A Better You Today Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured

12 Manfaat Bawang Merah

Anda pernah makan bawang merah mentah? Goreng telur mata tabur bawang merah dimayang halus, buat salad, potong bawang merah nipis-nipis letak dalam salad, memang sedap rasa bawang merah mentah. Tambahkannya pada hidangan yang berbeza dalam resipi anda, impaknya berbeza.  Bawang merah mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terdapat kajian luar biasa yang dilakukan mengenai kuasa sayur ini untuk manfaat kesihatan . Terdapat begitu banyak faedah luar biasa bawang merah dan hari ini saya sangat teruja untuk berkongsi dengan anda semua hanya 12 manfaat hebat yang terdapat dalam bawang merah ini: 1. Tinggi Quercetin Bawang merah diketahui tinggi dalam satu antioksidan tertentu yang dipanggil quercetin yang membantu melindungi kesihatan kita dalam beberapa cara. Satu kajian telah menunjukkan bahawa quercetin bukan sahaja meningkatkan sistem imun tetapi juga melawan keradangan dan mengurangkan inflamasi. 2. Bantuan Pencernaan Yang Sangat Baik Bawang merah mengandungi fructooligosaccharides...

BERAKHIR SUDAH CONTEST MENULIS SETIAP HARI

Masyaallah Tabarakallah semalam 15 oktober berakhir sudah Jutawan Blog Contest - 30 hari tajuk. Ika sebenarnya memang teruja nak join contest ni, satu sebab Ika nak bina habit baru update blog setiap hari, rasa macam mustahil. Tapi tak sangka boleh je buat rupanya. Kedua sebab Ika join contest of course hadiahnya menarik, kang ku cakap takde sebab just suka-suka, macam menipu sangat, siapa tak suka reward kan? Wakakka. Ketiga, of course Ika just compete dengan diri sendiri je sebenarnya, not others.  Apa yang Ika belajar dari blog contest ni, struggle tu memang real, nak siapkan satu entri ya ampun macam hape je sebab ni bukan entri personal bukan main sedap taip je, kena ada fakta dan knowledge, Ika tak suka main copy paste sebijik-sebijik even ada kredit, Ika suka ayat Ika sendiri dalam setiap entri kerana itu dari hati Ika sendiri, alhamdulillah Ya Rasyid Ya Alim kerana kurniakan ilham yang tak putus-putus, nikmat apa lagi yang didustakan. Ya Syakur Ika syukur sangat m...

SAYA SUDAH TURUNKAN BERAT SEBANYAK 3.6KG 7 HARI BERDETOX

Copy paste status fb Ika, start buat detox pada 3 oktober dan berakhir 9 oktober 2019. Esok insyaallah re-detox balik. Hari ni dah hari ke-7 Ika buat #PLSChallenge. Hari ke-4 Ika cuba naik timbangan. Terkejut. Takde niat pun nak timbang. Sekali tengok penimbang ada kat lantai, cubalah naik. Allah, diri sendiri pun terkejut weii penangan #Jomdetox ni, baru ikut mealplan Shaklee, tak ikut mealplan geng detox #JomDetoxJutawan lagi, ahahha. So happy. Apa yang best empat hari ni Ika dapat tidur lena sangat, bangun pun mudah awal pagi, sebelum ni dah ada habit bangun awal pagi, tapi dah start makan merapu, haa. Habit lama datang balik. #Jomdetox versi kami ni insyaallah dapat nutrisi cukup, takde gigil dan best. Yang nak join detox jangan fikir lelama, makin lama toksin sedap duduk terperap dalam badan, makin bertambah-tambah simptom tak elok. Anyway Ika buat ni bukan untuk diri Ika seorang, tapi nak bagi 'motivation' kat 'someone' special untuk bertin...

KELEBIHAN BUAT BISNES SHAKLEE BERBANDING BISNES LAIN

Bermula dari pencarian untuk solusi sakit lutut dan seluruh tubuh akibat tidak berpantang semasa bersalin anak pertama asbab peluang kedua Ika kenal Shaklee dengan lebih baik. Kali pertama Ika kenal Shaklee dengan penuh perspesi. Dari makan sendiri, untuk bisnes jauh sekali kerana Ika tiada pengalaman berniaga. Namun siapa sangka dengan banyak kejadian dari jual tudung, nasi lemak, sabun dan skirt homemade akhirnya tiada yang seronok melainkan Shaklee kerana ada kepuasan yang berlainan bila dapat membantu mommy yang punya masalah yang hampir sama dengan Ika sewaktu proses kehamilan dan berpantang, seterusnya tempoh menyusu. Pengalaman melahirkan 4 anak pramatang juga satu asbab untuk Ika mengubah gaya pemakanan terutama ketika hamil, berpantang dan menyusu kerana situasi anak pramatang amat menuntut Ika sebagai ibu memberikan nutrisi terbaik untuk memastikan anak pramatang dapat membesar dengan baik seperti bayi lain yang normal. Alhamdulillah, dengan izin Allah Ika teruskan bi...

5 ORGAN DETOX DAN FUNGSI

Bayangkan dalam sebuah rumah ada seorang tukang kemas dan 5 orang yang tukang semak rumah. 3 orang anak dan suami isteri.  Sepanjang hari bila semua orang ada di rumah, akan bersepah dalam sekejapan waktu. Kemas satu tempat, tempat lain bersepah. Baru habis kemas 20 minit, habis berterabur kembali tak sampai 5 minit. Puas lah seorang tukang kemas ini mengemas rumah tapi tak dapat kemas kemas juga rumah. Apabila suami isteri pergi kerja dan anak anak pergi ke sekolah, baru lah tukang kemas dapat mengemas rumah dengan rapi. Begitulah juga sel dalam badan kita yang ada tukang kemas tersendiri yang akan keluarkan bahan perkumuhan metabolisma sel (waste material). Bila tuan punya badan sentiasa makan, sel badan tidak dapat melakukan pembersihan sel secara efisien. Contohnya; orang yang bangun tengah malam untuk makan! Sel perlu melakukan proses pembersihan ini kerana bahan buangan yang terlampau banyak dalam sel, akan menyebabkan sel menjadi tidak sihat dan tidak dapat berfung...

BEKERJA TAPI NAK BUAT BISNES? BOLEH KE?

Kadang Ika sebagai surirumah malu dengan diri sendiri sebab Ika perasan dari dulu ada sejenis orang walau dah kerja dia berniaga lagi. Pelik sekali fikir, gaji dah ada, apa lagi yang nak?  Since Ika terjebak dengan Shaklee barulah Ika faham. Kita memang patut berniaga tak kira kita surirumah ke, dah bekerja ke, even kita dah kaya pun, berniagalah! Sebab apa? Tu sunnah Rasul S.A.W, Rasul kita. Tiada alasan untuk kita tak berniaga kan?  Ika teringat kisah upline Ika sibuk bekerja pun masih bekerja. Handle anak lagi, handle bisnes lagi. MasyaAllah memang terkagum dengan semangat diorang ni, moga Ika pun tertanam sikap sebegitu, betapa hebatnya usaha dan attitude orang bekerja dan berniaga ni. My super upline punya story lagi hebat, bekas peguam Ika ingat cerita nya, my super upline ni everyday akan bangun pukul 2 pagi untuk fokus bisnes Shaklee sebab untuk masa lain selain memenuhi tuntutan kerjaya sebagai peguam, urusan rumahtangga dan anak-anak tetap berjalan. ...

KEGEMUKAN PUNCA SAKIT KRONIK

Bila bercakap tentang obesiti, kita tidak terlepas daripada mengaitkannya dengan susuk tubuh manusia yang bertubuh gempal dan besar.Maksud obesiti di sini adalah keadaan di mana seseorang memiliki lebihan lemak di dalam badan sehingga boleh mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan. Hakikatnya, obesiti atau gemuk berlebihan ini bukanlah keadaan yang kita dapat elakkan. Ianya berlaku kepada semua orang tanpa mengira bangsa dan warna kulit malahan kanak-kanak juga mengalaminya. Laporan terkini menunjukkan bahawa obesiti adalah salah satu penyakit yang meragut hampir 600 juta nyawa di seluruh dunia. Situasi tentang obesiti di Malaysia pula agak menakutkan dan membimbangkan. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, hampir 8.5 juta rakyat Malaysia memiliki berat badan berlebihan manakala lebih kurang 4 juta orang pula mengalami masalah berat badan melampau atau obes. Makanan Manis Punca Obesiti Terdapat beberapa punca mengapa obesiti meningkat secara mendadak pada zaman ...

KENAPA SURIRUMAH WAJIB BUAT BISNES

Actually banyak reason sebenarnya kenapa surirumah wajib buat bisnes. Ika tak nak sebut dan cerita tentang takut suami meninggal ke, suami tinggalkan sebab semua tu benda yang bukan dalam kawalan kita. Macam yang trending sekarang, bagi Ika benda yang dia cakap tu betul tapi semua tu bukan dalam kawalan kita seperti mati dan bab hati ni sebab Allah jua yang membolak balikkan hati manusia kan. So dari perspektif Ika kenapa surirumah wajib buat bisnes sebab diri sendiri. Kenapa sebab diri sendiri?sebab bisnes adalah tarbiah yang sangat baik untuk diri sendiri. Untuk ubah diri kita ke arah yang lebih baik. Untuk lebih dekatkan kita kat Allah. Kenapa? Kalau tak bisnes tak dekat dengan Allah ke? Tak maksud Ika bila buat bisnes ni kebergantungan kita kat Allah 100%. So kebaikan tu datang kat diri kita balik. Belajar dan baiki diri melalui bisnes.  Bisnes adalah Sunnah Rasul dan 9/10 rezeki adalah dari perniagaan? Tahu kenapa? kalau yang kerja makan gaji ni memang k...