Ini isu panas dan hangat dikalangan mommy kan?


Sedih jugak baca luahan mommy yang terpaksa berpantang tanpa kerelaan dirumah mertua disebabkan desakan suami, atau dalam keterpaksaan. Kebanyakan isu yang timbul adalah ketidakselesaan bila berpantang tambah lagi kalau ada biras dan ipar duai didalam rumah tersebut.


Keselesaanlah faktor utama yang paling penting bila nak berpantang.


Kita selesa nak tidur baring bila-bila masa. Kita selesa bila-bila nak masuk keluar dapur. Kita selesa nak menyusukan anak bila-bila masa. Kita selesa nak makan bila-bila masa. Kita boleh sesuka hati kita nak buat apa ikut keselesaan diri kita bila duduk rumah mak sendiri berbanding mertua.
Kadang kita tak nak menyusahkan mak mertua dan paling nak jaga adalah hati mak dan mak mertua. Kita tak nak menyusahkan mak-mak yang makin dimamah usia.


Tapi bila bab pantang, semua dalam dilema kalau suami masuk campur guna kuasa veto tanpa bertanya dahulu kepada isteri akan kemahuan bila berpantang. Terpaksa turutkan semua permintaan suami tanpa berbincang terlebih dahulu.


Ika dulu ingat lagi memandangkan bapa mertua tengah sakit kalau boleh memang tak naklah duduk rumah mertua sebab fikir mak mertua dah sibuk tambah plak kita menyibuk, lagi kesian. Syukur sangat dah masa tu sebab boleh fokus berpantang kat rumah mak.


Tapi disebabkan permintaan mak dan bapa mertua nak tengok cucu setiap minggu terpaksalah berulang alik setiap hujung minggu semata-mata nak jaga hati mertua, tambah lagi tengah sakit. Ikutkan hati Ika sendiri memang tak naklah ulang alik macam tu, yelah diri sendiri pun tengah recover lagi, tapi itulah pengorbanan seorang isteri. Nasib baik suami pun faham, so takdelah biar bini sorang mengadap situasi cemtu. Lagipun sentiasa ingat pesanan ayah masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang rimau mengaum, pandai-pandailah sesuaikan diri dengan situasi. 


Ika anggap tu jelah masa yang ada untuk mereka. Sama macam mak ayah kita sendirilah keluarga mertua ni. Kenangan masa berpantang. Teringat plak kat arwah abah. So tak salah pun berkorban untuk mereka, sebab kita pun tak tahu sampai bila boleh tengok wajah mereka. Alhamdulillah mak mertua Ika memang dari syurga dan sentiasa buat terbaik untuk anak menantu, cuma Ika lah kenkadang rasa segan sangat sebab rasa menyusahkan orang. So tu sebab lebih senang berpantang kat rumah mak sendiri, tu pun rasa serba salah jugak sebab still susahkan mak ayah

Tapi Ika ingat lagi pesanan ayah "masa mak ayah ada ni, baliklah berpantang kat kampung walaupun mak ayah tak larat dah jaga, boleh tengok anak depan mata berasa lega dah", hihi tu sebab Ika ingat pulun beranak selagi mampu, at least sempat lagi balik pantang kat kampung. So tu sebablah Ika bertimbangrasa untuk berpantang rumah mak mertua jugak sebab feelingnya mestilah sama dengan mak ayah kita rasa.



Bila anak dah mula sekolah semuanya, tak lain tak bukan memang kena pantang sendirilah nampak gaya, melainkan waktu berpantang tu cuti sekolah, hehe. Tak gitu mommy?.


Berpantang rumah mak atau rumah mertua adalah pilihan masing-masing. Pilihlah yang mana mudahkan kita, selesakan kita sebagai ibu yang tengah berpantang. Kita tak nak pantang dalam keadaan stress emosi dan perasaan.


Emosi dan perasaan tu datangnya dari faktor sekeliling jugak, sebab tu bila dah hamil, bincang dan rancang awal-awal bagaimana tempoh berpantang yang kita mahukan, dan suami pun kenalah faham situasi isteri yang luka emosi fizikal selepas bersalin. Jangan memaksa isteri dan berbincang secara dua hala supaya tiada salah faham dan tercalar emosi antara satu sama lain. Dua minggu pertama selepas bersalin adalah tempoh kritikal isteri selepas bersalin untuk pulih, sebaiknya ikutlah apa yang isteri selesa dan memudahkan tempoh penyembuhannya.

Lepas tempoh 40hari tu suruhlah isteri nak duduk selama mana pun rumah mertua, kerana tak semua mertua dapat memahami ketidakseimbangan hormon wanita yang lepas bersalin walaupun diri sendiri pernah alami dulu. Kalau tak takdelah bersepah luahan kat group rumahtangga, group ibu-ibu.


Ika hanya fikir suatu hari Ika pun bakal jadi mak mertua orang, sebolehnya kita tentulah nak buat yang terbaik untuk anak cucu kita. Moga-moga Ika jadi mak mertua yang berlapang dada dan tak kisah atau tak cepat ambil hati sekiranya menantu tak nak berpantang dengan mertua, sebab tu pilihan masing-masing.







” Kekurangan Kalsium dan Magnesium boleh menyebabkan kita berjaga beberapa jam dan tidak boleh kembali tidur jika terjaga”

Kalsium sangat berkait rapat dengan kitaran tidur.

Dalam satu kajian, yang telah diterbitkan di European Neurology Journal, penyelidik mendapatitahap kalsium dalam badan adalah tertinggi ketika kita tidur paling lena, seperti dalam fasa REM (rapid eye movement).

Kajian juga mendapati gangguan dalam tidur terutama apabila kehilangan fasa REM adalah berkait dengan kekurangan kalsium. Untuk mendapatkan tidur yang lena kembali, tahap kalsium dalam badan juga perlu normal.

Willian Sears, seorang doktor memberitahu


“Kalsium membantu minda menggunakan asid amino tryptophan untuk menghasilkan bahan melatonin, sejenis bahan yang membantu untuk tidur. Ini membuktikan kebanyakan produk bersusu mengandungi kedua-dua bahan (kalsium dan tryptophan), makanan yang boleh membantu kita untuk tidur”




Kekurangan Magnesium Menyebabkan Insomnia

Sebab utama insomnia yang kronik adalah kekurangan magnesium. Tidur juga terganggu akibat banyak kali terbangun ketika tidur.

Kajian juga mendapati kandungan magnesium yang tinggi dalam badan dan aluminum yang rendah boleh menyumbang tidur yang lebih lena. Kajian ini telah dibuktikan oleh James Penland di Human Nutrition Research Center di North Dakota.

Secara keseluruhannya, kadar pengambilan kalsium dan magnesium yang seimbang mampu memberikan kesan terbaik dalam menyumbang kepada tidur yang lebih lena.






Kenapa Ostematrix?


Kenapa kita memilih Ostematrix untuk tidur yang lebih lena dari jenama lain?

Kerana Ia mempunyai
1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semula jadi
400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
400 IU (100% DV) vitamin D untuk merangsang penyerapan kalsium

Kalau sebut beg branded memacamlah jenama timbul, dari Sembonia, Bonia, Hermes, Micheal Khors, dan macam-macam lagilah.
Jenama pun ikut taste memasinglah. Ada yang sanggup ikat perut semata untuk memiliki beg berjenama kegemaran. Salah ke? Sikit pun tak salah.
Sebab paling popular, kita puashati. Reward diri.


Bercakap tentang reward diri, Ika suka tentang ganjaran yang memberi manfaat banyak buat tubuh badan Ika sendiri, yang bernilai untuk kesihatan diri.
Orang kata, kalau nak sayang orang lain pastikan kita sayang diri sendiri dulu.
Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, tentunya kesihatan menjadi topik utama kerana dengan kesihatan yang baik, mama tentunya dapat menjalankan rutin dan tanggungjawab dalam urusan rumahtangga sebaiknya.


Since anak makin bertambah makin bertambah juga kesedaran tentang menjaga kesihatan dan memastikan semua isirumah mendapat nutrisi yang baik secukupnya.
Dulu, kalau bab pemakanan memang tak diambil cakna, asal kenyang sudah. Sekarang berubah 360°, kalau boleh segalanya mahu dibuat sendiri. Selain air tangan, tahap kebersihan dan kualiti penyediaan makanan lebih terjamin.


Dengan arus kemodenan hari ni, ketidakcukupan nutrisi tetap berlaku kerana banyak faktor, disebabkan itulah pengambilan suplemen harian menjadi tititiktolak terbaik buat Ika sekeluarga meningkatkan tahap kesihatan diri dan keluarga.



Bermula dari Set Hamil, Set Pantang dan seterusnya Set Detox, hari ini Ika berbangga terus memilih Shaklee sebagai suplemen semulajadi sebagai alternatif untuk tingkatkan kesihatan. Formulasinya yang berkesan dan selamat malah ianya bersumberkan semulajadi menambah keyakinan sebagai suplemen berjenama yang sangat berpatutan untuk seluruh keluarga.

Macam mana tak jatuh cinta, dari obesiti jadi fit, dari kulit bermasalah, kulit jadi lebih sihat dan percaya atau tidak dengan Shaklee merubah rutin hidup dan pemakanan Ika sekeluarga. 

Jom dapatkan Suplemen Harian untuk tenaga dan tingkatkan kesihatan diri secara menyeluruh. Daily Essential adalah permulaan terbaik untuk anda mula menambah nilai dalam kehidupan seharian. Dapatkan suplemen anda klik https://bit.ly/2rAcQsB. 


Bila hamil kebanyakan self esteem mommy turut merudum akibat perubahan hormon. Ada yang kulit jadi sangat sensitive, jerawat naik berjemaah, kulit makin gelap, kusam, dan sangat kering. Sangat menyakitkan mata kan?Baru bab kulit kan, tapi disebabkan bayi dalam kandungan menjadi keutamaan, mommy boleh berkompromi malah dengan selulit diseluruh badan, kan?


Jika dibiarkan berlarutan sememangnya masalah ini berlarutan sehingga habis berpantang. Sebenarnya, masalah ini berpunca dari nutrisi yang tak mencukupi mengikut keperluan badan si ibu, kerana nutrisi ketika hamil diperlukan berganda dari kebiasaan. Mommy boleh kurangkan segala masalah dengan mencukupkan keperluan nutrisi harian sahaja! Betulkah?Iyye betul.


Ambil vitamin C setiap hari

Keperluan vitamin C dalam menu seharian jangan sesekali diabaikan lebih-lebih lagi vitamin C punya sifat anti-oksidan yang tinggi.

Badan manusia tak boleh menyimpan vitamin C dalam tubuh, maka ianya perlu diambil setiap hari. Sumber vitamin C sangat banyak, tunggu mommy ngapp je.



Vitamin B untuk bayi dan mama

Perasan tak bila start hamil asid folik  is a must. Sebenarnya sebelum hamil lagi keperluan vitamin B sangat penting, kerana urat saraf berfungsi dengan baik bila vitamin B mencukupi keperluan badan. Begitu juga vitamin B ini penting untuk bayi berkembang sempurna.

Bila vitamin B cukup, kulit pun mendapat bonus untuk kekal lembap dan sihat. Bukan susah untuk dapatkan vitamin B seharian, cuma ianya sensitive dengan suhu masakan yang akan mengurangkan nutrien.




Kekal dehidrasi.

Tahukah kebanyakan ibu mengalami kencing kotor akibat kekurangan minum air yang sedikit untuk mengelakkan berulang alik masuk ke tandas tanpa sedar ianya mengundang risiko lain.

Cukup kan minum air paling minima 1.5liter seharian. Mudah tapi tak semua mampu buat melainkan disiplin tinggi untuk ubah rutin pemakanan. Air yang cukup mengelakkan kulit dari kering.





Protein

Protein adalah sumber paling asas untuk keperluan sel kulit, kerana ianya membantu menggantikan sel yang mati, membantu membina sel baru. Sekiranya keperluan protein tidak mencukupi, kulit anggota badan paling besar mudah nampak kering,kusam dan sensitif dengan keadaan persekitaran. Sumber protein boleh diperoleh dari daging, telur etc namun protein dari tumbuhan jangan diabaikan.


Magnesium untuk kulit

Magnesium membantu anda untuk tetap fit, muda dan energik. Kurangnya kandungan mineral dapat memberi kesan buruk buat kulit. Magnesium dapat membersihkan dan mendetoksifikasi kulit. Magnesium meningkatkan hidrasi kulit yang meningkatkan produksi kolagen yang akan membuat anda awet muda.

KOPI ELAK KULIT MELEPUH 

Apabila terkena air panas , anda tentu berasa risau jika ia meninggalkan parut yang hodoh pada bahagian tubuh .Atasinya dengan menepekkan serbuk kopi serta-merta pada bahagian yang berkenaan.Selepas 10 minit ,bersihkannya .Anda akan mendapati kulit tidak melepuh .


RAWAT SEMBELIT DENGAN BIJI SAWI

Jika anda mengalami masalah sembelit ,dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi .Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya .Rebus hingga mendidih .Kemudian ,biarkan air rebusan sejuk pada suhu bilik .Tapis dan minum airnya setiap pagi dan petang sehingga sembuh.


KILATKAN CERMIN 

Cara mudah untuk membersihkan cermin ialah dengan memasukkan sesudu cuka dan sedikit air ke dalam bekas penyembur .Sembur cermin dengan air tersebut dan lap dengan kain lembut yang tidak berbulu .Hasilnya cermin akan bersih berkilat .



LOBAK RAHSIA KULIT TEGANG 

Bagi wanita pertengahan usia ,pastinya bimbang dengan kehadiran kedut di wajah .Bagaimana anda boleh melewatkan penuaan dengan petua ini. parut sebatang lobak merah dan satuan dengan sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur .Gaul hingga sebati lalu sapukan pada keseluruhan wajah serta leher sebagai masker.Biarkan sehingga kering selama 20 minit.Kemudian ,bilas dengan air suam .Amalkan selalu.



LURUS RAMBUT CARA SEMULA JADI 

Tanpa kos yang besar untuk ke salun,anda boleh meluruskan rambut dengan kaedah alami.Caranya bancuh dua biji telur dan sedikit tepung gandum sehingga menjadi pes .Lembapkan rambut dengan air dan lumurkan bancuhan pada keseluruhan rambut .Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam .Kemudian bilas bersih rambut .Lakukan dua kali seminggu .


KEDONDONG RAHSIA TUMIT CANTIK 

Untuk menghilangkan kesan rekahan pada tumit ,hiris lima biji buah kedondong dan tumbuk bersama dua sentimeter kunyit hidup hingga hancur .Letakkan bahan yang telah di tumbuk di atas daun sirih dan lipatkan .layur lipatan daun di atas api perlahan .Apabila suam-suam panas ,tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain .Lakukan sekali seminggu sahaja .


Siapa kata untuk mengekalkan kesihatan sesuatu yang payah ?
Lihat saja 7 di bawah cukup mudah sekali .


  1. MINUM SUSU SETIAP HARI 
          Waktu pagi sebelum mula beraktiviti ,minum susu bagi mendapatkan tenaga dan pilih susu rendah lemak dan kalsium tinggi . Susu mengandungi nutrien lengkap berbanding minuman yang lain.


      2. TETAPKAN MATLAMAT

           Tetapkan matlamat untuk kekalkan kesihatan . Dan pastikan terus bersemangat untuk melaksanakan .


      3.BEROLAHRAGA 
         
           Luangkan 30 minit untuk berolahraga setiap hari . Ia bagi mengekalkan keadaan tubuh agar tetap cergas .

       4.ISTIRAHAT YANG CUKUP 

            Pastikan cukup tidur iaitu di ana

tara 6 -7 jam sehari .
   
        5.KEBERSIHAN DIRI 

             Amalkan mencuci tangan dengan sabun agar sentiasa bersih lebih - lebih lagi apabila tangan sering memegang sesuatu yang kurang bersih . Pastikan mandi dengan sabun dan menggosok gigi .


        6.DIET SIHAT

             Amalkan diet dengan sempurna  . Makan antara 5 - 6 kali sehari ,tetapi dengan kuantiti yang sedikit . Kurangkan makanan garam , gula dan makanan berlemak / berminyak .


        7.KENDALIKAN STRES 

             Stres boleh mempengaruhi pola makanan yang buruk jika tidak ditangani . Sebaiknya jauhi stres serta punca yang boleh menyebabkan stres .


See, nak sihat kita yang pilih bagaimana gaya hidup kita. Perlukan makanan tambahan untuk harian anda? Tak tahu bagaimana untuk mulakan pengambilan suplemen?

Like & Follow FB pages : Rahsia Hamil Pantang Cergas
Personal FB: Atikah Mat
IG: supplementhouze

Metabolisme merupakan cara tubuh badan membakar semua kalori makanan yang dimakan.ia adalah proses kompleks yang melibatkan reaksi kimia di dalam tubuh bagi memastikan organ - organ dalaman berfungsi dengan  baik.kadar metabolisme pula ukuran kelajuan tubuh membakar kalori.

Faktor jantina , ketinggian , berat , umur , genetik, gaya hidup dan komposit tubuh mempengaruhi metabolisme .Metabolisme ini memainkan peranan yang penting dalam pengawalan berat badan - lebih tinggi metabolisme , lebih banyak kalori yang mampu dibakar dan rendah risiko untuk berat badan naik.

Ikuti 10 tip di bawah untuk meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat badan ideal : 


AMBIL BANYAK PROTEIN 
Protein memiliki kesan 'thermic' yang tinggi .Tubuh akan membakar lebih banyak kalori untuk mencernakan sumber ini. Anda boleh mencuba Protein ESP sumber dari soya non-gmo.
SARANAN

          Masukkan sumber protein yang tidak berlemak dalam setiap hidangan. Makan antara lima hingga enam sajian kecil setiap hari dengan memasukkan protein yang tidak berlemak seperti keju rendah lemak , ikan ,kekacang ,ayam , atau mentega kacang .Ini adalah cara terbaik untuk meningkatkan metabolisme dan memberi rasa kenyang yang lebih lama sepanjang hari.
         
          Memakan bar tenaga (energy bar) adalah cara yang baik umtuk mendapatkan tenaga segera.antara bahan - bahannya ialah mentega kacang , kekacang , buah-buahan kering yang mampu memberikan protein dan serat yang tinggi .

MINUM TEH HIJAU

          Minum teh hijau dapat meningkatkan metabolisme .minum enam hingga lapan cawan teh hijau sehari boleh meningkatkan metabolisme . Cinch Energy Tea Mix merupakan gabungan 4 jenis teh terbaik untuk membakar kalori.

JANGAN TAKUT DENGAN PERALATAN GIM

           Peralatan gim ini bagus untuk membentuk otot agar tidak mengumpulkan lemak dan dapat meningkatkan metabolisme . Dan dapat membantu memupuk tabiat yang baik serta konsistensi dalam menjalani program senaman dan kecergasan .

AMBIL OMEGA-3

            Omega-3 dapat membantu metabolisme lebih efisien, melambatkan proses pencernaan dan mengelakkan rasa lapar.
Antara omega-3 terbaik adalah Omegaguard Shaklee kerana mengandungi 7 spectrum penuh jenis asid lemak Omega-3 semulajadi. 


GUNAKAN MINYAK ZAITUN / MINYAK KELAPA DARA 
         
             Sesetengah jenis minyak amat baik dalam penurunan berat badan . Minyak zaitun dan minyak kelapa dara mengandungi lemak sihat di dalamnya yang boleh memicukan metabolisme dan dapat membantu tubuh membakar lemak .

KURANGKAN KARBOHIDRAT 

             Ambil lebih banyak protein yang mana boleh meningkatkan metabolisme sebanyak 30 peratus dalam tempoh 12 jam . Karbohidrat dan lemak hanya meningkatkan metabolisme sebanyak 4 peratus dalam tempoh  kurang dari sejam .


DETOKSIFIKASI TUBUH 

            Detoksifikasi adalah cara yang efektif untuk menyingkirkan toksin-toksin yang terkumpul dalam badan , dapat meningkatkan metabolisme dan memelihara kesihatan badan .Jauhi diet detoks yang ekstrem yang boleh memudaratkan kesihatan .   

             Detox cara shaklee amatlah disarankan kerana tiada kesan yoyo, dari bahan natural dan selamat.

MINUM BANYAK AIR

            Minum banyak air kerana tubuh yang dehidrasi melambatkan metabolisme serta membuar rasa lapar dan lembap.Gantikan minuman ringan dengan teh hijau . Ia memberi tenaga yang banyak .


MINUM AIR BERSAMA LEMON / LIMAU NIPIS 

           Minumlah air suam dengan campuran sebiji atau setengah biji limau jus lemon di dalamnya bersam serat . Ia meningkatkan metabolisme selain melancarkan sistem pencernaan .


MAKAN SAJIAN YANG KECIL TETAPI KERAP

            Tip ini sentiasa disarankan . Makan dalam kuantiti yang kecil , tetapi kerap setiap hari akan membantu pembakaran lemak lebih banyak.
A Better You Today. Theme by STS.