KESIHATAN SAYA LEBIH BAIK ASBAB SHAKLEE

Ni Ika tau, zaman gelap..hahah,zaman gelap kes banyak benda jadi kat diri sendiri. Ika ni antara mommy yang mengalami birth trauma yang teruk, dari kelahiran pertama, mengandung pulak jarak rapat dapat lagi birt trauma yang teruk semasa kelahiran anak kedua.







Akibat dari cara berpantang yang tak tepat, bersambung-sambung dari anak pertama tak pantang kes ceaser anak kedua pulak pantang cukup syarat, maka mendapatlah post-partum. Tak sedar pun berlaku benda tu, tapi semakin hari semakin teruk rasa diri sendiri. Sehinggakan bagi kesan kat hubungan suami isteri.


Masa tu memang emosi sangat tak stabil, selalu mood swing, baran tak tentu hala, rasa benci diri sendiri, selalu salahkan diri, benci dengar anak menangis, tak suka jumpa orang, eventhough suami ajak balik kampung rasa tak nak jumpa saudara mara.


Ditambah lagi lepas sakit lutut yang teruk masa mengandung anak kedua bersambung lagi epiod sakit badan even anak kedua dah 6 bulan lebih dah. Perangai tu terbawa-bawa sehingga setahun lebih berlarutan, until suami suarakan kebimbangan tengok isteri lain macam, suami nak datang dekat pun tak boleh. Ya Allah siapa pernah alami je yang faham situasi ni.


Bila suami bagitahu dan Ika ambil masa untuk muhasabah diri baru Ika perasan memang Ika punya perlakuan pun lain macam, untillah Ika baca perkongsian dari Mak bidan Kak Ice, segala ciri-ciri yang Kak Ice sebut dan bagitahu kat sharingnya memang semua tu Ika alami. Bertitik tolak dari tulah Ika mula dan cuba buat pantang balik, dan mula ambil suplemen sebaiknya dan cuba konsisten. Bila dah rasa tubuh sedap sikit lepas cubaan berpantang balik, tapi takleh nak recover sebaik seperti lepas bersalin betul-betul.


So, masa tu lah Ika bincang dengan suami nak tambah anak ketiga dan tekad nanti nak berpantang betul-betul. Haa, kat sinilah Ika terbuka mata hati dengan keberkesanan Shaklee, sebab sebelum tu dah consume tapi tak konsisten langsung. Sebab apa?Sebab nak TTC ni lah yang mencabar Ika masa tu ambil pil perancang. So bila dah plan nak tambah Ika immediately stoplah ambil. 6 bulan mencuba tak jadi apa, rasa peliklah sebab sebelum ni senang nak lekat, sekali time betul-betul nak Allah uji, huhuu. So bila haid still tak datang lepas berbulan stop ambil pil perancang, Ika jumpa doktor dan doktor cadangkan ambil ubat turunkan darah.


Well, tahulah, Ika bukan penggemar ubat, tapi pil perancang yang makan tu pun ambil secara terpaksa takut tersangkut dalam masa dekat lagi selepas peristiwa mengandung rapat anak pertama dan kedua. Rupanya Allah nak bagi ibrah kat kita, so Ika sedar dan silap terus sujud mohon ampun. So, cadangan doktor tu Ika tolak dengan baik, sebab doktor cakap kesan pil perancang tu akan hilang paling cepat 6 bulan ke setahun, atau lebih selain tu doktor suruh usaha je sebab memang masa tu jumpa doktor nak pastikan kita takde masalah untuk hamil balik. Takut weii kesan-kesan sampingan ni.



So lepas daripada mulalah Ika bincang dengan suami nak try produk Shaklee, nak buat mild detox dulu try VIVIX, DTX COMPLEX, ALFALFA, HERB-LAX dan juga Vitamin E, ESP, alfalfa sebab tu semua antara yang bagus untuk kesihatan rahim. So mulalah Ika buat detox sebulan lebih habis ESP takde apa lagi, masuk tong kedua baru separuh consume, haid Ika datang. Allah nak menangis rasa. So bila haid dah datang menten dan teratur setiap bulan, Ika updose Vitamin E untuk suami isteri. sebulan pertama, kecewa, masuk bulan kedua kecewa.



Sedih sungguh bila kita betul-betul nak tak dapat, tu pun jarak anak kedua dan ketiga 3 tahun je, yang bertahun-tahun dok usaha macam-macam tak tahulah dah berapa kali terhempas perasaan. Bulan ketiga mencuba alhamdulillah, hasilnya positif. Masyaallah.

So kat situ point yang paling buka mata Ika adalah proses DETOX, penting sangat sebab tak tahu apa dah yang ada dalam tubuh badan kita, lagi pulak kalau consume ubat secara berterusan dalam jangkamasa panjang pasti ada side effect. Paling ketara effect kat HATI lah sebab tu organ pertama toksin ditapis.


So, bila dah tengok betapa berkesannya Set detox ni, Ika dah set dalam plan, lepas habis berpantang Ika nak consume set detox ni ambil yang PREMIUM terus. So hinggalah sekarang, still Ika setia dok rotate set Hamil, Set Pantang, Set Menyusu, Set Detox ikut keperluan diri. So ni lah Ika sekarang. Kesihatan Ika, kesihatan anak-anak Ika dan kesihatan kami sekeluarga bertambah baik asbab Shaklee dengan izin Allah. Ika hanya berikhtiar dan berusaha, yang mengizinkan sembuh, malah yang memberikan kesihatan hanya Allah sahaja. Kehidupan yang positif, bahagia, dan gembira hari ini asbab ilham dari Allah jua kepada Ika untuk mencuba dan konsisten dengan Shaklee.




Tapi tak sangka hikmahnya terlalu banyak. Lagi best setiap kali beli dapat balik cash. Mana tak happy, kesihatan dapat, cash dapat, lagi best dok dalam circle orang cantik, sihat, awet muda, positif, aktif, kreatif, bertenaga. Power semua geng Shaklee ni asbab konsisten consume semua pakej dapat. Mana nak jumpa bisnes cemni kan? We don't sell product, tapi we share value and effect. Jom sertai kami, boleh whatsapp Ika. 

Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.