Ramai mommy ambil enteng tentang persediaan untuk bersalin dan berpantang. Katanya, insyaalllah semua akan ok. Realitinya ramai ibu baru mengalami stress dan hampir meroyan akibat persediaan yang diambil ringan ketika berpantang. Percaya atau tidak, sembelit, sakit seluruh tubuh, tidak cukup tidur, keletihan melampau, lambat makan, anak kurang tidur dan asyik meragam adalah punca-punca yang bakal menyebabkan mommy hampir meroyan jika tidak dikawal dan diatasi dengan segera. Tips elak meroyan ini khas untuk bakal mommy dan berkali-kali jadi mommy sebagai panduan untuk elak risiko meroyan.

1. Pelajari dan fahami tanggungjawab sebagai bapa daripada kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan ketika  mengandung lagi.

2. Pastikan anda dapat bantuan dari suami. Ahli keluarga yang lain untuk beri sokongan emosi jika berasa tertekan dengan sesuatu perkara sewaktu dalam proses jagaan selepas bersalin.

3. Dapatkan pembantu rumah/pantang. Sebaik-baiknya dapatkan pembantu rumah yang boleh menguruskan kerja-kerja seharian dan pada masa yang sama boleh membantu menjaga bayi baru lahir memandangkan keadaan anda masih lemah.

4. Rehat yang mencukupi adalah penting. Ambil udara segar dihalaman rumah dan jangan hanya berada didalam rumah walaupun anda sedang menjalani rutin jagaan selepas bersalin.

5. Tidur sewaktu bayi tidur. Sekiranya tidak berupaya untuk melelapkan mata, cukuplah sekadar berehat dengan berbaring dikatil tanpa memikirkan apa-apa jua perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan.

6. Pengambilan nutrisi lengkap. Pemakanan yang berkhasiat juga penting dititikberatkan untuk kembali cergas. Elakkan diri daripada tidak makan untuk tempoh masa yang panjang. Langkah ini membantu tahap gula dalam badan anda menurun. Malah makanan seimbang dapat menghindarkan diri anda daripada menjadi letih dan tidak bertenaga.

7. Lakukan senaman ringan
Senaman ringan membantu anda lebih cergas secara mental dan fizikal. Cukup berjalan-jalan sekitar halaman rumah atau kerap berjalan didalam rumah, dapat membantu kelancaran pengaliran darah dalam tubuh semestinya.

8.Bersikap realistik
Ketika dalam tempoh jagaan selepas bersalin, anda seharusnya menitikberatkan aspek kesihatan diri dan pada masa sama belajar mengurus bayi dengan betul. Namun, jangan bebankan diri dengan perkara  yang sukar dilakukan. Apa yang penting anda serono menikmati waktu pantang.

"Terdapat satu kajian yang dijalankan mendapati wujud kesan positif ibu melakukan urutan dan bertungku di dua minggu pertama selepas bersalin. Apatah lagi ibu berpeluang berbual-bual sambil meluahkan perasaan sepanjang rutin urutan dan bertungku dijalankan. Hal ini secara tak langsung dapat mengurangkan risiko kemurungan yang mungkin ada."



Mommy yang masih mencari-cari set pantang terbaik pilih set Shaklee kerana nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi amat penting. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan anda, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan anda di samping memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Double meaning sangat tajuk ni kalau kat belah suami kan. Terus datang syak wasangka isteri, hehe. Namun orang baru dalam hidup suami tak lain tak bukan zuriat hasil cinta kalian.
Dalam suasana baru menerima kehadiran  orang baru, percayalah suami pun dalam keadaan teruja, tak percaya. Berikan masa padanya untuk membiasakan suasana baru untuk turut sama mengurus anak kecil. Namun segelintir suami tidak memahami perjuangan seorang isteri setelah kelahiran anak. 

Apa yang suami boleh lakukan sejurus menerima cahaya mata adalah:-

1.Fahami keadaan dan situasi
Selepas bayi lahir tentunya isteri anda banyak kewajipan yang perlu dilunaskan. Menyusukan si kecil sahaja sudah mengambil sebahagian besar masa isteri. Fahamilah situasi ini dan redalah semua ini dilakukan demi zuriat yang baru lahir.

2. Bantu isteri menguruskan sikecil
Percayalah suami, pertolongan anda dalam menguruskan sikecil amat dihargai isteri. Jika berasa kekok bantu isteri menguruskan rumah dan anak-anak lain dengan mencuci pakaian, menyediakan makanan dan melayan karenah anak.

3. Sayangi sikecil
Apabila anda menunjukkan kasih sayang pada sikecil isteri anda juga tentu akan gembira. Menyayangi si kecil bermakna menyayanginya juga. Peruntukan masa sedikit untuk melayan sikecil selepas balik kerja membuatkan anda dihargai isteri.

4. Letakkan prioriti anda kepada isteri dan anak
Selepas mempunyai anak, rumahtangga kini menjadi keutamaan dalam kehidupan anda. Buang perangai anda yang lama seperti suka menghabiskan masa dengan rakan atau lebih mengutamakan hobi. Kini anda punya ahli keluarga dan ada tanggungjawab baru yang memerlukan kerjasama dan perhatian anda.

5.Beri Hadiah pada isteri
Hadiah seringkali menjadi penambat sanubari yang paling berkesan. Apa kata hadiahkan sesuatu kepada isteri untuk menunjukkan anda masih menyayanginya dan mencintainya. Hadiah tidak semestinya mahal. Cukup sekadar tanda ingatan ikhlas.


Nahh, simple sangat menghargai isteri anda tambah lagi jika sudah mula menggalas tugas sebagai ibu. Apakat hadiahkan juga set suplemen untuk menyokong isteri dari luar dan dalam. Katakan "sayang, abang ada belikan suplemen untuk ayang sebab nampak ayang letih sangat sejak ada baby ni. Abang hanya mampu hadiahkan kesihatan buat ayang, sebab abang nak ayang sentiasa happy, sihat dan bertenaga even sibuk uruskan anak kecil kita."



Aww, sweet bersemut gitu. Set Daily Essential atau Energy for Life sangat sesuai untuk ibu menguruskan rumahtangga. 

Meroyan merupakan istilah umum orang melayu terhadap perubahan emosi selepas bersalin. Kehadiran cahaya mata merupakan detik membahagiakan. Namun ada segelintir wanita menghadapi tekanan emosi sehingga boleh menjejaskan rumahtangga dan perhubungan suami isteri.


Ramai mommy tak menyedari tempoh berpantang iaitu sejurus selepas bersalin adalah amat penting dititikberatkan. Jika tekanan yang dialami tak diatasi dengan sewajarnya wanita tersebut mungkin menderita seumur hidup.


Dianggarkan sehingga 85% wanita alami gangguan perasaan selepas bersalin. Namun begitu kebanyakannya hanya mengalami pada tahap ringan dan tidak memerlukan rawatan perubatan.
Selebihnya ada yang mengalami tekanan emosi berpanjangan. Gangguan perasaan selepas bersalin dikelaskan dalam 3 kategori.


Postpartum Blues
Masalah perubahan emosi yang normal dan tak serius. Masalah yang kerap berlaku selepas bersalin. Perubahan ini memuncak pada hari ketiga hingga kelima selepas bersalin. Namun, ia akan berkurangan selepas lebih dari 10hari bersalin dan akhirnya emosi kembali seperti biasa.


"Dikalangan 1000 orang ibu yang melahirkan satu hingga dua orang boleh diserang psikosis."


Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression pula adalah gangguan psikologi yang biasanya memerlukan individu mendapat rawatan doktor pakar. Kemurungan yang dialami lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi. Difahamkan masalah ini boleh berlaku dikalangansatu bagi setiap lapan orang ibu yang melahirkan anak ataupun10 hingga 20 peratus dikalangan ibu yang hamil.


Masalah kemurungan ini kerap berlaku pada bulan pertama sehingga setahun selepas kelahiran anak. Kemurungan juga boleh terjadi kepada ibu yang kematian anak dalam kandungan atau keguguran. 

Awas mommy simptom meroyan boleh terkena kepada sesiapa sahaja. Ambil tahu apa keperluan mommy ketika berpantang. Nantikan Tips untuk elak meroyan di next entri.


Postpartum Psikosis
Juga dipanggil gila merotan adalah tahap paling teruk kerana boleh melibatkan halusinasi dan delusi. Bermula dari perasaan tidak tenang, sentiasa resah, ragu-ragu, bercelaru, merepek dan mengeluarkan kata-kata yang sukar diterima akal. Emosi selalu berubah, sedih melampu dan sering menangis atau marah tanpa sebab.

Sememangnya wanita yang pertama kali hamil akan mengalami kekeliruan untuk mengetahui sama ada kesakitan yang dialami ialah kontraksi sebenar atau palsu. Jadi ketahui ciri-ciri kontraksi yang tulen supaya anda tidak tertipu.


-pengecutan otot rahim akan bergerak dari bahagian atas ke bawah pangkal rahim
-kesakitan mungkin boleh bermula dari bahagian bawah belakang dan bergerak ke hadapan perut mahupun sebaliknya.
-ada segelintir wanita hamil menganggap kesakitan yang dialami adalah sama seperti sengungut ketika haid.
-jika anda berjalan sakit akan terasa lebih kuat.
-tempoh kontraksi boleh dikira dengan cara meletakkan tapak tangan pada bahagian puncak rahim bagi mengesan pengecutan rahim.




Jika didapati kontraksi yang dialami adalah palsu, maka anda digalakkan untuk berjalan perlahan-lahan atau mengubah kedudukan anda ketika itu duduk atau berbaring. Lazimnya lama-kelamaan ketidakselesaan yang dialami kontraksi palsu akan hilang dengan sendirinya. Hal ini kerana pangkal rahim masih kenyal dan tertutup rapat.



Beringatlah bahawa kontraksi sebenar adalah tetap, semakin lama semakin sakit dan semakin kerap dan ia banyak tertumpu dibahagian pelvis anda.

Orang kata kontraksi nak bersalin sakitnya ya ampunnn, boleh tahan sakitnya. betul ke? Bagi Ika pengalaman sebanyak 4 kali bersalin, kontraksi sebelum kelahiran boleh diatasi dengan cara pernafasan yang betul. Sejujurnya antara kontraksi bersalin vs jahitan episotomi, Ika lebih gerun dengan episod menjahit tuttt. In my next birth insyaallah jika berpeluang lagi, nak natural birth tanpa koyakan,amin.

Apapun mommy, ni antara tips untuk atasi sakit bersalin atau ketika kontraksi berlangsung. Insyaallah sangat membantu.


1. Banyakkan membaca ayat suci  Al-quran atau berselawat keatas Rasullah SAW bagi yang beragam islam. Antara doa yang baik dibaca ialah doa Nabi Yunus AS ketika berada didalam perut ikan paus yang bermaksud.
2. Bertenang dan cuba bersandar pada sesuatu seperti kerusi berkusyen atau bantal yang tebal.
3. Apabila kontraksi menyerang, tarik sedalam-dalamnya. Kemudian, hembus nafas keluar secara perlahan-lahan. Ulangi langkah yang sama sehingga rasa sakit berkurang dan hilang. Cara ini dapat memastikan anda mengekalkan corak pernafasan yang sihat dimana ia penting ketika proses meneran berlangsung.
4. Minta suami urut perlahan-lahan bahagian belakang anda ketika kesakitan terasa. Namun, elakkan urutan dibahagian pinggang kerana ia akan menambah rasa sakit.
5. Kesakitan akibat kontraksi boleh anda kurangkan dengan mengiring ke sebelah kiri. Cara ini tidak akan menganggu pengaliran darah ke jantung.
6. Amalkan kaedah teknik pernafasan lamaze yang dapat melegakan ketegangan otot pelvik. Ia merangkumi cara berehat dan senaman tarik nafas yang boleh dipelajari didalam kelas antenatal. Adalah lebih baik jika suami turut mempelajari kaedah ini agar dia dapat membantu mengajar ketika anda berasa sakit.


"Bagi mengatasi rasa sakit bersalin, lazimnya doktor akan mencadangkan beberapa jenis kaedah penahan sakit yang bersesuaian. Sehubungan dengan itu penentuan kaedah kawlan sakit bersalin akan ditentukan berdasarkan status bukaan pangkal rahim anda. Antara kaedah biasa dicadangkan termasuklah suntikan, sedutan gas entonox dan pembiusan epidural."

Erm mommy masih tercari-cari Set Berpantang yang sesuai? Set pantang Shaklee antara recommended untuk mommy berpantang dengan gembira, free stress dan paling penting bertenaga. Percayalah mommy sekalian antara benda yang mommy nak dalam pantang adalah tenaga diri sendiri dan luka cepat pulihkan? haa inilah dia,  Set Pantang Shaklee insyaallah dapat atasi semua masalah lazim ketika mommy berpantang. Meh whatsapp Ika directly untuk pertanyaan dan order. Ika bantu.




Kontraksi awal satu tanda awal yang mommy bakal bersalin. Jangan panik! Apabila tiba masanya otot rahim mula mengecut bermula dari atas rahim hingga merebak kepangkal rahim. Ia akan berlaku berulang kali secara kerap.


Sebelum kontraksi sebenar berlakuanda akan melalui proses yang sama pada minggu-minggu terkakhir kehamilan tanpa disedari. Proses itu adalah normal kerana memastikan kedudukan rahim, pangkal rahim dan dan bukaan faraj adalah seiring agar bayi berupaya turun dan keluar lancar semasa proses kelahiran.


Sakit kontraksi berpunca dari pengecutan rahim berkala. Kekerapan pengecutan rahim menyebabkan otot-otot rahim kekurangan bekalan oksigen yang mencetuskan rasa sakit didalam otot itu sendiri.
Tekanan keatas kompleks saraf yang tersepit diantara dua struktir bertulang yang keras iaitu kepala dan tulang pelvis anda akan menimbulkan rasa sakit disemua bahagian tubuh. 

Kesakitan yang dialami berterusan dan bertambah kuat sehingga bukaan pangkal rahim menegang dengan aktif. Dalam keadaan ini perut akan menegang setiap 10minit. Paling kerap ialah 20saat. Kekerapan kontraksi mestilah konsisten, kerap dan bertambah kuat dari semasa ke semasa.
Sekiranya hal sebaliknya berlaku sebagai contoh anda mengalami kontraksi pada kadar 10 minit, kemudian 45minit dan selanjutnya 5minit,perlu diingatkan ianya bukan kontraksi yang tulen.



Bayi turun
Bayi akan mula turun ke saluran peranakan yang sedia meregang sedikit demi sedikit. Penurunan ini juga akan menimbulkan rasa sakit apabila bayi sampai ke faraj dan bersedia untuk keluar. Regangan keseluruhan rongga faraj dan semua otot pelvis diperingkat akhir proses bersalin turut menyebabkan anda terasa sakit.


Anda perlu segera ke hospital sebaik sahaja mengalami tanda awal bersalin. Sekiranya ibu mengalami komplikasi semasa mengandung seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantungbdan masalah-masalah kesihatan yang lain pantau dari doktor amatlah diperlukan kerana cara kelahiran dapat ditentukan sesuai mengikut keadaan si ibu.


Bukaan pintu rahim akan menentukan status kelahiran yang bakal berlaku. Kurang dari 3cm menunjukkan anda diperingkat awal kelahiran. Manakala bukaan pangkal rahim lebih dari 3cm menandakan anda difasa aktif kelahiran.


So mommy, ambil cakna akan tanda kelahiran, kerana mommy bakal praktis semua latihan dikelas antenatal dimedan perjuangan sebenar. Fighting!


Erm mommy masih tercari-cari Set Berpantang yang sesuai? Set pantang Shaklee antara recommended untuk mommy berpantang dengan gembira, free stress dan paling penting bertenaga. Percayalah mommy sekalian antara benda yang mommy nak dalam pantang adalah tenaga diri sendiri dan luka cepat pulihkan? haa inilah dia,  Set Pantang Shaklee insyaallah dapat atasi semua masalah lazim ketika mommy berpantang. Meh whatsapp Ika directly untuk pertanyaan dan order. Ika bantu.


Sakit belakang
Sering peningkatan usia kehamilan, ruang untuk bayi didalam rahim semakin berkurang. Keadaan ini secara tidak langsung akan menyebabkan bahagian belakang badan menerima tekanan. Oleh sebab itu anda mudah berasa sakit belakang.


Sakit pinggang
Sama seperti sakit belakang, ia berlaku akibat tekanan yang dihadapi oleh pinggang. Walau bagaimanapun, masalah ini yang juga dikenali sebagai Sciatia lebih kerap berlaku ditrimester akhir kehamilan kerana rahim semakin mengembang manakala tulang belakang semakin membengkok.


Rambut berminyak
Akibat peningkatan hormon progesterone, rambut seolah-olah alah kepadanya dan menyebabkan ia lebih berminyak jika dibandingkan keadaan sebelum hamil.


Kebas tangan
Lapisan dipergelangan tangan yang membengkak memberi kesan kepada urat saraf dibahagian tangan. Masalah ini dikenali sebagai Carpal Tunnel Syndrome.


Mata rabun
Kandungan air yangvterlalu banyak dibahagian mata boleh menyebabkan anda kerap sakit kepala. Secara tidak langsung, keadaan ini boleh menyebabkan anda mengalami rabun. Segera dapatkan pemeriksaan doktor jika anda sakit kepala.

Pigmentasi Kulit
Peningkatan hormon pada awal kehamilan boleh menyebabkan kulit menjadi lebih gelap berbanding biasa. Ia adalah normal dan akan beransur-ansur hilang setelah anda selamat melahirkan.

Gusi Bengkak atau Berdarah
Perubahan yang berlaku kepada hormon progesterone menjadi punca masalah ini berlaku. Anda disarankan untuk mrngambil suplemen kalsium tambahan dan jalan terbaik ialah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera.

Ruam
Oleh sebab tubuh tidak dapat menerima perubahan yang berlaku keatas hormon progesterone segelintir dari wanita hamil mudah terkena ruam. Isah khuatir kerana masalah ini lama-kelamaan akan hilang dengan sendirinya.


Payudara sakit.
Perubahan saiz payudara biasanya berlaku ketika trimester pertama. Ia berlaku akibat peningkatan hormon estrogen dan progesterone. Keadaan ini akan berterusan sepanjang usia kehamilan. Bagi mengatasi ketidakselesaan yang dialami, anda digalakkan untuk bertukar kepada coli khusus untuk wanita hamil.


Rahim mengeras
Ketika usiakandungan lapan bulan, anda mungkin akan kerap mengalami keadaan dimana perut mengeras seperti berlakunya kontraksi rahim. Hal ini normal kerana rahim sedang melakukan persediaan untuk melalui proses kelahiran yang bakal berlangsung dalam masa terdekat.


Kaki kejang/bengkak
Air yang terlalu banyaK bertakung dibahagian kaki akan mengakibatkan kaki mudah berasa kejang. Kerap melakukan senaman ringan dibahagian kaki dapat mengatasi masalah ini. Bengkak dikaki pula berlaku kerana tekanan darah tinggi yang anda hidap tidak stabil, malah ia merupakan petanda awal praeklampsia. Anda digalakkan memakai stoking ketat dan meninggikan bahagian kaki ketika berbaring.


Kuku pecah dan merekah.
Lebihan hormon, boleh mengakibatkan kuku tumbuh dengan lebih pantas. Malah ada segelintir daripada anda mengalami masalah kuku mudah pecah dan merekah.  Perubahan ini hanya sementara dan akan kembali normal setelah anda bersalin.


Tahukah anda segala perubahan ketika hamil tersebut boleh diatasi dengan Set Hamil Shaklee antara pilihan terbaik ribuan mommy. Ramai yang berpuas hati dengan keberkesanan Set Hamil Shaklee kerana lengkap untuk keperluan nutrisi sepanjang kehamilan.

Bayi berkembang dengan baik, malah kebanyakan pengguna mengakui lebih cergas berbanding kehamilan sebelumnya tanpa pengambilan suplemen. masalah normal ketika hamil seperti berat naik tidak terkawal, Hb darah rendah, keletihan melampau juga sapat diatasi. Mommy yang masih tercari suplemen, Set Hamil Shaklee sememangnya pilihan tepat. whatsapp Ika directly untuk order dan sebarang pertanyaan ATAU ORDER SEKARANG melalui Online Shopping (tekan link dibawah)


(Anda akan ke shopping cart online directly)




A Better You Today. Theme by STS.