan sepenuhnya.


A Untuk menyimpan susu ibu, pilih bekas yang disteril dan boleh ditutup dengan rapat. Biar pun begitu bekas kaca dan palstik keras adalah pilihan yang lebih baik untuk membolehkan anda menyimpan susu ibu perahan dengan lebih lama.

B Jika memilih plastik penyimpan susu ibu pula, pastikan ia tebal atau bahgian luarnya dibuat dengan nilon. 

C Bekas kaca dilihat sebagai pilihan terbaik untuk menyimpan susu ibu kerana komponen susu berada dalam keadaan lebih baik,jika disimpan didalamnya. Pilihan kedua terbaik adalah plastik tebal dan keras yang mempunyai penutup yang kedap udara yang ketat yang mudah digunakan.

D Jangan sesekali menggunakan plastik aiskrim untuk menyimpan susu ibu kerana ianya tidak bersih dan boleh merosakkan kualiti susu ibu kerana kebiasaan tahap kualiti plastik aiskrim biasanya nipis dan standard piawaian keselamatan plastik mungkin tidak selamat.

E Penggunaan bekas penyimpanan susu ibu yang berwarnatidak digalakkan kerana dibimbangkan sebahagian daripada pewarnanya boleh luntur dan meresapi susu ibu.

F Pastikan setiap bekas penyimpanan telahdibersihkan disterilkandan dikeringkandengan sempurna sebelum digunakan.

G Susu ibu boleh bertahan selama empat jam dalam suhu bilik (tidak melebihi 25oC)

H Susu ibu boleh bertahan tiga hingga lima hari didalam peti ais bersuhu 4o C atau lebih rendah. Walaubagaimanapun, disebabkan kegunaan peti ais diMalaysia adalah berat kerana sering digunakan untuk menyimpan bahan-bahan mentah, anda digalakkan menyimpan bahan-bahan mentah, anda digalakkan menyimpannya tidak melebihi 24jam.

I Dalam peti sejuk beku bersuhu -20oC yang tidak mempunayi kitar nyah bek, susu ibu boleh bertahan antara enam hingga 12bulan. Walaupun begitu, anda disarankan menyimpan untuk tempoh tiga ke enam bulan, jika peti suhu peti sejuk beku diset tidak melebihi negatif 18oc.

J Susu yang dialihkan dari peti sejuk beku boleh disimpan sehingga 24jam sahaja.

K Simpan susu ibu dibahagian belakang peti sejuk beku, jauh dari pintu kerana jika ia disimpan dihadapan, kualiti susu ibu mudah terjejas dengan perubahan suhu sewaktu anda membuka dan menutup peti sejuk.

L Anda boleh mencampurkan susu yang baryu diperah dengan susubeku jika ia didinginkan terlebih dahulu sekurang-kurangnya sejam dan jumlahnya kurang daripada jumalh susu yang telah beku.

M Sebaik-baiknya buat peraturan bahawa susu yang disimpan dibahagian bawah peti sejuk adalah bekalan bayi sepanjang anda bekerja keesokan hari, manakala susu yang disimpan dibahagian beku merupakan stok perahan susu ibu. 

N Susu segar mengandungi lebih banyak ciri perlindungan berbanding susu sejuk beku. Jadi anda perlu menyediakan 60% susu segar dan 40% susu beku daripada jumlah stok susu beku daripada jumlah stok susu ibu perahan yang diperlukan bayi sepanjang ansa meninggalkannya dibawah jagaan penagsuh atau taska.

O Anda perlu sentiasa melabel susu mengikut tarikh dan masa susu diperah. Kemudian gunakan susu yang mula diperah terlebih dahulu (first in, first out). 

P Jiak anak anda ditinggalkan di rumah pengasuh atau taska, nama anak anda perlu ditulis dengan jelas agar bekas penyimpan susu ibu anda tidak bercampurdengan bekas kanak-kanak lain.

Q Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk sekali penyusuan untuk satu bekas. Contohnya2-4 oz sahaja bagi setiap bekas untuk mengelakkan pembaziran.

R Susu ibu yang telah dipananskanperlu dihabiskan dalam tempoh satu atau dua jam. Jika bayi tidak menghabiskannya dalam tempoh tersebut, ianya perlu dibuang.

S Susu perahan dikatakan basi jika bau dan rasanya masam seperti santan basi.

T Jangan sesekali panaskan susu melebihi suhu 40oC agar sebahagian besar nutrien susu dapat dikekalkan.

U Susu yang telah dicairkan tidak boleh dibekukan semula. Sama juga halnya bagi susu yang sudah dipanas, tidak boleh diulang panas. 

V Jangan isi penuh bekas penyimpanan susu ibu, tinggalkan sedikit ruang bagi membolehkan susu mengembang ketika ia didalam proses pembekuan.

W Susu Ibu hendaklah disejukkan jika ia belum mahu digunakan dalam tempoh masa empat hingga enam jam selepas diperah.

X Jika anda menggunakan beg pendingin untuk menyimpan susu ibu ketika ditempat kerja, pastikan pek ais yang digunakan mencukupi. Sebaik-baiknya kurangkan kekerapan membuka beg tersebut.

Y Anda tidak digalakkan untuk membekukan susu ketika berada ditempat kerja kerana ia perlu kekal beku sebelum anda memasukkannya kedalam peti sejuk beku bila tiba dirumah.

Z Jika stok susu ibu perahan melebihi tempoh hayat simpanan jangan sesekali berasa sayang untuk membuangnya.

ESP Shaklee adalah dari kacang soya non-Gmo iaitu tanpa modifikasi genetik dan ianya sangat baik untuk kesihatan tambahan lagi untuk ibu yang menyusu, sepanjang pengalaman Ika consume ESP ni antara yang paling banyak Ika rasa adalah 

1. minum ESP  boleh banyakkan susu

Penah dengar tak, minum soya boleh banyakkan susu? So dengan minum ESP yg diperbuat daripada soya, memang jadi milkbooster  susu pun jadi pekat, takdelah bila anak menyusu tak sampai sejam mencari pula, biasanya kalau dah sekali menyusu memang anak akan tidur kekenyangan dan puas bila menyusu.

2. Minum ESP ni mengenyangkan

Biase la ibu menyusu ni asyik lapar je. Bila lapar mulalah mencari macam-macam untuk dikunyah, lepas tu berat naik, lepas tu frust, lepas tu salahkan susu badan sedangkan proses menyusukan anak ni membakar kalori yang sangat banyak iaitu sebanyak 500kcl untuk setiap kali tempoh menyusu, banyak tu, so kalau berat naik jangan disalahkan aktiviti menyusu tu, tapi aktiviti mengunyah tanpa batasan dan makanan yang tidak sihat. Bila minum ESP ni perut rasa lebih kenyang dan berpanjangan, dan bila protein cukup nafsu makan pun dapat dikekang terutamanya terhadap makananyang manis-manis.

3. ESP bantu cantikkan kulit

Ade orang yg memang kulit dia cantik..untungla kan..hehe..tapi kite yg kulit x berapa cantik ni memang suka la nk minum esp sebab boleh cantikkan kulit. Kulit pun rase lebih halus, tapi yang lebih best kulit rasa lebih sihatlah, kalau dah memang azali kulut sawo matang, terimalah seadanya, insyaallah kalau cukup protein kulit akan lebih sihat.

4. Esp menghilangkan strecth mark

Haa, yang ni memang terbukti sebab mengandungkan anak keempat doktor-doktor pakat puji parut ceaser anak sulung dulu cantik sangat tak macam kena jahit, strecthmark pun dapat diatasi dan berkurangan hasil dari consume ESP ni.ESP bantu hasilkan sel baru yg lebih berkualiti n boleh kurangkan stretch mark kite tu.

5. ESP ni buat badan mak-mak menyusu tak menggeleber dan lebih ideal

Tahu tak kenapa ESP ni ramai orang gemarkannya?sebab salah satu manfaat dari orang yang amalkan ESP ni dapat effect kurus dan badan lebih langsing. Beza sangat kalau menyusu tak ambil ESP dengan ambil, rasa penat dan letih pun dapat diatasi dengan mengambil ESP setiap pagi atau sebelum makan tengahari. Biasa malam-malam nak tidur pun mak menyusu ni dia lapar, maka ESP ni pilihan lebih baik berbanding burger atau snacking makanan berat dan junkfood. Anak pun dapat nutrisi padu dari ESP.

Selain ESP banyak lagi yang terbaik untuk mama sepanjang tempoh penyusuan, untuk menyokong proses penyusuan yang lancar dan mencapai matlamat sehingga dapat menyusukan anak selama 2tahun, pemakanan yang sihat haruslah diamalkan juga pengambilan makanan tambahan dapat melengkapkan nutrisi yang lompang akibat cara dan kaedah penyimpanan dan masakan dalam pemakanan harian. 

Baca : Kami tak jual susu


TESTIMONI ESP DARI IBU MENYUSU






Bagaimana Nak Beli Produk Shaklee?


Sila hubungi 013-3392721 atau klik link di bawah


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

ATIKAH MAT SID 1174323 
No tel/wasap: 013-3392721 
Your trusted Shaklee Independent Distributor
Instagram: @supplementhouze @shakleeviaika @pickasupplement


Jangan lupa tekan button FOLLOW blog mommydailywellness.blogspot.com untuk pelbagai artikel menarik. 



A Better You Today. Theme by STS.