KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES

Actually banyak reason sebenarnya kenapa surirumah wajib buat bisnes. Ika tak nak sebut dan cerita tentang takut suami meninggal ke, suami tinggalkan sebab semua tu benda yang bukan dalam kawalan kita. Macam yang trending sekarang, bagi Ika benda yang dia cakap tu betul tapi semua tu bukan dalam kawalan kita seperti mati dan bab hati ni sebab Allah jua yang membolak balikkan hati manusia kan.




So dari perspektif Ika kenapa surirumah wajib buat bisnes sebab diri sendiri. Kenapa sebab diri sendiri?sebab bisnes adalah tarbiah yang sangat baik untuk diri sendiri. Untuk ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Untuk lebih dekatkan kita kat Allah. Kenapa? Kalau tak bisnes tak dekat dengan Allah ke? Tak maksud Ika bila buat bisnes ni kebergantungan kita kat Allah 100%. So kebaikan tu datang kat diri kita balik. Belajar dan baiki diri melalui bisnes. 





Bisnes adalah Sunnah Rasul dan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan? Tahu kenapa? kalau yang kerja makan gaji ni memang kita dah tahu hujung atau awal bulan wajib masuk gaji tapi bisnes? Tahu tak apa maksud 9/10 tu? Maksudnya nak dapatkan hasil 9/10 tu kena ada kombo 9 iaitu usaha, kerja keras, tak putus asa, disiplin, istiqamah, ilmu, penat jerih, tawakal. Pakej semua tu untuk bina keyakinan dan pergantungan kepada Allah.



Selain tu sebab paling common pastilah surirumah boleh buat saving sendiri, boleh buat perancangan dengan kewangan sendiri. Paling penting kenapa surirumah wajib buat bisnes adalah untuk membangunkan diri sendiri. Kadang disebabkan kita duduk kat rumah tambah lagi kalau tak bergaul dengan orang, lama-lama kita hilang keyakinan diri nak bercakap, minda akan jadi sempit jika berterusan mungkin akibat persekitaran dan sebagainya. 


Bila kita mula berniaga, kita mula bina prinsip hidup, ada matlamat yang jelas, bina pelan tindakan untuk capai matlamat, lipat gandakan ilmu pengetahuan, lipat gandakan kemahiran, mantapkan kualiti kesihatan dan mantapkan penampilan diri. Akhirnya lama-kelamaan potensi diri kita terserlah. Percaya tak Ika belajar dan dapat semua tu dari bisnes Shaklee. 


Keyakinan diri datang dari kita sendiri, jika kita tidak yakin dengan diri sendiri bagaimana orang mahu yakin dengan kita. Kitalah peneraju kejayaan diri sendiri. Setiap kita kan ada impian masing-masing, tapi terpaksa dikuburkan, dilupakan. Bisnes salah satu cara untuk capai impian kita, sebab semua orang ada keinginan TIME FREEDOM, MONEY FREEDOM tapi tak ramai yang sanggup harungi 9/10 rezeki tu. 


Tapi Ika ada bisnes Shaklee yang sangat convenient dengan keadaan Ika yang punya anak 5 orang untuk dikendali dan diurus. Sebab bisnes Shaklee hanya perlu TOOLS telefon dan internet sahaja untuk mula, yang lain semuanya bergantung kepada keinginan sendiri untuk buat yang terbaik supaya hasil bisnes dapat dirasai. Yang penting bisnes Shaklee mesra Family, sebab tu boleh tengok pengedar Shaklee pergi kelas, masuk workshop nutrisi pun boleh kendong bawak anak sekali. 


Jom bisnes Shaklee, mudah, all in pakej, circle yang sangat positif dan membantu. Boleh contact Ika untuk mula bisnes, serendah RM65 untuk memulakannya. Tapii ada tapinya, busines Shaklee berkembang dengan prove yourself with Shaklee, kita galakkan yang dah pernah or tak pernah guna produk Shaklee guna dan rasa dulu keberkesanan produk Shaklee. Barulah perkongsian dari hati dan 'proof living' sebab Shaklee tiada model berbayar. Kitalah modelnya. 


Catat Ulasan

A Better You Today. Theme by STS.